Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 27 Januari 2013

AMALKAN MEMBERI SALAM



Firman Allah SWT bermaksud "Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah hendaklah kamu memberi salam kepada sesiapa yang seperti kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik." (Surah an-Nur Ayat 61)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya di antara perkara yang boleh menyebabkan mendapat keampunan adalah dengan memberi salam dan baik percakapannya" (Hadis riwayat ath-Thabarani)

Firman Allah SWT bermaksud “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). “(Surah al-Nisa`Ayat 86)

Terlalu banyak hikmah dan kebaikkannya kita memberi salam termasuk sekali ketika kita bertemu dengan prospek/pelanggan bagi tujuan melakukan jualan untuk memberi dan menjawab salam dengan perkataan yang penuh iaitu ketika memberi salam “Assalaamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakaatuh” bermaksudSemoga kesejahteraan dilimpahkan ke atas kamu juga rahmat Nya dan berkat Nya” dan membalas salam dengan “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh” bermaksudDan semoga kesejahteraan dilimpahkan ke atas kamu juga rahmat Nya dan berkat Nya”.

Kenapa ianya disarankan untuk melakukannya dengan pengucapan yang penuh untuk kita lakukannya. Ini adalah kerana

i.             Setiap apa yang kita ucapkan dan sampaikan adalah satu doa. Baik memberi salam atau menjawab salam sebenarnya kita dan dia mendoakan agar berlakunya

·        Kesejahteraan

·        Kerahmatan 

·        Keberkatan

ii.           Membina dan mengeratkan hubungan yang baik antara satu sama yang lain

iii.          Memudahkan lagi interaksi memulakan komunikasi sesama insan

iv.          Merupakan satu zikir atas ingatan kita terhadap Allah SWT

v.            Satu sunah dengan memberi salam dan satu yang wajib membalas salam tersebut

vi.          Ganjaran pahala yang besar setiap pengucapan yang penuh, 30 pahala bagi yang menyampaikannya dan 30 pahala bagi yang menjawabnya (10 pahala bagi setiap perkataan)

vii.        Prospek/pelanggan lebih mengenali dan mengingati kita yang sering memberi salam kepada dirinya

viii.       Lebih tenang  dan beradab apabila ia nya bermula dengan pengucapan As Salam jika dibandingkan dengan perkataan yang lain seperti hello, hai, selamat tinggal dan sebagainya

ix.         Mengelakkan tanda-tanda akhir zaman berlaku apabila sehingga tiada seorang pun orang Muslim yang memberikan As Salam. Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja” (Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud ra)

x.           Orang yang kedekut atau tidak mahu langsung untuk mengucapkan salam boleh dianggap sebagai orang yang cuai dalam menunaikan hak tersebut.

Tidak rugi untuk kita amalkan apatah lagi untuk dijadikan satu tabiat dan amalan kemestian dalam hidup kita apabila bertemu dengan sesiapapun juga orang Islam. Bukan setakat atas ingatan kita terhadap orang yang kita temui tetapi juga sebagai satu doa dan zikir kita terhadap Allah SWT. Tiada apa yang harus dimalukan dan disegankan jika kita masih lagi menganggap diri kita sebagai seorang Muslim yang sejati dan taat ke atas perintah Allah SWT. Dengan memberikan As Salam sahaja lebih mudah untuk melakukan interaksi menjalinkan silaturrahim dan mendapatkan penutupan jualan.

Read more >>

Sabtu, 26 Januari 2013

Apa Kata Nujum Pak Belalang....



Semasa pertandingan di adakan antara Negara Beringin Rendang melawan Negara Masai diwakili oleh Ahli Nujum Negara Beringin Rendang Pak Belalang dengan Ali Nujum Masai yang berlangsung sebanyak empat soalan dipertaruhkan dengan satu soalan tambahan. Jom kita ikuti apa yang dipertandingkan....

Tukang Nujum Masai Soal : 'Di dalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kita mahu tahu yang mana satu Pembeli dan yang mana satu Penjual??'

Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah Pembeli dan yang menegak ke atas itulah Penjualnya..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun tahu sebenarnya tidak ramai pun yang ingin menjadikan dirinya sebagai Penjual tapi bagi Pembeli ia nya sudah pasti ramai yang amat sangat dan berada di mana-mana sahaja. Yang penting di mana ada pembeli pasti di situ juga ada penjualnya. Peluang semestinya berada di mana-mana asalkan mahu dicari dan dikesan sahaja....’ Ampun tuanku....

Soalan 2

Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah Pelanggan dan yang manakah Penjualnya..??'

Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan ke dua-dua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah si Penjual dan yang dikejar dan melarikan diri itulah si Pelanggannya..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebab nya sememangnya di zaman ini mereka yang melakukan jualan sudah pasti akan mengejar dan mendapatkan pelanggan tanpa perlu pelanggan sedari atau tidak. Penjual perlu tahu dan pandai mencari oportuniti dan peluang yang ada walaupun sukar dan tidak sama sekali menantikan kedatangan pembeli datang membeli menunjukkan dirinya.....’

