Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 23 Februari 2014

JELAJAH JAKARTA : HANYA DENGAN BASIKAL SAHAJA



Kebetulan dibawa ke Tamrin City Jakarta walaupun dalam keadaan hujan yang agak lebat tetap sampai juga ke sana. Dalam perjalanan balik ke bas, terdapat satu lagi kejutan yang dapat saya lihat betapa keazaman untuk menjual dan berniaga tidak mengira apa saja yang di lakukan asalkan boleh saya di lakukan. Itulah keazaman seorang penduduk di Jakarta yang menjual dengan memberikan perkhidmatan menyediakan air minuman panas kepada orang ramai.

Apa yang menarik perhatian adalah bagaimana dia menyediakan jualan minuman air panasnya di mana berbekal sebuah basikal sahaja membawa air panas yang telah disediakan dengan pelbagai paket serbuk kopi, teh dan susu siap untuk dibancuh. Tidak memerlukan sebuah gerai, kereta sorong atau tempat memasak air panas. Sekadar mempunyai bekas pemanas air, gelas dan sudu plastik semuanya boleh di jual dan dilakukan. Cukup kreatif dan mempesonakan memudahkan orang ramai mendapatkan air minuman panas terutama di hari hujan yang begitu dingin rasanya. Mudah untuk bergerak dan menerima tempahan. Mampu untuk berniaga di mana sahaja tanpa memerlukan tapak jualan dan perniagaan yang luas. Sesuatu yang boleh dipelajari daripadanya.

Demi desakan hidup dan menambah pendapatan kreativiti dan keberanian untuk melakukannya perlu ada demi kelangsungan hidup. Jangan di hiraukan apa yang orang lain akan perkatakan selagi hidup tidak menyusahkan orang dan boleh menambah pendapatan kenapa perlu malu? Usaha yang halal pasti keberkatan boleh diperoleh. Selagi hayat di kandung tanah selagi itulah usaha perlu dilakukan. Tidak salah berniaga sendiri asalkan ada kemahuan dan minat untuk melakukannya. Berilah layanan yang baik dengan melakukan jualan yang menyenangkan orang ramai untuk menerima tawaran dan membeli.
 









Read more >>

Sabtu, 22 Februari 2014

JELAJAH JAKARTA - SIMPLE TAPI CUKUP KREATIF




Sesuatu yang tidak perlu dilepaskan peluang apabila terpanggil menyertai rombongan melancung ke Jakarta bagi sesi 2014. Di samping menikmati keindahan panorama di Jakarta, telatah dan gelagat penduduk di Jakarta dalam melakukan jualan merupakan satu kelebihan yang tidak perlu untuk di elakkan. Semuanya ingin menimba ilmu dan mencari sesuatu yang baru ketika berada di sini. Betullah bak kata pepatah semakin jauh kita melangkah untuk berjalan semakin luaslah pula pengalaman baru untuk ditimba dan dikutip.

Untuk perkongsian ilmu kali ini dalam tips jualan, terpandang saya pada saya jenis perniagaan yang hanya dijalankan di tepi jalan sahaja di tengah-tengah Kota Jakarta ini iaitu saya perniagaan yang menawarkan khidmat penyelenggaraan pada kenderaan hanya pada sebuah gerai sahaja. Di Malaysia belum lagi saya temui perniagaan seperti ini. kalau ada pun hanya boleh terdapat di kedai-kedai aksesori kereta sahaja.

Di Jakarta sebaliknya berlaku di mana hanya terletak pada sebuah gerai sahaja mampu menawarkan khidmat seperti Power Window, Central Locking, Alat Ganti Side Mirror, pencucian Lampu kenderaan  dan kunci kereta. Agak hebat dengan tawaran yang sungguh unik yang tiada siapa mampu melakukannya di Malaysia. Amat mengagumi atas kreativiti pemuda tersebut dalam menawarkan jualan kepada bakal pembeli atau pelanggan. Mana tahu mungkin ada seseorang yang mampu melaksanakannya di Malaysia pula.





Read more >>

Jumaat, 21 Februari 2014

HANYA KERANA HARGA YANG BERBEZA




Perlu kah kita menjual kita memberikan dua harga yang boleh menyebabkan kekeliruan dan ketidakpuasan hati pelanggan atas produk yang kita tawarkan? Di pamerkan dengan harga yang lain apabila tawaran diterima harga lain pula yang diberikan. Ini lah yang berlaku pada seorang pembeli yang merasakan telah dianiaya oleh penjual yang dimaksudkan.


Lakukan dengan sebaik yang mungkin jangan ada penganiayaan yang berlaku dan terjadi. Bakal pembeli atau pelanggan sudah tentu merasa kecewa dan tidak puas hati dengan apa yang berlaku dan terjadi. Kepercayaan mereka pasti beransur-ansur akan hilang pada kredibiliti kita yang menjual. Sudah pasti hebahan mulut yang negatif akan berlaku dan terjadi yang boleh mengakibatkan jualan kita boleh merudum jatuh begitu sahaja.

Walaupun kadang-kadang bukan harga yang di cari tetapi kualiti produk itu yang diutamakan tetapi jangan kita lupakan bahawa harga memainkan peranan yang penting juga memberikan tarikan untuk menerimanya ataupun tidak. Amat penting bagi kita yang menjual memastikan paparan harga yang ditawarkan perlu sama semasa pembayaran mahu dilakukan. Jangan kerana hendak mendapatkan keuntungan yang tinggi dan banyak hanya sekali itu sahajalah kita mampu untuk menerimanya pula. Berhati-hatilah kerana mulut bakal pembeli atau pelanggan kita tidak mampu untuk menutupnya dan pasti boleh mencacat kan pula jualan dan perniagaan yang kita usahakan.

