Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 4 Januari 2015

CONTOHI RASULULLAH


Sumber foto johneox.wordpress.com

Bersemangat untuk melakukannya. Tiada istilah kecewa dan putus asa. Semuanya dilakukan dengan berlapang dada berfikiran terbuka. Semuanya mengharapkan keredaan dan kerahmatan Allah tanpa henti berdoa dan beramal ibadat kepadanya. Segala-galanya dilakukan dengan pengorbanan tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri. Allah menetapkan haram maka dijauhkan manakala yang halal dilakukan tanpa ada sebarang bantahan. Jangan kata nak merungut nak membantah pun tidak sama sekali. Semuanya diikut dengan penuh kerelaan dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

Inilah yang dilakukan Rasulullah dalam berdakwah. Tempat yang bermula dengan kejahilan dan penentangan yang kuat terhadap baginda akhirnya bertukar kepada penubuhan negara Islam dengan majoriti penduduk akhirnya memeluk Islam dan tertarik dengan apa yang baginda Rasulullah tunjuk dan berikan. Semuanya dilakukan secara ikhlas dan jujur tidak mengharapkan imbuhan, balasan dan ganjaran dari manusia melainkan hanya semata-mata kerana Allah SWT sahaja.

Terapkanlah apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah dalam diri baginda untuk kita melakukannya. Walaupun sebelum baginda diangkat menjadi Rasul, baginda terlebih dahulu digelar ‘Al-Amin’ oleh orang-orang Jahiliah ketika itu. Baginda juga turut terlibat melakukan perniagaan dan menjual sama sehingga ke negeri Syam sehingga kejujuran dan amanahnya baginda dalam perniagaan menjadi tarikan pula kepada jutawan Mekah ketika itu Khadijah meminang Rasulullah untuk menjadi suaminya.

Inilah pembinaan asas kita melakukan jualan. Pembinaan dan pembentukan peribadi amat penting dalam melakukan jualan dan perniagaan bagi memberikan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap kita. Tolak dahulu kepentingan dan kemahuan kita terlebih dahulu tapi sentiasa hulurkan bantuan dan pertolongan kepada mereka selesaikan apa juga masalah yang mereka hadapi melalui produk yang bersesuaian kita tawarkan. 

Tuntutlah ilmu lagi dan lagi. Kenalilah Rasulullah lebih mendalam lagi. Apa lagi yang boleh kita tahu dan ikut apa yang Rasulullah telah buat dan lakukan. Sejarah atau sirah Rasulullah pelajari sebaik mungkin. Kitab Syamail Muhammadiah karangan Imam Nawawi dan kitab-kitab Hadis Rasulullah elok dimiliki sebagai bahan rujukan. Lagi banyak kita tahu tentang Rasulullah lagi rapat dan lebih rindu kita terhadap Rasulullah. Apa yang dipelajari praktikkanlah sebaik yang mungkin bukan setakat ambil tahu sahaja.
Read more >>

Sabtu, 3 Januari 2015

RUJUKAN UTAMA




Sebagai seorang Muslim kita amat dituntut memahami dan mendalami sebagai pegangan hidup tentang sifat-sifat wajib bagi Rasul yang telah dilantik dan ditentukan oleh Allah SWT. Tanpa kita ketahui dan mengetahui apa sifat-sifat Rasulullah ini bagaimana kita boleh yakin akan kewujudan dan kehadiran Rasul sebagai pemimpin yang kita ikuti? Fahamilah agar di akhirat nanti kita tergolong salah seorang yang terpilih menerima minuman di telaga al-kautsar dan syafaat dari Nabi Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW.

SIFAT-SIFAT YANG WAJIB BAGI RASUL

1.Siddiq/Benar

Siddiq bererti benar. Sifat benar ini wajib ada pada rasul. Ia menjadi sifat yang mutlak iaitu bersifat benar dalam semua perkara sama ada dalam percakapan, perbuatan dan hati. Apa yang disabdakan oleh para rasul dan para nabi adalah benar dan dibenarkan kata-katanya. Para nabi dan rasul mempunyai sifat siddiq iaitu membawa kebenaran.

2. Amanah

Perkataan amanah mempunyai pengertian khusus dan umum. Dalam pengertian khusus amanah bererti mengembalikan harta benda kepada yang mengamanahkannya. Manakala dalam pengertian khusus pula amanah memberi maksud menyembunyikan rahsia, ikhlas dalam memberi nasihat dan benar-benar menyampaikan sesuatu bila ditugaskan untuk menyampaikannya. 

