Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 25 November 2011

STRATEGI PENUTUPAN JUALAN


Tempoh yang menakutkan bila seseorang yang melakukan jualan. Penutupan jualan yang berlaku kebiasaannya hanya memakan masa yang sebentar atau sekejap sahaja jika di bandingkan dengan tempoh masa yang lama semasa presentasi atau pembentangan jualan di lakukan. Walaupun tempuh yang diberikan hanya seketika sahaja namun inilah masa yang paling penting dan getir sekali digunakan bagi memastikan jualan dapat di lakukan walau apa jua keadaan dan situasi yang berlaku.


Mungkin strategi yang di nyatakan ini boleh dan dapat membantu bagi mempertajamkan lagi skil penutupan jualan kita sepertimana yang di perlukan iaitu

i.                    Pastikan kita tetap lakukannya


ii.                  Bertanya dan jangan sama sekali memberikan cadangan


iii.                Bertanya lebih daripada sekali


iv.                 Bertenang


v.                   Ingat, penutupan jualan adalah tugasan utama


vi.        Jangan hanya membisu sahaja tanpa bertanya mendapatkan persetujuan 


vii.       Kesungguhan dalam melakukan jualan memikat hati bakal pembeli


Semakin banyak kita dapat penutupan jualan (closed sale) semakin banyak peluang komisen kita dan semakin cerah kita di kurniakan pendapatan yang lumayan di samping terbuka luas membina karier jualan kita. Bersikap positif dan bersedia menempuh segala dugaan, cabaran dan rintangan dengan penuh kesabaran dan keyakinan yang kita sememangnya boleh melakukannya. Kalau kita sendiri tidak yakin siapa yang boleh meyakinkan diri kita sendiri? Semuanya bergantung kepada keupayaan dan keyakinan dalam diri kita sendiri.



Read more >>

Khamis, 24 November 2011

DARI BAIK KEPADA YANG TERBAIK


Memang tidak di nafikan sesiapa jua yang menceburi bidang dan menjadikan karier jualan sebagai seorang yang boleh melakukan jualan dengan baik dan berkesan. Tidak kira dalam satu jangka masa pendek, sederhana ataupun panjang masing-masing akan merasa cukup berpuas hati asalkan dapat menjana pendapatan walaupun sedikit. Yang penting jualan dapat di laksanakan dan sasaran yang ditetapkan dapat dipenuhi.

Adakah itu sudah memadai dengan pencapaian kita? 

Atau adakah kita hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja? 

Sepatutnya apabila kita telah menceburi sesuatu bidang lakukan lah dengan sepenuh hati dengan bersungguh-sungguh dengan menjadikan matlamat memperolehi pendapatan se maksima yang boleh dan termampu.  Sentiasa berazam dan mengubah minda yang ada supaya karier jualan hendaklah ditukarkan dari biasa-biasa kepada yang baik dan seterusnya yang paling terbaik pernah kita lakukan.  Di antara langkah-langkah yang perlu di lakukan untuk memastikan kita berupaya menjadikan karier jualan dengan menjadikan jumlah pendapatan kita adalah terbaik adalah melalui cara

i.                    Prospek

Adakah kita masih mengharapkan prospek/pelanggan mencari dan datang untuk kita bagi mendapatkan urus niaga perniagaan yang baru? Adakah masa yang cukup dan memadai kita peruntukkan untuk diri kita sentiasa mencari prospek? Orang yang berjaya akan sentiasa mencari prospek secara agresif di mana jua oportuniti yang boleh di temui.

ii.                  Skil pertanyaan

Amat penting pertajamkan lagi skil pertanyaan kepada prospek/pelanggan dengan menjadikan setiap soalan yang di kemukakan mendapat maklum balas yang kita kehendaki secara senang, tenang dan tidak terburu-buru serta tertekan yang diberikan daripada prospek/pelanggan.  Penting untuk kita per kemaskan skil pertanyaan ini bagi memastikan penutupan jualan dapat di lakukan seperti mana yang dikehendaki.

iii.                Fokus

Fokus mencari prospek/pelanggan yang benar-benar boleh menerima tawaran kita dari pergi setiap seorang dari senarai leads yang ada pada diri kita. Lakukan mana tugasan yang penting dahulu daripada asyik melakukan yang tindakan segera atau tugasan yang kita sukai sahaja.

iv.                 Peningkatan diri

Lakukan pelaburan sedikit demi kejayaan untuk diri kita sendiri. Bukan pelaburan saham amanah atau Skim cepat kaya tetapi pelaburan yang di maksudkan ini adalah kesanggupan diri kita sendiri melakukan pelaburan membeli buku-buku, audio-audio jualan, menghadiri kursus-kursus dan seminar-seminar dengan menggunakan duit poket kita sendiri. Adakah kita sanggup?

v.                   Presentasi

Prospek/pelanggan akan mudah tertarik jika persembahan yang di kemukakan kepada mereka cukup menghiburkan dan mudah memberikan kefahaman kepada mereka.  Pelajari dari orang yang telah berjaya melakukan presentasi yang menarik kepada prospek/pelanggan mereka bagaimana mereka melakukannya. 

Adakah kita sanggup melakukan perubahan demi mencapai tahap terbaik dalam bidang jualan kita tidak kira apa juga yang berlaku dan terjadi? Kita tentukan sendiri kejayaan kita. Mahu berjaya perlu berusaha lebih gigih lagi dan jangan sama sekali meminta simpati dari sesiapapun jua. Yakin yang kita juga tergolong dalam orang yang sentiasa boleh melakukan jualan yang terbaik dan yang di kehendaki.

