Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 27 Mei 2012

Jangan di fikirkan KEGAGALAN


Kata-kata hikmah yang perlu kita sedari dan fahami kenapa dan apa perlunya kita jangan terlalu fikirkan dan layankan jika terdapatnya kegagalan menempuh diri kita. Antaranya :

Jika berfikir tidak boleh pasti ia nya tidak boleh dilakukan. Ini adalah kerana telah diyakini pada diri sendiri bahawa tidak boleh. Kenapa tidak di cuba terlebih dahulu.

Jangan sama sekali jadikan kegagalan semalam sebagai penentu hari ini. Semangat untuk membuatkan hari esok lebih baik dengan melalui hari ini.

Tiada yang salah jika cita-cita tinggi, yang salahnya apabila usaha yang dilakukan tidak setanding dengan tingginya cita-cita.

Jangan sama sekali hidup dengan terus menyesal apa yang telah dilakukan tetapi lebih baik persiapkan diri untuk apa yang akan datang.

Orang yang berjaya sentiasa bersyukur mengatakan ‘semuanya kerana Allah’, bukannya menyatakan itu kerana ‘usaha saya sendiri’

Orang-orang yang gagal dibahagi kepada dua keadaan iaitu sama ada mereka yang berfikir gagal padahal ia tidak melakukan apa-apa atau mereka yang pernah gagal dan tidak pernah memikirkannya.

Sering ragu-ragu terhadap sesuatu yang sebenarnya tidak perlu diragukan pasti akan menjadikan kita sukar melakukan keputusan.

Jangan menyalahkan keadaan ketika masalah datang menghampiri kita tetapi salahkan diri kita yang membiarkan masalah datang dengan sendirinya.

Bertindak dan berjaya bermula dari yang kecil akan pasti menarik kejayaan yang besar pula. Biasakan untuk berjaya.

Terlalu banyak mutiara kata yang memberikan kata-kata semangat supaya kita tidak sentiasa berada di dalam keadaan kegagalan. Kegagalan merupakan satu pengalaman yang terlalu pahit bagi sesiapa sahaja yang pernah mengalaminya. Baik ketika gagal dalam peperiksaan, gagal dalam bercinta, gagal dalam memperoleh pendapatan ataupun gagal dalam mendapatkan penutupan jualan. Habis semua difikirkan tentang kegagalan tersebut dan mengatakan ‘apalah nasib ku ini’. Menyalahkan diri sendiri dan menyalahkan apa juga yang ada di sekeliling kita menjadikan kita seorang yang pasif dan hilang terus menerus tentang keyakinan diri. 


Read more >>

Jumaat, 11 Mei 2012

ANCAMAN SYAITAN DALAM JUALAN


Tiada siapa yang ingin menjadi syaitan dan iblis dalam kehidupannya tetapi tanpa kita sedari syaitan dan iblis telah berjaya mempengaruhi kehidupan kita sehari-hari apatah lagi di dalam bidang melakukan jualan. Kita telah dilalikan dan dilupakan akan segala tindakan dan amalan baik dan dituntut oleh agama kita selama ini.  Apa yang kita lakukan hanya untuk memuaskan sahaja nafsu serakah kita memenuhi apa yang diidamkan selama ini tanpa kita sedari dan ketahui.

Mungkin ia nya tidak memberi apa-apa kesan pun kepada kita dalam sehari dua ini tapi kalau berlarutan sehingga dalam tempoh masa yang lama mungkin akan memberikan satu impak yang besar kepada diri kita sendiri.

Firman Allah bermaksud: “Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.” (An-Nisa: 120-121).

