Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 13 Februari 2015

MEMBERI TEGURAN




Ketika menjual bertemu dengan bakal pembeli atau pelanggan pasti ada kalanya kita merasa cukup tersinggung dan tidak selesa dengan perlakuan dan tindakan mereka yang berada di hadapan kita. Puas memikirkan jalan terbaik untuk menghadapi dan mengatasinya. Ditegur nanti takut menimbulkan kemarahan dan berkecil hati pula mereka dibuatnya. Tak ditegur pula sampai bila pun nanti tidak menyelesaikan masalah pada kita pula. Memang menyukarkan dan serba salah dibuatnya.

Ambillah jalan selamat jangan suka hati kita nak melakukan teguran pada siapa pun yang kita temui ketika melakukan jualan. Jangan sibuk nak perbetulkan orang lain sahaja kerana kita pun manusia sama seperti mereka. Setiap orang pasti ada kelemahan dan kekuatan yang tersendiri. Jangan sewenang-wenangnya nak buat perbandingan pada diri kita seorang sahaja. Macam perfect sangatlah kita ni pula. 

Berhati-hati dalam memberikan teguran. Baik teguran kita pasti kesan yang positif boleh kita peroleh. Begitu juga sebaliknya kalau tak kena cara dan gaya kita menegur, kesan yang negatif dan menyakitkan hati kita pula yang diterima. Ini dapat dibuktikan dalam Firman Allah yang bermaksud ‘....sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari mu.....’ (Surah Ali-Imran Ayat 159).

Pelbagai bentuk teguran boleh dilakukan. Ada yang membina tidak kurang juga yang menyakitkan. Tidak dinafikan asas teguran adalah demi kebaikan dan kebenaran bersama. Yang betul mesti dilaksanakan dan yang salah perlu diperbetulkan. Hidup bermasyarakat sememangnya tegur-menegur dan ingat mengingati adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian bersama.

Ambillah jalan selamat. Jangan nak mendabik dada asyik merasakan kita ini sahaja yang betul. Fikirkan perasaan orang lain sama. Berilah teguran secara berhemah dan bersopan dalam melakukannya. Daripada Aisyah, Rasulullah SAW bersabda ‘Sesungguhnya kelembutan atas sesuatu itu menjadi indah dan sesuatu yang dicabut kelembutannya akan menjadi buruk’ (Hadis Riwayat Muslim). Beringatlah ketika kita hendak memberikan teguran. Fikirkan kesan negatif terlebih dahulu sebelum suka hati kita hendak menegurnya terlebih dahulu. Perkara yang kita sangka baik pada permulaannya mungkin boleh mendatangkan kemarahan dan perkelahian pula antara kita dan mereka.

Firman Allah bermaksud ‘Serulah manusia ke jalan Tuhan mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik...’ (Surah an-Nahl Ayat 125). Manfaatkan dan lakukan seperti mana saranan yang telah Allah berikan. Bersabar melakukannya secara hikmah dengan memberikan pelajaran, pengajaran dan sebab-sebab yang baik yang tidak menimbulkan kebencian dan kemarahan orang yang menerima teguran yang diberikan. 

Tenang dalam menegur bukan untuk tonjolkan diri kita sentiasa dalam keadaan yang betul sahaja. Elakkan pertelingkahan dan ketidakpuasan hati boleh berlaku dan terjadi. Sentiasa harmonikan keadaan kerana bukankah kita hadir untuk menjual? Fahami lah tugasan utama kita terlebih dahulu.

Mengkritik tidak bererti menentang
Menyetujui tidak semestinya menyokong
Menegur tidak bermakna membenci
Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik


Read more >>

Khamis, 12 Februari 2015

HARI KEKASIH




Menjadi satu tradisi pula di Malaysia ini yang menyambut hari Kekasih sebagai satu acara kemestian menyambut dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang pada seseorang yang dikenali. Seolah-olah bagi yang menyambutnya merupakan sesuatu yang serba wajib untuk disambut dengan sepenuh hati menandakan betapa sayang dan ambil beratnya dirinya kepada seseorang.

