Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 26 Jun 2014

PELUANG YANG HADIR




Menghidu setiap peluang yang datang, hadir dan menjelma perlu ada walaupun berada di hadapan mata. Jangan dilepaskan apatah lagi dibiarkan begitu sahaja. Kena pandai dan cekap untuk menghidunya dan mendapatkannya. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Tangkap dan cekup sahaja kerana siapa cepat dia dapat. Bukan untuk mengeluh atau memberi peluang kepada orang lain terlebih dahulu. 

Oportuniti yang hadir dan menjelma bukan selalu boleh datang dua atau tiga kali menjelma di hadapan kita begitu sahaja. Kerana itu perlu segera dan dipercepatkan agar tiada penyesalan boleh berlaku dan terjadi di kemudian hari.

Teruskan jangan dibiarkan. Sekali gagal sampai bila-bila kita akan gagal. Yang menyesalnya nanti adalah kita sendiri dan bukannya orang lain. Dalam memastikan peluang yang datang dan menjelma berjaya kita hidu dan kesan adalah dengan melakukan

i.             Sentiasa peka dan sensitif dengan apa yang berlaku dan terjadi. Setiap apa juga walaupun tidak membabitkan diri kita perlu ambil tahu kesan dan faedahnya pada jualan kita. Jangan abai apatah lagi dibiarkan. Ambil tahu ambil berat agar kita sentiasa mengetahui segala kemungkinan boleh kita pergunakan dengan sebaik mungkin.

ii.           Pantau apa juga keadaan yang boleh memberikan pulangan yang baik buat kita. Dah tahu ambil berat segera umpama pembaca radar yang sentiasa memastikan ruang udara tidak di ceroboh oleh siapa pun juga.

iii.          Bertindak pantas dan segera umpama trak penunda yang mengambil dan menghantar kenderaan dalam kecemasan ke bengkel untuk di baiki segera. Lambat bertindak sudah pasti mudah pula dikebas oleh pesaing.

iv.          Kerana suka bertangguh hilang segala peluang yang menjelma. Ada peluang gerak dan tangkap cepat. Jangan biarkan pesaing yang menjadi hero. Sepatutnya kita yang hero bukannya mereka. Bukan membabi buta tetapi memastikan hak mutlak itu adalah kita punya.

v.            Bertindak mengikut maklumat dan bukannya mengikut gerak hati. Setiap oportuniti yang menjelma pasti ada maklumat asas yang kuat untuk kita bertindak. Ikut rasa pasti tiada asasnya untuk kita mencapai apa yang kita mahukan.

Bertindak dengan sebaik mungkin tanpa hiraukan apa juga kemungkinan yang berlaku. Peluang yang datang dan hadir mungkin tidak akan hadir secara berulang. Dapat sahaja ambil dan tangkap segera. Lakukan jualan kena ada tindakan cepat dan cekap kemahirannya tanpa biarkan berlalu begitu sahaja. Nak dapatkan pun sukar ini kan pula sudah terhidang di hadapan mata. Tunggu apa lagi bertindaklah segera mencari setiap inci oportuniti yang mungkin menjadi hak mutlak milik kita.



Read more >>

Rabu, 25 Jun 2014

ANTARA TINDAKAN DAN KEPUTUSAN AKHIR




Semua orang pasti memikirkan bagaimana tindakan dan cara terbaik untuk mencapai sasaran yang telah diberikan. Tidak kira bagaimana cara dan kaedah yang dilakukan yang pasti keputusan akhir mencapai sasaran menjadi agenda utama. Bukan untuk mendabik dada atau menunjukkan hebat dalam melakukan jualan tetapi ini lah realitinya dalam jualan sekarang di mana mendapatkan keputusan akhir itu adalah matlamat paling penting dan muktamad.

Sememangnya menjual memerlukan satu pengorbanan dan komitmen untuk melakukannya. Jangan ambil kira bagaimana melakukannya. Sama ada dengan cara lembut atau kasar, jalan jauh atau jalan dekat, menipu atau jujur mahupun mencari atau merampas hak orang lain semuanya dilakukan mengikut apa yang dimahukan. Keputusan akhir amat penting jika difikirkan tentang tindakan dalam menjual. Pandangan kita hanyalah satu iaitu mencari keputusan akhir bagi mencapai sasaran yang dimahukan.

