Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 27 Oktober 2012

ATASI BILA TENSION



Tekanan perasaan atau STRESS sering kali terjadi dan berlaku tidak kira apa juga keadaan atau apa yang kita lakukan. Tanpa dirancang dan disedari pastinya akan berlaku. Sering kali jika keadaan TENSION ini berlaku maka jiwa dan perasaan kita akan turut sama menjadi longlai dan merudum tidak tentu hala dibuatnya. Hilang segala MOOD untuk melakukan tugasan. Ini belum datang lagi penyakit darah tinggi, migrain dan sebagainya. Semuanya itu punca untuk melemahkan lagi kita bagi melakukan tugasan jualan sepertimana yang diharapkan.

Mengikut fisiologi orang-orang barat mengatakan bahawa apabila kita mempunyai dan mengalami tekanan, STRESS ataupun TENSION terdapat kaedah 3A yang boleh kita gunai pakai bagi tujuan menyelesaikan apa yang kita tanggung selama ini. Asalkan ia nya dapat membantu kita apa salahnya untuk kita pergunakan. Antara kaedah 3A tersebut adalah

i.                    ALTER
Ubah apa yang patut dan difikirkan apa tindakan perlu untuk diatasi sebaik mungkin. Fikirkan jalan terbaik untuk cari jalan terbaik untuk menyelesaikannya. Semakin lama dibiarkan semakin teruk akan rasanya nanti sehingga boleh mengakibatkan ia nya berada di luar kawalan. Selesaikan dahulu sebaik mungkin dengan kemampuan kita yang sedia ada. Jangan dilayan tekanan yang ada tapi cari solusi terbaik macamana nak atasinya.

ii.                  AVOID
Langkah terbaik. Kalau boleh elakkan, ini sepatutnya kita lakukan. Dari kita menanggung tekanan yang bukan-bukan sehingga boleh menyusahkan diri kita eloklah di elakkan sama sekali. Kalau boleh langkah seribu dilakukan itu lebih baik. Mungkin perkara ini boleh kita duga tetapi bagaimana kalau perkara yang kita hadapi nanti di luar daripada kawalan diri kita? Ambil sikap berhati-hati dari terus suka menerima apa yang ada.

iii.                ADAPT
Kaedah yang boleh kita lakukan antara suka ataupun tidak adalah cuba dengan sedaya upaya untuk menyesuaikan diri kita dengan masalah yang dihadapi. Jangan lari tapi pasrah dengan apa yang berlaku. Jangan merungut dan membebel yang bukan-bukan keran ia nya akan memberi impak yang lebih negatif lagi terhadap diri kita. Belajar untuk menjadi pasrah dari mengatakan yang bukan-bukan. Kesabaran amat diperlukan pada tahap ini yang akan membentuk ketabahan dan tenang hadapi apa juga cabaran,masalah dan dugaan yang menimpa.

Bagi kita yang beragama Islam bagi mengelakkan kita dari menghadapi masalah yang berat dirasakan sehingga boleh menimbulkan tekanan, STRESS ataupun TENSION yang keterlaluan alangkah baiknya jika kita sentiasa dapat mengamalkan pembacaan Al-Quran setiap hari walaupun sedikit dan tidak dilupakan sama sekali sentiasa berdoa ke hadrat Allah. Itulah amalan yang terbaik yang perlu dilakukan. Paling tidak lakukan secara konsisten tidak kiralah sama ada kita sedang menghadapi tekanan ataupun tidak. Jangan pula bila kita mempunyai tekanan tugasan baru nak terhegeh-hegeh ingatkan Allah. Barulah nak mula berdoa dan teraba-raba mencari dan membaca Al-Quran. Bila dah senang, berlapang dada dan tiada masalah langsung yang dihadapi tolonglah jangan pula diabaikan apa yang dituntut kepada Allah.




Firman Allah bermaksud ‘Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakan dan mendapat seksa dari kejahatan yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir’ (Surah Al-Baqarah Ayat  286).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut” (Hadis Riwayat al-Hakim)

Yang penting jangan panik, mudah melatah, menggelabah, kecewa yang amat sangat, putus asa dan maklum kesedihan hati dalam FACEBOOK kita pula. Ini semuanya sama sekali tidak membantu kita. Ada kaedahnya. Kena atasi dan cari sebaik mungkin. Yang penting kita tahu mana cara yang terbaik untuk kita atasinya. Allah sentiasa membantu kita asalkan kita sama sekali tidak melupakan Nya sama sekali. Setiap yang berlaku itu ada hikmah dan ujian dari Allah. Sudah pasti lambat laun ada jalan penyelesaiannya mengikut kesesuaian dan kemampuan diri kita sendiri. Selagi kita melayan tekanan yang ada selagi itulah kita akan sukar melakukan jualan walaupun prospek/pelanggan telahpun berada dihadapan mata kita. Sudah pasti gagal dan hilang begitu sahaja tanpa kita sedari. Adakah ini yang kita mahukan? Berfikirlah sebaik mungkin dan kawal emosi kita dimana juga kita berada. InsyaAllah, Allah akan sentiasa membantu kita asalkan kita tidak pernah lupa kepada Nya.