Mungkin perkara-perkara sebegini boleh kita elakkan bagi menjadikan diri kita sentiasa menjadi seorang mukmin yang sejati kepada agama apatah lagi di dalam kita melakukan bidang jualan ini yang sentiasa berhadapan dengan orang ramai dan diperhatikan sentiasa oleh orang-orang yang berada di sekeliling kita apatah lagi Allah SWT.  Antara perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam diri kita yang melakukan jualan ini sebagai satu karier dan profesion adalah

i.       Sifat sombong dan angkuh
Jangan mudah meninggi diri, kelak membakar diri sendiri. Berhemah dan bersopan sentiasa agar kita sentiasa diperlukan oleh prospek/pelanggan untuk berurusan dengan kita. Tiada siapa pun yang ingin bertemu dengan kita kalau kita asyik dan sentiasa menunjukkan kesombongan dan keangkuhan kita walaupun dengan rakan sekerja kita sendiri. Menurut Haji Mohd Fadzilah Kamsah katanya Maksud BODOH SOMBONG adalah  "Orang bodoh tak semestinya sombong. Tapi orang sombong PASTI bodoh" 

ii.                  Sifat bakhil dan kedekut
Berbelanja di tempat yang sepatutnya bukan dibiarkan untuk menjadi seorang yang begitu kedekut dan bakhil sama sekali. Terlalu berkira sehingga langsung tidak mahu berbelanja demi karier kita seperti belanja makan prospek/pelanggan, rakan sekerja, memberikan cenderamata terutama kepada prospek/pelanggan ataupun bersedekah kepada sesiapa yang memerlukannya amat dituntut. Anggaplah ia nya sebagai satu pelaburan dan bukannya sebagai satu paksaan dan perbelanjaan. Pasti pulangan yang lebih baik akan di perolehi kalau niat yang kita lakukan adalah betul sama sekali.

iii.                Sifat takbur dan bongkak
Bila sudah mendapat sesuatu kejayaan yang diidamkan dan diperlukan habis terlupa pula tindakan kita seterusnya. Jaja habis menceritakan kepada orang lain terutama rakan sekerja kita yang kitalah insan paling ‘terror’ dalam bidang kita walaupun telah berlalu lama. Inilah penyebab utama kenapa prestasi tidak boleh konsisten dan asyik jatuh ke bawah sahaja prestasi kita. Jauhilah sifat ini agar kita sentiasa sedar di mana tempat bumi kita berpijak. Berwaspada setiap masa agar kita tidak mudah lupa diri sama sekali.

iv.                 Sifat khianat
Jangan sama sekali menganiaya orang apatah lagi prospek/pelanggan kita sendiri. Apabila ada orang yang merasakan dirinya telah dikhianati dan dianiaya oleh kita jangan kita lupakan sama sekali doa orang-orang yang dianiaya yang tiada hijabnya dengan Allah SWT. Ini belum masuk lagi bab menipu dan menindas orang. Elok sangatlah untuk kita sentiasa beringat akan perkara-perkara ini agar ia nya tidak mudah berlaku kepada kita.

v.                   Sifat hasad dengki
Berdengki hanya dibenarkan jika untuk kebaikan diri kita sendiri untuk bersaing dengan sihat tanpa menjatuhkan lawan dan kawan kita sendiri. Sememangnya tidak baik untuk berhasad dengki kepada sesiapa walaupun kadang kala ia boleh menyakitkan diri kita sendiri. Selagi kita tahu batas agama dan tahu keburukan tidak mengamalkan hasad dengki ini nescaya kehidupan kita akan lebih diberkati oleh Allah SWT. Karier kita boleh dimusnahkan dengan begitu sahaja kalau kita asyik menyimpan dendam dan berhasad dengki jika kita terlalu asyik memikirkannya sehingga boleh menjejaskan prestasi tugasan kita dalam melakukan jualan.

vi.                 Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat
Apabila kita mudah merasakan diri kita terlalu hebat dan berilmu tinggi apatah lagi memiliki kelulusan tertinggi melebihi dari orang-orang lain, sudah semestinya kita akan memandang rendah dan tidak sama tarafnya dengan kita. Padahal Rasulullah SAW sering berpesan kepada kita betapa pentingnya menuntut ilmu dalam apa juga bidang yang kita ceburi sehingga ke akhir hayat kita. Tiada siapa pun di dunia ini yang boleh mendabik dada yang beliau telah cukup ilmunya dalam bidang jualan ini. Rajinkan diri untuk sentiasa menambah ilmu pengetahuan, nasihat dan pengalaman berguna dari orang lain supaya kita sentiasa bersedia apabila berurusan melakukan jualan dengan prospek/pelanggan yang ditemui.

