Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 27 September 2012

Boringnya



Salah satu sikap orang yang menjual adalah jangan putus asa memberikan presentasi dan penerangan sewajarnya. Berapa ramai prospek/pelanggan yang di temui satu kaedah yang mesra, memberikan kepercayaan, menyampaikan kefahaman dan jelas tutur kata amat diperlukan sama sekali. Jangan mudah menuding jari mengatakan prospek/pelanggan sengaja atau suka-suka buat tak faham akan apa yang telah di sampaikan. Kadang-kadang kita terlupa sebenarnya kerana tindakan kita sendirilah yang membuatkan keadaan prospek/pelanggan menjadi begitu boring dan membosankan mereka.

Keadaan seperti ini perlu diubah segera. Jangan dibiarkan berlarutan. Kelak akan memakan diri kita sendiri. Bila prospek/pelanggan merasa boring dan membosankan, sudah pasti dan tentunya kita akan gagal dalam melakukan jualan seperti mana yang dikehendaki. Elakkan dari sukar menjual hanya disebabkan prospek/pelanggan mudah menjadi boring dan membosankan. Atasinya dengan segera. Berikut adalah sebab-sebabnya kenapa prospek/pelanggan mudah merasa jemu, boring dan bosan apabila kita bertemu dengan mereka antaranya adalah

i.                     Bercakap banyak tentang organisasi

Kita nak jual kena lebihkan cerita tentang apa manfaat dan kelebihan produk yang ditawarkan. Bukannya pada pengeluar produk atau organisasi yang kita wakili. Nak cerita pun biarlah sebagai penguat hujah. Diketahui tentang siapa pengeluarnya dan latar belakang serba sedikit tentang operasi,pengurusan dan latar belakangnya. Jangan cerita lebih-lebih kerana prospek/pelanggan yang berada di hadapan kita nak tahu sangat tentang produk yang ditawarkan dan apa yang boleh produk tersebut lakukan untuk mereka

ii.                   Ciri-ciri produk

Bila dah ada minat tentang produk tersebut baru boleh maklumkan berkenaan dengan ciri-cirinya. Selagi tak di fahami oleh prospek/pelanggan adalah disarankan agar terus menjual dengan memberikan segala kelebihan dan manfaat yang sedia ada yang boleh membantu prospek/pelanggan dapat menyelesaikan permasalahan mereka. Jangan beri tahu terlalu teknikal tetapi maklumkan apa yang boleh memberi keuntungan dan mengurangkan kerugian di sebelah mereka.

iii.                  Komunikasi satu hala

Ketika memberi presentasi pastikan jangan dibiarkan komunikasi satu hala sahaja. Bagi penerangan sedikit tapi banyakkan bertanya. Konsep 70/30 kena diguna pakai. 70 peratus bertanya dan mendengar manakala 30 peratus beri penerangan kepada mereka. Lagi banyak mereka bertanya lagi banyak kita ketahui apa yang dimahukan oleh mereka. Jangan mudah melakukan andaian kerana setiap andaian yang kita lakukan kebenarannya belum boleh diterima lagi kesahihannya. Biarkan sahaja komunikasi 2 hala berlaku kerana tujuan kita ingin membantu orang dengan cara mendapat maklumat dari mereka terlebih dahulu.

iv.                 Kaedah dan cara yang sama

Tidak kira kita atau pesaing kita lakukan, cara dan kaedahnya sama sahaja ‘STEREO TYPE’ nya. Kena kreatif dan tahu apa yang pesaing lakukan bagaimana skil dan cara mereka lakukan apabila menjual. Lihatlah peniaga-peniaga kedai telefon bimbit, produk yang sama tapi gaya persembahan dan skil jualan mereka sangat berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Mesti ada kekuatan dan jangan lupa mesti juga ada kelemahannya. Lakukan kajian sedikit agar prospek/pelanggan yang ditemui sentiasa mahu mendengar segala presentasi yang kita lakukan.