3.Tabligh/Menyampaikan

Maksud tabligh ialah menyampaikan. Para rasul menyampaikan wahyu yang diterima daripada Allah, di mana menyampaikan itu menjadi sifat yang istimewa kepada mereka. Mustahil mereka menyembunyikan wahyu Allah. Mereka tetap menyampaikannya walaupun menghadapi kezaliman dan kekejaman manusia. Semua rasul mengisytiharkan dengan berterus-terang dan bersemuka bahawa mereka menyampaikan perintah Allah dan menasihati umatnya. Para rasul sentiasa menyampaikan segala ajaran, peringatan, hukum-hukum, berita gembira dan berita buruk kepada seluruh umatnya. 

4.Fatonah/Bijaksana

Fatonah bermaksud cerdik dan bijaksana. Setiap rasul yang dipilih oleh Allah wajib bersifat dengan sifat fatonah, malah secara luar biasa dalam memahami ajaran Allah. Para rasul memiliki kekuatan ingatan dan ketajaman akal yang luar biasa, sehingga tidak ada sesiapa yang mampu menandingi mereka, kerana mereka telah diamanahkan untuk menyampaikan agama Allah, menyatakan hukum-hukumnya, menghapuskan segala kekeliruan, menegakkan iman dalam hati manusia dengan hujah-hujah yang kuat serta membatalkan segala penentangan ke atas agama Allah. Sifat fatonah adalah sifat yang saling berkait dengan sifat tabligh, kerana dalam menyampaikan ajaran Allah para pesuruh Allah mesti menghadapi perbahasan dan perbincangan yang sengit dengan musuh-musuh mereka. Dengan sifat fatonah itu wajar bagi mereka melaksanakan perintah Allah.

Jika kita mengkaji sejarah sirah hidup Rasulullah, kita dapati baginda Nabi Muhammad adalah seorang yang sangat bijak dan dapat memberi hujah yang kuat. Tidak ada seorang pun yang dapat menandinginya, sehinggakan kata-kata baginda menjadi hujah yang kuat hingga akhirat kelak.

Jadikan sifat wajib yang ada pada Rasul kita lakukan dalam diri kita sama. Bukan kerana kita nak jadi Rasul tapi menjadikan sifat Rasul memberikan kesempurnaan tingkah laku yang baik kepada diri sendiri dan masyarakat. Tambahan pula dalam kita menjual, semua sifat bagi Rasul ini perlu ada untuk kita praktik kan sama. Nak hebat dalam melakukan jualan mendapatkan kepercayaan orang lain kepada kita sifat-sifat seperti bercakap benar bukan menipu, amanah bukan khianat, menyampaikan bukan menyembunyikan fakta demi kepentingan diri dan perlu ada kebijaksanaan bukan mempamerkan kebodohan perlu ada dan di praktik sama sekali. 

Ikut apa yang Rasulullah lakukan bermakna berapa banyak sunah Nabi yang telah kita lakukan. Sememangnya di tuntut untuk melakukannya seperti mana firman Allah bermaksud ‘dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarang Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan Nya. dan bertakwalah kamu kepada Allah;...’. (Surah Al-hasyr Ayat 7). 

Daripada Abu Hurairah (r.a) daripada Nabi SAW, baginda bersabda: " Biarlah (jangan kamu bertanya kepada)ku apa-apa yang telah aku tinggalkan untuk mu. Sesungguhnya faktor-faktor yang telah membinasakan orang-orang sebelum kamu adalah lantaran mereka banyak bertanya dan sikap mereka yang sentiasa menyalahi nabi-nabi mereka. Jika aku melarang kamu supaya tidak melakukan suatu perkara, maka jauhilah dan apabila aku memerintahkan mu supaya melakukan suatu perkara, maka lakukanlah sepenuh tenaga mu." Riwayat Al Bukhari.

Apa lagi sempena kehadiran Maulidur Rasul ini jom kita lakukan...



Read more >>

Jumaat, 2 Januari 2015

3 TINDAKAN PERMULAAN 2015




Sempena kehadiran 2015, nak berjaya dalam menjual pastikan kita sentiasa ingat melakukan 3 tindakan penting agar kejayaan yang kita mahukan sentiasa mampu untuk kita peroleh iaitu

1.    Apa juga kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan pada tahun 2014 jadikan sebagai satu iktibar dan pengajaran paling berguna buat kita agar tidak sama sekali kita lakukan lagi dan berulang pada tahun 2015.

2.   Jangan sama sekali mudah merasa hebat dalam diri kita kerana ia membuatkan kita alpa, lupa dan bangga diri yang mengakibatkan sampai bila kita tidak mampu menjadi yang terhebat. Silap-silap nanti akan memudahkan pula kita melakukan kesilapan atau kesalahan yang sama sekali tidak kita sedari pula.