vii.               Sifat suka meremehkan orang lain
Apabila merasakan diri kita dah terlalu bagus dan melihatkan rakan sekerja kita tidak mampu melakukan jualan seperti kita, lalu kita asyik memandang rendah kepadanya seolah-olah apa yang dilakukannya asyik tidak betul dan tidak kena sahaja cara dan gayanya. Kena sentiasa ingat mungkin sekarang ini kita berada di puncak dan tidak mustahil yang satu hari nanti kita akan ke bawah pula. Ini semuanya kuasa dan kerja Allah SWT. Ambillah sikap dan sifat yang berhati-hati agar kita tidak mudah sama sekali meninggi diri, memandang rendah apatah lagi meremehkan lagi orang lain.

viii.             Sifat suka bangga diri dan menunjuk-nunjuk
Belum apa-apa dah nak berlagak dibuatnya. Suka bangga diri dan menunjuk-nunjuk pula walaupun kejayaan yang di perolehi hanya se ciput sahaja. Elakkan agar kita tidak mudah terlalai apatah lagi terlali dengan sikap untuk membanggakan diri kita di khalayak ramai walaupun di hadapan rakan sekerja ataupun hanya berniat untuk bergurau sahaja. Semakin kita berbangga-bangga diri dan merasakan kita telah sesempurna yang boleh pasti akan mengakibatkan diri kita akan terlupa begitu sahaja di mana kedudukan sebenarnya diri kita.

ix.                 Sifat suka berangan-angan
Semakin kita kuat azamnya semakin jauh untuk kita berusaha dengan lebih lagi rajin lagi. Semakin kita berangan semakin mewujudkan diri kita semakin malas untuk melakukan tindakan yang sewajarnya. Kita malas dan kurang berusaha akan menghasilkan prestasi yang merudum dan tidak konsisten sama sekali. Fokus pasti hilang hanya disebabkan dari sifat kita yang gemar dan asyik kepada berangan-angan sahaja tanpa hala tuju yang sepatutnya. Perbetulkan segera dan elakkan diri kita asyik dibuai mimpi-mimpi yang indah sahaja.

x.                   Sifat buruk sangka
Siapa juga yang kita temui jangan mudah sangat berburuk sangka. Pandanglah seseorang dengan pandangan hati dan bukan pada luarannya sahaja. Apabila kita mudah berburuk sangka pasti akan mudah buat kita terlepas banyak oportuniti yang bakal kita perolehi tanpa kita sangka kan. Kerana itu Rasulullah menyeru kepada agar kita sentiasa bersangka baik dari kita sentiasa mengamalkan buruk sangka kepada orang yang kita temui.

Berazamlah dari sekarang agar perkara-perkara di atas dapat diatasi dengan segera dan cepat agar kita tahu di mana kedudukan diri kita sepatutnya. Jangan ditangguhkan lagi melakukan pembetulan hanya untuk kebaikan diri kita sendiri. Selagi kita dikuasai hanya kerana terdapatnya sifat-sifat yang dinyatakan nescaya sampai bila-bila pun kita tidak akan berjaya sama sekali. Jangan biarkan syaitan dan iblis berjaya menjadi raja dan menawan dalam diri kita selama-lamanya. Selagi kita telus dan bersungguh untuk berubah, insyaAllah Allah akan sentiasa membantu dan mempermudahkan segala urusan kita baik di dunia mahupun di akhirat. Wallahualam
 
 
 
 
 
Read more >>

Khamis, 10 Mei 2012

Kelebihan bermain dengan nombor


Mengetahui dan memahami yang setiap jualan yang kita lakukan adalah berfakta dan bermain dengan nombor tanpa adanya sebarang andaian, ketidakpastian dan penipuan beberapa langkah perlu kita ambil dengan segera agar kejayaan yang dicapai dan dinikmati kelak adalah betul-betul berpandukan kepada prestasi yang benar-benar kita lakukan sama sekali. Tindakan-tindakan yang perlu diambil adalah

i.                     Pelajari dan dalami segala perkara asas yang boleh dibuat ukuran agar segala tindakan yang dilakukan nanti tiada menemui kesilapan dan kesalahan yang diingini yang boleh mencacatkan lagi prestasi jualan kita sendiri

ii.                   Gunakanlah sebaik mungkin kuasa permainan nombor ini sebagai satu strategi dan cara kita melakukan jualan

