Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 27 Julai 2012

Berkongsi Idea Walaupun Melakukan Jualan


Kita umpama seorang konsultan yang sentiasa bertemu dan berjumpa prospek/pelanggan bagi tujuan mengetahui demi cuba sedaya upaya bagaikan seorang doktor perubatan untuk selesaikan segala permasalahan yang di hadapinya. Apa yang perlu kita lakukan apabila berhadapan dengan mereka adalah dengan tujuan kenal pasti apa masalah yang di hadapinya, menerangkan dengan baik dan jelas tentang apa yang telah kita fahami dari permasalahan yang telah di maklumkan kepada kita serta menjadi pendengar  yang terbaik setelah kita kemukakan kepada mereka soalan-soalan berkualiti untuk mereka memberi jawapannya semula kepada kita.

Tunjukkan kepada mereka yang kita benar-benar serius dan bersungguh untuk membantu mereka. Cari dan ciptakan nilai tambah apa yang ada dari kita kepada prospek/pelanggan berkenaan dengan menawarkan kepada mereka

i.                    Bagaimana untuk membantu sebaik yang mungkin
Jangan fikirkan perolehan komisen atau pendapatan tambahan terlebih dahulu. Tapi fikirkan apa sumbangan diri kita untuk membantu prospek/pelanggan tersebut sebaik mungkin. Biar prospek/pelanggan merasakan kehadiran diri kita amat berlainan sangat dengan kehadiran pesaing yang telah bertemu dengan mereka terlebih dahulu.

ii.                  Nyatakan penyelesaian terbaik kepada mereka
Sesuaikan apa produk yang sepatutnya. Jangan disamakan satu produk pada semua orang. Ketahui apa masalahnya supaya kita lebih peka dan tahu kesesuaian produk yang di tawarkan kepadanya

iii.                Apa tindakan sepatutnya untuk mereka lakukan
Cadangkan dan beri alasan yang kukuh dan logik kepada prospek/pelanggan kenapa produk yang di tawarkan amat berguna kepada mereka. Tunjukkan tindakan-tindakan yang perlu mereka lakukankan seiring dengan aturan, polisi dan prosidur tempat kita bertugas mahukan. Bantu mereka untuk permudahkan jangan disukarkan. Kelak nanti di akhir waktu akan berjalan lancar seperti mana yang di kehendaki.

iv.                 Dimana ketelusan mereka menerima apa yang kita telah cadangkan dan utarakan.
Sentiasa ingatkan dan jangan sama sekali diabaikan. Beri kefahaman yang jelas, padat dan ringkas kepada mereka agar mereka benar-benar fahami dan tiada alasan untuk mereka menolak apa lagi yang di perlukan oleh mereka. Selagi prospek/pelanggan tidak fahami selagi itulah pelbagai alasan, bangkangan dan berdiam diri sahaja akan berlaku keatas mereka.

Cuba berikan idea-idea yang baik dan bernas kepada mereka. Tunjukkan kita sanggup berkongsi idea kepada mereka seolah-olah kita begitu prihatin kepada mereka. Jangan kedekut ilmu apatah lagi begitu risau yang kita gagal memberikan idea-idea menarik kepada prospek/pelanggan tersebut. Keyakinan diri amat di perlukan di sini. Selagi idea-idea dan buah fikiran tidak di lontarkan kepadanya selagi itulah berkemungkinan prospek/pelanggan akan kabur dan sukar lagi untuk menerima apatah lagi melakukan keputusan untuk menerima tawaran yang di tawarkan.




Read more >>

Khamis, 26 Julai 2012

Elakkan 5 Perkara Negatif


Melakukan tugasan amat memerlukan kita bersikap positif dan cenderung kepada kesungguhan yang ada. Jangan ada siapapun yang boleh mempengaruhinya apatah lagi perkara-perkara yang boleh mendatangkan kekenduran semangat untuk melakukan tugasan. Melakukan tugasan jualan juga perlu ada satu motivasi diri yang tinggi sebagai bekalan penaik semangat dan kecenderungan melakukan tugasan seperti yang di kehendaki. Tanpa bersikap positif apatah lagi motivasi diri sendiri yang kuat dan kukuh sememangnya diri kita akan mudah menjadi layu dan tumbang begitu sahaja terutama sekali apabila berhadapan dengan masalah, cabaran dan dugaan yang mendatang.