v.                   Tumpuan pada kita bukannya pada mereka

Kesungguhan untuk bercerita dan memberikan presentasi memberi maklumat yang dirasakan amat diperlukan oleh prospek/pelanggan sebenarnya banyak berkisar pada kehendak diri kita sendiri dan bukannya pada mereka. Sedari atau tidak, kita kena ambil tahu di mana tumpuan kita sebenarnya. Selagi mereka melihatkan tiada kepentingan untuk diri mereka selagi itulah mereka akan buat tak tahu sahaja. Buat penat sahaja kita berikan presentasi kepada mereka yang pada hakikatnya apa yang ingin kita sampaikan rupanya tak tersampai hanya kerana tumpuan lebih banyak memenuhi apa yang kita mahukan dari apa yang mereka mahukan.

Ambil tahu di mana silapnya agar boleh kita segera perbetulkan. Tiada siapa yang ingin menegur apa yang kita lakukan semasa menjual melainkan sama ada kita sedari mereka telah bosan ataupun terasa diri ini susah sangat hendak dapatkan penutupan jualan. Semakin kita tawarkan produk yang kita tawarkan selagi prospek/pelanggan yang kita temui buat serba tidak tahu sahaja. Belajar kenali kesilapan kita terlebih dahulu dari kita menyalahi sesiapapun yang kita ketahui hanya kerana kegagalan kita mendapatkan penutupan jualan.

Read more >>

Rabu, 26 September 2012

PROSPEK AMAT DI PERLUKAN



Prospek/bakal pembeli merupakan tunjang utama dalam memastikan penawaran produk dapat dilakukan. Tanpa prospek/bakal pelanggan bagaimana kita boleh memperoleh pelanggan yang setia dan berurusan dengan kita? Kerana itu kita amat di saran untuk mencari dan mendapatkan prospek sebanyak yang termampu. Bila prospek ada kebarangkalian kita untuk gagal dalam jualan adalah rendah kerana untuk mendapatkan prospek pun kita telah menapis melakukan saringan terlebih dahulu dari leads-leads yang kita terima sebelum ini. Semakin banyak temu janji yang diperoleh semakin besar peluang kita memastikan tawaran yang kita tawarkan akhirnya dapat diterima juga akhirnya.

Apabila kita berjaya memperoleh prospek dengan sebanyak yang mungkin. Ini merupakan satu kelebihan kepada kita. Dengan prospek yang banyak, kita akan menjadi lebih sibuk. Sibuk dalam erti kata adalah sentiasa ada masa untuk lakukan tugasan jualan kita terdedah dengan oportuniti bagi  mencapai kejayaan seperti mana yang dikehendaki. Mungkin berikut adalah beberapa kelebihan kenapa kita perlukan kepada seramai yang termampu membina dan mencari prospek sebanyak yang boleh. Antaranya adalah

i.                    Perangsang dan galakkan bukannya paksaan dan terpaksa

Tiada siapa pun dalam dunia ini orang lebih suka atau mahu melakukan sesuatu pekerjaan tersebut dalam keadaan yang terpaksa ataupun memaksa. Bila kita melakukan dalam keadaan terpaksa sudah semestinya kita tidak akan gembira dan merasa seronok untuk melakukannya. Ubahlah persepsi tersebut dan bentuk dalam diri kita pada yang sebaliknya. Menjadikan pencarian seseorang prospek sebagai satu tugasan wajib dan mesti diperoleh setiap hari tanpa gagal. Bila dah dapat seorang pasti dengan sendirinya secara automatik akan menjadi perangsang yang baik untuk diri kita mencari prospek yang lain pula.

ii.                  Mudah dapatkan temu janji bukannya menjual

Menghubungi prospek pastikan jangan sama sekali kita hendak menjual. Ini adalah kerana sebab utamanya prospek tersebut masih belum mengenali dan tidak pernah lagi bersua muka. Elakkan penceritaan yang berlebih-lebihan. Matlamat utama adalah mendapatkan temu janji. Pihak prospek akan memberi seribu macam dalih untuk tidak mahu bertemu dengan kita manakala kita pula akan memberi seribu macam sebab kenapa pertemuan perlu untuk dilakukan. Kerana itu kita di saran agar jiwa perlu tenang, sabar, berhemah dan berbudi bahasa sama sekali.