3.   Allah jangan kita abaikan sama sekali. Sama ada dalam keadaan senang atau susah, lega atau menyempitkan atau gembira dan sedih bergantunglah pada Allah sentiasa. Kita ingat pada Allah sudah pasti Allah akan sentiasa ingat juga kepada kita.

3 tindakan yang mudah tapi bukan senang untuk dipraktikkan. Jadikan sebagai satu amalan agar kita mampu mencapai apa juga yang kita mahukan sempena kehadiran 2015. Nak berjaya bukan main tibai cacamarba begitu sahaja melakukan jualan. Berfikir sentiasa muhasabah diri setiap masa agar bila menjual nanti tindakan terbaik yang pasti kita lakukan pula. Tiada penyesalan diri walau dalam apa jua keadaan yang kita hadapi sama sekali. 


Read more >>

Khamis, 1 Januari 2015

MENJELMA LAGI TAHUN BARU




Menjelma sudah 2015. Syukur alhamdulillah Allah memilih kita turut sama hadir pada ambang tahun baru ini. Bagaimana dengan kehadiran tahun baru ini? Adakah semua yang kita idamkan pada tahun 2014 telah berjaya kita kecapi apa yang kita mahukan? Hanya kita sahaja yang boleh menjawabnya. Bagi yang berjaya memperolehnya syukur alhamdulillah. Yang tidak berjaya bagaimana pula? Ini lah masalahnya. Setiap kali melakukan keazaman sudah pasti banyak gagal dari berjayanya.

Salah satu ciri untuk mencapai apa yang kita azamkan dan hajatkan adalah fokus kita dalam melakukannya. Umpama kita mendaki bukit, beria-ia kita mahu melihat di bawahnya dengan jelas dan terang tapi malangnya ia nya tetap kabur dan kurang kejelasannya. Bila berada pada ketinggian setengah pada bukit itu pula masih nampak apa yang kita mahu lihat di bawahnya tapi kejelasan dan ketepatannya kurang lagi kekaburannya. Maka menyusut lagi kita ke bawah bukit lagi dan lagi bagi mendapatkan apa yang kita mahu lihat dan tengok dapat diperhatikan dengan jelas dan tepat pada gambaran sebenar yang kita mahukan.

Apa yang dimaksudkan bukannya nak menyuruh mendaki bukit sempena kehadiran tahun 2015 tapi cuma mahu memberikan gambaran kepada azam yang kita lakukan. Kenapa kita boleh gagal dalam setiap azam yang kita mahukan. Jawapannya sudah pasti kerana azam  yang dilakukan terlalu jauh dari realiti sehingga fokus kita untuk melakukannya bila berada pada pertengahannya terasa sukar pula untuk dilakukan. Muka mulalah secara beransur-ansur menjadi semakin pudar bertukar tangan menjadi angan-angan pula hingga habis satu kalendar sesuatu tahun. Segala-galanya menjadi sia-sia dan gagal begitu sahaja kalau ini yang berlaku.

Berazamlah sebaik mungkin tapi biarlah ada logiknya dan mampu untuk dicapai supaya kita fokus dan dapat memberi tumpuan untuk melaksana dan mencapainya. Kita sendiri sahaja yang tahu keupayaan dan kemampuan diri kita setakat mana. Jangan sama sekali ikut orang lain yang mungkin kemampuan dan kehendaknya begitu luar biasa sehingga tidak sampai kemampuan kita melaksanakannya. Berfikirlah sebaik mungkin agar kehadiran tahun baru nanti kita akan merasa puas akan apa yang kita mahukan dapat dicapai juga pada akhirnya.

Naluri seorang manusia, setiap orang ada keinginan dan kemahuan yang mahu dicapai secara bersendirian. Perkara normal bukan luar biasa pun. Jadi berazamlah tapi biarlah azam kena pada gaya dan tempatnya mengikut kemampuan dan kebolehan kita untuk melaksanakannya. Biar realiti bukan fantasi. Biar apa yang orang lain nak perkatakan asalkan kepuasan diri sendiri mampu untuk dipenuhi. Lakukan sebaik mungkin agar pada penghujung tahun nanti tiada penyesalan pula akan berlaku dan terjadi. Berazamlah sebaik mungkin agar kekecewaan tidak timbul di akhir kalendar pula.

Selamat menyambut kehadiran 2015 agar Allah sentiasa memberkati dan merahmati setiap apa yang kita lakukan pada tahun ini sebagai satu ibadah dan amalan kita menemui kejayaan dunia dan akhirat.


Read more >>