Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 11 November 2014

JANJI PALSU


Sumber foto www.3-foldcord.com

Adapun merampas hak dan harta benda kaum Muslimin dengan sumpah palsu, dan saksi palsu adalah di antara dosa-dosa besar. Padanya terdapat ancaman-ancaman yang berat, yang sudah tidak menjadi rahsia lagi.

Bersabda Rasulullah SAW : ‘Siapa yang merampas hak saudaranya seorang Muslim dengan sumpah palsu, nescaya ia di tunjuk untuk memilih tempatnya di dalam api neraka

Sabda Rasulullah lagi ‘Barang siapa bersumpah atas harta seorang Muslim tanpa hak (secara haram) nanti di Hari Kiamat, ia akan menemui Allah Ta’ala sedang Dia murka terhadapnya

Berkata Abdullah bin Mas’ud ra maka Rasulullah SAW membacakan penerangannya dari kitab Allah (Al-Quran) berbunyi Firman Allah bermaksud ‘Sesungguhnya orang-orang yang menukar perjanjian Allah dan sumpah mereka dengan harga murah, orang –orang itu tiada tempat di akhirat. Tuhan tidak akan berkata-kata dengan mereka, tidak akan memerhatikan mereka, dan tidak akan menyucikan mereka di Hari Kiamat. Mereka mendapat seksa yang pedih’ (Surah Ali-Imran Ayat 77). Lalu baginda berkata seterusnya ‘Dosa-dosa besar itu ialah mensyirikkan Allah, menderhakai kedua-dua ibu bapa dan sumpah yang melemaskan (palsu)’.

Al-Hafizh Al-Mundziri rahimahullah berkata ‘Dinamakan sumpah itu ghamus (melemaskan), kerana ia telah melemaskan tuannya di dalam lautan dosa di dunia, dan akan ,melemaskannya pula di dalam lautan api neraka di akhirat’.

Yamin ghamus, yakni sumpah palsu yang membuka jalan bagi seseorang untuk merampas suatu hak dari harta saudaranya yang Muslim, sekalipun sedikit saja, sehingga Nabi SAW pernah berkata ‘Meskipun sepotong kayu arak (kayu yang digunakan untuk bersiwak)’.

***Sumber rujukan : Kitab Nasib Agama dan Wasiat karangan Imam Habib Abdullah Haddad ms 374 – 376.


Berhati hati dalam menjual. Jangan kerana nak lakukan produk yang ditawarkan bagi orang lain menerima apa yang ditawarkan habis semua kita perkatakan perkara-yang bukan-bukan sehingga sanggup kita lafazkan janji palsu untuk menjual. Untuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaan seseorang lalu kita per kuatkan dengan sumpah palsu walaupun kita sendiri mengetahuinya bahawa apa yang kita ucapkan tidak benar sama sekali. Berubah segera kalau kita pernah melakukannya kerana balasan dari Allah amat berat sama sekali untuk kita menerimanya. Kalau ada orang lain hendak melakukannya pastikan kita tidak turut sama. Tidak berkat kita berniaga dan menjual kalau perlakuan sebegini kita amalkan. Jadikanlah diri kita yang menjual bukan sahaja untung di dunia tetapi juga masih mampu untuk kita untung di akhirat sama.

Read more >>

Isnin, 10 November 2014

ANTARA KITA DAN MEREKA


Sumber foto : smkdpm.blogspot.com


Memastikan perhubungan yang baik antara kita dan pelanggan amat dituntut. Mudah melakukan jualan apatah lagi untuk memohon sesuatu bantuan dan pertolongan dari mereka seperti jualan berulang atau perkenalkan pelanggan lain kepada kita. Bila ada perhubungan yang baik dan akrab sudah semestinya kita sememangnya mudah untuk melakukan jualan.

Jangan syok sendiri merasakan hanya kita sahaja yang mengenali mereka. Hubungan yang baik dan berterusan kena ada. Selagi kita kenal tapi mereka tak kenal pada kita macam mana? Berbeza dengan mereka telah mengenali kita semakin mudah pula kita melakukan jualan hanya disebabkan

i.             Mereka telah mengetahui kredibiliti kita

ii.           Yakin dan percaya pada keupayaan kita

iii.          Kejujuran kita tidak dipertikaikan

iv.          Mudah berurusan dengan kita

v.            Menjual apa pun pasti tak banyak cakap tak banyak soal

Binalah hubungan yang baik. Bukan main-main atau ambil kesempatan pada orang yang baiknya seseorang pada kita. Berhemah dan jujur memastikan kedua-dua pihak saling kenal mengenali antara satu sama yang lain. Berikhtiarlah sebaik mungkin agar perkenalan kita bukan setakat untuk menjual sahaja. Jalinan silaturahim perlu ada dan dikekalkan agar di masa hadapan dan akan datang cukup mudah melakukan jualan lagi dan lagi terhadap mereka.
Read more >>

Ahad, 9 November 2014

500 KALI



Sumber foto : www.theherald.com.au

Di Alor Setar, terdapat sebuah restoran yang menarik perhatian penyusun kerana sambutan orang ramai terhadapnya.

