Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 8 Februari 2015

ADAKAH MENURUT SYARIAH?




Trend masa ini ramai sungguh yang menjual atas nama agama. Tidak kiralah produk kesihatan, kecantikan, bahan pembacaan, makanan tambahan, keperluan asas, kewangan, perkhidmatan atau apa sahaja yang boleh dijual semuanya menggunakan unsur-unsur keagamaan dalam jualan mereka. Bagaikan satu tarikan magnet yang kuat pergunakan produk yang ada status halal, suci dan diyakini untuk melariskan jualan yang dilakukan. Seolah-olah dirasakan tanpa adanya penggunaan atas nama agama ini sudah pasti jualan tidak ke mana dan merasakan sukar pula untuk menembus pasaran sedia ada.

Bagi perniagaan yang benar-benar mempunyai panel syariahnya mungkin tiada masalah besar. Bagaimana peniaga-peniaga yang menjual produk panel syariahnya entah ke mana tiba-tiba berani mendakwa produk yang dijualnya adalah halal dan tidak perlu dirisaukan sama sekali akan status halal yang didakwa. Tiada institusi yang berani melakukan semakan halal haram atas produk-produk tersebut terutama produk-produk yang baru berada di pasaran. Tumbuh bak cendawan sememangnya sukar bagi pihak yang berwajib menentukan kesahihannya.

Inilah tugasan bagi mereka yang hendak menjual, memang nak mudah jual dan mendapat untung yang besar dan banyak tapi tolong ambil berat sama adakah ia nya halal dan menurut kehendak syariah ataupun tidak. Kerana tamak mengejar keuntungan tidak memeriksa terlebih dahulu secara detail dan lengkap terus-terusan menjual produk begitu sahaja. Tentang pengetahuan produk memang cekap tetapi kecekapan tersebut tidak dimasukkan sekali dengan tuntutan syariah. Terus-terusan pergunakan agama dalam melariskan produk yang ditawarkan.

Bagi pembeli yang sentiasa mahukan produk berkualiti tetapi harga yang mampu beli tolong pastikan produk yang dibeli dan menerima tawaran yang dikemukakan adalah produk yang benar-benar halal dan memenuhi kehendak syariah. Jangan main beli sahaja. Perhatikan sama kesahihannya. Set kan dalam minda sebelum menerima tawaran produk halal kah ini? Tolong berwaspada sentiasa melainkan produk yang telah biasa kita membelinya tidak mengapa. 

Carilah keberkatan dalam kehidupan kita. Jangan sibuk nak murah dan mudah dapat kita sendiri yang menghalalkan produk tersebut. Tidak kira yang menjual atau yang membeli masing-masing kena main peranan sama. Kena sensitif dengan isu ini. Jangan biarkan Agama Islam hanya tinggal pada nama sahaja tetapi tidak dipraktikkan secara keseluruhannya. Sensitiviti kena ada, jaga nama, jaga Agama dan diri kita dari orang lain cukup mudah permain kan agama kita walaupun dalam bidang ekonomi dan jual beli berlaku dan terjadi.

Rasulullah SAW bersabda “Akan sampai kepada umat ku suatu zaman di mana Islam itu hanya tinggal pada nama, Al-Quran itu hanya tulisan sahaja, masjid besar tetapi sunyi daripada hidayah (tidak di amarah kan) dan ulama adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di antara langit dan bumi, daripada mereka datangnya fitnah dan kepada mereka fitnah dikembalikan”. (Hadis Riwayat Baihaqy).


Read more >>

Sabtu, 7 Februari 2015

15 JANGAN BILA MEMIMPIN


Sumber www.fourpillars.co

Bila diberi kuasa dan jawatan tolong jangan lupa diri pula. Sentiasa diperlihatkan orang mudah sangat lupa diri merasakan jawatan dan kuasa yang ada memberi satu lesen yang besar menghalalkan apa sahaja yang dilakukan. Sehingga terlupa amanah, tanggungjawab dan yang paling utama hati dan perasaan orang yang bekerjasama dengan kita. Memang spoil kalau perkara ini berlaku dan terjadi.