Read more >>

Jumaat, 26 Oktober 2012

INTEGRITI DALAM MELAKUKAN JUALAN








Nabi Ibrahim walaupun beristeri dua, melalui isteri ke duanya Siti Hajar  dan anaknya bernama Ismail tetap menjadi anak kesayangan Nabi Ibrahim yang pernah beliau tinggalkan bersama isterinya di Mekah. Sewaktu usia Ismail ketika itu enam atau tujuh tahun Allah memberi satu ujian besar kepada Nabi Ibrahim seperti mana 

Firman Allah bermaksud Maka ketika sampai (pada usia sanggup atau cukup) berusaha, Ibrahim berkata: Hai anak ku aku melihat (bermimpi) dalam tidur bahawa aku menyembelih mu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapat mu” Dia (Ismail) menjawab: “Wahai ayah ku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada mu, InsyaAllah engkau akan mendapati ku termasuk orang-orang yang sabar”. (Surah As-Saffat Ayat 102).

Nabi Ibrahim dalam mimpinya telah mendapat perintah dari Allah SWT supaya menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail. Ketika Nabi Ibrahim berada di Mina, sekali lagi Nabi Ibrahim bermimpi mimpi yang sama. Begitu juga ketika Nabi Ibrahim berada di Arafah dan malamnya berada di Mina masih diberi petunjuk mimpi yang sama yang langsung tiada perbezaannya. Inilah amanah yang telah Allah berikan kepada Nabi Ibrahim untuk ditunaikan sebaik mungkin. 

Sebagai satu ujian Allah, tatkala Nabi Ibrahim baru sahaja berjalan meninggalkan rumah kediamannya untuk melaksanakan tugasan yang diberikan, syaitan telah menggoda Siti Hajar yang Nabi Ibrahim telah membawa parang untuk menyembelih Nabi Ismail anaknya. Terpengaruh dengan bisikan syaitan lalu Siti Hajar berteriak kepada Nabi Ibrahim agar tidak melaksanakan perintah tersebut. Namun semangat Nabi Ibrahim yang sangat kuat dan berpegang teguh atas perintah dan tanggungjawab yang diberikan, Nabi Ibrahim tetap cekal untuk melaksanakannya. Setalah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai ke Jabal Qurban lalu dengan ketabahan dan sikap amanah yang diberikan, Nabi Ibrahim terus dengan agendanya untuk menyembelih Nabi Ismail. Tiba-tiba secara drastiknya satu perubahan telah berlaku sebagaimana Firman Allah SWT bermaksudTatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipisnya( bagi memudahkan sembelihan dilakukan, nyatalah kesabaran kedua-duanya. Dan Kami panggillah dia wahai Ibrahim, Kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikian Kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar “ (Surah As-Saffat Ayat 103 – 107).

Bermula dari peristiwa inilah, setiap kali datangnya Aidil Adha kita amat dituntut melakukan ibadah korban. Satu kisah yang menunjukkan satu bukti kepada kita bagaimana taatnya Nabi Ibrahim menerima perintah dan arahan dari Allah SWT tanpa adanya sebarang bangkangan dan bantahan yang dilakukan. Tiada yang meragukan dan waswas di dalam hati Nabi Ibrahim. Semuanya dilakukan dengan sepenuh hati tanpa berbelah bagi walaupun Nabi Ibrahim ketahui yang beliau akan kehilangan anak kesayangannya nanti. Inilah satu contoh dan teladan satu sikap yang integriti yang perlu dicontohi oleh kita semua.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat Dewan Bahasa dan Pustaka, Integriti bermakna kejujuran, ketelusan, keutuhan dan keadaan sempurna. Sememangnya inilah satu sikap yang perlu kita tanam dan semai kan dalam kita melakukan jualan dengan sebaik yang mungkin bagi memudahkan lagi sama ada prospek/pelanggan yang ditemui semakin mempercayai dan memberikan keyakinan pada diri mereka untuk menerima kehadiran diri kita.

