Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 23 Februari 2013

Bila Dah Penat



Memang sesuatu yang memenatkan dan meletihkan diri kita dalam melakukan jualan. Lagi teras penat andai kata penutupan jualan tidak dapat diperoleh seperti mana yang dimahukan. Rasa penat yang amat sangat pasti memberikan  impak dan kesan dalam melakukan jualan yang membolehkan produktiviti seseorang tersebut menurun dan tidak bermaya dalam melakukan jualan. Pasti akan menimbulkan kerisauan dan berasa susah hati yang amat sangat jika perkara yang sebegini berlaku dengan sewenang-wenangnya. 

Bagi mengelakkan rasa letih dan tidak berdaya ketika melakukan jualan, mungkin beberapa perkara di bawah ini perlu dilakukan agar rasa letih dan penat ini tidak sewenang-wenangnya mengawal diri kita dalam melakukan jualan iaitu

i.             Pastikan tidur yang mencukupi agar badan dapat berehat sepenuhnya dan tidak merasa lesu apabila bangun dari tidur

ii.           Mengambil suplemen-suplemen tambahan untuk badan. Sebaik-baiknya dapat nasihat dari yang pakar terutamanya dari doktor-doktor perubatan atau mereka-mereka yang mahir. Tolong elakkan dari mendengar dari kata-kata orang yang tiada kelayakan walaupun dari kawan-kawan yang kita boleh percayai.

iii.          Perancangan yang teratur dan teliti agar apabila tindakan dilakukan sudah pasti tiada yang akan menjadi kelam kabut dan penyebab keletihan kerana dari perancangan yang kita sendiri lakukan

iv.          Lakukan jualan mengikut kesesuaian dan kemampuan badan diri kita sendiri agar kita boleh bertahan melakukan jualan dari pagi sampai ke petang walaupun sampai ke malam.

v.            Mengambil makanan yang memadai dan ikut peraturan masa makan bagi semasa bersarapan, makan tengah hari ataupun minum petang. Elakkan makan yang terlalu kenyang kerana boleh mengakibatkan kita merasa mengantuk dan malas

vi.          Jaga waktu solat. Kita lakukan solat sebenarnya merehatkan rohani dan jasmani kita bila berhadapan dengan Allah. Sebaik-baiknya lakukan secara solat berjemaah dan di awal waktu. Yang pasti jiwa tenang akan membawa tindakan yang terbaik. 

vii.        Jangan berhenti berdoa kepada Allah minta dipermudahkan jangan disukarkan setiap pekerjaan kita, bantuan Allah dalam setiap masa kita lakukan pekerjaan dan beri kesihatan yang sewajarnya untuk kita melakukan jualan

Kawal fikiran kita agar kita tidak mudah merasa penat dan letih sepanjang kita melakukan jualan. Teruskan sahaja tindakan kita agar kita lebih mudah melakukannya dengan sebaik yang mungkin tanpa perlu kita menghadapi rasa penat dan letih yang amat sangat. Bina keriangan dan keceriaan agar kepenatan dalam melakukan tugasan boleh kita hindari dan elakkan dengan sebaik yang mungkin. lagi banyak penutupan jualan boleh dilakukan sudah semestinya lagi banyak semangat yang boleh didapati bagi mengatasi segala kepenatan dan keletihan yang dialami sehari-hari. 


Read more >>

Jumaat, 22 Februari 2013

BILA RISAU DAN DUKACITA MENGUASAI DIRI




Bila melakukan jualan sudah pasti pelbagai dugaan, rintangan dan masalah yang perlu kita hadapi sama ada kita suka ataupun tidak. Sememangnya sebagai seorang manusia biasa, kita tidak akan dapat lari daripada bebanan dan ujian. Pasti ada dan pasti wujud. Kerap kali kita dilanda ujian sudah pasti rasa sedih dan dukacita, rasa lemah dan malas, rasa kedekut dan penakut, bebanan hutang dan tekanan daripada penindasan orang sehinggakan perkara yang terjadi ini tidak kita sangka sama sekali amat dirasakan. Siapakah yang akan bersedia menjadi 'teman' buat kita kongsi kan dugaan dan ujian yang menguji empunya diri ini dari hari ke hari? Mungkin untuk tempoh yang panjang? Atau perlu kah kita menangis dan meratapi sahaja perkara ini berlaku? 

Mungkin Hadis ini boleh kita jadikan panduan dan iktibar untuk kita bagaimana tindakan terbaik untuk bagi menghadapi perasaan dukacita dan kerisauan yang berlaku dan terjadi. Suatu hari Ubai bin Ka’ab datang bertemu Rasulullah SAW hendak bertanya tentang selawat.  Ubai berkata kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah, aku ingin memperbanyakkan selawat kepada mu. Daripada masa berdoa dan berzikir, sebanyak manakah masa yang patut aku luangkan untuk berselawat kepada mu?”