iii.                Kemahiran semakin bertambah

Setiap hari kita lakukan dengan berhubung dengan prospek tanpa ada rasa jemu dan rasa membebankan, pasti ia nya akan memberikan pengalaman yang terbaik buat diri kita sendiri. Pengalaman bertambah dengan mudah apabila kita dapat ketahui dahulu bagaimana untuk kita mendengar suara prospek tersebut apa kemungkinan yang akan ditanyakan, disoalkan dan apa tindakan sewajarnya untuk kita lakukan ke atas prospek tersebut. Penetapan temu janji dirasakan lebih mudah jika setiap bangkangan yang dikemukakan akan pasti boleh kita atasinya dengan sebaik yang mungkin.

iv.                 Kepentingan kerjaya terjamin

Apabila menyertai sesuatu organisasi, matlamat untuk per tingkatkan karier kita amat dicari oleh sesiapapun tanpa perlu merendah diri atau mendabik dada seterusnya, semuanya yang kita lakukan adalah berdasarkan pengalaman yang kita tempuh atau belajar dari mereka yang telah berjaya. Menjaga kepentingan kerjaya adalah lebih penting dari segala-galanya kerana itu adalah periuk nasi kita sendiri. Nak jaga sumber pendapatan kita perlu usaha dengan gigihnya mendapatkan jumlah prospek yang tertentu bagi memudahkan lagi kita mendapatkan jualan hanya melalui temu janji yang ditetapkan terlebih dahulu.


Nampak sukar tapi kalau dilakukan secara konsisten dan berterusan sudah pasti hasilnya akan menjadi lumayan kepada diri kita sendiri. Agak leceh tapi semuanya itu hanyalah sementara waktu sahaja sehingga kita telah cekap dan menjadi satu kebiasaan bagi kita untuk melakukannya. Tanpa iltizam dan azam yang kuat dan kukuh sudah pasti sampai bila-bila kita akan gagal untuk melakukannya.

Read more >>

Selasa, 25 September 2012

Dah Guna Ganti Balik



Gembira rasanya apabila kita menghubungi prospek yang kita sasarkan telah berjaya mendapatkan persetujuan temu janji bersama kita pada waktu dan tarikh yang telah ditetapkan. Setelah melakukan saringan demi saringan dari leads yang kita peroleh pelbagai sumber akhirnya mendatangkan hasil seperti mana yang kita kehendaki. Ini lah peluang terbaik bagi kita mendapatkan penutupan jualan terbuka dengan luas. Teruskan usaha agar perolehan mendapatkan temu janji berjalan dengan baik sama sekali.

Hanya satu yang perlu di ingati semula. Apabila prospek yang dicari telah diperoleh, bagaimana dengan penggantiannya? Jangan difikirkan sahaja nak dapatkan temu janji dan penutupan jualan sahaja tetapi seorang prospek yang berjaya kita hubungi perlu diganti semula dengan segera. Jangan ditangguhkan sama sekali. Setiap yang digunakan dan diperoleh kena disemaikan dalam fikiran kita semula agar penggantian dapat dilakukan dengan cepat sama sekali. Jangan tangguh dan jangan diabaikan. Kalau tidak dilakukan dengan segera sudah pasti dan sudah tentu kita akan kekurangan stok pula di masa hadapan. Elakkan sama sekali kerana sekali kita terputus stok sudah pasti akan mengganggu perolehan dan pendapatan kita pula nanti.