Merendah diri bukan bermakna kita akan dipandang hina dan mudah dipijak kepala begitu sahaja. Pasti ada hikmatnya kenapa Allah mahukan kita sentiasa bertawaduk dalam apa juga keadaan. Menjadi ketua yang disegani perlu lakukan perkara seperti berikut iaitu

1.    Jangan mengarah berikan tunjuk ajar

2.   Jangan e-mel tapi bersemuka sentiasa

3.   Jangan marah tapi tegas

4.   Jangan membabi buta selidiki terlebih dahulu

5.   Jangan kecewa tanpa adanya bedah siasat

6.   Jangan pekakkan telinga beri ruang penjelasan mereka diutamakan

7.   Jangan lokek untuk memuji

8.   Jangan malu terima teguran dari orang bawahan

9.   Jangan tinggikan suara tapi tinggikan dorongan dan motivasi

10.        Jangan ingat mereka semua robot mudah di remote control kan

11. Jangan berjanji jika tidak dapat dipenuhi

12.        Jangan pilih kasih berkronisme pada kakitangan di bawah penyeliaan

13.        Jangan terjah tapi fikirkan tindakan terbaik

14.        Jangan tamak belajar berkongsi sama suka dan duka

15.        Jangan tonjolkan ketuaan kerana mereka dah tahu pun

Niat kena betul. Ikhlas dan jujur kepada mereka agar mereka pun akan jujur dan ikhlas sama pada kita. Sekali kita permain kan mereka sudah tentu beratus kali pula mereka permain kan kita. Kita kena dahulukan tindakan terbaik kepada mereka agar segala tindakan terbaik mereka memberi pulangan yang baik juga kepada kita. Puncanya semua berkisar dari kita terlebih dahulu. Baik kita lakukan sudah baik hasil dan keputusannya menjadi baik sama. Hormat orang dahulu baru boleh orang hormat pada kita pula.


Read more >>

Jumaat, 6 Februari 2015

SABAR KUNCI KEJAYAAN


Sumber foto lenmooney.com


Bersabar dalam jualan amat dituntut. Mudah untuk diperkatakan tapi cukup sukar untuk dilakukan. Itulah sabar yang mahu tidak mahu terpaksa juga untuk kita melakukannya. Sabar yang ada menunjukkan betapa tingginya akhlak kita di hadapan bakal pembeli atau pelanggan yang berurusan dengan kita. Dapat yang ok legalah rasanya tapi kalau karenah yang mengada-ada dan bukan-bukan macam mana pula? Di sinilah datangnya kesabaran yang diperlukan. Lain orang lain karenahnya dan bukannya semua yang kita temui mempunyai perangai dan tingkah laku yang sama.

Janganlah mudah untuk berpasrah sahaja menyerah pada nasib semata-mata. Tiada gunanya kita menahan sabar ke arah itu. Lakukanlah sebaliknya dengan tetap gigih untuk berpegang teguh pada ketetapan serta redha dengan menerima segala ketentuan Allah SWT. Tanamkan dalam hati setiap apa pun yang berlaku sudah pasti ada kelebihan dan keuntungannya berpihak pada kita yang Allah telah anugerahkan.

Sabda Rasulullah SAW ‘Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar dan tiada pemberian yang Allah berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih manfaatnya daripada kesabaran’ (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Terdapat pelbagai petua untuk melatih kita dalam melakukan kesabaran. Semakin tinggi kita bersabar atas karenah orang semakin hormat orang kepada kita. Semakin hormat orang kepada kita semakin mudah untuk kita melakukan jualan. Semakin mudah kita melakukan jualan bermakna semakin banyak keuntungan yang bakal kita peroleh. Semuanya bermula dengan kesabaran. Tanpa kesabaran sudah tentu perkara-perkara yang negatif pula akan kita lakukan seperti mudah melenting marah, merasa kecewa dan putus asa bukan sahaja gagal melayan sikap dan tabiat orang tetapi juga penutupan jualan yang diharapkan akan gagal begitu sahaja.

