Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 27 Ogos 2013

KETUA JUALAN YANG BERJAYA



Dalam tim jualan sememangnya ketua memainkan peranan yang penting dalam memastikan hidup matinya tim tersebut dalam menghadapi tugasan yang diamanahkan. Apa yang berlaku semuanya adalah atas kebijaksanaan ketuanya dalam merencanakan dan mencipta pelbagai resipi memastikan kejayaan demi kejayaan boleh diperoleh dengan jayanya. Sememangnya terdapat pelbagai cabaran dan dugaan tapi semuanya boleh dihadapi dengan tenang dan sabar atasi dengan sebaik yang mungkin.

Sebagai seorang ketua yang mempunyai bilangan beberapa orang ahli dalam timnya berikut adalah petua-petua yang diamalkan bagi memastikan tim yang dipimpinnya sentiasa mampu dan boleh berjaya, berkembang dan terus menerus disegani oleh tim jualan yang lain iaitu dengan cara

i.             Memastikan semangat bekerjasama, bantu-membantu dan bekerja dalam satu kumpulan, pasukan atau keluarga yang perlu ditempuh secara bersama. Senang sama senang bersusah susah pun sama-sama dilalui.

ii.           Sentiasa tidak menganggap apa yang berjaya dilakukan semasa beliau melakukan jualan boleh juga berjaya dilakukan pada ahli-ahli yang lain dalam tim jualan

iii.          Jangan sama sekali menjadikan tim jualan sebagai satu bahan pentadbiran sahaja tapi selami dan fahami apa tugasan dan cabaran yang mereka hadapi dalam melakukan jualan

iv.          Sentiasa ingat bahawa kita adalah ketua yang di lantik untuk menjalankan tugas bukannya jawatan yang ada boleh dibangga-banggakan

v.            Apa juga yang kita perkatakan pasti akan dipegang oleh tim jualan

vi.          Banyakkan melakukan strategi dan bukannya taktik dalam melakukan jualan. Sentiasa berikan pengalaman yang ada dan pernah dilalui.

vii.        Bantu mereka lakukan jualan dan bukannya lakukan jualan untuk mereka

viii.       Sentiasa tanyakan soalan-soalan yang betul dan relatif dengan tugasan mereka. Elakkan dari merapu dan mengawal pergerakan mereka

ix.         Berikan motivasi dan dorongan yang sewajarnya kerana semua ini adalah sebahagian daripada tugasan sebagai ketua.

x.           Katakan sahaja kita tidak mengetahui andai kata kita benar-benar tidak mengetahuinya. Jangan berpura-pura kerana mereka mudah memerangkap kita di kemudian hari pula.

Berusaha dengan sebaik mungkin dan jangan sama sekali amalkan sikap pilih kasih sesama ahli dalam tim jualan. Bantu dan tolong mereka agar mereka juga akan membantu kita memberikan sasaran mudah dicapai. Segala permasalahan perlu diselesaikan dan beri tumpuan dan motivasi yang terbaik agar mereka sentiasa bersemangat dalam melakukan tugasan jualan.
Read more >>

Isnin, 26 Ogos 2013

PENGIRAAN MUDAH DALAM KONSEP DI PERKENALKAN




Cuba dipraktikkan secara kiraan matematik di mana satu pengenal satu hari bekerja dilakukan. Memanglah dalam mengikut kiraan matematik semuanya boleh berlaku kerana semua pengiraan tersebut tidak langsung mengambil kira setiap cabaran, halangan, dugaan dan masalah yang timbul. Di sinilah terletaknya disiplin diri yang perlu diterapkan dalam diri seseorang yang melakukan jualan sebagai satu tabiat kekal yang perlu diteruskan tanpa rasa malu dan rendah diri.

Bayangkan andai kata dalam satu hari berjaya memperoleh seorang pengenal, ini bermakna dalam tempoh seminggu kita telah berjaya memperoleh seramai lima orang pula. Dalam tempoh setahun pula bermakna sudah tentu seramai 260 orang berjaya pula kita mendapatkan pengenal. Angka yang meningkat secara mendadak walaupun pengenal yang kita temui hanya seorang sehari sahaja.

Mustahil dikatakan semua pengenal yang ditemui seratus peratus menerima tawaran yang dikemukakan. Pasti wujud dan akan ada bangkangan dan bantahan apa tah lagi penolakan jualan berlaku. Kena terima dengan hati yang tabah dan tenang. Andai kata jika 20% sahaja yang benar-benar berminat dari 260 orang setahun, ini bermakna seramai 52 orang bakal pembeli atau pelanggan mempunyai harapan yang cukup cerah bagi mendapatkan penutupan jualan.

