Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 23 Februari 2012

Muhammad Ali - Kata-kata semangat


Muhammad Ali yang di lahirkan pada 1942 adalah seorang peninju legenda cukup terkenal hasil dari gaya bertinju yang menarik dengan pelbagai gaya dan ragam sebelum, semasa dan selepas beliau bertinju. Muhammad Ali adalah satu-satu peninju di dunia ini yang masih memegang rekod menjadi juara dunia tinju heavyweight sebanyak tiga kali. Mula di kenali sebagai Cassius Marcellus Clay dan memeluk agama Islam pada tahun 1964.

Antara kata-kata terkenal nya yang boleh kita pergunakan sebagai satu sumber inspirasi kepada karier jualan kita adalah antaranya

Saya yang terbaik, Saya mengatakannya bahkan sebelum saya mengetahuinya.

Kejayaan pasti datang asalkan kita yakin kita boleh berjaya sama ada kita mengetahuinya ataupun tidak. Semangat beginilah yang harus kita dapati dalam diri kita sendiri sebagai satu dorongan dan sumber motivasi terbaik buat kita semua. Jangan mudah mengalah, putus asa dan kecewa hanya di sebabkan kita merasakan kita gagal dan sukar melakukan jualan. Lakukan dahulu dan jangan fiirkan dahulu baru kita ketahui sama ada boleh atau tidak melakukannya. Katakan sentiasa dalam diri kita yang kita adalah seorang yang berjaya untuk kita set kan dalam pemikiran kita supaya diri kita sentiasa terdorong dan bermotivasi untuk menjadi seorang yang berjaya sentiasa.


Saya benci latihan pada setiap masanya, tetapi saya berkata, “Jangan berhenti. Menderita sekarang dan menjalani sisa kehidupan Kita sebagai juara.”

Satu kenyataan yang menyatakan latihan demi latihan adalah satu yang membosankan tetapi suka atau tidak terpaksa dilakukan demi memastikan setiap pergerakan adalah betul, teratur dan konsisten. Biar pada permulaannya terpaksa melakukannya dengan teruk dan sukar tetapi lama-kelamaan ia akan menjadi satu tabiat yang baik dan berdisiplin bagi memastikan pada akhirnya kejuaraan bakal menjadi apa yang di idamkan. Dalam jualan latihan dan ‘role play’ amat di perlukan bagi memantapkan lagi cara kerja dan tugasan dalam jualan supaya apabila berhadapan dengan prospek/pelanggan kita akan lebih lagi nampak sempurna, tidak gugup dan mudah untuk melakukannya. Latihan mengajar kita kemahiran dan berkeupayaan untuk melakukannya. Sememangnya latihan sesuatu yang menjemukan tetapi jika ia dilakukan secara konsisten setiap masa sudah pasti kita akan lebih menjadi sempurna seperti mana yang di harapkan. Jangan mengeluh dan merasa kecewa kerana melalui latihanlah kita akan menjadi lebih sempurna dan berkemahiran. Bukan mudah untuk berjaya tetapi jika ada kesungguhan pasti kejayaan milik kita juga.


Dia yang tidak cukup berani untuk mengambil risiko, tidak akan mendapatkan apa-apa dalam hidupnya.

Apa juga yang kita lakukan mesti ada halangan, cabaran dan dugaan yang pasti kita kena tempuh dan hadapi. Tiada pekerjaan di dunia ini yang tiada mempunyai risikonya untuk kita hadapi. Ujian Allah pasti datang bagi menguji diri kita sama ada kita sabar atau tidak, boleh atau tidak, bersedia atau sebaiknya untuk kita tempuhi dengan tenang dan sabar.  Firman Allah bermaksud "orang-orang yang bersabar itu ialah mereka yang apabila ditimpa dengan ujian maka mereka akan berkata, 'sesungguhnya kita milik Allah dan kepada Allahlah kita akan di kembalikan' . Mereka ini beroleh Rahmat dan Kebaikan dari Allah serta mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk". (Surah Al-Baqarah  156-157). Selagi kita merasa takut untuk melakukannya selagi itulah risiko akan mengekori kita sentiasa. Hadapilah ia dengan satu ketenangan dan yakin selalu yang kita sememangnya boleh melakukannya.