Kerana Integriti inilah Rasulullah SAW telah tunjukkan kepada kita tentang apa dia sifat wajib bagi Rasul yang bukan setakat kita perlu tahu tetapi kita juga turut di saran untuk mencontohi dan ikut serta melakukannya. Inilah contoh dan teladan yang Rasulullah SAW telah tunjukkan kepada kita supaya kita boleh dan turut sama mengikutinya juga. Asalkan niat kita betul dan jujur apa juga halangan dan  rintangan sudah pasti akan dapat juga kita tempuhi dengan sebaik yang mungkin. Sifat wajib yang dimaksudkan itu adalah

i.                    Siddiq – benar/jujur
Melakukan jualan, kena ada kejujurannya dan jangan sama sekali mudah melakukan penipuan dan mengambil kesempatan di atas kelemahan prospek/pelanggan yang ditemui.  Tunjukkan dan tonjolkan integriti yang di perlukan untuk memberikan keyakinan kepada mereka. Apabila ada kejujuran dari kita dengan bercakap benar dan betul sudah pasti mereka akan mudah untuk berkomunikasi dan mempercayai akan kehadiran kita.

ii.                  Amanah – dipercayai
Apa juga yang kita lakukan kena amanah. Amanah kepada Allah, amanah kepada majikan, amanah kepada prospek/pelanggan dan amanah kepada diri kita sendiri. Semuanya perlu dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Tiada amanah, bermakna kita adalah seorang yang suka melakukan khianat dan menipu orang lain hanya kerana demi menjaga kepentingan diri kita sendiri sahaja. Bila orang dah tahu kita ini kaki penipu dan kelentang sudah pasti orang tidak akan percaya kepada kita sampai bila-bila.

iii.                Tabligh – menyampaikan dan menerangkan
Sampaikan  dan terangkan itulah tugasan bila melakukan tugasan menjual. Beri kefahaman sewajarnya dan sepatutnya agar prospek/pelanggan yang ditemui benar-benar faham dan mengerti apa yang kita sampaikan biar betul-betul sampai kefahamannya kepada mereka. Niat untuk membantu dan menolong sebaik yang mungkin menjadi tugasan utama mengatasi yang lain dan memikirkan berapa banyak untung yang boleh kita peroleh. Barulah datang semangat untuk memberikan penerangan dan penyampaian yang terbaik kepada siapa juga prospek/pelanggan yang kita temui.

iv.                 Fathonah – cerdik,cergas dan bijaksana
Tunjukkan kepada mereka yang kita sememangnya serba tahu dan serba boleh tentang produk yang kita tawarkan kepada mereka. Bagaimana kita boleh menandingi bangkangan dan bantahan jika ada yang berlaku dan terjadi. Semuanya kita lakukan dengan baik dan berhemah tanpa perlu menaikkan kemarahan dan ke tidak puas an hati kepada prospek/pelanggan yang ditemui. Semuanya kita hadapi dengan cerdik, cergas dan bijaksana yang sepatutnya. Inilah sikap yang perlu kita amalkan tanpa perlu dimaklumkan dan diberitahu terlebih dahulu.

Inilah yang perlu kita lakukan sebaik yang mungkin tanpa berbelah bagi. Tunjukkan integriti kita kepada prospek/pelanggan yang kita temui dengan sebaik yang mungkin. Berikan kepada mereka kepercayaan yang sewajarnya dengan penampilan diri, tingkah laku, presentasi dan penerangan yang terbaik pernah kita lakukan secara konsisten dan bersungguh setiap masa. Tiada alasan tiada masalah tiada tekanan yang boleh kita berikan kepada sesiapapun juga demi menjaga karier kita di dalam bidang jualan ini. Sesungguhnya tiada siapa pun yang akan mengambil berat tentang apa yang kita lakukan melainkan diri kita sendiri juga yang kena dan ambil tahu apa yang kita lakukan selama ini. Kalau berusaha secara bersungguh sungguh tentu hasilnya pasti menggembirakan hati kita dan begitulah sebaliknya. Kita penentu segala-galanya. Firman Allah bermaksud ‘Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya’ (Surah Al-Zalzalah Ayat 7).

Read more >>

Khamis, 25 Oktober 2012

Jangan Negatif



Sering kali kita menerima pelbagai perkara negatif yang sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar kepada kita. Bila dah menjadi negatif kesukaran melakukan makin terasa sukar dan susah sama sekali. Mulalah hilang mode, tidak bersemangat melakukan jualan dan mudah menjadi putus asa dan kecewa tidak bertempat. Adakah ini yang kita cari selama ini? Apakah yang harus kita lakukan pula.

Satu perkara yang perlu dirisaukan adalah tanggapan dan pengetahuan kita sendiri betapa negatifnya barangan yang akan kita tawarkan. Nak menjual tapi anggapan dan tanggapan kita masih memandang begitu lekeh, rendah dan negatif yang keterlaluan yang amat sangat kepada produk-produk yang ingin kita pasarkan. Ini yang perlu dielakkan agar jangan sama sekali berlaku dan terjadi pada diri kita. Bagaimana kita nak membantu orang lain andai kata kita sendiri juga turut sama memandang rendah produk yang akan kita tawarkan nanti.