Ambil sekadar 50% sahaja dari 52 orang tersebut yang menerima tawaran yang dikemukakan, ini bermakna seramai 26 orang telah berjaya menjadi pelanggan kita bagi tempoh setahun. Ini baru dalam pengiraan seorang pengenal setiap hari, bagaimana pula hasilnya jika kita berjaya mendapat pengenal  dalam sehari mampu memperoleh 3, 5 ataupun 10 orang sekali gus. Bukankah ini kerja mudah yang perlu kita lakukan.

Kerana itu rancanglah sebaik mungkin. jangan rasa kelu lidah menahan malu dan rendah diri meminta dan memohon kepada siapa juga yang kita temui agar dapat diperkenalkan secara terus kepada kita. Teruskan sahaja berusaha untuk mendapatkan hasil seperti mana yang dimahukan. Tidak salah untuk mencuba kerana hasil yang diperoleh kita seorang sahaja yang menikmatinya. Pergunakan kaedah ini dengan sebaik yang mungkin sebagai salah satu cara dalam mendapatkan penutup jualan dan pelanggan tetap kita. Selagi tidak mencubanya selagi itu tidak akan kita ketahui keberhasilannya.
Read more >>

Ahad, 25 Ogos 2013

LEBIH MUDAH UNTUK DIPERKENALKAN



Lagi ramai kita bertemu bakal pembeli atau pelanggan lakukan jualan itulah tindakan terbaik bagi per banyakkan lagi kemungkinan peluang peroleh penutupan jualan. Itulah realitinya tetapi seramai mana yang boleh dan mampu untuk memudahkan kita bertemu dengan bakal pembeli atau pelanggan yang berkualiti tinggi untuk kita kemukakan tawaran yang terbaik buat diri mereka? Inilah jalan yang harus kita ketahui dengan lebih mendalam lagi. Adalah lebih baik dengan cara yang agak mudah dan tidak perlu menunggu lama adalah hanya dengan meminta atau memohon dari pelanggan atau siapa sahaja untuk membantu kita diperkenalkan kepada teman-teman atau kenalan mereka.

Sebaik-baik tindakan adalah dengan perkenalkan diri kita agar setiap referral yang diberikan oleh mereka yang kita tanyakan memberikan seseorang yang nyata kewujudannya dan berminat pula untuk mengetahui akan produk yang ditawarkan. Semuanya kena bermula dari diri kita dahulu. Tindakan penting terlebih dahulu perlu dilakukan adalah dengan menghilangkan perasaan takut dan malu untuk bertanya kepada siapa juga yang kita temui. Tidak dinafikan pasti akan ada perasaan takut mahupun malu apabila berhadapan dengan pelanggan bagi meminta di perkenalkan, namun jika ia nya sudah menjadi satu tabiat asyik meminta untuk di perkenalkan diri terlebih dahulu semuanya tidak menjadi masalah yang besar di kemudian hari. Yang penting sentiasa yakin dan bersemangat untuk melakukannya.

Tidak salah memohon bantuan seseorang, yang salahnya jika sampai bila-bila kita tidak pergunakan sebarang peluang yang ada walaupun sedang berhadapan mata. Satu kerugian yang perlu dielakkan sama sekali. Kita bukannya mencuri dan orang yang kita tanyakan itu pula bukannya ada sebarang caj yang akan dikenakan kepada kita. Selagi kita memohon secara berhemah, bersopan dan merendah diri secara jujur dan bertoleransi sudah tentu mereka yang turut sama membantu diri kita yang memerlukan. Jangan putus asa dan mudah kecewa kerana jika berlaku jua hajat kita untuk orang perkenalkan diri kita kepada orang lain sudah pasti tidak akan sampai ke mana pun jua.

Bagi mendapatkan bantuan orang kepada kita, pastikan apa yang telah kita hulurkan bantuan dan pertolongan kepada orang lain kita lakukan terlebih dahulu. Hulurkan bantuan berikan pertolongan bahawa produk yang ditawarkan benar-benar dapat memberi satu solusi atas masalah yang dihadapinya. Tiada siapa yang akan menolaknya andai kata produk yang ditawarkan benar-benar dilihat mampu dan boleh selesaikan masalah yang ditanggungnya selama ini. Hanya harga yang mungkin menjadi halangan tapi kalau kelebihan dan keuntungan sememangnya mampu boleh menyelesaikan masalah yang ditanggungnya selama ini mustahil penolakan jualan boleh terjadi dan berlaku.