Jika fikiran sering memikirkannya, dan hati saya sering mempercayainya – maka saya pasti mencapainya.

Set kan dalam fikiran kita apa yang sering kita idamkan dan mahukan untuk kejayaan diri kita, yakin boleh melakukannya sudah pasti kita boleh menempuh dan lakukannya jua. Kepercayaan kita akan mendatangkan keyakinan kepada diri kita untuk melakukannya sehingga kita berjaya juga mencapai apa yang kita ingini dan mahukan. Tetapkan sasaran kita supaya kita merasakan kita mampu untuk melakukannya tanpa kita kira apa juga cabaran dan dugaan yang perlu kita tempuh. Yang penting adalah keputusan akhir yang akan kita dapati hasil dari kesungguhan dan  keupayaan kita sendiri


Untuk menjadi seorang juara hebat Kita harus percaya bahawa Kita yang terbaik. Jika tidak, berpura-puralah.

Sentiasa yakin kita adalah seorang yang hebat di muka bumi Allah ini. Bukan hendak mengajar menjadi seorang yang takabbur dan riak tetapi sebagai satu alat pada diri kita sendiri pembakar semangat dan pendorong motivasi sendiri supaya sentiasa bergerak dan di lakukan menjadi orang yang terhebat di dalam karier jualan kita sendiri. Kitai kata kita masih gagal untuk menyempurnakannya, berpura-puralah seketika seperti seorang yang hebat supaya kita sentiasa mahu dan hendak menjadi orang yang paling terbaik. Kalau kita telah memulakan semangat yang putus asa dan kecewa bermakna kita dengan sendirinya akan meranapkan dan memusnahkan karier kita sendiri. Yakin dan percaya kita yang terbaik pasti hasilnya nanti akan memberikan keputusan yang terbaik juga buat diri kita.




Read more >>

Rabu, 22 Februari 2012

KESILAPAN MENGHUBUNGI PROSPEK DALAM TALIAN


Sememangnya jika kita terlalu melayan perkara-perkara yang negatif sampai bila-bilapun kita akan gagal. Umpama kita menaiki sampan, pendayung yang ada jika kita masih tidak menggunakannya untuk mendayung sampai bilapun kita akan berada di situ juga mengharapkan aliran air sahaja untuk menggerakkan kita. Adakah ini yang kita harapkan? Tanpa usaha dan fokus yang betul, tanpa keazaman dan kesungguhan yang ada, kita tidak akan kemana-mana. Hanya memikirkan kegagalan dan kekecewaan sahaja. Sepatutnya semakin banyak kita berhubung dengan orang ramai ataupun dari leads yang ada pada kita akan lebih mematangkan dan merubah semakin baik dan berkualiti tinggi untuk kita mendapatkan pelanggan dan mengurangkan kesukaran yang kita alami selama ini.


Mungkin kesilapan-kesilapan begini dapat di kurangkan dan dihapurskan dimasa hadapan dengan cara


i.                    Tiada skirp yang di lakukan
Skrip yang baik datangnya dari pengalaman sendiri. Mulakan dengan skrip yang ada pada orang yang berjaya, gunakan dan setelah dicuba banyak kali olahkan ia supaya bersesuaian dengan kemahiran kita pula. Belajar sepenuhnya dari pengalaman yang di hadapi


ii.                  Menggunakan penarikan atau penolakan
Sentiasa bertenang dan memastikan prospek tersebut telah faham dan jelas apa yang kita perkatakan kepada prospek tersebut. Tunjukkan yang kita ingin membantu dan bukannya untuk menjual terlebih dahulu.


iii.                Leads yang ada tidak memadai
Lakukan perancangan yang sepatutnya bagi mendapatkan leads-leads yang sentiasa mencukupi dan memadai supaya secara konsisten kita boleh lakukannya secara bersungguh-sungguh. 