Baginda bersabda “Sebanyak yang hati kamu inginkan.” Saya bertanya lagi “Wahai Rasulullah, jika satu perempat?” Baginda menjawab “Sebanyak yang kamu inginkan. sekiranya kamu menambah, maka itu lebih baik bagi kamu.” Tanya Saya “Jika separuh?” Baginda menjawab “Sebanyak yang kamu inginkan. Jika kamu menambah lagi, maka itu lebih baik untuk kamu.”Saya bertanya lagi “Jika dua pertiga? Baginda bersabda “Sebanyak yang kamu suka. Jika kamu menambah lagi, maka itu lebih baik bagi kamu.” 

Lalu, saya berkata “Jika demikian, saya jadikan seluruh masa untuk berselawat kepada tuan.” Baginda bersabda “Jika kamu lakukan sedemikian, maka Allah akan hapuskan segala kerisauan kamu dan Allah akan ampunkan segala dosa kamu.” (Hadis Riwayat At Tirmizi).

Terdapat satu kisah lagi bagaimana Rasulullah mengajar tentang cara menghilangkan dukacita dan keresahan yang kita alam selama ini. Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungi, wahai Rasulullah”

Jawab Rasulullah maksudnya “Mahu kah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacita mu dan melangsaikan hutang mu.” Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pagi dan petang bacalah “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari kebimbangan dan kesedihan” Kata Abu Umamah “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacita ku dan melangsaikan hutang ku”. (Hadis Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri). 

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW  dipercayai menjadi satu syafaat, rahmat, berkat dan penawar untuk menyelamatkan kehidupan seseorang baik di dunia mahupun di akhirat. Kerana itu kita disaran sentiasa menyebut berselawat ke atas penghulu kita bukan setakat untuk mengetahui Rasulullah SAW sebagai pemimpin yang paling kita akui dan kekasih Allah tetapi ia nya juga dapat memberikan satu terapi kepada diri kita sendiri dalam mengharungi pelbagai masalah yang kita tanggung selama ini.

Perlu kita ingat dan fahami bahawa berselawat kepada Rasulullah SAW adalah perintah dari Allah kepada hamba Nya. Allah berfirman bermaksud  “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya” (Surah Al-Ahzab Ayat 56). Hadirlah dalam diri kita untuk sentiasa berselawat ke atas Nabi kita, bukan setakat dapat ganjaran pahala tetapi juga segala kerisauan dan rasa dukacita kita dalam melakukan jualan sudah pasti boleh kita atasi hanya dengan berselawat ke atas Nabi sahaja. Betapa mudah dan senangnya andai kata kita mempraktikkannya perkara yang sebegini.


Read more >>

Khamis, 21 Februari 2013

Mudahnya dengan Jualan Bersilang




Menurut Colleen Francis, seorang motivator jualan yang terkemuka di Canada mengatakan bahawa ‘Jualan bersilang adalah satu peluang, akan menghasilkan lebih cepat jualan, menjana keuntungan yang lebih tinggi dan kecairan yang lebih baik di mana sebahagian besarnya kerana pelanggan sedia ada tahu kita, mempercayai kita dan telah dipaparkan pertalian yang jelas bagi produk dan perkhidmatan organisasi yang kita wakili. Akibatnya, kita biasanya memerlukan kerja yang kurang untuk meyakinkan mereka untuk membeli lebih banyak produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan’.

Begitulah hebatnya kalau pelanggan telah mula mengenali jenama produk yang telah dipergunakan atau nama organisasi atau syarikat yang mengeluarkan produk tersebut. Hanya dari hasil kepercayaan menggunakan produk tersebut maka jualan bersilang boleh dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Jangan sama sekali di perlecehkan atau tidak mempercayainya sama sekali. 

Kena pandai ambil kesempatan dan kena ambil tahu apa lagi produk yang boleh ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan yang sedia ada. Banyak faedah dan kebaikannya kalau kita mampu melakukan jualan bersilang kepada seseorang yang telah menjadi pelanggan kita. Antaranya adalah

i.             Menjimatkan lagi masa kita melakukan jualan

ii.           Kekuatan jenama telah memberikan dan membina keyakinan kepada pelanggan

iii.          Mereka telah yakin dan percaya terhadap diri kita

iv.          Lebih mudah untuk melakukan jualan kepada pelanggan sedia ada

v.            Keyakinan dalam melakukan jualan lebih terserlah dan memudahkan lagi

vi.          Cara mudah menambahkan lagi pendapatan dan ganjaran
 
vii.        Mengeratkan lagi silaturahim dengan pelanggan yang sedia ada

Kerana itu kita di saran melakukan jualan bersilang. Tanpa ditunggu sehingga pelanggan bertanya, sehingga pelanggan bertukar kepada produk lain atau menanti kita dipaksa untuk menjual, kita semua kena lakukan segera. Jangan ditangguhkan atau menunggu masa yang bersesuaian. Dapat seorang sahaja pelanggan kita terus-menerus lakukan jualan bersilang secepat mungkin. Kalau nak rezeki lebih bermakna kena usaha lebih tapi jalan yang mudah untuk tambahkan lagi perolehan semaksimum yang termampu. Tak buka mulut mana nak tahu berjaya ataupun tidak. Kerana itu kita kena berusaha terus dan terus lagi untuk berusaha tanpa mengenal putus asa dan kecewa.
Read more >>