Dalam menghadapi situasi yang sebegini kita amat disarankan agar dapat menjauhkan diri kita dari lima unsur seperti berikut iaitu

i.                    Elakkan mendengar dan ambil berat berita-berita sensasi

Jangan di latih dan di ajar  diri kita mendengar terlebih dahulu tentang berita-berita yang tersebar di media-media elektronik ataupun di media-media cetak terlebih dahulu. Elakkan dia sama sekali. Banyak berita-berita yang lebih kearah yang menakutkan dan memberi satu tanggapan yang tidak baik keatas diri kita kelak. Tidak kira siaran atau akhbar mana di awal pagi cuba elakkan dahulu. Sebaik-baiknya bagi membina minda yang baik dan sihat gantikan sahaja samada mendengar bacaan orang-orang menggaji Al-Quran atau ceramah-ceramah ugama atau motivasi. Pendengaran muzik juga boleh dilakukan terutama sekali apabila kita berada di dalam kenderaan. Sesuatu yang positif akan meransang minda kita menjadi positif. Bila dah positif kecenderungan untuk bertugas bermakna lebih bersemangat dan bersungguh untuk melakukannya.

ii.                  Elakkan bergaul dengan orang-orang yang negatif

Bertemu dan bergaul dengan orang-orang yang berpandangan dan mempunyai sifat dan sikap yang negatif akan menjadikan seseorang itu

·         Suka komplen tidak tentu pasal

·         Terikut-ikut dengan kemalasan yang di tunjukkan

·         Mempengaruhi untuk tidak bersemangat lakukan tugasan

·         Tersebar perkara-perkara yang tidak baik untuk didengari

·         Sentiasa mencari jalan tugasan yang dilakukan berbaloi dengan pendapatan yang diterimanya setiap bulan

·         Menjadikan kepentingan diri sendiri mengatasi segala-galanya

Elakkan sama sekali. Walaupun sahabat baik, rakan sekerja sehidup semati atau jiran tetangga yang mengambil berat  dan prihatin namun perlu berhati-hati supaya kita tidak sama sekali sewenang-wenangnya mudah terpengaruh. Bergaullah dengan orang-orang yang berjaya dan sentiasa berikan nasihat dan pandangan yang berguna bukan setakat dalam bidang tugasan jualan ini sahaja tetapi juga tentang kehidupan kita. Dalami sekali ilmu pengetahuan kita setidak-tidaknya membaca buku-buku motivasi, jualan dan agama yang melambak-lambak di jual di pasaran. Sasarkan agar kita rajin membaca buku sekurang-kurangnya sebuah buku setiap bulan.

iii.                Takut kepada kegagalan

Perasaan takut adalah sesuatu tanda yang positif, kerana mereka yang sudah berjaya pada masa kini sebenarnya mempunyai perasaan takut untuk gagal, tetapi akhirnya mereka berjaya. Jadi tidak ada sebab mengapa kita perlu rasa takut kepada kegagalan, kerana kegagalan adalah permulaan menemui kejayaan. Perasaan takut boleh mendorong kita untuk maju bukan menjadi terhalang, di halang dan penghalang kepada kita. Biarkan perasaan takut itu mengajar kita sesuatu agar menjadi berani, tabah dan bersiap sedia. Tetapi jangan biarkan perasaan takut itu menghalang dan menahan perjalanan kita, ketika perasaan itu menahan dan menghalang kita, cuba perhatikan dan teliti apa sebenarnya yang membuat kita amat takut, pasti akan menemui satu jawapan yang akan memberanikan kita terus bergerak ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi.

iv.                 Mudahnya menjadi bongkak dan takabbur

Rasulullah memerintahkan umat Islam supaya bersifat dengan sifat tawadduk bukannya takabbur atau bercakap besar. Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah memberi wahyu kepadaku, supaya kamu bersifat tawaduk, sehingga tidak ada seseorang sanggup menganiaya orang lain dan menunjukkan sikap berbangga diri (sombong) kepada orang lain.” (Hadis riwayat Muslim). Ubahlah dengan segera walaupun agak sukar untuk melakukannya. Mencari ilmu, berguru dan berkawan dengan orang yang sepatutnya. Selagi kita bongkak,ego,sombong, takabbur dan bangga diri selagi itulah kita tidak akan kemana. Semakin ramai pula akan menjauhkan diri mereka dari bertemu dan bersua dengan kita. Bagaimana kita hendak melakukan jualan jika kita sentiasa bersikap begini? Tepuk dada tanyalah selera.

