Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 23 Ogos 2012

PENGHALANG MINDA DALAM MELAKUKAN JUALAN

Melakukan jualan perlu dilakukan pembersihan dalaman minda dahulu. Melalui pemikiran kita ini yang akan menyebabkan kita akan atau tidak untuk melakukan jualan seperti mana yang di kehendaki. Biarlah apa pun yang berlaku dan terjadi kesemuanya memerlukan komitmen yang tinggi dari kita. Kena tentukan yang tiada penghalang dan di halangi dapat mempengaruhi kita dalam melakukannya. Apa-apa juga kepercayaan yang timbul dalam fikiran kita sama ada ia nya benar-benar mempengaruhi kita atau tidak mampu dan boleh melakukan jualan perlu di ambil tindakan sewajarnya supaya setiap kali perkara ini berlaku atau terjadi ia nya benar-benar tidak dapat langsung mempengaruhi diri kita sama ada sebelum, semasa atau sesudah kita melakukan jualan.

Mungkin perkara-perkara berikut boleh menjadi penghalang diri kita sendiri dalam melakukan jualan iaitu

i.                    Gentar terhadap kebiasaannya tidak dilakukan

Melakukan kebiasaan yang mungkin baru hendak menjadi tabiat seperti makan ubat vitamin setiap pagi hari, memakan buah kismis sebelum sarapan pagi, berasapkan kemenyan pada borang-borang permohonan atau sebagainya kerana perkara-perkara sebegini boleh membantu atas kejayaan kita melakukan jualan. Mungkin mana yang boleh membawa kebaikan tidak ada salahnya, tapi bagaimana ada perkara-perkara yang tahyul kita lakukan sama sekali yang boleh mengakibatkan kepercayaan akidah kita terjejas? Kalau setakat ‘ter’ tidak apa lagi kerana selagi kita tidak melakukan persiapan yang sewajarnya dalam jualan sudah pasti apa yang kita lakukan semuanya menjadi serba tak kena. Jangan biarkan kepercayaan sebegini menjadi gangguan dan menjadi penghalang kepada pemikiran kita.

ii.                  Pemakaian yang sepatutnya

Ada yang percaya memakai pakaian berwarna merah membawa tuah. Ada yang percaya memakai stokin hitam dengan kasut putih pula membawa kepada kejayaan. Ada juga yang mengatakan memakai pakaian yang ada bling-bling lebih mudah mempengaruhi pelanggan. Bagi saya itu semua kepercayaan individu. Pakai apa sekalipun asalkan penampilan nampak begitu menarik dan tertarik hati orang yang berada di hadapan kita untuk berinteraksi itu sudah cukup memadai.

iii.                Tertinggal tangkal atau azimat

Bagi pengemar-pengemar yang suka memakai tangkal atau azimat saya no komen. Tapi kalau andai kata terlupa atau tertinggal di rumah langsung tiada bersemangat untuk melakukan jualan, ini yang dirisaukan. Kerana dah terlalu percaya dan yakin dengan keupayaan tangkal atau azimat tersebut dari kebolehan diri sendiri dan bantuan dari Allah SWT apa lagi yang boleh kita perkatakan lagi. Tepuk dada tanyalah iman sendiri bagaimana?

iv.                 Jantina

Ada di kalangan kakitangan jualan, kalau nak jumpa prospek atau pelanggan mesti dengan jantina yang sama. Kalau berlainan jantina sudah pasti panik, tergagap-gagap dan cukup sukar untuk melakukan jualan. Jangan sama sekali dibiarkan perkara ini berlaku. Kena berani hadapi siapa juga yang kita temui asalkan ia nya memberikan peluang yang terbaik untuk kita harus kita biasakan diri kita untuk menghadapinya.

