Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 21 Julai 2013

Mudahnya merasa KECEWA



Amat merisaukan jika akhir jualan sesuatu yang sepatutnya menggembirakan akhirnya bertukar kepada kekecewaan, putus asa, sedih, risau atau marah pun boleh berlaku dan terjadi. Semua tanda-tanda negatif ini pasti boleh mempengaruhi diri kita andai kata kita biarkan sentiasa dalam diri kita. Selagi berada dalam diri kita selagi itulah akan menjadi sukar buat diri kita mendapatkan jualan seperti mana yang dimahukan.

Banyak sebabnya kenapa berlaku sebegini. Antara kegagalan berlakunya kekecewaan tersebut berlaku adalah disebabkan

i.             Terlalu mengharap
Nak menjual tolong pastikan jangan terlalu mengharap. Teruskan sahaja usaha kita lakukan jualan dengan sebaik yang mungkin. Mereka terima ataupun tidak semuanya berdasarkan  kepada apa yang telah kita persembahkan sama ada produk kita benar-benar dapat membantu selesaikan masalah mereka ataupun tidak. Bukan mudah sama sekali mendapat keputusan yang penuh bermakna walaupun tunduk kepala tandanya setuju, mendongak kepala tandanya melawan.

ii.           Ghairah
Terlalu gelojoh membuatkan tindakan tergesa-gesa boleh berlaku dan terjadi. Ghairah pada tindakan seolah-olah memaksa seseorang untuk menerima tawaran yang dikemukakan tanpa memikirkan adakah ia nya memenuhi apa yang mereka cari dan mahukan selama ini. Kita jadi syok sendiri sahaja tapi malangnya bagi bakal pembeli atau pelanggan semuanya adalah dari keputusan di tangan mereka sendiri bukannya kita.

iii.          Terlalu yakin 
‘Confident’ sangat ini yang menyusahkan kita balik. Belum apa-apa lagi dah terlalu yakin. Bila dah terlalu yakin apa yang kita lakukan tiada kesungguhannya kerana kita merasakan bakal pembeli atau pelanggan yang berada di hadapan kita sudah pasti menerima tawaran yang dikemukakan. Ini yang susah ni, belum apa-apa lagi dah merasa terlalu yakin. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga jatuhnya. Begitulah juga kita manusia , jangan dok rasa syok sendiri yang kita boleh melakukannya setiap masa. Lain orang lain ragamnya, semuanya sama sekali tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. 

Tenang dan tabah sentiasa dalam melakukan jualan. Apa yang kita lakukan sudah pasti ada cabaran dan dugaan yang menanti sama ada kita suka ataupun tidak. Semuanya satu ujian hidup. Tiada satu pun yang Allah jadikan untuk kita begitu senang dinikmati dan diperoleh begitu sahaja. Hadapi dengan sebaik mungkin. Mungkin akan ada sedikit sebanyak rasa kekecewaan tapi jangan di fikir dan dibawa sangat. Bertindak semula cari yang lain bagi mendapatkan penawar dengan secepat yang mungkin. Siapa tahu, sekali gagal Allah balas semula dengan sepuluh kejayaan pula. Yang penting teruskan usaha kerana tanpa usaha sudah pasti tidak ke mana tindakan kita.


Read more >>

Sabtu, 20 Julai 2013

Hadapi Mulut Bercabang



Adat orang menjual kerap kali juga bertemu dan bersua dengan orang yang mulut bercabang. Apa yang dimaksudkan dengan mulut bercabang? Mulut bercabang adalah seseorang yang bercakap sekejap berkata ‘ya’ dan sekejap lagi berkata ‘tidak’ pula sehinggakan apa yang diperkatakan oleh beliau seolah-olah mempermainkan apa yang kita perkatakan kepadanya. Kerana itu apabila melakukan jualan kena pastikan berhati-hati dan berwaspada sentiasa agar apa yang diperkatakan menjadi satu pegangan yang kukuh buat kita terutama ketika persetujuan dalam menerima tawaran yang dikemukakan.

Jangan mudah berputus asa jika bertemu dengan orang yang sedemikian. Pasti ada cara dan kaedah untuk diatasi dengan sebaik mungkin tanpa perlu menyakitkan hati sesiapapun juga. Biarlah bakal pembeli atau pelanggan mulutnya bercabang asalkan tidak pada kita. Kita yang melakukan jualan sememangnya untuk membantu dan menolong orang. Semua ini kena  anggap sebagai satu dugaan dan cabaran untuk kita hadapi. Antara yang boleh dilakukan bagi mengatasi bertemu dengan orang yang mulut bercabang ini adalah

I.           Berikan secara berfakta tidak berbelit dan mudah difahami oleh mereka. Sebaik-baiknya tunjukkan apa kelebihan kita jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan oleh pesaing dalam pasaran. Sekurang-kurangnya mulut mereka akan terkunci jika perbandingan produk di pasaran dapat diberikan.

II.        Bagi produk yang dijual bertemu dengan orang yang sebegini memerlukan kesabaran yang tinggi. Layan dengan baik kerana bangkangan dan bantahan jualan mungkin akan mudah terjadi dan berlaku. Kerana itu pengetahuan produk dan segala kelebihan produk perlu kita mahirkan dan fahami sedalam-dalamnya.