iv.                 Maklumbalas pertanyaan
Jangan sama sekali biarkan setiap soalan yang di kemukakan tidak diberi penerangan yang memuaskan hati prospek tersebut. Selagi prospek gagal mendapat jawapan sepertimana yang sepatutnya selagi itulah kita akan gagal mendapat temu janji seperti mana yang ada mahukan.


v.                   Menyatakan harga dengan segera
Kebiasaan orang ramai, prospek akan cuba meminta seberapa segera harga bagi produk yang di tawarkan kepadanya walaupun prospek tersebut tahu dan sedia maklum akan kesudian kita untuk menceritakn seberapa banyak kelebihan produk kita untuk mencapaikannya terlebih dahulu.Cuba elakkan dan beri perhatian sewajarnya supaya segala kelebihan produk yang ada untuk kita sampaikan dapat dimaklumkan kepengetahuan prospek terlebih dahulu dan seterusnya bagi mendaptkan temu janji yang mana yang di harapkan.


vi.                 Terlalu membuang masa dengan orang yang tidak berminat
Masa itu sangat berharga kerana jika tindakan kita betul sudah pasti akan sudah berjaya menjimatkan masa kita dan melakukan perkara lain pula bagi kita. 


vii.               Banyak sangat bercakap
Susunan ayat kita perlu kemas dan mudah di fahami agar prospek yang mendengarnya akan lebih mudah faham. Jangan terlalu banyak bercakap sehingga prospek yang hendak bercakap atau mencelahpun agak sukar di buatnya. Sebaik-baiknya biarlah prospek yang banyak bercakap dari kita kerana lagi banyak prospek itu bercakap maka mudah lagi untuk kita mengetahui akan apa yang di perlukan dan di mahukan oleh prospek tersebut.


viii.             Tidak memahami kehendak prospek
Sebaik-baik tindakan tanyahlah terlebih dahulu, dan jika prospek mengatakan sibuk, kita terus cuba tetapkan tarikh dan waktu yang sesuai untuk kita berhubung semula. Banyak maklumkan kepada prosepk tersebut kelebihan produk kita dari menceritakan kepada beliau tentang ciri-ciri produk kita.


ix.                 Gagal mendapatkan persetujuan
Nyatakan kesudian kita untuk bertemu dengan prospek tersebut bagi memudahkan kita melakukan presentasi sepatutnya bagi penerangan kepada prospek tersebut supay lagi jelas dan permudahkan urusan penutupan jualan. Selagi kita gagal dapatkan persetujuan melakukan temu janji bertemu dengan prospek tersebut selagi itulah kita gagal dalam tele marketing kita. 


x.                   Tiada pengakhiran dalam perbualan
Setakat berkenalan sahaja dengan prospek bermakna kita masih gagal lakukan jualan dan itu bukannya matlamat utama kita. Kita kena pandai memainkan peranan kita agar perbualan kita dengan prospek kita, kita yang sebenarnya mengawal keadaan perbualan tersebut dan tidak sama sekali prospek tersebut. Jangan biarkan pengakhiran perbualan hanya tinggal perbualan sahaja tanpa mendapatkan satu kata putus tentang temu janji yang perlu dilaksanakan.


xi.                 Gagal melakukan ‘follow up’
Kisah menyayat hati yang tidak sepatutnya berlaku hasil dari kealpaan dan tidak mengambil berat hanya kerana kesilapan dari diri kita sendiri. Imej kita dan organisasi perlu di jaga apabila kita sudah mula berjanji dengan prospek kerana kalau kita gagal, sampai bila-bila prospek tersebut akan hilang kepercayaannya kepada diri kita dan nama organisasi juga akan tercalar.


Lakukanlah sebaik mungkin apatah lagi berurusan dengan orang yang baru kita ketahui dan kenali. Jangan di persia-siakan kerana yang rugi nanti adalah kita sendiri dan bukannya orang lain. Dah tahu itu adalah kesilapan, jangan diulangi lagi tapi diperbetulkan sentiasa supaya skil kita dapat dipertingkat seterusnya menjadi seorang yang pandai dan pakar dalam mana kita berurusan secara talian telefon dengan sesiapa juga yang kita berkehendakkan. Sentiasa lakukan yang terbaik supaya prospek tersebut bukan sahaja menjadi pelanggan kita tetapi juga akan menjadi kenalan kita suatu hari nanti.