Kerana itu bagi memenuhi idaman hati untuk mudah mendapatkan penutupan jualan tindakan mendapatkan kesudian orang untuk perkenalkan kepada rakan taulan dan saudara maranya secara terus berhadapan dengan diri mereka amat diperlukan. Tidak perlu lagi menyaring dan menapis senarai-senarai referral yang ada tapi menjimatkan masa dan tenaga tanpa temu janji boleh bertemu terus begitu sahaja. Bukankah hebahan mulut merupakan hebahan yang cukup hebat impak dan sangat efektif dalam jualan? Pergunakan dengan sebaik yang mungkin.

Read more >>

Sabtu, 24 Ogos 2013

DI PERKENALKAN






Salah satu kaedah dalam mendapatkan bakal pembeli atau pelanggan adalah dengan membuka mulut dan bertanyakan tentang referral (perujuk). Kebiasaannya pelanggan yang memberikan referral ini adalah terdiri daripada nama seseorang, apakah nombor untuk dihubungi, mungkin tempat pekerjaannya dan alamat e-mel jika ada. Apa juga kemungkinan berlaku boleh diberikan itu pun antara fakta atau auta. Bergantung kepada kejujuran seseorang untuk memberikan satu maklumat yang betul ataupun palsu. Kalau bernasib baik legalah tapi kalau tidak punah terus harapan kita hilang begitu sahaja.

Andai kata memohon referral boleh kita lakukan kenapa tidak kita lakukan lebih daripada itu? Mohon kepada siapa juga dari kenalan, jiran, networking mahupun pelanggan agar memperkenalkan diri kita pula terus menerus kepada kenalan, rakan sekerja, jiran, adik beradik atau saudara maranya  yang mungkin mereka rasakan produk yang kita tawarkan ini boleh juga diguna pakai oleh mereka juga. Inilah yang sepatutnya kita lakukan dengan sebaik yang mungkin. Terdapat banyak kelebihan dan keuntungan yang bakal kita peroleh andai kata kaedah perkenalkan dapat dilakukan ke atas bakal pembeli atau pelanggan-pelanggan kita. Minta jasa baik mohon pertolongan agar mereka sudi menghulurkan bantuan dan pertolongan untuk perkenalkan siapa pun juga yang mereka kenali di hadapan mereka tentang kewujudan diri dan produk kita di pasaran. 

Antara kelebihan-kelebihan dan keuntungan yang dimaksudkan ini adalah

i.             Lebih mudah bersua muka terus tanpa perlunya kita melakukan pengenalan diri terlebih dahulu.

ii.           Dapat menjimatkan masa, wang  dan tenaga kita kerana dapat bertemu dan melakukan promosi terus-terusan kepada orang yang di perkenalkan kepada kita.

iii.          Bersiap sedia sentiasa tidak kira dalam apa juga keadaan sekalipun.

iv.          Orang yang diperkenalkan lebih mudah mempercayai dan menerima kehadiran diri dan produk kita memandangkan kenalan mereka sendiri yang memaklumkan dan perkenalkan pada dirinya.

v.            Kesulitan dalam memilih prospek dan mendapatkan temu janji boleh dielakkan sama sekali.

vi.          Kepercayaan seseorang dalam menerima kehadiran diri kita amat tinggi dan peluang untuk mendapatkan penutupan jualan juga agak memudahkan asalkan orang yang perkenalkan kenalannya itu terlebih dahulu sudah pun menerima tawaran yang dikemukakan.

vii.        Kurang memberi presentasi kerana pelanggan pasti turut membantu memaklumkan dan mempromosikan produk yang kita tawarkan. Lebih baik mengambil tindakan per banyakkan mendengar dari banyak bercakap.

viii.       Walaupun baru bertemu dan bersua, kemesraan mudah dijalinkan hanya kerana kita diperkenalkan oleh rakan baik atau kenalan dari orang yang dikenalinya.

ix.         Ikatan kepercayaan mudah terjalin hanya disebabkan ukhwah dan silaturahim yang terjalin antara mereka berdua. Bila kepercayaan telah diperoleh bermakna jualan juga semakin mudah untuk dilakukan. 

Inilah peluang terbaik yang tidak perlu dilepaskan sama sekali. Terus sahaja bertemu dan bersua dengan bakal pembeli atau pelanggan tanpa perlu melakukan sebarang temu janji terlebih dahulu. Jimat masa, tenaga dan wang. Tapi kena ingat sentiasa buka mulut memohon agar diperkenalkan diri kita kepada kenalan mereka pula. Memang sukar dan memang payah di peringkat permulaan tapi kalau dibiasakan dan menjadi satu tabiat yang positif sudah pasti ianya tidak akan mengecewakan.
Read more >>