Setelah kemesraan terjalin dengan pemilik restoran itu, penyusun cuba mencungkil rahsia kejayaan perniagaannya itu.

Secara terbuka beliau menyatakan bahawa sememangnya beliau ada mengamalkan amalan-amalan tertentu yang didengarnya daripada kuliah ilmu dan khutbah Jumaat yang disampaikan  oleh Al-Fadhil Prof Dr Abd Aziz bin Haji Hanafi (Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah/Pensyarah Kanan Koleh Universiti Insaniah, Alor Setar).

Ringkasnya amalan yang diamalkannya ialah

i.             Selalu membaca surah al-Waqiah

ii.           Berselawat ke atas Nabi sebanyak 500 kali sehari

iii.          Solat sunat Dhuha

iv.          Infaq (derma) walaupun sedikit

Bilangan selawat sebanyak 500 kali itu dinukilkan daripada hadis Nabi ‘Sesiapa yang berselawat ke atas ku setiap hari sebanyak 500 kali, maka ia tidak akan fakir selamanya’.

Penyusun juga menggalakkan pembaca mengamalkan selawat ini sebanyak 500 kali di waktu pagi dan 500 kali di waktu malam seperti yang di ijazah oleh Tuan Guru Haji Abdul Karim Banjar (Tuan Guru yang mengajar di dalam Masjidil Haram ketika dulu). 

(Sumber : Petikan dari Buku 100 Amalan Terpilih oleh penulis Hanif Haji Ghazali ms 90 – 92).


Read more >>

Sabtu, 8 November 2014

DAH KENA MARAH



Sumber foto : earncent.com


Memeningkan apabila hendak menjual tapi terus dimarahi, ditegur dengan keras dan dimaki dengan tidak semena-menanya. Semuanya berpunca dari ketidakpuasan hati mereka atas perkhidmatan yang telah diterimanya terlebih dahulu yang bukan dari kita yang menjualnya. Hanya disebabkan jenama dan produk yang sama orang yang marah tidak mengira siapa juga di depannya asalkan dari pengeluar produk dan jenama yang sama sememangnya dirasakan betul sahaja tindakan mereka. 

Tenang dulu bersabar dalam menempuhnya. Jangan lari tapi hadapinya dengan sebaik mungkin dengan cara melakukan perkara seperti berikut

Tindakan pertama, dari kita banyakkan bersabar terlebih dahulu. Jangan menengking balik atau mencelah apa yang di perkatakan. Dengar sahaja leteran dan marahnya itu. Kalau sejam kena sejamlah tahan telinga kita mendengarnya. Kawal kemarahan dan kekecewaan kita. Setiap yang berlaku ada hikmah nya. Sebaik-baik tindakan ambil catatan catat kan apa yang mereka tidak puas hati terhadap kita. Sekurang-kurangnya mereka tahu kita ambil berat apa yang mereka perkatakan.

Tindakan kedua, walaupun menyakitkan hati namun tanya semula dan sahkan apa yang telah mereka perkatakan agar mudah buat kita membuatkan kesimpulan dan solusi penyelesaiannya. Berhemah dan bersopan dalam apa juga keadaan dengan ketenangan yang ada. Pastikan jangan ada andaian dan main agak-agak sahaja. Kalau ini dilakukan maka pelanggan tersebut akan pasti semakin kecewa dan memberontak kemarahannya.

Tindakan ketiga, jangan sama sekali menjual kerana pelanggan telah mengetahuinya. Berikan masa sedikit buat kita berjanji padanya yang kita akan hadir semula padanya selesaikan apa juga kemarahan, bangkangan dan bantahan yang berlaku jika kita merasakan agar sukar untuk diselesaikan. Jika kita masih mampu untuk selesaikannya nyatakan secara berhemah dan bersopan dengan segala logik akal bagi memenuhi kehendaknya. Bertindak jujur dan ikhlas itu sebaik-baik peranan yang perlu kita berikan.

Jangan panik dan menggelabah. Terima dengan berlapang dada dengan hati yang terbuka. Bukan semuanya kita lalui indah-indah sahaja. Sekali skala pasti keadaan sebegini akan kita tempuhi. Semakin banyak yang kita tempuh semakin mematangkan lagi tindakan kita. Redha apa sahaja yang dihadapi. Satu pelajaran baru telah kita pelajari agar di masa hadapan jika berlaku lagi sekurang-kurangnya kita tahu dan mampu untuk mengatasinya.

Read more >>

Ahad, 2 November 2014

Meningkatkan keuntungan dalam perniagaan ( INFOGRAFIK)

Meningkatkan lagi keuntungan dalam perniagaan sememangnya idaman semua peniaga. Satu gambaran secara infografik yang di peroleh yang mungkin boleh di manfaatkan oleh kita semua.

Sumber :  http://www.membrain.com






Read more >>