iii.                  Adanya berlaku kelemahan dan kesilapan dapat kita kesan dan perbaiki segera dengan mudah dan mengelakkan pula dari diulangi semula

iv.                 Membolehkan kita melakukan penilaian prestasi semasa dan sebenarnya bagi tujuan semata-mata untuk memperbaiki lagi ke tahap sepatutnya

v.                   Membentuk diri kita agar lebih konsisten melakukan jualan

vi.                 Sebagai satu pendorong dan motivasi untuk diri kita sendiri

Tidak perlu punyai kelulusan dan pengetahuan yang tinggi dalam matematik tetapi cukuplah sekadar memahami bagaimana nombor-nombor yang dikehendaki terjadi dan berlaku hanya dari hasil usaha kita sendiri. Selagi kita tahu berapa nombor kita kalau berada di kedudukan yang terkebawah dan tidak baik adalah masanya untuk kita mengambil tindakan segera untuk diperbaiki dan perbetulkan semula. Cari di mana silap dan salahnya agar pembetulan dapat dilakukan. Jangan dibiarkan sahaja sehingga melarat langsung tidak boleh dibaiki sama sekali. Kita tentukan nombornya agar nombor tersebut dapat sama sekali membantu kita perolehi sebanyak mana komisen yang kita perlukan dan mahukan.




Read more >>

Rabu, 9 Mei 2012

BERMAIN DENGAN NOMBOR


Menjadikan jualan sebagai satu profesion pastinya mempunyai skil, pengetahuan, praktis dan pengalaman sebagai seorang pakar apabila bertemu dengan pelanggan-pelanggan. Sebagai seorang yang profesional melakukan jualan berpengetahuan dan memahami segala fakta yang berkaitan dengan karier sebagai seorang yang melakukan jualan sememangnya berkait rapat dan amat diperlukan. Kesemua data-data yang saintifik, perundangan dan mendalami mempelajari skil-skil yang ada sememangnya memainkan peranan yang penting juga.

Dalam memahami tugasan jualan yang diberikan peranan SOS (Science of Selling) amat diperlukan yang mana ia nya sama sekali berkait rapat dengan sains, nombor dan data. Permainan bermain dengan nombor akan lebih memudahkan lagi melakukan jualan sebagai satu tahap bagi mengukur prestasi dan kejayaan sama ada boleh atau tidak untuk dicapai.

Kenapa angka-angka ini sangat diperlukan dan bagi memudahkan lagi mengukur prestasi yang ada adalah seperti contoh di bawah

                Berapa banyak produk yang ditawarkan
                Proses jualan yang terjadi dan berlaku
                Bilangan panggilan dan temu janji
                Berapa lama masa yang diambil (TAT – Turnaround Time)
                Dalam sehari berapa ramai yang ditemui melakukan jualan
                Berapa banyak temu janji yang di perolehi setiap hari

                Dari segi puratanya
                                Purata jualan yang berjaya dilakukan
                                Purata berapa banyak penutupan jualan
                                Purata amaun pembiayaan yang di perolehi
                                Purata komisen yang di perolehi setiap bulan

Dari sini semuanya adalah berfakta dan benar dan sudah tentu segala andaian dan merasakan fikir dan rasa sahaja tidak wujud sama sekali. Data-data perlu disediakan agar kita lebih mengetahui dan memahami kedudukan sebenar kita sama ada kita benar-benar berjaya melakukannya ataupun tidak. Jangan sama sekali melawan hukum kerana data-data yang ada semestinya mengikut prestasi semasa kita yang boleh dibuat ukuran dan perbandingan sama ada kita berjaya atau tidak melakukannya.

Sentiasa ingat, kejayaan adalah satu permainan nombor yang boleh diukur dan disukat prestasinya tanpa boleh ditipu sama sekali daripada perkara-perkara yang asas, purata dan seterusnya konsisten menjadi peningkatan seperti mana yang dikehendaki. Kesemuanya berdasarkan kepada nombor yang berfakta yang pastinya boleh diketahui dan sama sekali tidak boleh dan dapat dikelentong dan ditipu mengikut sesuka hati sahaja.




Read more >>