Dalam mengelakkan perkara seperti ini berlaku, tindakan dari kita amat diperlukan iaitu

i.                     Tetapkan dalam minda

Seorang prospek yang telah digunakan set kan dalam minda ia nya perlu digantikan semula. Jangan biarkan keseronokan mendapatkannya tidak diganti dengan segera. Jangan bila dah habis baru nak cari gantinya. Bila dah menggelabah sudah pasti lagi panik kita nak dapat penggantinya pula. Elakkan segera. Minda kita kena selalu memikirkan di mana mudah dan senang untuk dapat penggantinya dengan cepat dan segera.

ii.                   Ketahui sumber-sumber leads

Sumber-sumber dan kaedah mendapatkan leads yang berkesan mendapatkan temu janji dan seterusnya penutupan jualan perlu dikenal pasti dan diketahui dengan lebih baik dan berkesan. Jangan buat-buat tak tahu tapi kena betul-betul ketahui. Bukan nak menyusahkan diri tapi memudahkan lagi tindakan sebenarnya di mana untuk peroleh lagi di masa hadapan. Umpama kita mengorek tanah di bumi, berapa dalam dikorek sekalipun tanah tersebut sudah pasti tidak akan sampai juga ke hujung dunia. Koreklah dia sebaik mungkin kerana kita sudah ketahui sumber-sumber tersebut boleh kita pergunakan lagi dan lagi di masa hadapan.

iii.                  Fahami peratusan kejayaan kita

Dalam 10 panggilan telefon berapa banyak kejayaan kita mendapatkan temu janji? Kira secara puratanya dalam masa seminggu kita menghubungi prospek-prospek tersebut. Andai kata telah kita ketahui misalannya dalam sehari kejayaan kita mendapatkan temu janji dalam 40 %, ini bermakna 4 orang prospek terpaksa kita gantikan dengan segera nama-nama tersebut agar aktiviti kita melakukan panggilan terhadap mereka sentiasa berterusan dan kekal ada setiap hari. Ganti semula dengan segera, bukan hanya seronok dapatkan temu janji sahaja.

iv.                 Jualan adalah permainan nombor

Jangan main logik di akal sahaja. Jangan mudah bermain andaian juga. Kena ingat jualan adalah satu permainan angka. Tanpa adanya angka pasti tidak wujud sasaran yang diberikan dan habuan perolehan pendapatan seperti mana yang kita kehendaki akan dapat kita tentukan. Tak perlu pelajari matematik tambahan atau yang pelik-pelik formulanya. Cukup sekadar mengetahui matematik asas memudahkan pengiraan matlamat kita memenuhi sasaran yang diberikan dan berapa banyak perolehan pendapatan boleh kita peroleh pada satu-satu bulan yang kita mahukan.

v.                   Sentiasa agresif

Janganlah SLOW sangat. Lembap tak tentu hala. Kerja dan tugasan ikut MOOD memanjang. Kena agresif tahu cari lubuk nak ganti dengan cepat dan segera supaya bekalan stok tidak pernah kering memanjang. Agresif bermakna bukan agresif tunggu orang bagi tapi kena betul-betul agresif cari sumber-sumber yang dikira berkualiti tinggi yang pasti boleh kita peroleh hasilnya di kemudian hari.

Kalau tidak mahu rasa mudah kecewa dan mudah putus kena cepat carikan penggantinya dalam bekalan stok leads dan prospek kita. Jangan dibiarkan hanyut begitu sahaja. Sedangkan dalam permainan bola sepak pun ada pemain simpanan yang perlu dikeluarkan juga bila diperlukan. Jadi tolong jangan tangguhkan tindakan kita asyik sentiasa nanti dan nanti sahaja. Bertindak segera dan pantas menghidu peluang walau di mana pun ia berada. Barulah sampai bila-bila pun stok yang ada pada kita pasti tidak akan kering buat selama-lamanya.
Read more >>

Isnin, 24 September 2012

TABIAT BURUK?



Tabiat yang ada pada diri kita perlu diketahui dan di kenal pasti sama ada ia nya buruk ataupun baik. Mungkin mana yang baik syukur Alhamdulillah tidak perlu dilakukan apa-apa pun lagi pembetulannya cuma perlu dikekalkan setanding seperti mana yang sedia ada atau dipertingkatkan lagi tabiat yang baik tersebut menjadi yang lebih baik. Apa yang penting adalah kemahuan kita untuk berubah mencapai yang lebih baik mengatasi tabiat yang sedia ada tersemai di dalam kita.

