Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 27 Oktober 2013

KETIKA PENUTUPAN JUALAN




Terlalu gembira dengan keputusan bakal pembeli atau pelanggan kita jadi lupa segala-galanya. Tanpa berfikir panjang dan menghiraukan apa-apa pun kita terus menerus ceritakan lagi. Kita berikan penerangan tentang kelebihan dan manfaat kepadanya secara berulang kali. Kerana terlalu bosan dengan leteran kita walaupun pada dasarnya beliau bersetuju, tapi malangnya langsung tak jadi pula. Punah segala-galanya. Pada mulanya beliau merasakan mungkin akan dapat menyelesaikan masalahnya tapi disebabkan penerangan kita yang berlebih-lebihan pula langsung beralih fikiran pula. Alangkah ruginya masa kita.

Satu situasi yang kita kena berjaga-jaga dan berhati-hati dalam melakukan tindakan tatkala melakukan jualan. Hanya kerana ghairah nak dapatkan penutupan jualan di atas kesilapan dan kesalahan kita sendiri yang menghancurkan harapan awalan kita. Kerana itu kena banyak bersabar dan bertenang walaupun kita merasakan penutupan jualan sememangnya hak mutlak kita. Fikirkan dahulu sebelum melakukan anggapan dan tanggapan terlebih dahulu iaitu dengan cara melakukannya

i.             Jangan fikirkan kepentingan kita sahaja tapi fikirkan apa yang difikirkan sama oleh mereka yang berada di hadapan kita

ii.           Jangan tunjukkan kegembiraan kita selagi penutupan jualan belum diperoleh

iii.          Bawa bersabar dan bertenang sahaja

iv.          Tarik perhatian lagi dan bukan tarik mereka menerima tawaran

v.            Pujuk secara positif dan berikan fakta berdasarkan logik akal mereka bukan logik akal kita

vi.          Berdoa dalam hati agar Allah sentiasa per mudahkan mereka melakukan keputusan menerima tawaran yang ditawarkan.

vii.        Sentiasa bermanis muka berwajah ceria. Elakkan berwajah sugul dan susah hati dibuatnya.

viii.       Sememangnya gementar tapi kawal diri dengan sebaik mungkin.

ix.         Sentiasa bersangka baik dengan keyakinan yang tinggi agar mereka di hadapan kita terbuka hatinya untuk menerima  pada akhirnya.

Lakukan sahaja sebaik mungkin. jangan dihiraukan apa yang akan terjadi dan berlaku. Berikan yang terbaik dan memuaskan hati mereka. Pendapatan kita bergantung pada keputusan mereka sama ada mahu atau tidak untuk menerimanya. Berikan tumpuan dan fokus. Jangan dilayan kalau ada telefon yang mengganggu. Selagi kita bersungguh selagi itu harapan tinggi kita pasti menjelma. Yakin dengan apa yang kita lakukan.

Read more >>

Sabtu, 26 Oktober 2013

JANGAN PANDANG RENDAH PADA PESAING




Jangan sibuk menjual sahaja. Ambil masa ketahui apa yang pesaing lakukan. Nanti kalau tak terjual pesaing boleh atasi kita boleh demam pula kita dibuatnya. Berhati-hati dan elakkan dari syok sendiri. Pesaing bukan kira kita ok ataupun tidak. Mereka juga mahu kuasai pasaran yang ada sama macam kita juga. Masing-masing akan mencuba sebaik yang mungkin. Siapa yang cekap dan pandai sudah tentu pasaran akan menjadi milik mutlak. Bukan omongan kosong atau dongengan sahaja. 

Ketahui segera apa yang dilakukan oleh pesaing agar tidak menyesal di kemudian hari. Ambil tindakan terbaik mengkaji dan mengetahui tindakan mereka. Sekurang-kurangnya apabila berlaku bangkangan atau bantahan kita boleh mengeluarkan jawapan sebaik yang mungkin memaklumkan kepada bakal pembeli atau pelanggan. Bersedia dari awal dan jangan buat tak tahu pula. Antara perkara-perkara yang perlu diketahui adalah :

i.             Kenal pasti siapa pesaing sebenar kita

ii.           Bagaimana pesaing-pesaing kita mencari dan mendapatkan pelanggan-pelanggan mereka?

iii.          Jenis yang bagaimana pelanggan-pelanggan mereka?

iv.          Apa penyebabnya produk mereka masih diterima oleh pelanggan?

