Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 10 Disember 2014

MENANTI KEPUTUSAN


Sumber foto : greatinspire.com


Penawaran dilakukan sebaik mungkin. Sasaran pada prospek adalah betul dan tepat. Penerangan dan pujukan telah pun dilakukan. Habis segala idea dan kerahan tenaga dilakukan bagi memastikan segala keperluan dan kemahuan mereka telah pun dipenuhi. Masa berlalu semakin lama rasanya. Mengharapkan kesudian mereka untuk menerimanya pula. Semuanya bergantung kepada mereka sama ada untuk menerima ataupun tidak. 

Inilah detik yang perlu dilalui. Amat memeritkan tambahan pula tiada tanda-tanda kesudian untuk menerima maklum balasnya pula. Kalau ditekan dan dipaksa jangan sama sekali. Elok boleh diterima langsung tawar hati pula jadinya. Apa yang perlu dilakukan di waktu ini sewaktu mereka ingin melakukan keputusan adalah

1.    Bersikap sabar dan tabah melayan karenah dan tabiat mereka. Jangan mudah melenting memaksa tapi relak setiap masa. Memang mengharap tapi jangan dinampakkan.

2.   Jangan dikemaskan atau di simpan produk atau katalog yang ditunjukkan kepada mereka. Tunjukkan-tunjukkan kepada mereka untuk mereka sentiasa fokus dengan produk atau katalog yang berada di hadapannya.

3.   Sentiasa memaklumkan segala kelebihan, keuntungan dan kehebatan yang bakal mereka peroleh secara jelas dan ringkas mudah lagi mempengaruhinya.

4.   Jika masa yang diambil terlalu lama menantikan maklum balas tanya sekali lagi ada apa-apa yang belum difahami atau adakah masalah lagi yang perlu dibantu untuk diselesaikan secara bersama.

5.   Jangan putus asa tapi sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan sekalipun.

Jangan mudah mengalah. Berikan yang terbaik. Memang di penghujung cerita agak mendebarkan. Untung sabut timbul untung batu tenggelam. Bersedialah dengan apa juga keputusan yang dinantikan jua. Kalau mereka menerimanya syukur ke hadrat Allah tapi kalau mereka masih tidak mahu menerimanya bersyukur juga ke hadrat Allah kerana setiap sesuatu itu sudah pasti ada hikmat dan penyebabnya untuk kita muhasabah semula. Yang pasti segala yang berlaku itu ada sebabnya. Bila berjaya jangan terlalu gembira begitu juga bila gagal jangan pula terlalu bersedih. Hadapilah dengan berlapang dada dengan hati yang terbuka untuk menerima apa juga keadaannya.

Read more >>

Selasa, 9 Disember 2014

FIRST IMPRESSION



Sumber foto jobadvice.tumblr.com

Pertama kali bersua dengan bakal pembeli terlalu penting kita mempamerkan first impression kepada mereka. Kesan dan pandangan pertama ini bagi membolehkan keyakinan dan kepercayaan kepada kita bagi membolehkan ruang dan peluang kehadiran kita untuk lebih berinteraksi dan menjual dengan mereka. Bagaikan ada satu tarikan magnet berlaku dan terjadi dalam pertemuan sulung bersama mereka. Bila dah yakin apa juga yang kita lakukan sudah pasti akan memberikan satu pulangan yang bertuah dan beruntung buat kita juga.

Memberikan first impression kepada mereka ini adalah satu kebolehan yang perlu dilakukan walaupun kita tidak menggemarinya. Bersua dengan orang ramai semuanya perlu untuk dijaga dan diawasi. Bukannya kita nak pergi melepak atau cuti-cuti Malaysia tapi penonjolan diri dan perwatakan yang baik perlu ada. Kenapa perlu malu? Kekemasan berserta dandanan yang baik pasti boleh memikat dan mempesonakan orang untuk melihat kita yang pasti memberikan keyakinan yang mendalam buat mereka.