Gembiralah mereka yang menjual sempena kehadiran Hari Kekasih ini sebagai merancakkan lagi sambutan yang dinyatakan seperti penjual bunga, penjual kek, penjual kad-kad ucapan, penjual coklat, kedai cenderamata dan lain-lain yang akan mengambil kesempatan akan kehadiran Hari Kekasih ini. Mungkin bagi penganut agama lain ada sesuatu yang boleh diraikan, dilakukan dan diberi perhatian sewajarnya tetapi bagaimana dengan penganut agama Islam. Seorang yang mengaku Muslim dan menjadikan Islam sebagai satu pegangan hidup adakah perlu meraikan sama pada Hari Kekasih ini? Ini lah yang perlu kita sama-sama perbetulkan segera agar tidak terlajak pula turut sama meraikan perkara dan peristiwa yang terjadi di sebalik Hari Valentine ini.

Ketahuilah Valentine Day yang diraikan ini adalah satu hari yang diraikan hanya disebabkan mereka meraikan hari kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol. "VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Sejarah yang nyata diraikan setiap tahun sehinggalah hari ini.

Janganlah mudah mengikut mereka yang meraikan kejayaan jatuhnya kerajaan berdasarkan Agama pegangan kita. Setiap hari boleh diraikan Hari Kekasih bukannya setahun sekali. Nak tunjuk kasih sayang pun dengan membeli pelbagai hadiah dan cenderamata belilah bila ada kemampuan untuk membelinya tidak perlu menunggu kehadiran Hari Valentine ini. Biarlah kekasih kita yang kita sayangi disambut setiap hari dengannya bukan pula setahun sekali.

Semoga kita semua mengambil pengajaran dan iktibar! Andainya kita mengaku sebagai seorang Muslim mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam di Sepanyol. Jangan kita sekutukan diri kita turut sama meraikannya. Banyak hari lain boleh diraikan melainkan kita lahir pada setiap tahun 14hb Februari untuk menyambut hari lahir kita sendiri. Semoga dengan penerangan serba ringkas ini kita tidak sama mengikut mereka turut sama mengucapkan Happy Valentine Day atau Selamat Hari Kekasih pula kepada bakal pelanggan, pelanggan mahupun prospek yang kita sasarkan. 

Semoga bermanfaat.

Read more >>

Selasa, 10 Februari 2015

BEREBUT PELANGGAN YANG SAMA




Sesama menjual kadang kala terpaksa bermasam muka dan bergaduh sesama sendiri berebut kan hanya seorang pelanggan sahaja. Tuduh menuduh mengatakan dialah yang mencuri pelanggan sering kali kita terdengar. Bila mula berlaku keadaan seperti begini sudah pasti suasana harmoni dalam menjual terutama rakan sekerja atau meniaga di satu kawasan yang sama pasti akan mengakibatkan bermasam muka, tidak bertegur sapa dan membuahkan dendam yang membara. Semuanya akan memberikan satu impak yang negatif pada jualan dan perniagaan kita akhirnya.

BERSANGKA BAIK

Berlapang dada dalam setiap situasi yang dihadapi. Kena tanamkan dalam jiwa dan perasaan kita semua ini adalah satu cabaran yang perlu kita hadapi. Pasti ada yang mengatakan tak alami senanglah bercakap fasal tak pernah tempuh apa yang dialami. Kerana itu Rasulullah menuntut agar kita sentiasa bersangka baik. Bersangka baik pada seseorang dan bersangka baik pada kejadian yang menimpa. Masih dilayan hati yang panas bermakna kita melayan syaitan yang ada di dalam dan sampai sehingga akhir hayat kita tidak akan sampai ke mana untuk diselesaikan.

BERSABAR

Adakah situasi begini yang kita carikan dan mahukan selama ini? Bukankah setiap apa yang berlaku dan terjadi adalah satu anugerah Allah buat kita semua? Kena anggap ujian datang dari Allah yang sentiasa mahu menguji diri kita sama ada dapat bersabar ataupun tidak untuk menghadapinya. Kena ada tekad untuk betulkan balik apa yang tidak kena pada kita. Selagi kita bersabar selagi itulah Allah akan lebih membantu diri kita. Bersabar kerana Allah, bukannya bersabar untuk menunjuk-nunjuk yang kita sentiasa cool depan orang tapi hati membara-bara marahnya.