Pernah kah terfikir di hati kita apa yang Allah lihat dan mahukan sebenarnya dari kita? Adakah perbuatan dan tindakan kita selari dengan apa yang Allah mahukan? Adakah sasaran akhir itu tanggungjawab sebenar kita? Tepuk dada tanyalah iman. Bukan nak di katakan bahawa sasaran itu tidak penting dan mustahak. Hanya ingin mengingatkan sesama kita bahawa Allah sebenarnya hanya melihat apa tindakan sebenar kita dalam melakukan jualan dan bukan sama sekali melihat apa yang telah kita capai dalam memenuhi sasaran yang diberikan.

Kita kadang-kadang cuma terleka atau kebiasaan hanya disebabkan bersusah payah mengejar sasaran sehingga telah kita abaikan dan menghalalkan apa tindakan sepatutnya kita lakukan dalam menjual. Bukannya menjual itu bantu dan tolong orang ramai selesaikan masalah peribadinya melalui produk yang kita tawarkan. Keikhlasan dan kejujuran amat penting dalam kita menjual. Adalah dikhuatiri kerana nak penuhi sasaran yang diberikan kita terlupa dan terleka sehingga sanggup tidak berkata benar, menipu dan mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Semuanya perbuatan dan tindakan kita di dunia ini akan di hitung satu persatu nanti di dunia yang satu lagi.

Berikan tindakan yang terbaik dan sepatut. Perlakuan kita yang jujur dan ikhlas dalam memastikan tindakan yang betul dan tepat sudah pasti akan membantu kita mencapai sasaran yang dimahukan. Tidak perlu menipu, menekan atau mengambil hak orang lain demi mencapai sasaran. Lakukan sebaik mungkin mengikut apa yang telah kita rancang kan. Buat baik pasti Allah akan balas kebaikan tersebut tapi kalau perkara yang tidak baik sudah semestinya hasilnya juga tidak ke mana di samping keberkatan kita melakukan jualan akan hilang begitu sahaja. Carilah sebaik yang mungkin dengan jalan dan kaedah yang dibenarkan oleh syariah kerana setiap rezeki yang kita usahakan itu sudah menjadi satu jaminan dari Allah untuk kita mendapatkannya.

Firman Allah bermaksud ‘Dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramal lah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul Nya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan’ (Surah At-Taubah ayat 105).



Read more >>

Selasa, 24 Jun 2014

MENJUAL DI MUSIM PIALA DUNIA




Macam-macam yang telah dialami apabila menjual semasa berlangsungnya demam Kejohanan Piala Dunia. Majoritinya lelaki peminat setianya. Paling hebat menurut kajian Sijil Sakit (MC) begitu banyak di keluarkan semasa kejohanan Piala Dunia ini berlangsung. Apa tidaknya dari jam 12 tengah malam sehingga permainan tamat sehingga jam 8 pagi. Sehari ada 3 perlawanan yang perlu di tonton. Maklumlah 4 tahun sekalilah kejohanan ini berlangsung maka tumpuan pada perlawanan perlu diberikan dengan sepenuh hati.

Antara pengalaman-pengalaman sedih mungkin juga lucu yang telah di lalui adalah

Senario 1
Pertemuan di lakukan. Terkejut dengan bakal pembeli atau pelanggan yang di temui dengan mata yang merah, muka agak kusam tiada keceriaan dengan mood yang kurang baik hanya semata-mata berjaga malam menonton perlawanan bola sepak. Bercerita tentang perlawanan bola sepak cukup bertenaga untuk berinteraksi tetapi bila masa untuk menjual langsung hilang semangat seolah-olah bercakap dengan dinding lah pula apabila nak menjual.

Senario 2
Pertemuan telah di tetapkan. Bersemangat untuk bertemu dengan bakal pembeli atau pelanggan. Tanpa memaklumkan kepada kita tiba-tiba sahaja apabila sampai ke premis mereka amat menyedihkan kerana terpaksa di batalkan pertemuan tersebut hanya di sebabkan mengambil cuti sakit. Terpaksalah menghubungi bakal pembeli atau pelanggan tersebut menetapkan tarikh lain pula untuk bertemu.

Senario 3
Dalam masa berinteraksi dengan mereka untuk tujuan persembahan dan sesi penerangan tiba-tiba sahaja bakal pembeli atau pelanggan terlelap begitu sahaja tanpa memikirkan kehadiran diri kita. Kalau setakat menguap sahaja boleh tahan juga tapi terus terlena memejamkan mata begitu sahaja.

Senario 4
Persetujuan mengadakan taklimat pada sebuah premis perniagaan pada kakitangan-kakitangan yang ada seramai 30 orang telah di adakan di hadapan cuma 2 orang sahaja hanya di sebabkan ramai yang memilih untuk tidur di masa rehat, mengambil cuti sakit dan hilang begitu sahaja. 2 orang yang hadir itu pun hanyalah disebabkan tidak berminat dengan bola sepak.