Read more >>

Selasa, 21 Februari 2012

Kelebihan memaklumkan Unique Selling Proposition


Bukan sahaja prospek/pelanggan yang senang hati tetapi kita juga pasti ada kelebihan dan keuntungan untuk diri kita juga. Ia pasti tidak akan memberi keuntungan sebelah pihak sahaja tetapi keuntungan pasti akan dijelmakan bagi kegunaan kedua-dua belah pihak. Dari pandangan kita pula sebagai seseorang yang menawarkan produk kepada prospek/pelanggan adalah lebih mudah memaklumkan tentang kelebihan dari ciri-ciri produk adalah kerana


i.                     Mudah bagi kita mempelajari pengetahuan produk tersebut


ii.                   Kita akan lebih mengingatinya secara mudah dan senang


iii.                  Kita lebih bersedia untuk menyampaikan presentasi kita


iv.                 Kita tahu apa yang perlu kita lakukan


v.                   Perasaan gugup, risau dan takut dapat diatasi dengan baik dan berkesan


vi.                 Menjimatkan masa kita bila bertemu dengan prospek/pelanggan yang di temui


vii.                Prospek/pelanggan akan lebih yakin kepada keupayaan kita
 

Tiada siapa yang inginkan kerugian. Tiada siapa pun yang mahukan penipuan terjadi. Kita memberikan satu keuntungan kepada prospek/pelanggan kita bermakna akan juga akan mendapat keuntungan tersebut daripada mereka juga. Kerana itu niat untuk membantu dan menolong orang amat di perlukan bagi menjamin setiap pekerjaan jualan yang ditawarkan berlaku dengan satu kejujuran dan amanah yang di mahukan oleh kedua-dua belah pihak. Jangan terlalu tergesa-gesa apatah lagi terlalu mendesak prospek/pelanggan kita. Lakukan dengan baik dengan kesabaran insyaAllah sesuatu yang baik hasilnya akan menjelma juga seperti mana yang diidamkan. Yakin dan percayalah pada diri kita sendiri
Read more >>

Isnin, 20 Februari 2012

UNIQUE SELLING PROPOSITION


Sebenarnya prospek/pelanggan sememangnya lebih gemar untuk mencari dan menerima perkhabaran jualan tentang kelebihan atau keistimewaan yang ada pada sesuatu produk yang di tawarkan berbanding dengan ciri-ciri produk tersebut. Sebab itulah ianya di kenali dengan nama Unique Selling Proposition yang menceritakan dan memaklumkan kepada prospek/pelanggan tentang segala kelebihan, keuntungan dan kebaikan yang boleh dan bakal di perolehi dan di dapati dari produk-produk yang ditawarkan. Ini adalah kerana 



i.                     Prospek/pelanggan sentiasa mencari sesuatu yang boleh mendatangkan faedah atau keuntungan tambahan yang bakal di terima jika di bandingkan dengan tawaran produk-produk yang lain yang mungkin sama ataupun hampir dengan produk yang di tawarkan



ii.                   Prospek/pelanggan lebih suka dan gemar menerima penerangan yang mudah dan jelas daripada menceritakan kepada mereka sesuatu yang agak komplikasi dan terlalu teknikal.



iii.                  Prospek/pelanggan tidak perlu mengambil masa yang lama sehingga berjam-jam dibuatnya untuk mendapat penerangan ataupun presentasi



iv.                 Prospek/Pelanggan mudah membezakan antara produk-produk yang di tawarkan dengan produk pesaing



v.                   Prospek/pelanggan mudah melakukan keputusan sama ada untuk menerima atau tidak tawaran produk yang ditawarkan



Harga merupakan faktor kedua atau ketiga. Tetapi bagaimana produk yang ditawarkan boleh dan dapat menyelesaikan masalah utamanya itulah yang di cari. Penerangan tentang kelebihan dan manfaat tentang produk amat diperlukan bagi tunjukkan bagaimana produk yang ditawarkan dapat dan boleh selesaikan masalah bakal pembeli yang ditemui. Selagi tak kenal apa masalahnya selagi itulah penutupan jualan amat sukar untuk dilaksanakan