PENTINGKAN DIRI SENDIRI

Elakkan dari mementingkan diri sendiri yang membawa kepada ketamakan. Hilang satu pelanggan bukan bermakna hilang jualan kita selama-lamanya. Hilang satu pelanggan ini mungkin menjadi satu petanda buat kita masih ada kelemahan yang perlu untuk kita perbaiki dengan segera dan serta merta. Tidak ada kesempurnaan dalam jualan. Pasti ada cacat celanya untuk kita perbaiki dari masa ke semasa. Fikirkan juga orang lain sama yang menjual. Sama-sama mencari rezeki rasanya tidak salah untuk berkongsi sama walaupun orang yang kita kongsi kan itu kita tidak sebulu dan berkawan baik dengannya. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

INGAT DOSA PAHALA

Kerana melayan geram dan panas hati kita mula mendoakan yang bukan-bukan kepada pencuri pelanggan kita. Bermulalah episod ilmu hitam dan sanggup lakukan apa sahaja asalkan pencuri pelanggan kita musnah dari karier jualan yang dilakukannya. Adakah ini matlamat kita? Gagal menarik hati pelanggan kita perkenakan orang lain agar tidak berjaya. Biar yang berjaya itu kita seorang sahaja. Pergi mampus dengan orang lain yang penting kita sahaja yang diterima oleh pelanggan-pelanggan semua. 

Kita langsung tidak mahu perbetulkan segala kelemahan kita dalam jualan tetapi cukup tinggi hasad dengki kita pada orang lain mencapai kejayaan. Ingat Allah andai kata kita orang Islam. Jangan mudah terpedaya dengan bisikan syaitan yang sering tidak pernah putus asa meracuni fikiran kita ke arah yang bertentangan dengan kebaikan. Sedarilah segera agar dosa pahala sentiasa menjadi timbangan dalam pemikiran kita sama ada apa yang kita lakukan adakah betul ataupun tidak.

BERKAWAN

Bersahabatlah jangan bermusuh. Tidak ke mana pun kalau kita menyendiri lakukan jualan. Masa kita senang bolehlah mendabik dada tapi bila masa jatuh nanti macam mana? Anggaplah dunia kehidupan kita ini umpama putaran sebuah roda, ada masa di atas tidak mustahil ada masa di bawah pula. Sentiasalah menjalinkan ukhuwah dan silaturahim dengan siapa pun juga. Jaga ukhuwah yang ada agar setiap jualan yang dilakukan adalah dalam keadaan harmoni dan menyeronokkan.

Situasi yang tidak baik jika ini berlaku dan terjadi. Sama-sama cari makan dan rezeki. Mungkin pada pandangan kita mereka mencuri tapi pada hakikatnya pelanggan lari disebabkan kelemahan dari kita sendiri dan pelanggan merasakan mudah berurusan dengan mereka. Berlapang dada dan berfikiran terbuka. Jangan sempitkan pemikiran tapi bukalah seluas-luasnya. Hari ini mungkin hari mereka tapi esok lusa mungkin hari kita pula. Allah Maha Adil jangan kita risaukan sama sekali.



Read more >>

Isnin, 9 Februari 2015

PERLUKAH TALAM DUA MUKA?


Sumber dari imgkid.com

Virus yang perlu di hindar untuk kita melakukannya. Sama ada sedar ataupun tidak pun kena atasi dengan sebaik yang mungkin. Perangai dan tabiat kena bagi elok. Selagi perangai tak elok dan diyakini macam mana nak dapatkan kepercayaan orang kepada kita. Kita orang yang menjual bila berinteraksi dengan orang lain pastikan kita mempunyai perangai yang orang lain gemari. Jangan depan cakap lain di belakang mereka cakap lain pula.

Amalan yang tidak baik adalah seseorang itu melakukan perkara seperti berikut adalah seperti

i.             Berpura-pura baik di hadapan orang mencari idea mengutuk dan mengumpat di belakangnya nanti.

ii.           Menceritakan keburukan seseorang pada orang lain.

iii.          Sengaja mencari kelemahan dan keburukan seseorang bila bercakap di hadapan orang lain.

iv.          Mudah bersangka buruk walaupun cukup manis di hadapannya.

v.            Nak dijadikan iktibar dan pengajaran tapi sebenarnya memburukkan lagi seseorang.

Inilah Virus Talam dua muka. Sering sangat berlaku dalam masyarakat kita. Kalau kita sendiri tidak dapat mencegahnya sampai bila-bila orang tak akan hormat pada kita. Ada virus ini orang pasti tak akan respect pada kita. Bila orang tak respect kat kita agak-agaknya macam mana nak menjual? Orang boleh percaya ke kalau ketahui kita ni sebenarnya talam dua muka?


Read more >>