Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 7 Disember 2014

BERUSAHA SEBAIK MUNGKIN



Sumber foto p193santubong.blogspot.com


Carilah sebanyak mungkin punca rezeki yang boleh kita jadikan perbelanjaan bagi menyara kehidupan diri sendiri dan keluarga. Mencari secara halal dan diberkati amat-amat diperlukan dan dituntut sama sekali. Apa yang kita cari ditukarkan kepada bahan makanan sudah pasti menjadi darah daging kita. Halal sudah pasti bermula dari tugasan kita melakukan kerja yang perlu dilakukan mengikut syariah. Bukan secara main hentam sahaja tidak kira halal haramnya. Asalkan dapat untung dan menjana pendapatan kita itu yang kita utamakan.

Kerana itu dalam melakukan jualan, elakkan dari menipu, ambil kesempatan atas kelemahan orang lain, produk yang benar-benar diterima syariat dan banyakkan  membantu hulurkan pertolongan menerusi produk yang ditawarkan. Keikhlasan dan kejujuran amat dituntut melakukan tugasan. Jangan sampai hilang kepercayaan orang lain atas diri kita yang melakukan jualan. Imej dan nama baik kita di pasaran perlu dijaga sungguh kerana kita menjual bukan untuk sehari dua sahaja. Semuanya perlu dilakukan dengan niat dan azam yang bersungguh untuk melakukannya.

Bersesuaian dengan hadis baginda Rasulullah SAW, sabda Rasulullah SAW ‘ Sesungguhnya yang lebih baik di makan oleh seorang lelaki ialah harta daripada usahanya sendiri dan anaknya adalah termasuk daripada usahanya’ (Riwayat Abu Daud). Inilah saranan yang sepatutnya kita ikuti sama. Kita ikut lakukannya bermakna kita telah melakukan sunah Rasulullah dan sebagai tanda ketaatan kita kepada baginda.

Lakukan secara serius dan bukan main suka-suka sahaja. Semua yang dimahukan betul-betul bergantung kepada usaha diri kita sendiri sama ada nak lakukan secara bersungguh atau main-main sahaja. Pulangan dan imbuhan yang besar pasti ada menunggu kita bergantung sepenuhnya pada usaha yang dilakukan. Jangan fikirkan Qada dan Qadar kalau usaha kita tidak ke mana. Fikirkan segala perolehan yang mampu di jana adalah berdasarkan 100% usaha penat lelah kita melakukannya.

Firman Allah ‘ Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu : mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah) kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula, (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)’ (Surah Al-Mulk Ayat 15).

Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan (harta berupa) dinar dan dirham, akan tetapi sesungguhnya mereka mewarisi ilmu. Sesiapa yang mengambilnya, ia telah memperoleh  keuntungan melimpah’ (Hadis Riwayat at-Tirmizi).



Read more >>

Khamis, 4 Disember 2014

AWAK BETUL SAYA SALAH


Sumber foto www.gretchenrubin.com

Bukan semuanya apa yang kita jualkan menemui kebenaran pada bakal pembeli yang kita temui. Tidak memenuhi apa yang dicari dan dimahukan terus mengatakan yang sebenarnya kita telah salah dalam menjual. Sememangnya kelu lidah diam seketika mendengar bangkangan dan bantahan yang diterima. Sehingga pada akhirnya kita akan mengatakan ‘Awak betul dan saya salah’. Inilah situasi yang perlu untuk kita hadapi. Pahit yang terpaksa ditanggung oleh kita dalam menghadapi situasi sebegini.

Beringatlah apabila kita mengatakan ’Awak betul dan saya salah’ bukan bermakna

1.    Kita sentiasa melakukan kesalahan

2.   Sememangnya kita yang bersalah

3.   Kita gagal dalam menjual

4.   Tidak pandai menerangkan perkara yang sepatutnya

5.   Harapan mereka tidak kesampaian atas produk yang ditawarkan

6.   Main hentam dalam melakukan jualan

7.   Tidak pandai menjaga hati dan perasaan mereka

Mengaku kalah bukan bermakna telah tewas selama-lamanya. Sebenarnya memberi ruang semula kepada kita perbetulkan semula menguatkan hujah membina keyakinan diri semula. Akui mungkin semasa memberi penerangan ada kesilapan dan kesalahannya di samping tersalah sasar pelanggan yang kita mahukan. Semuanya cabaran dan dugaan yang perlu kita terima dan hadapi dengan sikap yang terbuka berlapang dada. Sekurang-kurangnya kita lakukan sebegini akan lebih mudah buat kita

1.    Kita semakin dihormati

2.   Menanam sikap merendah diri kepada sesiapapun

3.   Akui kesilapan dan kesalahan kita dari awal lagi

4.   Di masa hadapan kita akan lebih mudah berinteraksi dan melakukan jualan padanya

5.   Maruah diri tetap terjaga dan terbela

Janganlah dikesalkan. Bukan semua yang kita jual pasti 100% orang mahu menerimanya. Terima sahaja mungkin ada hikmah di sebaliknya. Ikhlas dan jujur dijadikan teras utama dalam menjual mencari masalah orang untuk diselesaikan membantu dan menolong menerusi produk yang ditawarkan. Lakukanlah dengan penuh keyakinan semasa kita melakukan jualan. 