v.                   Umur dan jawatan

Umur kadang-kadang juga memainkan peranan penting terutama kalau bertemu dengan prospek/pelanggan yang berjawatan tinggi. Hasil nak tapi kerana penyegan kerap sangat meminta bantuan dari orang lain. Langsung tidak difikirkan adakah orang yang kita minta bantuan tersebut memang mempunyai masa untuk kita atau sebaliknya. Kena fikirkan keutamaan rakan sekerja kita juga dari memikirkan asyik diri kita sahaja. Selagi kita tidak ada keyakinan selagi itulah kita akan dibelenggu dengan perasaan risau, gerun, susah hati dan takut. Kena atasi segera.

vi.                 Tuah

Jangan terlalu bergantung dengan tuah kerana tuah itu berada pada Hang Tuah sahaja. Selagi kita rajin untuk berusaha dan tahu mencari peluang yang ada sudah pasti kejayaan akan menjelma juga akhirnya. Tiada ketakutan tiada kerisauan yang perlu kita hadapi melainkan ketabahan diri dengan segala persiapan yang sepatutnya dapat kita lakukan juga.

vii.               Solat dhuha

Antara perkara yang baik untuk kita amalkan setiap hari di sebelah pagi memohon pada Allah agar rezeki sentiasa mencurah dan mudah datang kepada kita. Hinggakan ada ulamak yang mengatakan Solat Dhuha ini sama pentingnya dengan solat Fardhu yang lima itu. Kadang-kadang kerana terlalu menjaga solat ini sanggup kita ketepikan untuk bertemu dahulu dengan pelanggan walhal waktu untuk mengerjakan solat ini terlalu panjang tempohnya dari masa matahari sudah naik sehinggalah sebelum berkumandang solat zohor di azankan. Jangan kerana perkara yang sunat habis perkara yang wajib iaitu bertemu dengan dengan prospek/pelanggan kita abaikan pula.

Inilah mungkin ada beberapa perkara yang perlu kita jauhi dan jangan terlalu di amalkan apatah lagi untuk difikirkan. Buat seperti kebiasaan dalam mengejar penutupan jualan seperti yang di kehendaki. Selagi kita yakin untuk melakukannya, tahu apa yang perlu kita lakukan dan faham apa tindakan sebenar kita dalam melakukan jualan itu sudah memadai untuk di ambil tindakan sewajarnya. Tiada benda-benda tuah,’ong’,’suwey’ dan sebagainya kalau kita berusaha secara bersungguh-sungguh dan konsisten sudah pasti kejayaan yang kita idamkan sememangnya kan menjadi milik mutlak kita juga akhirnya. Yakin pada Allah, yakin dengan apa yang kita lakukan dan yakin yang kita sememangnya boleh melakukkannya sudah pasti tiada masalah kerunsingan dan kerisauan yang akan kita dapati selepas ini.
Read more >>

Rabu, 22 Ogos 2012

Jangan Risau tahu lah saya apa yang di lakukan

Satu pembuktian yang kita telah benar-benar melakukannya. Pasti kita perkatakan ‘ Saya tahu apa yang sedang saya lakukan’. Impak yang cukup besar penanda satu kenyataan yang memberikan yang kita benar-benar melakukan tugasan dan amanah yang diberikan. Jangan ada orang sama sekali boleh menyangkalkan kenyataan tersebut kerana prestasi akhir membuktikan kita boleh melakukannya. Bukan satu gurauan tapi adalah  kepastian dari dalam diri kita sendiri.

Kadang-kadang ada baiknya. Tapi kalau diri kita sendiri tidak menjaganya kelak sudah pasti akan menimbulkan sesuatu yang tidak baik pula kepada kita. Tanpa kita sedari apa juga perlakuan kita tanpa adanya sesiapa juga yang menegurnya dikhuatiri nanti, kita akan tenggelam dan berada dalam dunia kita seorang sahaja. Apabila kita berfikiran begini bermakna kita

i.                    Ego

Atasi segala-galanya. Kerana kita merasakan kita sahaja yang betul dan benar, kita akan berasa terlalu ekstrem dengan keegoaan, bongkak dan takabbur yang amat sangat. Kita lupa yang kita ini manusia sering melakukan kesilapan dan kesalahan. Perlu ingat sentiasa siapa diri kita sebenarnya.