III.     Bila persetujuan dinyatakan tanpa membuang masa dapatkan tandatangan mereka secara segera dan serta merta bagi jualan yang berdasarkan perkhidmatan. Bagi jualan berasaskan produk barangan terus-terusan jual terus tanpa perlu bertangguh lagi dapatkan wangnya terlebih dahulu. Selamatkan jualan kita dahulu dari memikirkan mulut bercabang mereka.

Kesungguhan untuk melakukan tanpa mengenal penat lelah dan berkeluh kesah sudah pasti akan membuahkan sesuatu yang menarik kepada tugasan jualan. Biarlah bagaimana bentuk badai yang melanda dan berlaku semuanya boleh ditempuhi asalkan kesabaran, kecekalan, ketabahan dan ketenangan boleh kita lakukan dengan sebaik yang mungkin. Beri fokus dan tumpu pada apa yang kita lakukan agar segala apa yang kita inginkan dan idamkan sudah pasti pada penghujungnya akan tetap juga kita nikmati jua.


Read more >>

Rabu, 17 Julai 2013

ANTARA MASA KINI DAN SEJARAH



Seperti sudah menjadi satu adat kepada kita yang melakukan jualan bahawa perkara yang telah berlalu atau sejarah memainkan peranan penting dalam menentukan seseorang tersebut berprestasi tinggi ataupun tidak. Sebagus mana seseorang itu pada masa kini sudah pasti sejarah lama akan dikenang semula. Adakah ini satu tindakan yang penting atau tidak dalam sesebuah tim jualan yang disertai oleh kakitangan jualan?

Ada kebenarannya kenapa bahan sejarah lampau perlu dilihat dan direnung semula. Menjadi seperti satu kenangan lama yang perlu di imbau semula dan menjadi satu permainan tugasan terutama dalam menyentuh prestasi terkini atau semasa jika dibandingkan dengan yang lampau. Mungkin perkara-perkara berikut bahan sejarah atau apa yang telah berlaku sebelum ini perlu di lihat semula iaitu seperti

i.             Sebagai satu pengukur prestasi
Banding pencapaian lampau dengan terkini sudah pasti akan diketahui di mana prestasi kita sekarang ini. Kalau pencapaian dapat mengatasi prestasi yang lepas sudah pasti ia nya di kira kejayaan. Kalau berkurangan dari prestasi lepas bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kita yang perlu kita kenal pasti di mana salah dan silapnya yang perlu diperbetulkan dan diperbaiki dengan cepat dan segera.

ii.           Akhlak dan kesungguhan boleh dinilai
Perbandingan masa kini dan lampau akan membuatkan diri kita di bandingkan sama ada elok atau tidak tingkah laku dan adab kita semasa bertugas. Sama ada ketua memberi teguran atau nasihat sudah pasti latar belakang dan pencapaian yang lepas akan disemak semula memberikan maklum balas di mana salah dan silapnya diri kita. Baik perangai pasti berdisiplin orangnya tapi kalau perangainya teruk sudah pasti keputusan tugasan jualan tidak ke mana jua jadinya.

iii.          Bahan lama yang berfakta tidak boleh ditipu
Dah menjadi bahan sejarah sudah pasti ada fakta dan kebenarannya. Sukar untuk ditipu atau berselindung. Kena ambil tahu agar bahan sejarah kita tidak sama sekali dipergunakan oleh sesiapapun juga dengan sewenang-wenangnya. Kerana itu prestasi terkini perlu di jaga kerana tidak lama lagi masa terkini sudah pasti akan bertukar menjadi sejarah pula.

iv.          Mencari alasan kukuh
Katalah apa sekalipun, prestasi lepas boleh mengatakan sesuatu tentang tugasan kita pada masa kini. Apa alasan yang diberikan sudah tidak relevan lagi kerana prestasi masa lepas telah memberitahu segala-galanya. Bersedia untuk menghadapi agar segala teguran dan kekecewaan yang diterima sudah pasti tidak akan terasa gagal lagi hendaknya dilakukan hentaman dan kecaman oleh siapa juga ketua dalam tim jualan kita. 

Kerana itu kita cukup di saran agar perbaiki diri dan prestasi dari masa ke semasa. Kena ada semangat untuk perbaiki mana-mana kelemahan yang ada diberi prestasi yang terbaik setiap masa dan ketika. Bila melihat graf sudah pasti satu kedudukan menaik dapat diperhatikan dan bukannya graf dalam bentuk mendatar atau menurun. Sekurang-kurangnya ketua tim jualan pasti sudah mengetahui akan keupayaan kita melakukan tugasan maklumlah sasaran yang diberi setiap tahun bukannya semakin menurun tapi semakin bertambah-tambah pula. Kerana itu persiapan mental dan fizikal kena ada ditambah pula dengan tumpuan dan fokus bagi melakukannya dengan baik, cemerlang dan kegemilangan sama sekali.