Read more >>

Rabu, 3 Disember 2014

SEMAKIN KITA MELAKUKANNYA


Sumber foto www.recruiter.com



Semakin dipelajari semakin di ketahui

Semakin diketahui semakin dilakukan

Semakin dilakukan semakin berpengalaman

Semakin berpengalaman semakin diyakini

Semakin diyakini semakin memahirkan

Semakin mahir semakin memudahkan

Semakin dipermudahkan semakin dipercayai

Semakin dipercayai semakin disegani

Semakin disegani semakin mudah untuk dibantu

Semakin membantu semakin menyenangkan

Semakin menyenangkan semakin memudahkan

Semakin mudah semakin menyeronokkan

Semakin seronok semakin yakin

Semakin yakin semakin hebat kita menjual


Lakukan yang terbaik setiap masa. 
Berfikir positif bersangka baik. 
Segala hasil yang dimahukan pasti menjelma juga.
Bukankah itu yang kita mahukan kelak?

 
Read more >>

Selasa, 2 Disember 2014

GODAAN DARI KAD KREDIT




Dari petikan akhbar Sinar Harian bertarikh 1 Disember 2014 untuk iktibar dan pengajaran semua. Tiada jalan mudah untuk menjalani hidup yang diimpikan. Perancangan hidup dan kewangan yang betul perlu ada. Semuanya bergantung pada ilmu, kemahuan dan pengalaman untuk mendapatkan apa yang dihajati dan dimahukan. Bukan salah Kad Kredit tapi salahkan diri kita kenapa boleh berlaku sebegini. Pilihlah jalan, cara dan kaedah yang betul agar apa yang dimahukan sentiasa di rahmat dan diberkati oleh  Allah SWT.

Bisnes
Kisah benar: Tewas digoda kad kredit oleh Wartawan Sinar Harian

December 1, 2014
Tewas digoda kad kredit

APABILA Rosman (bukan nama sebenar) bersara daripada perkhidmatan pos pada 2005, dia mempunyai banyak impian yang ingin dilaksanakan. Keluarganya tidak sabar menunggu hari tersebut kerana mereka ingin menghabiskan masa bersama-samanya.

Rosman mempunyai pelan persaraan yang agak selesa. Bebas daripada hutang dan mempunyai simpanan lebih daripada RM60, 000 dalam KWSP, Rosman berharap agar masa depan yang bakal dilaluinya akan cerah. Rosman merasakan bahawa sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab, beliau mesti menjamin masa depan yang lebih baik untuk anak-anaknya dengan menyediakan pendidikan yang lebih baik bagi mereka.

Kurang mahir, pesara dan cekal, Rosman tetap mencari penyelesaian untuk menambahkan wang simpanan melalui skim cepat kaya dalam bentuk pemasaran piramid. Pada mulanya ia kelihatan seperti pelaburan yang akan menguntungkan. Rosman lebih tenang dan merasa yakin bahawa impiannya akan menjadi kenyataan.

Dia mula berbelanja lebih di kedai-kedai mewah kerana ingin menukar gaya hidup keluarganya. Rosman meyakinkan dirinya bahawa selepas bertahun-tahun bekerja keras, dia layak untuk membelanjakan wang tersebut. Rosman juga merasakan keluarganya berhak untuk mengacapi kemewahan dan merasakan kegembiraan.

Namun begitu, seperti mangsa-mangsa skim cepat kaya yang lain, Rosman telah kehilangan semua wang miliknya apabila syarikat dia melaburkan duit itu hilang. Kesemua simpanan KWSP miliknya telah lesap bersama-sama syarikat terbabit dalam sekelip mata.

Kerugian di atas kehilangan wang itu menyebabkan Rosman cenderung menggunakan kad kredit untuk membayar bil-bil dan juga perbelanjaan keluarganya. Dia memilih untuk menggunakan kad kredit kerana tiada pilihan lain.

Tanpa pekerjaan tetap dan pendapatan yang tidak mencukupi, Rosman telah menggunakan kad kredit  sewenang-wenangnya untuk mengekalkan kesejahteraan keluarganya. Dalam usaha menambah pendapatan, dia membuka kelas tuisyen kepada kanak-kanak dalam kawasan kejiranan manakala isterinya menyediakan perkhidmatan mengasuh anak-anak kecil di rumah mereka. Namun begitu, godaan kad kredit adalah terlalu besar.

Hasratnya untuk menjadi cepat kaya sekali lagi wujud apabila Rosman membayar yuran langganan yang mahal dan di luar kemampuannya dengan harapan dia akan memenangi cabutan bertuah di mana peluang kemenangan sememangnya tipis. Tanpa disedari, hutang Rosman menjadi RM43,000 dan dia tidak lagi mampu melunaskan hutang tersebut.

Keadaan menjadi parah apabila Rosman sering diganggu oleh pemiutang lalu dia memutuskan untuk mendapatkan bantuan daripada AKPK.

AKPK berjaya membuat rundingan dengan bank-bank tersebut untuk menurunkan kadar faedah ke atas 4 kad kredit kepunyaan Rosman lantas menyusun semula ansuran bulanan kepada RM500 sebulan untuk tempoh masa 3 tahun. Pembayaran selepas itu akan meningkat sebanyak RM200 untuk tempoh 5 tahun lagi.

Rosman juga dinasihatkan agar memberikan kereta miliknya kepada pembiaya dan sebaliknya menggunakan motosikal sebagai pengangkutan harian. Ini dapat membantu Rosman mengurangkan perbelanjaan bulanan untuk kereta dan pada masa yang sama, masih bebas berbelanja untuk barangan keperluan rumah. Pelan AKPK adalah satu pelan ringkas yang Rosman dapat patuhi.

Oleh kerana bantuan dan perhatian yang diberikan oleh AKPK dalam menyelesaikan masalah kewangan Rosman, dia akhirnya mampu menjalani hidup yang lebih selesa di samping keluarga tersayang serta jauh daripada ancaman pemiutang.



Read more >>