Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 27 Mei 2014

Iktibar dan Pengajaran Israk Mikraj




Sempena kehadiran Israk Mikraj satu malam yang Allah telah anugerahkan kepada baginda Nabi Muhammad SAW tentang perjalanan baginda dari Tanah Suci Mekah ke Baitul Maqdis dan seterusnya dinaikkan baginda Rasulullah bertemu dengan Allah di Sidratul Muntaha menerima perintah solat 5 kali sehari semalam. Ambil iktibar dan pengajarannya untuk kita persiapkan diri sebagai bekalan menghadapi Hari Akhirat pula.

Firman Allah SWT,Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ” (Surah Al-Isra’, ayat:1)

Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu

1.    Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2.   Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Mashitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3.   Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). 

4.   Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5.   Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6.   Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7.   Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8.   Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9.   Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10.        Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12.        Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.

13.        Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) 


Kehidupan yang penuh dengan ujian Allah. Menghadapi ujian Allah di dunia sebagai satu bekalan menghadapi Hari Akhirat yang kekal abadi. Segala janji Allah adalah benar dan berusahalah jangan menjadikan diri kita hanya tertumpu pada kehidupan dunia sahaja. Menang di dunia menang juga di akhirat. Lakukan sebaik mungkin mencari keredaan dan kerahmatan dari Allah kerana hanya dengan Allah lah tempat untuk kita memohon bantuan dan pertolongan dari Nya setiap waktu dan kita. Siapalah diri kita ini di hadapan Allah nanti.

Read more >>

Isnin, 26 Mei 2014

JIWA TENANG




Jiwa tenang pasti akan membuatkan kita merasa relak, banyak lagi yang boleh difikirkan dan dilakukan apa sahaja yang kita mahukan. Berbeza dengan hati yang tidak tenteram dan merasa gundah gulana dengan apa yang kita hadapi, berserabut merasakan pelbagai masalah yang perlu kita tempuhi dan gagahi bagaimana untuk menghadapinya. Semuanya ini berlaku apabila jiwa kita tidak tenang dan tenteram sama sekali.

Tertarik dalam slot Tanyalah Ustaz TV9 yang di kendalikan oleh seorang pakar perubatan Islam oleh Ustaz Sharhan pada 25hb April 2014 di mana mengikut beliau pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW, baginda diajukan soalan oleh Abdullah Bin Mas’ud bagaimana kita boleh mendapatkan ketenangan jiwa. Lalu baginda mengatakan terdapat empat cara yang perlu dilakukan iaitu

i.             Iktikaf di rumah Allah

ii.           Solat di awal waktu secara berjemaah

iii.          Banyakkan membaca Al-Quran

iv.          Bertahajud di dua pertiga malam

Mohonlah apa juga kepada Allah sudah pasti Allah perkenan kan. Ketenangan adalah milik mutlak Allah dan hanya Allah sahajalah yang layak memberikan kepada siapa pun yang Allah mahukan. Tugas kita adalah untuk memohon dan meminta segala rahmat dan nikmat Allah membantu juga kepada kita. 

Bila sudah ada ketenangan jiwa yang pasti ketenangan yang ada akan memberikan satu impak dan kesan yang positif kepada kita untuk lebih bertindak lebih baik melakukan tugasan. Bila jiwa tenang hati menjadi senang. Bila hati senang apa juga pekerjaan yang Dilakukan sudah pasti mampu untuk dihadapi walau pelbagai masalah dan dugaan yang menimpa. Itulah kelebihan jiwa yang tenang yang perlu untuk kita rebut sama mendapatkannya dari Allah. Jiwa tenang mudah melakukan tugasan mudah mendapat ganjaran dari Allah.


Read more >>

Ahad, 25 Mei 2014

KETAHUI ASAS PERNIAGAAN FRANCAIS



Berkembang dengan pesat perniagaan yang berasaskan francais sekarang ini. Tidak kira industri makanan, perniagaan peruncitan dan sebagainya mampu dilakukan oleh siapa pun juga yang berminat untuk melakukannya. Ketahui serba sedikit apa yang dimaksudkan dengan perniagaan francais ini.

Pengaturan di mana terdapat satu pihak (francais) memberikan pihak lain (pemegang francais) hak untuk menggunakan cap dagangan atau perdagangan nama serta sistem perniagaan tertentu dan proses, untuk menghasilkan dan memasarkan perkhidmatan yang baik atau mengikut spesifikasi tertentu. Pemegang francais biasanya membayar yuran francais sekali ditambah dengan peratusan hasil jualan sebagai royalti dan keuntungan dengan cara

(1) pengiktirafan nama serta-merta

(2) melakukan penawaran atas produk yang diuji

(3) reka bentuk bangunan standard dan hiasan

(4) teknik terperinci dalam menjalankan dan menggalakkan perniagaan

(5) pekerja, dan 

(6) bantuan yang berterusan dalam mempromosi dan menaik taraf produk.
 
Francais mampu menjana pendapatan dan perolehan yang tinggi melalui perkembangan pesat perniagaan dan pendapatan pada perbelanjaan modal yang minimum dengan pengawasan yang tersusun dari kedua-dua belah pihak.



Read more >>

Sabtu, 24 Mei 2014

PADA PANDANGAN PROSPEK




Sesuatu yang perlu dipelajari untuk dijadikan pengajaran dan iktibar yang baik untuk kita apabila kita berurusan dengan bakal pembeli atau pelanggan. Bukan setakat kita menjual tetapi merupakan satu tindakan yang perlu untuk kita ketahui apakah yang mereka lakukan secara teliti dan melihat pada tindakan kita. Jangan mudah merasakan bahawa kita sahaja yang sibuk sesibuknya melihat mereka di mana mereka pun sama seperti kita iaitu sudah pasti melihat kita sama. 

Ketahui juga apa yang mereka lihat dan tengok pada kita. Jangan diabaikan pula tindakan ini sambil kita menjual. Penting untuk kita ketahui kerana dari pengamatan mereka terhadap kita boleh mencetuskan dan mendatangkan minat dan tarikan kepada mereka untuk menerima tawaran. Elok sekiranya dalam kita menjual kita perlu memastikan bahawa

i.             Penampilan diri yang terbaik dari segi berpakaian, bau mulut dan badan mahupun pergerakan tubuh badan

ii.           Bagaimana kita berinteraksi dan bertutur ketika berhadapan dengan mereka

iii.          Mampu kah kita menjelaskan sesuatu perkara dengan gaya dan kaedah yang mudah difahami

iv.          Berhemah atau bersopan kah kita bila berhadapan dengan mereka

v.            Segala peralatan dalam menjual adakah mencukupi atau tidak seperti pen, kertas dan mungkin juga katalog dan sebagainya

vi.          Segala bangkangan dan bantahan jualan mampu kita menerang balas semula kepada mereka secara berhemah dan bersopan

vii.        Setiap persoalan yang timbul mampu kah kita menjawabnya dengan susunan ayat yang ringkas, padat dan jelas

Nampak kecil tapi mampu untuk kita menarik minat mereka dan seterusnya membuka peluang buat kita untuk mereka menerima tawaran yang di kemukakan. Per banyakkan mendengar dan beri peluang untuk mereka meluahkan apa yang tersimpan dan tersurat dalam diri mereka untuk kita ketahui lebih mendalam hasrat mereka. Sentiasa bertenang dan bersabar dan jangan mudah melatah dalam apa keadaan sekalipun. Selagi niat kita untuk membantu mereka pasti terserlah niat baik kita itu di hadapan mereka. Berikan yang terbaik, kawal situasi dan fahami apa sebenarnya yang mereka mahukan.


Read more >>