Read more >>

Selasa, 16 Julai 2013

TABIAT YANG POSITIF



Memastikan kejayaan dalam melakukan jualan perlu mempunyai tabiat yang perlu diwujudkan dalam diri siapa pun juga demi mencapai apa yang dihajati. Fikiran yang positif akan merangsang tindakan yang positif juga. Kedua-dua kena selari agar apa yang dilakukan pasti diterima baik oleh orang lain. Kerana itu bagi mendapatkan tingkah laku yang terbaik, tabiat yang baik perlu dikekalkan agar keutamaan kita dalam melakukan jualan akan lebih disenangi oleh orang lain di samping akan memudahkan lagi melakukan tugasan dalam jualan.

Bagi memastikan tabiat yang diingini ini sentiasa tersemat dan dilakukan setiap masa adalah dengan 

i.             Sistematik kan tugasan harian
Lakukan tugasan dengan lebih bersistematik. Merancang dan fikirkan setiap tindakan akan apa yang perlu dilakukan perlu disemat dalam dada dan fikiran. Lakukan tindakan dengan apa yang dirancang dan bukannya mengikut apa yang orang lain lakukan. Perancangan yang baik akan menghasilkan satu keputusan yang baik seperti mana yang kita mahukan.

ii.           Berani mencuba
Kalau orang lain boleh melakukannya kenapa kita tidak. Kerana itu perlukan perancangan agar apa yang dirancang kita lakukan tindakan ikut apa yang dirancang. Jangan main hentam kromo sahaja. Kena berani mencuba untuk dapatkan hasil yang diingini. Yang penting terus berkehendakkan untuk mencuba tidak kita apa juga keputusan yang mendatang.

iii.          Peroleh 80/20
Konsep yang dikenali sebagai nisbah Pareto di mana 20 peratus kerja yang dilakukan menghasilkan 80 peratus pulangan yang diingini. Bukan omongan kosong tapi satu tindakan yang perlu dan baik untuk dilakukan. Bukan mengajar diri menjadi seorang yang pemalas tapi memikirkan bagaimana tugasan yang sedikit tapi boleh menghasilkan impak tugasan jualan yang memberikan pulangan lumayan buat diri kita. Fikirkan sebaik yang mungkin agar apa yang kita lakukan sememangnya dapat menghasilkan apa yang kita idamkan selama ini.

iv.          Daripada merancang baik dilakukan sahaja
Kenapa perlu lebih banyak merancang dalam melakukan jualan? Sepatutnya tindakan yang perlu banyak agar dapat menghasilkan apa yang dimahukan. Asyik merancang sahaja dikhuatiri nanti akan terabai pula tindakan yang sepatutnya dilakukan. Rancang yang tepat sahaja agar tindakan yang sepatutnya kita lakukan sebaik yang mungkin. Setiap tindakan pasti memerlukan kesungguhan untuk melakukannya. Bila ada kesungguhan sudah pasti keputusan yang diingini boleh diperoleh dengan jayanya.


v.            Lihat setiap oportuniti
Peluang yang datang bukannya ada terhidang di depan mata begitu sahaja. Perlu dicari dan dikesan. Kadang-kadang yang berada di depan mata pun tidak kita sedari hanya disebabkan tamak haloba risaukan pada orang lain mendapatkannya. Bak kata pepatah, nyamuk di seberang boleh kelihatan gajah di depan mata langsung tidak disedari. Inilah yang perlu kita sedari dan fahami agar setiap oportuniti dan peluang yang ada tidak sama sekali hilang begitu sahaja.

vi.          Per banyak kan pertemuan dengan networking
Jalinan kemesraan dengan siapa pun juga perlu ada agar mereka semua akan menjadi duta atau agen kepada jualan kita bagi membekalkan prospek kepada kita tanpa perlu upah dan bayaran yang sepatutnya. Inilah keistimewaan networking dalam tugasan kerana sedikit sebanyak mereka pasti akan membantu tugasan jualan kita walaupun sedikit. Lagi banyak networking dapat dibina lagi mudah tugasan dan urusan kita dalam melakukan jualan.

vii.        Jangan sisihkan Allah
Per banyak kan berdoa kepada Allah. Penyerahan secara total kepada Allah perlu ada bukan setakat solat sahaja tapi kehidupan kita secara keseluruhan perlu ada hanya pada Allah. Mohonlah apa yang kita mahukan dan perlukan hanya pada Allah, lakukan sebaik mungkin terutama yang tidak bercanggah dengan Agama dan tawakal pada Allah per mudah kan urusan kita ke atas setiap apa juga yang telah kita lakukan. Carilah keberkatan dalam hidup sebagai matlamat kita untuk berjaya di dunia dan di akhirat nanti.

Binalah tabiat yang positif dan yang terbaik agar kita sentiasa konsisten dalam melakukan jualan. Bukan paksaan tapi dengan rela hati melakukan setiap tugasan jualan dengan yang terbaik. Fikiran yang baik pasti akan menghasilkan keputusan yang terbaik. Berilah apa yang ada untuk diri kita bentuk kan menjadi yang positif agar kita sentiasa disukai oleh siapa juga yang kita jumpai atau berdampingan dengan kita.



Read more >>