Berubah dengan segera. Sukar nak lakukan jualan kalau sebegini. Sepatutnya ketahui dengan jelas dan fahami pengetahuan produk dengan sebaik yang mungkin. Bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku dan terjadi maka lakukanlah perkara-perkara seperti berikut

i.                    Ketahui manfaat-manfaat dan kelebihannya
Setiap produk mesti ada kekurangan dan kelebihannya. Untuk menjual perlu beri perhatian kepada kelebihan-kelebihandan manfaat-manfaat yang ada. Abaikan kekurangannya terlebih dahulu. Cari sebanyak banyaknya manfaat yang ada, kekuatan yang di miliki dan kelebihan yang boleh kita jadikan senjata utama apabila kita melakukan penawaran dan bertemu dengan seseorang. Berfikir secara positif dan bukan yang sebaliknya.

ii.                  Fokus dengan apa yang kita lakukan
Apa juga yang kita lakukan dalam melakukan jualan fokus amat diperlukan. Kena serius dalam melakukan tugasan. Tumpuan kena diberikan seratus peratus. Jangan dibiarkan ada anasir-anasir negatif yang boleh mempengaruhi diri kita. Sedangkan untuk melakukan solat kita dituntut untuk khusyuk inikan pula pekerjaan yang melakukan jualan. Kena ikut juga seperti mana yang Allah telah ajarkan pada kita semasa kita lakukan seperti bersolat.

iii.                Sasarkan pelanggan yang sepatutnya
Kena tahu prospek/pelanggan yang bagaimana akan mudah menerima tawaran kita. Lakukan saringan dan pemilihan sewajarnya. Jangan main hentam kromo sesuka hati sahaja kita lakukan. Buat penat sahaja kalau kita asyik lakukan begitu. Pilihlah sebaik mungkin lakukan saringan se elok yang mungkin agar keputusan yang kita kehendaki akan menjelma dalam mendapatkan penutupan jualan sebanyak yang termampu.

iv.                 Elakkan merungut
Bila lakukan sesuatu elakkan sama sekali merungut dan berkata yang bukan-bukan pada produk yang kita tawarkan. Jangan jadi seperti prospek/pelanggan yang kita temui, apabila mereka mengatakan yang negatif tentang produk, kita pun mulalah mengatakan perkara yang sama menyokong dan mempersetujui akan apa yang mereka perkatakan. Seolah-olah produk yang kita tawarkan memang lekeh dan dipandang rendah. Ini sepatutnya tidak boleh berlaku ketika kita melakukan penawaran kepada mereka. Pertahankan sewajarnya, kalau kita tidak pertahankan produk tersebut tak kan pesaing kita pula akan pertahankan produk kita. Pendirian perlu ada, yakin dengan apa yang kita lakukan dan tawarkan kepada mereka. Mantapkan pengetahuan produk sewajarnya.

v.                   Cari pembimbing peribadi
Kena ada tok guru. Pembimbing peribadi yang sentiasa boleh membimbing diri kita melakukan jualan yang sepatutnya yang mempunyai ilmu pengetahuan dan motivasi diri yang tinggi sepatutnya dari diri kita. Tegurannya biarlah yang boleh membina karier kita dari menjahanamkan tugasan kita. Pilihlah orang yang benar-benar dapat membantu kita dari memilih orang yang asyik memuji diri kita yang bukan-bukan sehinggakan kita cukup terlena dengan pujian yang ditaburkan walaupun perkara yang kita lakukan tersebut adalah salah dan tidak betul sama sekali.

vi.                 Yakin dengan sepenuh hati 
Ikut kata hati. Jangan mudah terpengaruh dengan dakyah orang lain. Jangan jadi seperti lalang sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Tiada pendirian. Belajar menjadi seorang yang cukup yakin dengan apa yang kita lakukan. Tidak mudah goyang walaupun pelbagai bangkangan dan bantahan yang bakal kita terima kemudian hari nanti. Yakin akan apa yang kita lakukan agar prospek/pelanggan yang kita temui nanti juga akan turut yakin dengan apa yang telah kita persembahkan kepada mereka.

Jangan mudah memandang rendah dan peleceh akan produk yang kita tawarkan.  Beringat dahulu jangan fikir yang negatif sahaja. Kalau tidak berminat berhenti sahaja dan lakukan jualan di bidang lain pula. Jangan kerana sikap negatif kita habis semuanya akan merasa kesannya hasil daripada diri kita sendiri. Yang penting kalau tak berminat undur diri sahaja dan beri peluang kepada mereka yang berminat  ingin melakukan jualan produk yang kita tawarkan pula. Jangan tabur pasir di periuk nasi kita atau rakan sekerja kita yang lain tapi jagai lah periuk nasi kita itu sebaik yang mungkin agar perolehan yang kita peroleh di kemudian hari nanti benar-benar berkat dan bersih demi menampung kehidupan kita sehari-hari.

Read more >>