Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 27 Julai 2015

BILA STRATEGI TIDAK MENJADI



Bila strategi salah dan tidak menjadi bukan bermakna produk yang ditawarkan tidak laku, tetapi menjadi satu iktibar dan pengajaran paling berguna buat kita memikirkan semula, mengkaji dan bedah siasat semula di mana kesilapan, kesalahan atau kekurangan  yang telah berlaku dan terjadi. Memanglah frust jika strategi yang digunakan tidak menjadi dan diharapkan. Berfikir positif semula kerana semua ini mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang pastinya berguna buat sebagai satu pelajaran berguna buat diri kita sendiri.

Ada hikmah nya kerana semua ini adalah satu ujian dari Allah. Kena tabah dan sabar menghadapinya. Jangan rasa kecewa dan terus kecewa. Fikirkan semula rancang balik mana yang tidak kena dan menjadi. Tiada jalan yang mudah untuk ditempuhi dan tiada laluan senang untuk dilakukan demi mencapai kejayaan. Semuanya berbalik kepada diri kita sendiri. Jangan mengeluh pula memberikan pelbagai ulasan dan alasan yang hanya memberikan sesedap rasa dan perasaan buat seketika sahaja.

Ingatlah Firman Allah yang bermaksud “Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… “ ( Surah Al-Baqarah: 286). Apa tindakan terbaik yang perlu dilakukan sebaik-baiknya muhasabahlah semula jangan sama sekali menyesal tak sudah-sudah.

Ingatkan semula di mana kesilapan, kesalahan atau kekurangan yang telah kita lakukan dalam menjual. Cuba sebaik mungkin perbetulkan semula dan pastikan tidak diulang mana-mana kesilapan, kesalahan dan kekurangan  yang telah kita lakukan selama ini. Selagi tidak dibetulkan lagi selagi itulah jualan kita tidak ke mana asyik merudum dalam kegagalan. Nak berjaya nak untung kenalah lakukan pengorbanan yang sepatutnya dan bukan sama sekali menyerahkan pada takdir begitu sahaja.

Berfikir positif dan bersangka baik. Pembetulan perlu ada dalam menuju kesempurnaan pada melakukan jualan. Jangan sama sekali melukut di tepi gantang tetapi alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kejayaan bukan sehari dua mungkin mengambil tempuh yang lama untuk kita lalui. Sedangkan mereka yang berjaya pernah jatuh inikan pula kita. Bergerak semula susun dan rancanglah sebaik mungkin perbaiki mana yang patut. Selagi kita berusaha selagi itulah jalan kejayaan pasti menjadi hak milik mutlak buat selama-lamanya.

Read more >>

Sabtu, 25 Julai 2015

MANFAATKAN KEHADIRAN AIDILFITRI



Aidilfitri sememangnya memberikan satu impak yang cukup besar buat kita yang beragama Islam. Apa tidaknya bulan yang meraikan kemenangan bagi mereka yang telah menunaikan puasa dan penuh dengan amal ibadat yang telah dilakukan dengan sebaik mungkin. Meraikannya dengan sebaik mungkin mengambil kesempatan akan kehadirannya.

Apa yang dimaksudkan mengambil kesempatan dengan kehadiran Aidilfitri ini adalah dengan cara menjalinkan silaturahim tidak kira sama ada kita mengenali atau tidak akan seseorang. Adat orang menjual perlu adanya berkenalan dan mengenali seberapa ramai yang termampu dan biar mereka mengetahui yang kita adalah seorang penjual yang menjual barangan atau produk yang mereka carikan selama ini. Bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW dari Anas bin Malik ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda “Barang siapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya ( kebaikannya ) maka jalinkanlah silaturahim” (Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

Hebat bukan kalau dapat menjalinkan silaturahim dengan siapa pun juga. Dapat berkenalan dalam waktu yang sama Allah murahkan lagi rezeki di samping dipanjangkan lagi umur kita. Inilah kelebihan dan keuntungan kalau kita dapat manfaatkan dengan sebaik yang mungkin hanya dengan menjalinkan hubungan yang baik dan selesa dengan mereka. Pergunakan dengan sebaik yang mungkin dan jangan sama sekali disia-siakan.