Read more >>

Ahad, 19 Februari 2012

LEADS YANG ADA JANGAN DI ABAIKAN


Ada masa dan ketikanya ketika melakukan jualan, tiba-tiba sahaja kita seolah-olah kehilangan sumber untuk mendapatkan ‘leads-leads’ yang di perlukan bagi memastikan kesinambungan tugasan kita mendapatkan jualan demi jualan supaya penutupan jualan dapat dilakukan sentiasa setiap masa dan konsisten. Tanpa leads yang di perlukan bagaimana hendak melakukan jualan?


Kenapa perkara seperti ini berlaku dan terjadi di atas kegagalan mendapatkan leads-leads yang di harapkan? Rasanya sebelum dipersalahkan dengan beberapa faktor luaran elok sangatlah jika kita dapat mengkaji dan menyelidik dalam diri kita sendiri. Antaranya yang perlu di jadikan iktibar dan pengajaran dalam diri kita adalah


i.                     Kita sama sekali tidak menghargai setiap leads yang di perolehi. Kita merasakan leads yang ada sebagai satu perkara yang tidak perlu sama sekali di pkitang serius dan bersungguh.



ii.                   Dengan sambil lewa dan ambil mudah kita membiarkan ia begitu sahaja tanpa perlu kita lakukan tindakan susulan dan seterusnya. Selagi kita tidak terdesak, selagi itu kita akan biarkan dan buat tak tahu sahaja.



iii.                  Dirasakan sungguh melecehkan dan mengganggu rentak jualan kita apabila di suruh dan dituntut melakukan tele marketing



iv.                 Kita sanggup membiarkan tindakan kita begitu lewat dan lambat untuk kita melakukannya apabila leads yang di bekalkan kepada kita masih tidak bertindak secepat yang mungkin.



v.                   Kita rasa kita yang paling sibuk bukannya kita fikirkan prospek/pelanggan tersebut yang sibuk rutin kehidupannya walaupun kita sendiri mengetahui yang bakal prospek/pelanggan tersebut telah pun menunjukkan minat mereka ke atas produk tersebut



vi.                 Kita merasakan ancaman dari pesaing bukan suatu yang perlu di risaukan, yang penting kita sentiasa mencari dan terus mencari leads sesuka hati kita.



vii.                Leads yang sedia ada kita merasakan cukup memadai untuk kita bertindak tanpa perlu memikirkan tentang leads-leads baru dari sumber-sumber luaran. Data based yang ada terlalu mencukupi bagi kita pergunakan tanpa perlu penambahan dari sumber-sumber luaran yang lain.



viii.              Dari menjala baik kita memancing seorang diri. Dari kita melakukan taklimat, pembukaan booth, presentasi dan pengedaran flyers dan terlalu yakin bertemu seorang demi seorang akan membuang masa terlalu lama menghabiskan masa pada seseorang prospek/pelanggan dari kita bertemu dengan sekumpulan prospek/pelanggan yang mungkin membolehkan kita menjana sumber yang baru dengan banyak dan lebih berkesan lagi bagi menjimatkan masa, kos dan tenaga kita.



Kita perlu berubah secara positif,jangan menunggu orang lain menyuapkan nasi ke dalam mulut kita sentiasa. Belajar berdikari untuk sentiasa kreatif menghasilkan leads-leads yang di perlukan sesuai dengan sasaran pelanggan yang di kehendaki supaya kita sentiasa tidak mengalami keadaan yang kering dan kontang secara tiba-tiba. Di samping mencari sumber yang baru, sumber dalaman yang ada jangan pula sama sekali di abaikan. Bertindak pantas dan segera bagi memastikan setiap oportuniti yang kita dapat tidak terlepas begitu sahaja. Lagi cepat kita bertindak lagi banyak kita kita boleh hasilkan untuk mendapatkan jualan penutup seperti mana yang di sasarkan.






Read more >>