Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 20 September 2011

Pertingkatkan Skil Anda

Setakat mulut ramah, muka yang cantik dan gaya yang menarik sahaja tidak mencukupi lagi untuk melakukan jualan. Skil yang ada perlu di per tingkatkan lagi untuk menjamin betapa mudahnya mendapatkan pelanggan seperti mana yang di kehendaki. Bagaikan seekor helang yang mencari mangsanya, tanpa skil yang jitu dan tepat pasti sukar si helang tersebut mendapatkan mangsanya.


Mungkin skil jualan sudah ada tetapi semua itu perlu di per tingkatkan. Mungkin segala yang di dapati itu sudah memadai tetapi sebenarnya ianya masih belum mencukupi lagi. Umpama orang yang belajar dan mencari ilmu, ilmu ini tidak akan pernah habis dan selesai di pelajari kerana ilmu yang kita dapati sekarang ini cuma dui umpamakan seperti setitik air sahaja jika di bandingkan dengan isi kandungan air di lautan.

Gilap lah dan per tingkatkan lagi skil jualan anda semua memandangkan sasaran baru dan cara kerja yang baru perlu dilaksanakan dengan serta merta. Hasil yang lumayan akan tercipta jika kita mampu menghasilkan sesuatu yang baik dan di ingini oleh prospek/bakal pelanggan/pelanggan kita sendiri. Antara yang perlu di per tingkatkan lagi skil kita adalah

i. Kenal pasti segera

ii. Pelajari menjadi pakar dalam menyelesaikan masalah

iii. Perbaiki skil komunikasi

iv. Tarik pelanggan hanya menggunakan talian telefon

v. Persembahan jualan lebih mantap dan menarik perhatian

vi. Memahami kehendak pengguna

vii. Niat membantu seramai yang mungkin

viii. Tambahkan melalui ilmu-ilmu dari orang yang berjaya, buku-buku yang berkaitan, artikel dan hadiri kursus-kursus dan seminar jualan/pemasaran/motivasi

Kehendak dan kemahuan pelanggan perlu di kenal pasti. Segala tindakan yang di buat secara membabi buta dan menjual mengikut suka hati kita sahaja akan menyebabkan lagi kesukaran dalam melakukan jualan. Kepentingan pelanggan perlu di fahami dahulu seperti menawarkan produk yang ingin di jual. Ambil kesempatan segera jika prospek/bakal pelanggan mengadu kehendak dan kemahuan mereka untuk di selesaikan masalah mereka hanya dengan penawaran produk kita.

Tanpa skil yang baik dan sempurna yang mungkin tidak pernah di ‘upgrade’kan membuatkan mungkin pada suatu hari nanti kita akan mudah merasa buntu dan kecewa di atas prestasi kita sendiri. Apabila ini berlaku, kita mula tertanya-tanya pada diri kita sendiri apa salah kita dan bagaimana pula untuk memperbetulkannya. Fikirlah bagaimana untuk memajukan diri kita sendiri supaya kita lebih yakin melakukannya biarlah segala rintangan, dugaan dan cabaran ,melanda dengan kuatnya.
Read more >>

Isnin, 19 September 2011

Kain rentang @ Banner

Ajak makanpun pakai banner inikan pula nak perkenalkan produk, buat tak tahu sahaja....

Bukti pentingnya kenapa banner amat di perlukan sebagai satu bahan untuk

   i.  di perkenalkan

  ii.   pemakluman

  iii.  tarik perhatian orang

  iv.   senang untuk di hubungi

 Petua-petua untuk melakukan

i.                     Kenal pasti lokasi yang strategik dan tempat laluan yang paling sibuk bagi tujuan per letakkan kain rentang bagi tujuan orang ramai senang melihatnya walaupun berada di dalam kenderaan mereka yang sedang bergerak.

ii.                   Pastikan setiap kali membuka meja bagi tujuan pameran ataupun di premis pelanggan, streamer ataupun bunting terutamanya yang ada logo bank di letakkan di tempat yang berhampiran bagi tujuan orang ramai yang melalui tempat tersebut menyedari kehadiran orang kita di situ.

iii.                  Pastikan ianya mudah untuk di lihat dan di baca dengan font bersaiz besar walaupun dari jauh  orang ramai masih boleh melihatnya juga

iv.                 Designnya biarlah mudah dan ringkas yang penting sekali orang ramai mudah untuk melihat dan membacanya.

v.                   Pastikan bila terdapat sebarang perubahan seperti contoh kadar keuntungan, nombor telefon ataupun sebagaimananya ianya perlu di lakukan perubahan secepat mungkin

vi.                 Jika ianya satu kempen yang mempunyai tempoh tamat, pastikan ianya apabila telah sampai kepada tempoh yang di nyatakan, sila jangan di tayangkan lagi untuk tatapan umum kerana ianya nanti akan di kira boleh menjejaskan reputasi organisasi.

vii.                Sentiasa memastikan per letakkan kain rentang untuk tatapan umum di lakukan secara berkala dan konsisten.

