Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 19 Ogos 2011

LAKUKAN ‘UP SALE’

Pelanggan keluar masuk kita temui, tetapi kita sentiasa gagal untuk mendapatkan semaksimum bagaimana kita perlu per gunakan kemahuan pelanggan yang telah mengesahkan bahawa pelanggan akan mengambil produk yang kita tawarkan.

Biasanya kalau kita pergi McDonalds atau  katalah kita pergi ke KFC, apabila kita telah memesan makanan dan ingin mengambil air minuman segelas biasa kebiasaannya Juruwang tersebut akan cuba memancing kita dengan menawarkan tawaran hanya tambahkan 30 sen sahaja anda akan menerima sebuah gelas yang lebih besar. Jualan ‘Up Sale’ ini kebiasaannya pelanggan tidak akan menolakkan begitu sahaja kerana

i.                     Pelanggan di waktu itu memang dalam keadaan ‘Mood Membeli’

ii.                   Walaupun kena tambahan wang tapi tetap bersetuju

iii.                  Lebih mudah terpengaruh bila di beritahu walaupun poster-poster memaklumkan tawaran tersebut berada di kiri kanannya

iv.                 Penerangan yang jelas dan mudah di fahami

v.                   Mesra di layani

Apa yang penting, sentiasa mengambil kesempatan dan peluang yang ada di depan mata kita, beri penerangan yang betul berapa banyak mereka layak untuk mendapat kemudahan. Maksimumkan peluang yang ada di depan mata kerana PELANGGAN tersebut sememangnya berkehendakkan perkhidmatan kita di waktu itu.  

Bantu pelanggan dan per mudahkan pelanggan melakukan keputusan yang boleh bukan sahaja di manfaatkan oleh pelanggan tetapi juga kepada kita sekali. RAJIN BUKA MULUT HASIL PASTI LUMAYAN
Read more >>

Khamis, 18 Ogos 2011

KUASA PELANGGAN JANGAN DI LUPAKAN

Bagaimanakah jika ada seorang Penjual berkenaan menekan atau memberikan tawaran terbaik beliau kepada pelanggan tersebut supaya pelanggan tersebut dapat memberikan komitmen segera untuk membeli?
                 
Apakah perasaan pelanggan tersebut?
                 
Apa tindakan terbaik untuk pelanggan itu lakukan?
                
Adakah sepatutnya pembelian ini dapat terus di lakukan?
                 
Bagaimana hati dan perasaan pelanggan tersebut atas desakan dari tawaran itu?
                 
Adakah pelanggan akan merujuk seseorang lagi sebelum keputusan di buat?
                 
Pelanggan akan berlalu dan beredar begitu sahaja?

Jadi di sinilah tugasan kita dalam memainkan perasaan dan emosi pelanggan untuk membantunya melakukan keputusan  sama ada menerima atau tidak tawaran yang di tawarkan.  Kebijaksanaan kita mengawal PELANGGAN dalam menerima tawaran kita amat di perlukan.

Ingatlah sentiasa, setiap pelanggan mempunyai hak mereka yang tersendiri untuk menerima dan menilai terlebih dahulu sebelum memberikan jawapannya kepada kita sama ada mahu ataupun tidak.

Oleh itu, sentiasa dapatkan corak dan cara bakal pelanggan kita membuat keputusan untuk sentiasa menerima tawaran yang kita persembahkan kepada mereka. 

Meletakkan kepentingan kebaikan produk kita di hati dan sanubari bakal pelanggan di samping menunjukkan perkhidmatan kepadanya akan memudahkan lagi pelanggan melakukan keputusan untuk menerima kita.   

Sentiasa ‘Follow- uptanpa erti putus asa akan membuahkan hasil seperti mana yang di kehendaki.



Read more >>

Rabu, 17 Ogos 2011

HILANG ‘MOOD’ UNTUK MELAKUKAN JUALAN - Part II


Bagi menghadapi dan memudahkan kita supaya kita tidak lagi menghadapi sesuatu yang boleh menghilangkan Motivasi Diri ketika sebelum kita melakukan Jualan ke atas produk-produk ini adalah dengan :

i.                     Jangan terlalu memikirkan apa yang menyebabkan kita merasa ‘DOWN’ atau hilang mood untuk melakukan jualan

ii.                   Sentiasa menjadikan matlamat asal kita penting dan utama

iii.                  Memastikan jangan terlalu lama berhenti dari terus berusaha melakukan Jualan secara bersungguh-sungguh

iv.                 Jangan hilang FOKUS kepada sesuatu yang salah dan tidak betul

v.                   Kadang-kadang perkara-perkara yang negatif dan tidak baik lebih mudah di percayai dari orang-orang sekeliling atau rakan sekerja

vi.                 Menjadikan setiap sesuatu masalah yang timbul sebagai satu alternatif bagi kita mencapai kejayaan yang di perlukan

vii.                Rajinkan diri kita mendapatkan ilmu sentiasa dan se maksima yang boleh baik sama da menghadiri sebarang kursus, taklimat, perbincangan ataupun melalui pembacaan buku-buku.

viii.              Sentiasa berdoa dan mengadu domba kepada Allah SWT dan tetapkan dalam diri kita ini bahawa sa nya hanya Allah sahaja yang boleh membantu kita selama-lamanya.