Bila hubungan sudah ada banyak lagi kelebihan yang boleh kita pergunakan dan lakukan dengan sebaik yang mungkin. Antaranya adalah

1.    Semakin dikenali semakin mudah untuk berbicara dan menjual

2.   Apa yang disampaikan dan diberikan kefahaman semakin diterima dengan sebaik yang mungkin oleh mereka yang mendengarnya

3.   Peluang mendapatkan temu janji semakin mudah dan senang

4.   Sama ada secara formal atau tidak boleh dilakukan di mana sahaja secara dirancang atau pun secara kebetulan

5.   Sekali berjaya mendapatkan jualan bermakna peluang untuk mendapatkan jualan berulang semakin cerah untuk dilakukan

Bila dah percaya pada kita hanya melalui hubungan yang terjalin sudah semestinya peluang mendapatkan jualan sudah terbuka luas. Hanya menantikan tindakan sewajarnya dari kita untuk melakukan tindakan selanjutnya. Berikan yang terbaik dapatkan kepercayaan mereka terhadap kita agar semakin kita dipercayai dan diyakini semakin per mudahkan lagi untuk kita melakukan jualan. Eratkan lagi silaturahim di bulan Syawal ini agar stok data pelanggan kita boleh kita tambah dengan sebanyak yang termampu untuk kita lakukan susulan jualan nanti. Manfaatkan sepenuhnya.

Read more >>

Sabtu, 11 April 2015

ISH SUSAHNYA NAK MENJUAL


‘Pelbagai cara dan usaha telah saya cuba. Bila tahu sahaja saya nak menjual, sebaik-baik orang yang melayan saya sebelum ini sedaya upaya menjauhkan dirinya pula daripada saya. Penat dibuatnya kalau macam ini. Macam mana nak kaya kalau semua yang di temui asyik nak melarikan diri dan menjauhkan diri begitu sahaja. Apa hebatnya kalau melakukan jualan sebegini rupa’.

Keluhan seorang yang menjual hadir menemui saya baru-baru ini. Kasihan pun ada simpati apa tah lagi. Semuanya perlu dihadapi oleh orang yang melakukan jualan. Inilah yang dinamakan cabaran, dugaan, rintangan dan masalah yang perlu di hadapi dengan sebaik yang mungkin. Sesuatu yang normal jika terdapat sedikit keluhan dan merintih menandakan betapa susah dan sukarnya melakukan jualan.

Apa yang dapat saya perkatakan. Sememangnya ini semua ujian dari Allah menguji kesabaran dan ketabahan kita melakukan jualan. Cuma pesanan saya kepada beliau adalah

1.    Lakukan bedah siasat berkali-kali terutama setiap kali selepas melakukan jualan. Kena fikirkan semula detik yang telah dilalui di mana kesilapan, kesalahan dan kekurangan kita dalam melakukan jualan. Belajar dari pengalaman yang di lalui agar apa juga yang ditempuhi diperbetulkan semula dan tidak diulang sama sekali.

2.   Adakah pengetahuan produk dan ilmu tentang melakukan jualan telah cukup untuk kita pergunakan sebaik mungkin? Memadai kah ilmu yang ada pada kita selama ini? Jangan berhenti belajar dan pelajari apa juga yang berkaitan dengan tugasan kita melakukan jualan.

3.   Bagaimana kita berinteraksi dengan mereka. Mengharapkan simpati mereka atau sambil lewa sahaja kita melakukan jualan? Mementingkan kepentingan peribadi atau kepentingan pelanggan perlu difahami agar pelanggan tidak nampak kita hanya mahu mengaut keuntungan dari mereka sahaja.

4.   Penampilan diri bagaimana? Boleh menarik perhatian mereka ka atau kita yang perasan sendiri betapa segak dan kemasnya kita berpakaian. Utamakan penampilan yang mereka gemari bukan syok sendiri.

5.   Produk yang ditawarkan adakah bersesuaian dengan mereka yang kita temui? Lain padang lain belalangnya. Semuanya perlu disesuaikan agar produk yang ditawarkan masih mampu dan boleh untuk diterima oleh mereka.

Jangan mudah berputus asa. Sekali dua kita gagal bukan bermakna selama-lamanya kita akan gagal. Jangan pula kita fikirkan pula tempat yang di jual tersebut terlalu keras atau terdapat ilmu hitam pula. Semuanya dari Allah. Yang penting persiapan dari kita bagaimana untuk dilaksanakan. 

Bermula dari doa sebelum keluar rumah sehingga nak tidur semula di malam hari doa jangan sama sekali di hentikan begitu sahaja. Mohon bantuan kepada Allah agar bantuan Nya tetap hadir membantu kita di samping persiapan dari diri kita sendiri per kemaskan segala bentuk dari pelbagai sudut persiapan dalam melakukan jualan. Tanam keyakinan diri yang kita juga mampu untuk melakukannya sama.


Read more >>

Jumaat, 10 April 2015

MANFAAT ATAU KEUNTUNGAN?



Ramai penjual masih lagi bersikap menjual tanpa memikirkan apa kelebihan dan kehebatan produk yang ditawarkan. Adakah ini suatu yang normal atau tabiat semula jadi? Seolah-olah keuntungan dan ganjaran terlalu ekstrem untuk diperoleh. Biar orang lain kata asalkan mampu untuk mengaut keuntungan semaksimum yang termampu sudah dikira amat memadai.