Soalan 3

Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah,

Satu... baaaanyak-banyak!!... Dua... sedikit-sediiiiikit....!!! Tiga... jarang-jarang!!!... Empat... kad-dang, kad-dang,

Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara : 'Orang yang melakukan jualan!!!'

Tukang Soal : 'Buktikan..!!'

Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, dalam mana-mana tempat sekalipun orang yang ingin melakukan jualan sememangnya ramai apatah lagi jika berkempen melakukan promosi tanda mendapat imbuhan pada dirinya…..

Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani melakukan jualan secara menceburinya sepenuh masa asalkan pendapatan bulanannya boleh didapati walaupun hanya sementara sahaja (Kontrak)...

Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar orang yang melakukan jualan dapat melakukannya secara konsisten dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pendapatan dan komisen semaksima yang termampu walaupun pelbagai dugaan yang dihadapinya

Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang kita dengar dan dapat melihat tidak ramai yang mampu menjadi jaguh jualan No 1 dalam Malaysia secara konsisten walaupun pelbagai insentif, ganjaran dan imbuhan disediakan......’


Soalan 4

Tukang Soal : 'Di manakah terletaknya kekuatan orang yang melakukan jualan..? Di mulutnya kah? atau di kemahirannya kah..?'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan orang yang melakukan jualan bukan terletak pada mulutnya ataupun pada kemahirannya...'

Tukang Soal : 'Di mana terletak kekuatannya..?'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan orang yang melakukan jualan hanya terletak pada kesungguhannya untuk melakukannya!!'

Tukang Soal : 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara : ‘Orang yang pandai bercakap dia hanya bercerita sahaja tanpa mengetahui orang yang ditemuinya memerlukan ia ataupun tidak. Orang yang mahir kebiasaannya menjadi sombong dan berlagak merasakan dirinya telah terlalu pandai akan segala-galanya tapi hasilnya masih tiada juga. Hanya orang yang bersungguh sahaja yang mampu melakukan jualan menjana kekuatan menghasilkan pendapatan yang tinggi buat dirinya...'

Tukang Soal (Baginda Sultan Masai) : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada di dalam genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara : '........... Hasil Jualan !!!..'

Tukang Soal (Baginda Sultan Masai) : terus pengsan…….

(Sebabnya) Jualan merupakan satu permainan angka yang penuh dengan strategi yang perlu dilakukan dengan bersungguh dan konsisten setiap masa. Tidak perlu memberikan sebarang alasan, sebab musabab dan masalah yang perlu diberitahukan kepada seluruh dunia. Hadapi segalanya dengan tenang dan sabar. Hadapi dengan ketabahan dan ketenangan supaya apa yang dicari pasti dapat ditempuhi dengan baik dan berkesan. Tak guna kalau kita asyik menceritakan pelbagai cara dan kaedah yang kita lakukan jualan tapi hasil akhir iaitu hasil jualan langsung tiada dan tidak pula menepati sasaran yang dibekalkan.

Jangan sama sekali menunggu pelanggan untuk muncul dihadapan mata kerana kita yang melakukan jualan perlu mencari pelanggan. Jangan dirisaukan tentang pelanggan tersebut kerana mereka terlalu ramai di luar sana hanya perlu mencari dengan mengenal pasti yang mana satu berminat atau tidak. Jadikanlah kesungguhan untuk melakukan jualan sebagai satu teras mencapai kejayaan. Dalami ilmu pengetahuan, skil dan kemahiran dalam melakukan jualan kerana bukan semua orang didunia ini yang boleh dan berminat untuk melakukannya.

Jadilah seorang yang boleh melakukan tugasan dengan baik dan berhemah. Tunjukkan yang kita juga pasti boleh melakukannya dan tidak sama sekali  sebagai seorang yang hanya mahu suka-suka hati sahaja melakukannya. Pertingkat kan ilmu, tambahkan skil kemahiran dan berusaha mendapatkan penutupan jualan sebanyak yang termampu melebihi sasaran yang diberikan. Tidak kira apa produk sekalipun semuanya tetap mahu dijual merasakan sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.

Read more >>

Jumaat, 25 Januari 2013

Bila dah Takdir



Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda ‘Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah dibandingkan mukmin yang lemah, dan masing-masing mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah untuk hal yang bermanfaat untuk mu. Mohonlah pertolongan dari Allah dan jangan merasa lemah. Jika ada sesuatu menimpa diri mu, jangan ucapkan, ‘Andai saja saya melakukan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu’ Namun ucapkanlah, ‘Telah ditakdirkan Allah, apa yang Allah kehendaki, Dia pasti melakukan nya’ Sesungguhnya ucapan ‘andai saja’, akan membuka amalan syaitan.”(Hadis Riwayat Muslim)

Apabila berlakunya kegagalan mulalah kita memberikan alasan sudah takdir Allah yang memberikan keadaan sebegini berlaku dan terjadi. Dah cuba dah, dah melakukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk melakukannya tapi apakan daya masih tidak mampu lagi untuk melakukan jualan, mungkin Allah tidak mengizinkan lagi. Amat menyedihkan kalau kita menyalahkan takdir. Disebabkan kegagalan atas usaha kita sendiri tidak berjaya melakukan jualan, kita menyalahkan takdir Allah pula kenapa ia nya berlaku dan terjadi. Adakah ini satu tindakan yang betul dan sewajarnya?