InsyaAllah, kalau perkara-perkara ini dapat kita lakukan dan di manfaatkan saya yakin dan amat percaya prestasi kita akan tetap menjadi sesuatu yang paling bermakna dan dapat mengawal diri kita sebaik yang mungkin ke arah kecemerlangan.
Read more >>

Selasa, 16 Ogos 2011

HILANG ‘MOOD’ UNTUK MELAKUKAN JUALAN - Part 1

Ada masa dan ketikanya kita akan merasa amat sukar untuk bergerak melakukan jualan.  Tiba-tiba sahaja ‘Mood’ kita hilang entah ke mana menyebabkan kita sukar dan payah untuk melakukan tugasan. Jualan pada mulanya di rasakan mudah dan senang terus di rasakan kesukarannya untuk di lakukan.  Entah apa sebabnya berlaku juga.

Jika ini yang berlaku juga kepada anda, bermakna anda telah ‘Kehilangan Motivasi’ atau ‘Semangat Menjadi Luntur’. Dari bersemangat awal untuk melakukannya seterusnya berubah angin pula menjadi seorang yang tiba-tiba sahaja agak tidak bersemangat dan merasa keberatan untuk melakukan tugasan yang di amanahkan.

Mungkin perkara-perkara ini yang boleh terjadi antaranya :

i.                     Takut untuk bertemu dengan pelanggan kerana gagal di atas kesukaran yang di alami sebelum ini

ii.                   Terpedaya dengan khabar-khabar angin yang kurang menyeronokkan

iii.                  Tertekan dengan arahan pihak atasan

iv.                  Kurang tidur dan kurang rehat

v.                   Hilang keyakinan dan takut menerima dan menyahut cabaran yang di berikan

vi.                 Terganggu di sebabkan kegagalan mendapatkan sesuatu yang di ingini

vii.                Masalah keluarga, peribadi dsb nya

Walau bagaimana sekalipun, setiap sesuatu itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Biar kecil atau besar mana sekalipun insyaAllah jalan untuk keluar dari perkara-perkara negatif ini tetap ada sebagai satu alternatif atau solusi untuk diri kita menghadapinya. Kerana Allah sama sekali tidak akan memberikan kepada kita satu kehidupan yang tidak lari dari masalah.


Read more >>

Isnin, 15 Ogos 2011

MENIPU


Kenapa kita tidak di galakkan untuk menipu? 

Antara perkara-perkara yang boleh menjejaskan perbuatan buruk ini adalah

i.                     Boleh mengakibatkan Prospek/Bakal Pelanggan/Pelanggan akan hilang kepercayaannya kepada kita

ii.                   Apabila mereka mengetahuinya perlakuan buruk ini, hanya boleh sekali sahaja pelanggan akan bersama kita

iii.                  Pelanggan yang telah bersama kita nanti sudah pasti suatu hari nanti akan merasa hilang hormatnya kepada kita

iv.                 Kita juga kehilangan hubungan yang panjang dan berkekalan yang mana akan sukar untuk mendapatkan nanti sama da ‘Jualan Berulang’ atau ‘Cross Sale’ nanti

v.                   Secara otomatik kita sebenarnya akan menekan atau memaksa pelanggan melakukan keputusan dengan segera dan tergesa-gesa

vi.                 Kerana mementingkan diri kita sendiri, kita alpa dan lupa akan segala kehendak dan kemahuan setiap pelanggan

vii.                Masalah dan kehendak pelanggan bukan masalah kita untuk ambil berat

viii.              Nama baik organisasi dan majikan kita akan turut terjejas di atas perbuatan ini.

Amat mendukacitakan jika keadaan sebegini berlaku di tempat kita. Hanya kerana sibuk mengejar komisen dan target yang di berikan, kita terlalu lupa dan tidak mengambil endah keperluan pelanggan-pelanggan dan menjaga hati rakan sekerja di sekeliling kita. Sikap tamak haloba dan mementingkan diri sendiri ini perlu di ubah segera demi menjaga nama, team kita dan seterusnya organisasi tempat kita bernaung ini.

Lakukan lah secara beretika dan berhemah kerana apabila berjaya mendapatkan seseorang pelanggan itu dengan baik dan telus, insyaAllah hubungan baik ini akan berterusan selama-lamanya. Allah sentiasa membantu dan menolong sesiapa dari hambanya yang bersikap baik dan jujur.

Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya’ 





Read more >>