v.            Bagaimana struktur penawaran harga  dan kelebihan produk-produk pesaing?

vi.          Bentuk pemasaran mereka dalam perkenalkan produk mereka di pasaran

vii.        Apa manfaat dan kelebihan produk mereka.

viii.       Di mana kelemahan mereka? Produk mereka atau perkhidmatannya?

ix.         Apa penyebab utama produk mereka boleh diterima dengan baiknya oleh pelanggan-pelanggan mereka

x.           Dari pelanggan kita cuba dapatkan juga informasi kenapa mereka memilih produk kita bukannya produk pesaing

xi.         Bagaimana mereka menjaga pelanggan setia mereka

xii.        Di mana kehebatan produk mereka dan di mana hebatnya produk kita

Berusaha untuk mencapai kejayaan cara yang betul dan sepatutnya amat digalakkan agar produk kita sentiasa diterima dalam pasaran. Sentiasa menganggap pesaing yang ada bukan sebagai sesuatu yang mengganggu dan mengacau kepada kita. Kehadiran mereka sebenarnya banyak membantu untuk kita supaya kita menjadi lebih rajin, mahu berusaha dan perbaiki kelemahan kita. Semuanya ini menjadikan diri kita lebih tabah dan bersemangat untuk melakukan lagi jualan seperti mana yang dikehendaki. Satu ujian dan cabaran yang perlu ditempuh dengan tabah dan cekal. Sentiasa prihatin dan tahu apa yang mereka lakukan agar persaingan kita dalam pasaran berjalan secara harmoni dan tiada dendam berdendam antara satu sama yang lain.

Read more >>

Jumaat, 25 Oktober 2013

BERGURAU SENDA ATAU BERJENAKA





Niat di hati ingin bergurau senda bagi menghidupkan suasana dan mengambil hati bakal pembeli atau pelanggan yang berada di hadapan kita. Tapi malangnya lain pula jadinya. Tiba-tiba sahaja riak muka bakal pembeli atau pelanggan tersebut berubah kemerah-merahan seperti marah dan ketidakpuasan hati menjelma pula. Niat yang baik perlukan tindakan yang baik dan bukan sebaliknya. Apa yang kita lakukan perlu berhati-hati dan jangan sama sekali main hentam tak tentu hala merasakan apa yang kita lakukan adalah betul dan benar sahaja.  

Dari Bahz bin Hakim dari dia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda ‘Celakalah orang yang berbicara, padahal ia berbohong untuk sekadar membuat orang-orang menjadi tertawa. Celakalah dia kemudian celakalah dia’ (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).
 
Berfikir dahulu. Bukannya buat dahulu baru nak fikir selepas itu. Adakah apa yang kita lakukan boleh diterima atau tidak oleh seseorang yang baru sahaja kita temui dan kenali? Nak bergurau pun kena tengok orang tersebut pastikan boleh ataupun tidak terlebih dahulu. Jangan main pukul rata semua orang suka dan mahu untuk menerimanya. Di petik dari fb Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff diberikan panduan tentang adab-adab bergurau senda bagi tujuan membuat jenaka 

                           i.      Niat Yang Benar 

                          ii.      Tidak Berlebih-lebihan

                         iii.      Elakkan bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau

                         iv.      Tidak Bergurau dalam perkara yang serius seperti talak dan sebagainya

                          v.      Tidak menakut-nakutkan

                         vi.      Berkata Benar 

                        vii.      Jangan per lekeh kan Individu tertentu 

                      viii.      Tidak banyak ketawa

                        ix.      Bergurau dengan orang yang sesuai

                          x.      Jauh gurau menggunakan tangan & kata2 yang buruk

Jaga hati dan perasaan orang lain sama. Jangan syok sendiri atau mudah mengatakan apa yang kita lakukan selama ini adalah betul dan benar sahaja. Nak lakukan jualan kena fikirkan sama ada apa yang kita lakukan boleh diterima ataupun tidak. Elakkan dari menyakitkan hati orang walaupun kita cuma mahu bergurau senda atau berjenaka sedikit dengannya. Sebaik-baik tindakan kenali mereka terlebih dahulu dan ketahui dengan cepat apa yang mereka suka ataupun tidak. Jangan main belasah jumpa siapa pun juga akan sama penerimaannya daripada kita. Lain orang lain perangainya lain orang sudah tentu lain pula penerimaannya. Berhati-hati dalam melakukan tindakan.


Read more >>