Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 14 Julai 2011

KENALI LATAR BELAKANGNYA

Cara mudah nak memikat prospek/pelanggan, ambil tahu tentang latar belakangnya dahulu.

Bukan nak ambil tahu semuanya tapi ambil tahu apa yang penting-penting sahaja.

Bila dah tahu latarbelakangnya tentang

i. Dirinya

ii. Keluarganya

iii. Hobinya

iv. Pekerjaannya

v. Keperluannya

vi. Pekerjaan dan jawatannya

vii. Gaya kehidupannya

Maka senang bagi anda untuk menarik minat dia untuk anda lebih berinteraksi.

Tak perlu tahu secara mendalam, cukup sekadar tahu sahaja.

Prospek/pelanggan akan merasa lebih seronok apabila mereka mengetahui yang anda juga turut tahu tentangnya.
Read more >>

Rabu, 13 Julai 2011

GUGUP?

Kenapa perlu gugup?

Anda gugup anda sebenarnya telah menyusahkan diri anda sendiri.

Itu belum orang lain melihat anda yang sedang gugup.

Atasi dengan gugup bila melakukan jualan dengan

i. Melakukan latihan dan praktis secara konsisten

ii. Persiapan awal di pastikan sentiasa

iii. Rancang dengan teliti

iv. Lihat dan berkawan dengan orang yang telah berjaya untuk anda tiru

v. Sentiasa ingat ‘kalau orang lain boleh lakukan kenapa tidak anda sendiri’

vi. Cari mentor supaya sekurang-kurangnya ada orang boleh membantu anda

vii. Ilmu perlu di cari bukannya datang bergoleh di depan mata

viii. Mulakan dengan kenalan dan sahabat handai anda dahulu

ix. Anda yakin anda dah boleh lakukannya

Gugup adalah sesuatu yang boleh di ubah dan di bentuk.

Selagi anda melayan gugupa anda ini selagi itu anda tidak kemana.

Perbetulkan segera dan jangan di biarkan sama sekali.
Read more >>

Selasa, 12 Julai 2011

UNTUK MENJADI HEBAT

Menjadi seorang yang hebat untuk menjual mestilah
i. fokus apabila melakukannya
ii. tiada siapapun di lahirkan sebagai jurujual yang hebat
iii. bukan bakat semulajadi tapi di pelajari
iv. berdampingan/berkawan dengan orang yang berjaya
v. tidak mengenal putus asa dan kecewa
vi. Perancangan yang positif pada diri, pasaran, pesaing dan sasaran
vii. Ikut perancangan awal bukannya naluri
viii. tidak sama sekali bergantung kepada nasib
Read more >>

Isnin, 11 Julai 2011

PENUTUPAN JUALAN / CLOSED SALE

Kenapa kejayaan jualan di kira dari penutupan jualan.

Sememangnya bagi mendapatkan hasil kerja kita yang utama adalah dari penutupan jualan dan bukan sama sekali dari taburan risalah/flyers/ pertemuan dengan prospek ataupun melalui presentasi yang kita lakukan.

Angka akhir adalah yang paling utama untuk semua orang mengenal pasti samada anda berjaya melakukannya ataupun tidak.

Bagi setiap organisasi, sasaran penutupan jualan amat di titik beratkan dan paling utama keputusan yang dikehendaki kerana

i. Menentukan samada boleh untung atau tidak

ii. Adakah produk yang di tawarkan masih laris dan di terima oleh orang ramai

iii. Adakah permintaan berada di pasaran

iv. Bolehkah produk yang di tawarkan bersaing dengan pesaing yang ada di pasaran

v. Mampu atau tidak untuk mendapatkan persetujuan seramai yang boleh dari prospek

vi. Kakitangan jualan yang di ambil adakah telah menjalankan tugasan mereka dengan betul dan bersungguh

vii. Kenal pasti kelebihan dan kekurangan produk yang ada dengan lebih baik dan jelas

viii. prestasi anda senang untuk di ketahui dan di ukur bukan setakat anda sahaja tetapi kepada pihak pengurusan juga

Selagi anda berjaya melakukan penutupan jualan selagi itulah anda boleh tersenyum untuk menerima imbuhan/ganjaran/komisen yang di tawarkan

Lakukan dahulu untuk anda kemudian baru fikirkan orang lain.
Read more >>

Ahad, 10 Julai 2011

ENERGETIK

Lakukan jualan kenalah energetik.
Takkanlah lembik semacam jer.
Bila anda energetik bermakna anda
i. memang bersemangat untuk melakukan jualan
ii. prospek di hadapan anda juga akan naik semangat juga
iii. anda akan lebih bersungguh-sungguh untuk mendapatkan penutupan jualan
iv. tiada istilah kegagalan akan hadir dalam diri anda
v. sentiasa dahagakan kejayaan

Nak dapatkan energetik ini anda mestilah
i. menanam semangat yang kuat
ii. berfikiran positif sentiasa
iii. tidak mudah mengaku kalah
iv. ingat sasaran dan matlamat anda
v. tidur dan rehat kena cukup
vi. lupakan sebarang masalah terutama bila berhadapan dengan prospek
vii. tahu dan faham apa yang akan anda lalui nanti
viii. tindakan anda mestilah dalam perancangan yang telah anda aturkan terlebih dahulu

Datanglah apa juga cabaran, rintangan dan halangannya, pasti anda boleh melakukannya jua tanpa merasa kecewa, tertekan dan putus asa.
Read more >>