Lakukanlah perkara-perkara seperti berikut agar latihan untuk sentiasa bersabar dapat kita amalkan dan terapkan dalam diri kita dengan

i.             Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada kita

ii.           Elakkan dan jangan sama sekali bersangka buruk dan berfikiran negatif

iii.          Sentiasa letakkan diri kita dalam keadaan mereka untuk ketahui apa yang mereka rasakan

iv.          Fikirkan yang baik-baik dan berfikiran positif setiap masa

v.            Tidur yang mencukupi kerana tidur adalah waktu rehat yang terbaik

vi.          Tetapkan dan jadualkan waktu untuk bekerja, melakukan amal ibadat dan bersama keluarga

vii.        Jangan bercakap perkara-perkara yang negatif, mengumpat, bergosip dan mencari kesalahan orang lain.

viii.       Sentiasa tersemat untuk rajin menghadiri majlis ilmu tidak kiralah ilmu dunia ataupun akhirat

ix.         Pastikan kita sentiasa berkawan dan mendampingi orang-orang yang betul dan positif pemikirannya

x.           Belajar dan sentiasa bijak mengawal diri ketika merasa marah dan kecewa

xi.         Pelajari dari pengalaman yang dilalui kerana pengalaman yang ada adalah guru yang terbaik

Bercakap untuk bersabar memang mudah untuk diperkatakan. Itulah tabiat manusia pandai bercakap tapi secara realitinya tidak ke mana. Elakkan diri kita seperti begitu kelak nanti kesan tidak baiknya nanti pergi semula kepada kita. Semakin kita bersabar semakin banyak kelebihan dan keuntungan yang bakal kita peroleh. Bersabarlah agar dengan sabar itu nanti kejayaan akan sentiasa mengiringi segala tindakan kita dalam melakukan jualan.

Firman Allah bermaksud ‘Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatlah kesabaran mu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negeri mu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung’ (Surah Ali-Imran Ayat 200).


Read more >>

Khamis, 5 Februari 2015

EKONOMI NEGARA – CABARAN KITA


Kredit - www.townofcary.org

PM, Dato Seri Najib Razak dalam ucapannya pada 19hb Januari 2015, sempena tindakan kerajaan mengambil langkah lindungi dan kukuhkan ekonomi negara telah mengambil pendekatan ke arah lebih berjimat cermat dalam setiap perbelanjaan di samping pembekuan beberapa agensi tentang geran peruntukkan yang akan disalurkan. Semuanya bergantung kepada keadaan pengukuhan ekonomi negara semula hasil dari penyusutan nilai wang ringgit negara dan bencana banjir baru-baru ini.

Harga minyak sememangnya memainkan satu sentimen yang cukup besar kepada negara dan satu sensitiviti pula kepada rakyat. Selagi harga minyak dapat dikawal selagi itulah harga barangan dan produk pengguna turut sama dapat dikawal. Harga minyak cukup mempengaruhi harga barangan pengguna.

Antara ucapan Dato Seri adalah meyakinkan kita semua bahawa negara masih belum lagi berada dalam keadaan gawat atau krisis seperti mana pada 1997 dan 1998 bahkan tidak juga seperti tahun 2009 sehingga beberapa pakej-pakej stimulus dilaksanakan. Selagi keadaan belum menjadi dan terjadi beberapa tindakan mengukuhkan kewangan kerajaan perlu dilaksanakan segera.

Kesannya bukan sekadar pada negara sahaja tetapi semua rakyat akan ikut terjejas sama. Masing-masing perlu memainkan peranan yang sama bagi memastikan apa juga tindakan kerajaan perlu disokong sama. Perbelanjaan yang berhemah perlu ada. Jangkaan unjuran KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) berkembang adalah pada 4.5% - 5.5% masih lagi membuka harapan untuk merancakkan lagi ekonomi negara.

Lakukanlah seperti biasa, mungkin di jangka kenaikan kos sedikit perlu kita tanggung dalam melakukan jualan namun memastikan produk yang ditawarkan masih menerima sambutan yang dimahukan itu adalah lebih utama. Terus-terusan memastikan produk dapat di jual dan diterima oleh orang ramai dengan cara

1.      Memastikan sasaran pelanggan adalah betul dan tepat

2.     Produk yang dijual benar-benar relevan dengan kehendak dan kemahuan mereka

3.     Kumpulkan pelanggan perbanyakan taklimat dalam satu masa

4.     Beri tumpuan pada suatu tempat atau premis dan kurangkan perjalanan yang jauh

5.     Pergunakan e-mel dan media sosial lakukan promosi dan kempen setiap masa

Robbi Yassir Wala Tuasir. Minta pada Allah per mudahkan segala urusan kita. Per mudahkan jangan disukarkan. Setiap cabaran, dugaan dan rintangan perlu ditempuhi bukan untuk di keluh kesah. Biar masa yang menentukan asalkan usaha tetap dilakukan dengan bersungguh dan ikhlas dalam setiap apa juga yang kita lakukan.


Read more >>