Walaupun ianya adalah tatapan untuk orang ramai, paling-paling tidak pun orang ramai akan sentiasa mengetahui dan memahami yang kita juga ada menawarkan produk yang sepertimana kita maklumkan kepada mereka.  Pembaca-pembaca kain rentang tersebut pasti tidak akan pening kepala untuk mencari no telefon atau tempat-tempat untuk di buat rujukan apabila mereka benar-benar memerlukannya nanti.
Read more >>

Ahad, 18 September 2011

POSITIFKAN SIFAT YANG ADA DALAM DIRI

Biar yang positif sahaja berada di dalam diri anda dan beljar untuk tidak membenarkan segala yang negatif berleluasa dalam diri anda. Antara yang perlu ada lakukan adalah

ü  Berhenti memberi alasan

ü  Jangan sibuk memikirkan kelemahan orang lain

ü  Hormati, kagumi dan sanjungi

ü  Sibukkan diri untuk diri sendiri

ü  Doakan supaya orang lain berjaya

Mulalah sekarang ini agar anda sentiasa bersikap positif bukan sahaja untuk diri anda sahaja tetapi juga untuk karier anda. Energi yang positif akan memberikan impak yang positif pada orang sekeliling dan prospek/bakal pelanggan/pelanggan yang akan kita temui nanti.  Jangan berlengah lagi.


Read more >>

Sabtu, 17 September 2011

Relationship Selling Model



Menurut Brian Tracy, Pakar Motivasi Jualan, terdapat 4 peringkat dalam menjalinkan perhubungan dengan pelanggan apabila melakukan jualan iaitu :

TAHAP PERTAMA             -  Development of Trust (40%)
Suatu tahap yang di perlukan sebelum melakukan jualan ialah untuk mencuba membina keyakinan dan kepercayaan seseorang dahulu sebelum penawaran jualan dapat di lakukan.  Apabila prospek/bakal pelanggan telah mengenali diri kita dan mula menyimpan kepercayaan kepada kita, maka semakin mudah untuk kita melakukan penawaran yang diperlukan.

TAHAP KEDUA                   - Focus identifying the true needs and wants of the prospect (30%)
Kenal pasti dahulu kemahuan dan kehendak prospek/bakal pelanggan/pelanggan terlebih dahulu sebelum melakukan penawaran produk kepada mereka.  Amat melucukan jika kita main hentam kromo sahaja tanpa mengetahui apa yang di perlukan oleh mereka.  Lakukan kajian dahulu sebelum kita mendapatkan sasaran yang di kehendaki.

TAHAP KETIGA                  - Presenting Solution (20%)
Pamerkan kaedah dalam melakukan penyelesaian yang di kehendaki oleh mereka yang memerlukannya.  Prospek/ bakal pelanggan akan merasakan begitu teruja jika mendapati produk yang di tawarkan kepada mereka itu adalah satu produk yang dapat menyelesaikan dan membantu mereka  ke arah penyelesaian terhadap mereka.

TAHAP KEEMPAT             -  Confirmation and Closed the Sale (10%)
Memberikan persetujuan dalam melakukan peringkat terakhir melakukan penutupan jualan.  Bukan mudah untuk mendapatkan jualan dari persetujuan terus dari pihak pelanggan melainkan kita perlu memberikan penerangan yang jelas dan nyata mengikut kemahuan dan kehendak pelanggan melainkan lah jika pelanggan tersebut telah mengetahui terlebih dahulu dan sememangnya mencari produk yang kita tawarkan mungkin dari hebahan mulut, media massa dan sebagainya.


Read more >>

Jumaat, 16 September 2011

Kejayaan Jualan (ikut cara Islam)

6 perkara yg perlu ada untuk berjaya dalam melakukan JUALAN: 
  1. Yakin dengan Allah
Keyakinan sepenuhnya dengan Allah bukan dengan usaha. Apabila yakin dgn Allah, nusrah Allah bersama kita dan bawa sekali akhlak Rasulullah seperti  rajin, tidak putus asa, sabar, amanah,  tidak sombong, tidak riak dan ego. 

  1. Jaga solat
Yakin solat dapat selesaikan semua masalah, bawa sifat solat semasa melakukan jualan seperti cakap yang baik-baik sahaja dan bersifat rendah diri. 

  1. Hubungan dgn Allah setiap masa
Doa sebelum berjumpa pelanggan seperti “Ya Allah engkau yg maha bijaksana dan kami mengharapkan pertolongan Mu. Lembutkanlah hati pelanggan yang kami akan bertemu agar terbuka hatinya untuk bermuamalah dengan diri  ku” 

  1. Ikramul Muslimin
Menjaga hubungan yang baik dengan pelanggan.  Lakukan salam, toam, kalam, qiam. Beri hadiah atau cenderahati kepada pelanggan. 

  1. Ikhlas dalam nawaitu
Niat untuk membantu pelanggan dan mengeluarkannya dari punca  gharar, maisir dan riba kerana Allah SWT. Tidak sama sekali di pengaruhi ganjaran pendapatan, komisen dan lain-lain. Dengan niat yang betul, kita akan dapat semua  yang kita ingini.

  1. Yakin jualan adalah satu usaha untuk pertingkatkan syiar muamalah Islam.
Jadi kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dan menerima cabaran yang ada dengan kesabaran yang bersungguh-sungguh. 

Dalam jualan perlu buat pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit dan perasaan. Apabila kita mempunyai 6 perkara ini, ia memberi kemanisan, keseronokan dan kejayaan.

Sumbangan ikhlas dari Tn Haji Mohd Noor Jab, Ipoh, Perak



Read more >>