Di masa dahulu, sahabat Rasulullah iaitu Sayidina Umar sering berceramah dan berkhutbah di beberapa kota di Jazirah Arab. Pada suatu ketika, Beliau akan berkhutbah menyebarkan agama Allah di sebuah kota yang tiba-tiba dikhabarkan dan dimaklumkan oleh salah seorang murid Sayidina Umar, bahawa di kota tersebut sedang terjadi wabak penyakit yang sedang menular dan berjangkit kepada semua penduduknya. Mendengar berita yang sebegini lalu Sayidina Umar terus membatalkan hasratnya untuk memberi khutbah di kota tersebut dan mengubahkannya pula ke tempat lain.

Sayidina Umar yang membatalkan hasrat tersebut lalu salah seorang sahabatnya bertanya, “Mengapa engkau tidak mahu ke kota tersebut? Apakah kerana kau takut jika ditakdirkan Allah SWT nantinya di jangkiti oleh wabak tersebut ke atas mu?”, tanya sahabatnya. Sayidina Umar pun lalu tersenyum, kemudian beliau menjawab “Saya tidak pernah takut dengan takdir Allah SWT yang akan diberikan kepada ku” balas Sayidina Umar. “Tetapi, tindakan aku hanya untuk menghindari takdir Allah SWT untuk menular wabak penyakit tersebut kepada ku dan elok bagi ku untuk mengambil takdir Allah SWT yang lain….”, jelasnya.

Ini bermakna, walaupun kita tidak tau perjalanan hidup kita ke masa hadapan nanti, namun paling tidak kita harus dapat mengambil keputusan mana yang lebih baik bagi diri kita sendiri dan harus menerima risikonya atas apa yang akan terjadi di kemudian hari dengan keputusan kita itu. Kerana kita telah mengetahuinya kenapa kita harus kelam kabut menanggung risiko yang tidak sepatutnya kita menerimanya. Begitulah Sayidina Umar lakukannya. Selagi boleh diubah takdir selagi itu kita di per bolehkan sama sekali.

Allah yang menetapkan takdir kita, maka Allah memiliki kuasa untuk mengubahnya, ertinya takdir baru bagi kita. Mengubah takdir ertinya Allah menggantinya dengan takdir baru. Tetap, Allah yang menetapkan takdir. Tidak boleh dinafikan sama sekali. Walau bagaimana sekalipun setiap takdir itu dibolehkan untuk kita mengubahkannya mengikut apa yang kita mahukan atau kehendaki. Caranya adalah dengan

i.             Berdoa ke hadrat Allah
Cara pertama ialah dengan berdoa seperti yang dijelaskan pada hadis di atas. Dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi Muhammad bersabda Barang siapa hatinya terbuka untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya doa bermanfaat bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada yang boleh menolak taqdir kecuali doa, maka berpeganglah wahai hamba Allah pada doa(Hadis Riwayat Tirmidzi dan Hakim).

ii.           Bersungguh melakukan tugasan
Dah dinamakan tugasan untuk melakukan tugasan kena lakukan secara bersungguh-sungguh dengan rela hati tidak mahu membiarkan kegagalan mengatasi kejayaan. Contohnya jika seseorang mahu bekerja keras, maka ia dapat merubah keadaan hidupnya menjadi lebih layak sepatutnya, atau jika terdapat seorang yang sakit, kemudian berusaha untuk menyembuhkannya dengan berubat ke doktor dan akhirnya ia sembuh, maka yang hal demikian  dapat dikategorikan sebagai bagian dari takdir yang pastinya boleh diubah. Yang penting kena berusaha dan bertawakal kepada Allah. Firman Allah bermaksud ‘kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat)’ (Surah Al- Jumu’ah Ayat 10).

iii.          Banyakkan bersedekah
Rasulullah SAW pernah bersabda : “Silaturahim dapat memperpanjang umur dan sedekah dapat merubah takdir yang pasti berlaku” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Imam Ahmad). Jangan terlalu lokek untuk belanja apa yang telah kita peroleh ke jalan Allah. Kena pulangkan walaupun sedikit ke jalan Allah seperti memberi sedekah, hadiah atau sumbangan kepada sesiapapun yang memerlukannya terutama anak-anak yatim, orang susah, masjid dan sebagainya.

Jadi, jangan berhenti berdoa dan berusaha. Seburuk mana pun kedudukan masa ini, semuanya masih boleh berubah. Bagaimana pun pahitnya pengalaman kita di masa lalu, masih boleh berubah. Optimis selalu yang kita boleh mengubah takdir kita menjadi lebih baik dan bukannya menjadikan takdir sebagai satu alasan kita langsung tidak boleh melakukan apa juga perkara yang sepatutnya. Firman Allah bermaksud ‘Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan Nya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya’ (Surah Ar-Rad Ayat 11)




Read more >>