Senario 5
Lebih berminat bersembang dan bercerita tentang bola dan menutup terus kisah perbualan jika menyentuh tentang hal yang lain. Seolah-olah satu gangguan amat besar jika kisah berkenaan bukanlah kisah bola dan pasukan kegemarannya.

Senario 6
Pernah di halau begitu sahaja hanya kerana mengantuk. Seolah-olah melihat ‘zombie’ lah pula berada di hadapannya. Memenatkan kerana temu janji telah di tetapkan namun terpaksa dibatalkan pula sebegitu sahaja.


Kisah benar apa yang telah diceritakan kepada saya oleh rakan-rakan yang menjual...... mungkin satu ujian Allah yang perlu kita lalui dan tempuhi dengan segala kesabaran, ketabahan dan ketenangan.



Read more >>

Isnin, 23 Jun 2014

SETIAP PRODUK ADA PENGARUHNYA




Setiap produk yang ditawarkan pasti mempunyai pengaruhnya yang tersendiri. Produk yang sama tapi jenama yang berbeza sudah pasti mampu memberikan impak yang besar kepada bakal pembeli atau pelanggan. Faktor harga sememangnya memainkan faktor utama dalam menentukan penerimaan di samping kualiti dan mudah gunanya sesuatu produk yang ditawarkan. Seseorang yang menjual sudah pasti menjadikan produk yang ditawarkan adalah sesuatu yang cukup relevan dengan mereka untuk mudah bagi mereka menerima apa yang ditawarkan.

Apa yang dimaksudkan sesuatu produk tersebut mempunyai pengaruhnya yang tersendiri hanyalah disebabkan kerana

i.             Pengalaman seseorang
Hanya disebabkan pernah menggunakannya dan merasa serasi dan seronok lalu tanpa perlu mendengar lebih lanjut terus sahaja menerima tawaran yang dikemukakan. Cukup mudah dan senang hanya dari pengalaman dari dirinya sendiri. Sesuatu yang baik sudah pasti memberikan impak yang positif kepada kita.

ii.           Hebahan mulut
Penceritaan seseorang atas pengalamannya pada produk yang telah digunakan dan cukup memuaskan hatinya akan disebarkan pula kepada rakan dan kenalannya pula. Promosi percuma ke atas produk kita, tiada sebarang bayaran perlu dibayar hanya memastikan produk yang ditawarkan adalah terbaik dalam pasaran. Bila produk sudah mula riuh diperkatakan sudah pasti cukup mudah mendapat sambutan dengan senangnya.

iii.          Cerita sedikit tahunya banyak
Baru sahaja nak menceritakan produk yang ditawarkan rupanya mereka lebih banyak mengetahuinya dari kita. Terus-terusan mudah diterima tanpa perlu mengulasnya dengan lebih lanjut lagi. Produk yang telah diketahui ramai lebih mudah dijual dari produk yang majoritinya masih ramai yang tidak mengetahuinya. Itulah perbezaannya antara produk ‘glamer’ ataupun tidak

iv.          Pengiklanan dan promosi
Syarikat pengeluar mengadakan pengiklanan dan promosi secara berterusan dan konsisten yang sedikit sebanyak boleh menimbulkan pengetahuan kepada mereka yang di luar sana. Sifat ingin tahu manusia sudah pasti sedikit sebanyak mampu memberikan kesan kepada produk yang kita tawarkan. Lagi kerap pengiklanan dan promosi dilakukan lagi ramai yang ingin mengetahuinya dengan lebih mendalam lagi tentang produk yang dinyatakan.

v.            Harga yang mampu diterima
Faktor penting pada produk sesuai dengan kualitinya yang ditawarkan. Harga sememangnya boleh mempengaruhi seseorang sama ada untuk menerimanya ataupun tidak. Kerana itu sebelum penawaran dilakukan fikirkan harga yang bersesuaian sama ada harga yang ditawarkan mampu milik atau tidak mengikut sasaran pelanggan yang dimahukan.

Mudah menjual pasti memberi kesan kepada kita dalam memastikan produk yang dijual diterima dengan senang dan mudah. Keterbukaan mereka untuk menerimanya kadang-kadang bukan kerana kita hebat dalam melakukan jualan tetapi sebenarnya produk yang ditawarkan ada nama dalam pasaran. Pergunakan sebaik mungkin ambil kesempatan yang ada pada produk untuk memudahkan lagi kita melakukan jualan. Tak pandai pergunakan apa yang ada sampai bila-bila pun kita akan merasa sukar dan susah pula untuk menjual.


Read more >>