Firman Allah SWT maksudnya: "Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka per buat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata". (Surah al Ahzab Ayat 58).

Dari Abu Hurairah ra, Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat kesalahan terhadap seseorang, sama ada berupa kehormatan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) dari orang itu, sebelum tiba hari yang tiada lagi harta, dinar atau dirham, jika dia punya amal soleh (pahala), maka akan diambil darinya untuk menebus kesalahannya, jika dia tidak mempunyai pahala kebaikan, maka akan diambilkan dosa orang itu untuk ditanggungkan kepadanya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


Read more >>

Khamis, 20 Februari 2014

PERANCANGAN DAN TINDAKAN




Sememangnya akan terdapat pelbagai bentuk pancaroba dan cabaran yang perlu dihadapi tatkala dalam melakukan jualan. Semuanya nak jalan mudah sehingga sanggup diri kita hanya berserah kepada nasib dan takdir sahaja. Segala perancangan bukan main lagi disusun atur bagi memastikan agar apa juga yang dirancang pasti berjaya untuk diperoleh. Malangnya setiap perancangan yang dilakukan dari awal lagi langsung tiada upaya untuk mencapai kejayaan. Semuanya musnah begitu sahaja. Penuh dengan angan-angan dan impian yang manis-manis sahaja. Penyebab utama kenapa perancangan yang baik boleh gagal begitu sahaja hanyalah kerana disebabkan tindakan yang dilakukan tidak selari dengan perancangan yang dibuat.

Semuanya menjadi hambar dan gagal begitu sahaja. Berikanlah yang terbaik bagaimana sekalipun namun apa yang berlaku hanyalah tapak kegagalan sahaja yang ditemui. Alangkah malangnya jika berlaku seperti begini. Seolah-olah langsung kita tidak tahu bagaimana untuk melakukan dan menguruskannya pula. Umpama sebuah kereta yang canggih namun langsung tidak diketahui bagaimana untuk memandunya walaupun terdapat buku tatacara untuk mengendalinya. Kedua-duanya kena seiring dan sama pergerakannya. Dua masalah yang perlu dielakkan ketika melakukan jualan adalah

i.             Bertindak tanpa berfikir dahulu

ii.           Memikirkan sahaja tapi tiada tindakan langsung dilakukan

Berfikir sebaik-baiknya. Jangan bertindak tanpa berfikir atau berfikir sahaja namun tindakan langsung tiada. Elakkan kita berada di alam mimpi setiap hari. Jangan biarkan fantasi menguasai realiti. Kita hidup di dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini perlu menghadapinya secara bersungguh-sungguh demi mencapai bukan setakat kejayaan di dunia tetapi di akhirat sama. Jangan sama sekali hanya pandai berkata-kata tapi tindakan langsung tidak ke mana. Berikan tindakan yang terbaik selari dengan segala perancangan yang dilakukan. 

Kita bukannya Pak Jenin yang sentiasa memikirkan yang hebat-hebat sahaja. Cukuplah Pak Jenin sahaja yang melakukan perkara tersebut dan bukannya kita. Lakukanlah perancangan yang memastikan setiap tindakan kita adalah selari dengan perancangan. Fikirkan dahulu keupayaan kita dalam melakukan tugasan sama ada mampu ataupun tidak. Jangan sama sekali syok sendiri tapi berikan yang realiti untuk kita capai dengan semaksimum yang termampu.


Read more >>

Rabu, 19 Februari 2014

MENANTI ATAU MENCARI







Ketahui perbezaannya antara perlu pergi menjual atau menunggu untuk menjual. Bila dah ketahui apa perbezaannya maka mudah buat kita memberikan penilaian yang mana satu untuk dilakukan. Penawaran perlu dilakukan sama ada menunggu ataupun tidak. Lihat apa kelebihan yang ada

MENCARI PELANGGAN
MENANTI PELANGGAN
Berusaha untuk mencari
Menanti sahaja mereka hadir
Penat mencari
Penat menanti
Cari prospek dan sasarkan pelanggan
Tak perlu buat apa-apa
Bersedia sewajarnya untuk bertemu dan interaksi
Bersedia atau tidak pelanggan tetap hadir
Tetapkan masa yang bersesuaian dengan mereka
Masa ditetapkan oleh mereka untuk bertemu
Jangka masa bertemu bergantung atas presentasi
Jangka masa pertemuan mereka yang tentukan
Sukar larikan diri kerana penetapan temu janji
Mereka boleh mengelak larikan diri begitu sahaja
Bersabar mencari mereka
Bersabar menunggu mereka

Hasil yang lumayan sudah pasti kita yang kena cari mereka. Kita yang memerlukan mereka jadi lebih baik biarlah kita yang mencarinya bukannya mereka. Terdapat banyak kelebihan yang perlu kita lakukan dalam jualan dengan mencari mereka. Bukankah trend sekarang si penjual perlu mencari pelanggannya? Lakukan dengan sebaik mungkin agar hasil lumayan mampu juga kita raih semaksimum yang termampu. Per mudahkan pada bakal pembeli atau pelanggan dan elakkan sama sekali menyukarkan apa yang mereka cari dan mahukan. Kita yang menjual maka kita yang menentukan mana satu perlu untuk di lakukan.



Read more >>