ii.                  Kita lupa yang kita ada ketua

Adat orang makan gaji, sudah pasti ada ketuanya yang memerlukan kita mengikut arahan setiap masa. Kalau kita berasa keberatan untuk mengikuti segala arahannya, eloklah kita bekerja secara sendiri sahaja. Asalkan arahannya tidak bercanggah dengan ugama dan peraturan organisasi demi kebaikan tempat kita bekerja dan karier kita kadang-kala kita perlu juga mengikut apa yang disuruhnya walaupun kadang-kadang amat memeritkan dan melukakan hati kita.

iii.                Terlalu pentingkan diri sendiri
Fikirkan orang lain sama. Kita kerja berpasukan. Tiada seorangpun yang bekerja secara bersendirian. Susah senang, mudah sukar semuanya perlu dihadapi secara bersama dengan hati yang terbuka. Hilangkan perasaan tinggi diri demi mengejar matlamat hidup kita. Selagi kita tidak bersatu selagi itu semangat berpasukan sudah pasti sukar di pupuk.

iv.                 Terdedah kepada andaian

Mudah melakukan andaian akan membentuk diri kita sentiasa betul dan benar sahaja walaupun apa yang kita lakukan kadang-kadang menyalahi dan tersasar dari sepatutnya. Sentiasa andaikan apa sahaja tindakan kita itu benar dan betul tanpa ada orang yang boleh menegurnya sudah pasti mengakibatkan kita akan mudah lupa diri dan terdedah lebih banyak kepada kesalahan dan kesilapan. Berfikir semula fikirkan sedalam-dalamnya sebelum kita melakukan sesuatu keputusan dengan betul dan bernas.

Jangan mudah lakukan keputusan walaupun kadang-kala kita merasakan apa tindakan yang kita lakukan ini adalah betul dan benar. Kena fikirkan dahulu baik buruknya dan jangan sama sekali buat keputusan membabi buta dikhuatiri nanti kita yang akan menanggung akibatnya kemudian hari. Ambil langkah berwaspada dan berhati-hati sentiasa kerana itu lebih baik dari kita lakukan ikut sesuka hati kita. Biarlah berhemah dan merendah diri diri dari kita bercakap besar dan meninggi diri. Biar prospek/pelanggan menilai diri kita disudut yang terbaik dan bukan sebaliknya. Kita lakukan yang betul dan yang terbaik sudah pasti hasilnya akhirnya akan memberikan keputusan yang terbaik buat diri kita.

Read more >>

Ahad, 19 Ogos 2012

Kesempatan Menyambut Aidil Fitri

Dah namanya pun orang Sales, tak kira waktu, ketika dan masanya, jarum terus dicucuk meneruskan tradisi tanda karier kita perlu diteruskan juga melakukan jualan. Sedangkan 7 Eleven dan KFC pun 24 jam terus menerus beroperasi tanpa henti apatah lagi kita. Kena teruskan usaha dan perlu pandai mencari peluang ambil kesempatan terutama yang berada di depan mata. Jangan kata penat atau dah tak larat dah selagi peluang dah terhidang di depan mata pastikan ia nya jangan di tunggu lagi.

Aidil Fitri adalah hari menandakan kemenangan tanda kesyukuran kepada orang-orang Muslim yang berjaya melawan dan menyengkang hawa nafsunya pada sepanjang bulan Ramadhan. Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syarak‘ dan tidak dicampuradukkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan. Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan. 

Di samping kedatangan Aidil Fitri ini, kita orang SALES pun kena pandai ambil kesempatan dan manfaatkan peluang yang ada. Antara adab-adab Aidil Fitri yang perlu kita ambil kesempatan adalah 

i.                     Berdoa

Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban.”