Demi mengejar keuntungan sanggup mengetepikan kepentingan orang lain. Inilah yang merisaukan. Satu fenomena yang 100% perlu difikirkan secara bersama. Hanya semata-mata berlaku dan terjadi seperkara sebegini adalah disebabkan

1.    Kepentingan diri sendiri lebih diutamakan. Biar mereka susah asalkan produk yang ditawarkan tetap mendapat sambutan.

2.   Selagi pandai berbicara dan bermain kata-kata mencairkan hati dan perasaan mereka apa yang perlu untuk dirisaukan

3.   Ada mereka kisah kalau kita dalam kesusahan?

4.   Dah mereka nak membeli jual sahajalah. Janji boleh dapat untung

Menjual lah dengan memberikan manfaat dan kelebihan produk yang ditawarkan. Jangan fikirkan dahulu berapa banyak yang boleh dinikmati keuntungan yang bakal diterima. Fikirkan apa yang boleh memudahkan mereka dan selesaikan apa sahaja masalah yang ditanggung oleh mereka melalui produk yang ditawarkan. Selagi ini yang kita fikirkan dan berikan kepada mereka percaya dan yakinlah produk kita cukup mudah untuk diterima oleh mereka yang bakal menjadi pelanggan kita.

Perbetulkan niat dan cara kita dalam menjual. Jangan meletakkan keuntungan sebagai matlamat utama. Cari keberkatan dalam melakukan tugasan. Bukan setakat ikhlas dan jujur tetapi juga sikap dan sifat suka dan gemar membantu orang ketika melakukan jualan amat-amat dituntut. Biarlah apa orang lain nak kata selagi apa yang kita lakukan menggembirakan pelanggan kita kenapa perlu dirisaukan? Berfikirlah sebaik mungkin.


Read more >>

Khamis, 2 April 2015

GST SATU IMPAK DALAM MENJUAL


Nampaknya orang kita terlalu terganggu dengan caj cukai yang telah digazet kan oleh kerajaan. Setakat kenaikan barangan nampaknya tidaklah se kecoh kepada caj cukai yang di kenakan. Sehingga menjadi satu viral pula permain kan cukai GST yang di kenakan. Lihatlah di mana-mana media sosial segala-galanya sibuk perkatakan tentang kehadiran GST. Baik pengguna atau pembeli mahupun penjual cukup gusar dan bimbang dengan kehadiran GST yang bermula 1hb April 2015.

Inilah fenomena pada kita yang menjual perlu hadapi apa juga sebarang keadaan dan situasi yang berlaku dan terjadi. Otak kena cerdik dan peka dengan apa yang berlaku. Di waktu sebeginilah tindakan yang betul perlu ada memberikan penerangan dan presentasi kepada mereka. Jangan di kira untung dahulu tapi membina dan mencari keyakinan dan kepercayaan mereka itu yang perlu di utamakan.

Menjual bukan setakat nak bagi laris dengan apa yang di tawarkan tetapi sikap dan sifat untuk membantu mereka selesaikan masalah mereka menerusi produk yang di tawarkan perlu ada. Sememangnya sesiapapun nak membeli pasti mereka akan mencari jawapannya terlebih dahulu bukan setakat penerangan dan presentasi yang kita berikan tetapi pencarian melalui hebahan mulut kawan-kawan, pencarian di Internet dan pemahaman diri sendiri akan dilakukan terlebih dahulu.

Bersabar dan tabah dalam melakukan jualan. selagi kejujuran dan kesungguhan kita lakukan dan berikan tiada apa yang perlu di risaukan walaupun kehadiran GST ini cukup hangat di perkatakan. Kalau produk tersebut di kenakan GST nyatakan sebenar-benarnya kalau tiada GST di caj kan janganlah pula cuba mengambil kesempatan mengatakan ada pula. Patut pihak kerajaan yang dapat cukai tersebut tapi sebenarnya GST tersebut pula untuk menampung keperluan diri kita. Tidakkah itu satu penipuan namanya.

Berikan yang sebenar-benarnya. Jangan takut, jangan ambil kesempatan, jangan menipu tetapi ceritakan dan sampaikan perkara yang sebenarnya. Anggaplah mereka sebagai para juri yang menentukan segala-galanya. Selagi kita jujur dan berterus terang nak bimbang apa. Lakukan yang terbaik pasti mereka yang mahu dan tercari-cari produk kita sudah pasti akan menerima juga pada penghujungnya nanti. Lakukan seperti kebiasaan sahaja walaupun masih wujud kerisauan tentang kehadiran GST ini.


Read more >>