v.                   Elakkan dari terlalu mementingkan diri

Pentingnya kenapa tidak mementingkan diri sendiri sahaja. Pasti akan menanam sikap tamak haloba dan tidak mahu membantu dan menghulurkan sebarang bantuan kepada orang lain. Bila kita mementingkan diri apa saja yang kita lakukan hanya benar dan betul sahaja di hati kita, membiarkan rakan sekerja kita jatuh kebawah tanpa menghiraukan dia dan segala keperluan pelanggan akan disisihkan yang penting penutupan jualan berjaya di perolehi. Firman Allah SWT bermaksud “Maka bertakwalah kepada Allah semurni mungkin dan dengarkanlah baik-baik dan taatlah serta nafkahkan sesuatu yang akan membawa kebaikan kepadamu. Siapa saja yang menghindar diri dari sifat tamak dan kedekut dialah orang yang akan berjaya”. (Surah At-Taghaabun Ayat 16). Perlukah orang jualan tamak dalam melakukan tugasannya? 

Ingat dan berwaspadalah, perkara-perkara yang negatif ini boleh di umpamakan seperti kanser yang merebak tanpa kita sedari yang boleh merubah gaya dan cara tugasan dan kehidupan kita. Selagi kita tidak mencegahnya dan ketahui mana baik buruknya sudah pasti kita akan turut terjerumus dengan keadaan yang negatif ini. Tidak salah berubah untuk kejayaan diri sendiri asalkan kita mahu untuk berubah. Lakukan perkara yang baik dan elok itu semestinya bermula dari dalam diri kita sendiri.







Read more >>

Rabu, 25 Julai 2012

ELAKKAN DARI MELAKUKAN KESILAPAN


Tiada siapapun yang melakukan jualan mahukan kesilapan terutama ketika berlakunya proses presentasi dan perundingan dihadapan prospek/pelanggan. Seboleh-bolehnya perlu mengelak dengan memberikan perkara-perkara yang betul dan berfakta sahaja. Mungkin kalau ada sedikit kesilapan yang telah dapat di kesan oleh prospek/pelanggan tersebut akan mengakibatkan hilang kepercayaan mereka kepada kita. Ini yang harus di risaukan dan di elakkan sama sekali.

Bagi mengelakkan perkara ini terjadi supaya kesilapan dapat di elakkan dan kesalahan dapat di jauhkan, beberapa kaedah perlu di ambil kira supaya apa yang kita bentangkan dan apa yang kita persembahkan dapat menyakini prospek/pelanggan tersebut dengan cara

i.                    Bagaimana hendak bertutur bukannya membantah

Belajar untuk bercakap kerana bercakap bukannya satu anegerah tapi satu latihan yang berterusan dan konsisten. Seperti seorang yang ingin memasuki pertandingan pemidato sudah pasti setiap masa dan hari latihan demi latihan akan dilakukan. Apabila sudah pandai bercakap memberikan promosi, presentasi dan perundingan jangan sama sekali pula menunjuk-nunjuk pandai dan berikan bantahan selalu di hadapan prospek/pelanggan tersebut mengatakan apa yang mereka perkatakan semuanya salah dan tidak betul melainkan apa yang kita pertuturkan sahaja yang betul sama sekali. Itulah kesilapan besar yang harus sama sekali perlu dielakkan. Jangan sama sekali menunjukkan kepandaian kita di takuti nanti prospek/pelanggan akan menyampah pula tindakan kita.