Minta sepuas-puasnya mohon Allah per mudahkan segala tugasan kita dan berkati segala apa yang kita usahakan. Tiada satu manusia pun yang hidup di dunia ini yang boleh dan dapat menolong kita melainkan Allah yang satu. Kenapa harus merasa malu dan segan terhadap Allah. Terus kan lagi usaha kita berdoa sentiasa dan setiap masa. Jangan pula menjadi bodoh sombong pula tak mahu berdoa pada Allah yang mencipta kita.

Minta sahaja untuk jadi kaya, capai sasaran yang dikehendaki oleh majikan, sentiasa No 1 di kalangan Tim jualan. Per mudahkan jangan di sukarkan. Biar ramai pelanggan lebih mudah terbuka hati mereka menerima tawaran yang ditawarkan. Biar komisen setiap bulan diperoleh dengan tetap dan konsisten dengan banyak dan menyeronokkan.

ii.                   Ucapan

Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi‘en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, sesetengahnya mengucapkan kepada sesetengah yang lain:

Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerima Nya daripada kamu."

Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyariatkan dan di galakkan di dalam Islam.

Al-Imam Al-Qalyubi yang di terima daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun-tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang di ihtimal kan.(Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100) 

Berikan ucapan hari raya kepada semua pelanggan-pelanggan sedia ada, bakal pelanggan, networking kita dan sahabat handai memberi ucapan Selamat menyambut Aidil Fitri melalui e-mel, telefon, sms, mms, bbm, whatsapp, facebook, twitter ataupun linkedin. Mana-mana pun boleh asalkan orang yang kita hantarkan mesej tersebut mudah untuk menerimanya dan jumlah kos penghantaran adalah murah atau se ’free’  yang termampu.

Jangan terlalu kedekut dan berkira pada masa kita untuk melakukan perkara ini kerana ini salah satu peluang yang pelanggan akan merasakan kita benar-benar mengambil berat terhadap dirinya. Kalau kita tidak lakukan mungkin pesaing kita pasti akan melakukannya. Jangan bertangguh lagi.

iii.                  Ziarah menziarahi

Dalil yang menunjukkan mensyariatkannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata: maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masuk kepada ku, dan di sisi ku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu‘ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk (menziarahi Baginda dan anaknya), lalu mengherdik ku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam!" Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: "Biarkan mereka berdua itu." Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: "Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya untuk kita semua." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam. Jalinan silaturahim sesama insan amat digalakkan seperti mana Firman Allah SWT bermaksud Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (Surah An Nisaa’ 4:1). 

Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barang siapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (Hadis Riwayat Bazzar dan Targhib).
Kena pandai ambil kesempatan. Umpama sambil menyelam minum air begitulah dengan kita sambil meraikan kehadiran Aidil Fitri dan sama sekali jangan di lupakan tentang jualan yang perlu dilakukan ke atas orang-orang sama ada kita mengenali mereka ataupun mereka mengenali kita. Peluang mendapatkan jualan dan seterusnya penutupan jualan adalah tinggi hanya disebabkan kepercayaan, telah mengenali antara satu dengan yang lain dan juga rekomen dari saudara mara dan sahabat handai di sekelilingnya. Tiada siapa pun akan berani mengatakan apa yang kita lakukan ini adalah salah semata-mata. Yang penting lakukan sahaja tanpa ada sebarang rasa malu ataupun segan. Kalau tidak diambil kesempatan agak-agaknya bila lagi?
Akhir kata, bila dah raya tolong jangan dilupakan waktu solat lima waktu yang dimestikan untuk kita lakukan. Sibuk sangat nak beraya sampai terlupa lah pula nak bersembahyang. Sebagai seorang yang di kenali oleh orang ramai di pasaran. Disiplin dan penampilan diri perlu dijaga dengan kemas dan baiknya sama sekali. Semuanya akan jaga antara hubungan Allah dengan hubungan manusia. Kita ambil berat menjaganya sudah pasti Allah akan sibuk menjaga kita.

Read more >>

Sabtu, 18 Ogos 2012

MENTALITI ‘SAYA TAHU APA YANG SAYA LAKUKAN’