Antara yang perlu dilakukan adalah

i.             Penampilan diri dengan dandanan yang bersesuaian dengan diri dan keadaan sekeliling. Jangan berserabut dan terlalu lekeh hingga orang yang melihat dan bertemu dengan kita boleh hilang keyakinannya kepada kita begitu sahaja

ii.           Jaga kesihatan agar kita sentiasa nampak cergas dan menyihatkan. Bila sakit pasti tidak bermaya dengan wajah yang boleh membawa kepada pucat dan sukar pula untuk bercakap atau bersembang.

iii.          Raut wajah yang ceria dan menggembirakan pasti akan memberikan kesan yang positif kepada orang yang berada di hadapan kita

iv.          Jangan terlalu moody atau mengikut perasaan sedih kita walaupun ketika menanggung masalah besar yang harus dihadapi ketika berinteraksi untuk menjual.

v.            Sentiasa dalam keadaan tenang dan bersahaja. Tidak menggelabah apatah lagi menunjukkan wajah kebimbangan kepada mereka.

vi.          Awasi cara kita bersalam, melihat bakal pembeli, berdiri dan duduk. Semua ini memainkan peranan penting dalam pembuka pertemuan dengan mereka

Kalau awal pertemuan dapat kita jaga dengan begitu berhemah dan bersungguh sudah tentu keyakinan mereka terhadap kita amat tinggi. Berinteraksi lah dengan sebaik yang mungkin secara berhemah dan bersopan. Pusingan pertama kalau kita dapat lepasinya bermakna pusingan seterusnya akan mampu menjadi milik mutlak kita juga dalam melakukan jualan. Tak cuba manakan tahu dah cuba sudah pasti akan dipertahankan apa yang telah kita lakukan selama ini. Bukanlah pengalaman adalah guru terbaik yang sentiasa mengajar erti kejayaan pada diri kita sendiri?


Read more >>

Isnin, 8 Disember 2014

PERGUNAKAN BAZAR ATAU TAPAK EKSPO


Sumber foto : wheresmytehtarik.blogspot.com

Menjadi satu trend terkini menjual di bazar atau medan ruang niaga cukup mendapat sambutan dari usahawan-usahawan bumiputera untuk berniaga. Bilamana terdapat expo atau festival apa juga sekalipun sambutan amat menggalakkan. Memang cukup teruja dibuatnya. Penuh orang berniaga penuh juga orang yang meninjau dan membelinya. Selagi mudah untuk didapati dan dilawati oleh orang ramai selagi itulah tidak perlu merasa risau sama ada boleh ataupun tidak untuk mendapat sambutan atas produk yang ditawarkan.

Terdapat banyak kelebihan dan keistimewaannya jika dapat menjual dalam bazar atau medan niaga yang diwujudkan oleh penganjur. Tak mencuba manakan nak tahu tapi setelah mencuba sudah pasti hendak lagi. Antara kelebihan dan keistimewaannya kenapa perlu menjual di bazar atau di tapak medan niaga yang disediakan ini adalah kerana

1.    Tapak sewa yang murah dan mampu sewa pada kadar harga yang berpatutan

2.   Lokasi sentiasa di tempat strategik dan tumpuan orang ramai

3.   Bakal pembeli atau pelanggan cukup mudah untuk mencari dan mendapatkannya

4.   Mesra dan dekat pelanggan sama ada telah atau belum mengenali produk yang ditawarkan

5.   Ambil kesempatan cukup mudah perkenalkan produk yang ditawarkan kepada pasaran

6.   Menambahkan lagi promosi perniagaan secara berterusan

7.   Memudahkan lagi pelanggan mencari dan mendapatkan produk

8.   Segala permasalahan dan tanda tanya pelanggan cukup senang untuk diberi penyelesaiannya

9.   Mengujudkan dan memberikan gambaran pada orang ramai tentang produk dan imej perniagaan kepada mereka

10.                Sesama orang menjual sudah pasti dapat membina rangkaian jaringan perniagaan dalam membina silaturahim dan usaha sama

Memang akan ada sedikit peruntukan dan keluar modal sedikit tapi kalau memudahkan lagi menambahkan keuntungan kenapa perlu disisihkan dari menyertainya? Segala wang ringgit, tenaga dan masa jangan dibazirkan. Manfaatkan segala yang elok dan pasti. Lagi rajin kita menyertai segala bazar dan medan niaga yang dibuka kepada para peniaga selagi itulah bukan setakat untung sahaja boleh kita terima tapi nama produk dan membantu selesaikan masalah mereka akan memudahkan lagi tugasan kita dalam menjual. Pergunakan segala kemudahan yang disediakan agar setiap peluang yang ada masih tetap dalam genggaman kita.


Read more >>