Read more >>

Rabu, 23 November 2011

FOKUS DALAM CAPAI KEJAYAAN




Tiada siapa mahukan kegagalan. Apa yang perlu dicari adalah kejayaan dalam melakuka sesuatu untuk kehidupan. Melakukan jualan dalam mendapatkan pendapatan, komisen, imbuhan dan ganjaran amat dicari-cari bagi mereka yang menjadikan jualan sebagai satu sumber pendapatan. Mahu tidak mahu kejayaan yang diidam-idamkan selama ini. Terbaca satu artikel yang di tulis oleh Motivator Jualan di United Kingdom oleh Sean McPheat di mana menurut beliau, mengatakan bahawa terdapat satu formula bagaimana kita yang cenderung dalam bidang jualan boleh berjaya untuk mencapai KEJAYAAN sepertimana yang di kehendaki iaitu dengan cara


KEJAYAAN    =    SIKAP    +   SKIL   +  PROSES    +   PENGETAHUAN

Jadi apakah empat komponen yang di maksudkan untuk kita boleh mengacapi kejayaan di dalam bidang jualan ini? Komponen-komponen tersebut adalah

i.                    SIKAP
Sikap menunjukkan sifat kita yang boleh mempengaruhi keyakinan prospek/pelanggan sama ada boleh atau tidak menerima  tawaran yang di tawarkan. Jika kita mendapati setiap peluang yang datang sebagai satu oportuniti sebagai satu penghormatan terhadap kita dan menganggapkan nya sebagai satu pembelajaran yang berterusan, kita akan memberikan kepada prospek/pelanggan satu asas berinteraksi yang berjaya dan menarik minat mereka

ii.                  SKIL
Skil adalah sesuatu yang boleh dipelajari dan bukan sama sekali kebolehan semula jadi atau warisan turun temurun dari keturunan kita. Semakin banyak kita mempelajarinya semakin kita mahir dan boleh meningkat lagi jualan kita.  

iii.                PROSES
Melakukan jualan adalah satu proses dari mendapatkan leads kepada penutupan jualan. Setiap proses jualan di lakukan secara konsisten dan stabil setiap masa tanpa meninggalkan satu langkah pun proses jualan tersebut dengan jayanya. Jika gagal bermakna kita mungkin tidak menjaga proses tersebut dengan betul dan jayanya.

iv.                 PENGETAHUAN (ILMU)
Orang yang berjaya dalam karier jualan sentiasa teruja dan dahagakan ilmu untuk di praktik kan lagi kepelbagaian dalam usaha menambahkan lagi jualan mereka. Semakin kita mengetahui sesuatu perkara yang di dapati dan dipelajari semakin datang keyakinan kita melakukan jualan dengan tenang dan mudah kita melakukannya.



Terdengar di Radio Sinar FM ruangan Motivasi Dr Azizan Osman mengatakan “pemikiran kita ini umpama sebuah magnet. Apabila kita fokus kepada kejayaan maka semakin banyak kejayaan yang boleh dan akan kita tarik untuk kita menikmati kejayaan. Begitulah sebaliknya, jika kita fokus kepada masalah, maka semakin banyaklah masalah akan timbul sehingga kita akan mengalami kesukaran untuk mencapai kejayaan hanya disebabkan kita terlalu sibuk dengan masalah”. 



Read more >>

Selasa, 22 November 2011

REFERRAL - PERLU UNTUK MENDAPATKANNYA


Atasinya kelemahan yang ada untuk mendapatkan referral daripada pelanggan dengan penyelesaian yang terbaik. Kita dapat referral bermakna untuk kepentingan kita juga bukannya untuk orang lain atau rakan sekerja kita. Kita buat kita dapat. Antara langkah-langkah yang perlu kita lakukan adalah

i.                     Maklum dari awal lagi kita perlukan referral

ii.                   Tunjukkan referral yang bagaimana kita perlukan dari pelanggan

iii.                  Didiklah mereka agar keperluan referral juga boleh dimanfaatkan bersama

iv.                 Prestasi adalah berterusan dan bukannya bermusim

v.                   Bersungguh-sungguh mahukan referral jangan sama sekali buat-buat lupa untuk meminta

vi.                 Tunjukkan kesungguhan kita amat memerlukan referral dari pelanggan

vii.                Berkompromi secara baik dan bijak

viii.              Mohon dengan baik dan hormati keputusan pelangan

ix.                 Hargai apa yang telah kita dapati dan beri penghargaan

Makin banyak kita dapat referral semakin banyak lagi jualan kita boleh di perolehi. Semakin banyak jualan kita bermakna pendapatan kita juga akan semakin banyak dan bertambah.  Cukup bersangkut paut antara satu dengan yang lain hanya semata-mata ianya bermula dari referral sebagai leads kita dalam melakukan jualan.
Read more >>

Isnin, 21 November 2011

Referral - Kenapa sukar diperolehi


Berlakunya keadaan dan kesukaran mendapatkan referral sepertimana yang di kehendaki dan di perlukan oleh kita sebegini adalah di sebabkan

i.                    Pelanggan belum bersedia memberi senarai referral


ii.                  Pelanggan tidak mengetahui prospek yang bagaimana di perlukan


iii.                Pelanggan tiada sebab untuk memberikan nama-nama referral


iv.                 Pelanggan tidak tahu prestasi sebenar kita kerana takut referral yang diberikan nanti menimbulkan kemarahan kepadanya
.

v.                   Tiada kesungguhan untuk menanyakan referral

 vi.        Nak dapatkan referral memilih pula pelanggan/orang untuk meminta

vii.        Tiada keyakinan dan merasa malu untuk meminta


Fikirkan cara dan kaedah terbaik untuk mendapatkannya dan jangan terlalu dibiarkan begitu sahaja kesukarannya mendapatkan referral sepertimana yang diingini.



Read more >>