ii.                  Yakin pada diri sendiri

Apa juga tugasan yang kita lakukan mesti ada keyakinan terlebih dahulu. Tanpa ada keyakinan pasti tidak dapat untuk melakukannya. Bila tidak yakin mengakibatkan kita akan berada dalam keadaan tergagap-gagap, serba salah dan tersekat-sekat apa yang ingin kita perkatakan. Bila ini semua terjadi sudah pasti sebarang kesilapan dan kesalahan pasti ada berlaku dan terjadi. Elakkan ia dengan mengetahui produk lebih mendalam, tahu dan kenalkan ia betul-betul dan banyakkan berlatih secara ‘role-play’  ataupun di hadapan cermin bagi membina keyakinan diri. Bila dah yakin, apa juga halangan, cabaran dan dugaan sudah pasti akan dapat di hadapi dengan tenang dan sabar sentiasa tidak kira dengan siapapun kita berhadapan dengannya. Sudah pasti kita akan berjaya menempuhinya juga.

iii.                Berkata benar dan jujur

Tiada siapapun yang inginkan berkawan dan bersahabat dengan seorang yang kaki penipu dan pembohong. Elakkan ia nya berlaku keatas kita. Apabila orang telah ketahui yang kita ini seorang kaki penipu, pembohong, putar alam dan pembelit sampai bila-bilapun orang tidak akan mudah percaya lagi ke atas kita. Tidak salah berkata benar dan jujur semata-mata walaupun kadang-kadang kita ketahui ada kala dan ketikannya ia nya amat pahit untuk di telan. Tidak mengapa, selagi terdapatnya kejujuran dan keikhlasan dalam diri kita ini, insyaAllah bukan sahaja Allah SWT akan turut membantu kita tetapi prospek/pelanggan akan lebih percaya di atas kewibawaan dan kesungguhan kita melakukan jualan. Bila kita berkata benar dan jujur secara berhemah dan bertimbang rasa semua kesilapan yang kita khuatirkan akan hilang begitu sahaja.

iv.                 Elakkan dari takut dan malu

Hati kena kering. Muka selamba sahaja. Selagi kita merasa takut dan malu apabila berhadapan dengan prospek/pelanggan selagi itulah kita akan gagal melakukan jualan. Prospek/pelanggan akan berasa selesa apabila berhadapan dengan seseorang yang yakin melakukan jualan. Yakin dalam menyampaikan presentasi apatah lagi yakin dalam proses perundingan bagi mendapatkan penutupan jualan. Semuanya bagai sinar mentari yang memberi sinaran harapan kepada prospek/pelanggan yang di temui dengan rasa tenang, tabah dan sabar selalu. Belajar untuk menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi dan mempnyai integriti yang boleh di percayai oleh prospek/pelanggan. Lagi anda yakin lagi mudah mendapatkan penutupan jualan asalkan kita tidak sama sekali menjadi takabbur dan bongkak diri dengan mudah dan senang sekali.

v.                   Banyakkan bertanya untuk memahami

Apabila peluang di berikan, banyakkan bertanya untuk memahami. Ini bermakna kita perlu mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan produk kita apa yang boleh di sesuaikan untuk mereka. Elakkan dari bertanya ke arah soalah-soalan yang lebih peribadi keatas mereka apatah lagi soalan-soalan yang di kira terkeluar dari sebab sebenar kita melakukan jualan. Lagi banyak bertanya apa yang di mahukan lagi kita fahami dan tahu untuk tentukan apa produk yang sesuai baginya untuk di tawarkan keatasnya. Sebaik-baiknya apabila kita rasakan kita sudah mengetahui apa yang mereka mahukan, tanyakan semula sebagai satu pengesahan supaya tiada sebarang salah taksiran berlaku nanti. Lebih baik berhati-hati dahulu dari mudah melakukan kesimpulan terlebih dahulu.


Selagi boleh kita elakkan itulah tindakan yang sebaik-baiknya. Jangan bermain api kelak membakar kita juga yang susah. Bila kerap sangat berlaku kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan periksa balik adakah tindakan selama ini yang kita lakukan masih betul atau tidak. Selagi kita tidak muhasabah selagi itulah kita akan berasa selesa dan menganggap segala tindakan kita selama ini adalah betul dan benar semata-mata. Pertingkatkan pengalaman dan skil kita. Tambahlah ilmu di dada dengan di isi sebanyak yang boleh. Ilmu tidak akan pernah habis dan ilmu tidak akan menunggu kita. Carilah dia kerana ilmu ini berada sentiasa di sekeliling kita.
Read more >>