Apa yang perlu dirisaukan kini adalah bagaimana untuk kita merubah sikap buruk yang sedia ada di ubah tabiat tersebut menjadi sesuatu yang positif dan terbaik. Perlu di ingat selalu supaya sesiapapun yang bertemu dengan kita terutama sekali prospek/pelanggan tidak merasa meluat, benci dan menyampah dengan tabiat buruk kita yang mungkin tidak kita sedari selama ini. Kenal pasti segera agar tabiat tersebut tidak menular dan di tunjukkan pada prospek/pelanggan yang ditemui.

Mungkin perkara-perkara berikut boleh merubah tabiat buruk kita kepada yang lebih elok

i.                     Peka dan ambil sensitiviti atas teguran orang

Jangan ambil hati atau mudah terasa hati apabila ada orang menegur tentang tabiat buruk kita. Apabila ada orang menegurnya bermakna orang tersebut mengambil berat tentang kita dan mahukan kita di masa hadapan jangan melakukannya. Hanya orang-orang yang benci dan tidak suka kepada kita sahaja yang akan membiarkan tabiat kita berlaku lagi di masa hadapan. Ambil peluang terbaik ini walaupun kadang-kadang boleh  menyakitkan hati kita. Anggaplah ia nya satu teguran yang membina demi masa depan kita agar apabila kita bertemu dengan prospek/pelanggan ianya pasti tidak akan berlaku lagi.

ii.                   Cari ilmu 

Ilmu dan tahu apa yang perlu untuk kita lakukan perlu ada. Carilah ilmu niatkan untuk perbetulkan diri kita ke arah yang lebih baik. Pasti Allah bantu. Bukan untuk bersandiwara atau menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Bila ada ilmu sudah pasti kita akan berubah mengikut ilmu yang ada pada kita. Jadilah seperti resam padi, semakin tinggi semakin tunduk berisi dan jauhilah resam seperti lalang, semakin meninggi semakin tinggi lagi menunjukkan dirinya.

iii.                  Bukan berhentikan tapi gantikan ia

Tabiat yang dah lama kita lakukan mungkin sudah menjadi darah daging kita. Mungkin telah kita ketahui tabiat tersebut tidak elok dan memang sukar untuk dibuang sama sekali. Perubahan perlu dilakukan, bukan untuk kita serta merta kena hentikan tabiat tersebut tetapi carilah alternatif terbaik untuk kita gantikan. Kelak apabila kita gantikan dengan yang baru dan lebih elok lagi tabiat kita lama kelamaan tabiat buruk kita yang tersedia ada tersebut pasti akan terhakis walaupun sedikit demi sedikit.

iv.                 Sentiasa mengawasi tabiat yang dilakukan

Apabila telah ketahui sikap dan sifat tersebut buruk dan tidak elok, tindakan sewajarnya adalah dengan memastikan kita sering mengawai segala tindak tanduk kita yang tidak elok tersebut. Terutamanya apabila bertemu dengan orang ramai, elakkan dari mereka mengetahuinya. Awasi dan berwaspada sentiasa adalah lebih baik dari dibiarkan begitu sahaja. Jangan dibiarkan sewenang-wenangnya. Kelak nanti yang akan mendapat malu diri kita sendiri juga. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang di tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang lenang di hati kemudian.



Tiada ada apa yang harus dimalukan untuk berubah satu langkah kepada kebaikan. Mana-mana tabiat atau perangai yang tidak baik perlu diubah dengan segera dan teliti. Sememangnya tugasan melakukan jualan memerlukan kita sering bertemu dan bersua dengan orang ramai. Dah memudahkan jualan tingkah laku dan perangai kena jadi yang terbaik agar prospek/pelanggan yang ditemui merasa cukup senang dan selesa dengan kehadiran kita. Apabila mereka merasa cukup selesa dan berkeyakinan tinggi sekurang-kurangnya urusan kita melakukan tawaran akan menjadi lebih mudah dan senang. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Surah al-Ankabut ayat 69)

Read more >>