Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 10 Oktober 2014

KEHEBATAN NABI NUH YANG PERLU DI CONTOHI




Selama tempoh dakwah Nabi Nuh, dapat kita lihat bagaimana baginda mencurahkan keprihatinan kepada kaumnya dengan tutur kata yang lembut dan berhikmah. Nabi Nuh tidak putus asa mengajak mereka supaya beriman, bahkan baginda menggunakan pelbagai kaedah dalam berdakwah. Nabi Nuh berdakwah kepada mereka siang dan malam sama ada dengan sembunyi-sembunyi ataupun terang-terangan seperti diterangkan dalam surah Nuh ayat 5 hingga ayat 9 bermaksud

5. (setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan ku, Sesungguhnya Aku telah menyeru kaum ku siang dan malam (supaya mereka beriman);

6. "Maka seruan ku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).

7. "Dan Sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya Dengan jari masing-masing, dan berselubung Dengan pakaiannya, serta berdegil Dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur Dengan melampau.

8. "Kemudian Aku telah menyeru mereka Dengan terang-terang;

9. "Selain dari itu, Aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai Dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan Dengan perlahan-lahan.”

Sayyid Qutb dalam tafsirnya, Fi Zhilalil Quran mengatakan Nabi Nuh as tidak ada waktu rehat. Baginda tidak pernah mengenal erti bosan, jenuh dan putus asa dalam menyampaikan seruan dakwah. Ini sekali gus membuktikan baginda gigih mengajak kaumnya kepada Islam. Bukan pada waktu siang sahaja nabi Nuh berdakwah, malah pada sebelah malamnya juga baginda terus menjalankan tanggungjawabnya.

Jelas Nabi Nuh as memiliki tekad yang kuat, keberanian, kesabaran dan sering bertawakal kepada Allah. Ini adalah kunci penting bagi kita supaya terus istiqamah dalam menyebarkan keindahan dan kebenaran Islam ke seluruh pelosok dunia.

(Petikan dari buku Misteri Nabi Nuh karangan Ahmad Iqram Mohammad Noor ms 131 – 132).

Tekad dan nekad yang telah ditunjukkan oleh baginda Nabi Nuh as walaupun terdapat pelbagai halangan, rintangan, cabaran dan dugaan yang perlu di tempuh semuanya dilakukan dengan berlapang dada hati yang terbuka. Tanpa mengira masa dan ketika tetap gigih melakukan usaha dakwah kepada kaumnya walaupun mengetahui betapa keras dan sukarnya mengajak mereka ke arah yang Allah mahukan. 

Melakukan jualan memang memerlukan tekad dan nekad untuk melakukannya. Walaupun mungkin berhadapan dengan bakal pembeli yang tegar dan sukar untuk diramalkan, tapi kalau kita tetap gigih dan komited mahu melakukannya tanpa mengira masa dan ketika sudah pasti kita masih mampu untuk melaksanakannya. Seperti Nabi Nuh yang mempunyai tekad yang kuat, keberanian, kesabaran dan sering bertawakal kepada Allah sudah tentu kalau kita lakukan perkara yang sama  pasti mampu juga kita mencapai kejayaan seperti yang diidamkan. Sentiasa istiqamah dan konsisten dalam melakukannya tanpa mengenal putus asa dan kecewa dalam melakukan jualan.

Read more >>

Khamis, 9 Oktober 2014

BERUNDING SAMPAI DAPAT


Sumber gambar : www.nextbigwhat.com

Perundingan dalam jualan merupakan salah satu proses dalam melakukan jualan. Kebiasaannya permainan tarik tali berlaku dalam situasi sebegini yang pasti merundingkan tentang

i.             Harga memainkan isu utama dirundingkan. Sebelah pihak mahukan harga termurah sekali dan sebelah pihak lagi memerlukan harga setinggi yang termampu 

ii.           Apa kelebihan dan keuntungan yang mampu bakal pembeli peroleh mengikut kesesuaian dan persetujuan mereka

iii.          Bakal servis selepas jualan yang bakal diterima nanti adakah cukup berbaloi atau tidak pada mereka nanti

Dan mungkin pelbagai isu lagi yang perlu diselesaikan dalam perundingan tersebut yang memerlukan banyak kesabaran dan ketabahan melalui proses ini. Di masa inilah mainan secara emosi dan logik akal cukup boleh dilakukan asalkan dilakukan secara berhemah dan bersopan ditunjukkan. Pastikan dalam proses perundingan ini dilakukan

i.             Pada bakal pembeli yang benar-benar berminat dan mampu untuk menerima tawaran yang dikemukakan.

ii.           Ketahui masa perundingan ini adalah masa yang paling bersesuaian untuk dirundingkan dan bila boleh ditamatkan.

iii.          Elakkan dari perundingan yang berjela-jela panjangnya tempoh masanya.

iv.          Hormati pendirian seseorang dan beri peluang sepenuhnya untuk mereka memikirkan dengan ruang masa sewajarnya

v.            Kenal pasti yang mereka benar-benar faham dan mengerti akan apa yang kita tawarkan

vi.          Olahan bahasa dan pujukan kena ada yang sering memihak kepada penerimaan produk kita.

Jangan panik dan terlalu ghairah pula dalam masa perundingan ini. Tetap tenang dan relak kerana masa yang akan menentukan segala-galanya. Kebiasaannya 90% telah berada dalam genggaman kita. Hanya mainan 10% lagi untuk meyakinkan mereka memberikan mereka kata putus yang dimahukan. Sentiasa berikan segala kelebihan, manfaat dan kebaikan produk yang ditawarkan bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Selagi kejujuran dan keikhlasan diberikan sudah tentu mereka akan lebih terpikat dengan apa yang kita rundingkan.
Read more >>

Rabu, 8 Oktober 2014

MEMOHON KEMAAFAN SECARA EFEKTIF


Sumber gambar dari accbrothersquad.wordpress.com

Kita bukannya manusia yang sempurna. Bila berhubung dengan seseorang dalam melakukan jualan mungkin tanpa kita sedari ada melakukan kesalahan dan kesilapan yang tidak disengajakan. Sama ada kita sedar atau diberi teguran maka carilah jalan untuk menyelesaikan segera atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Jangan dibiarkan berlarutan dikhuatiri nanti sampai bila pun mereka akan hilang kepercayaannya terhadap kita.

Lakukan secara berhemah dan bersopan. Jangan menyombong sentiasa merasakan kita lakukan jualan adalah sempurna dan tidak pernah sama sekali menyakitkan hati seseorang. Bila ada perasaan riak mahupun takbur kita akan lupa segala-galanya. Percayalah dan yakinilah bahawa selagi adanya perasaan riak dan takbur ini menguasai diri kita selagi itulah jualan kita pasti tidak ke mana jua akhirnya. 

Bila telah diketahui di mana salah dan silap kita maka mohonlah kemaafan kepada mereka merendah diri mengakui akan kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan. Jangan seperti melepaskan batuk di tangga sahaja tapi lakukanlah dengan bersungguh-sungguh dengan cara

i.             Ikhlas dan jujur sejujurnya akan apa yang telah berlaku dan dilakukan memaklumkan kesalahan dan kesilapan kita.

ii.           Nyatakan apa kesilapan dan kesalahan yang dilakukan walaupun mereka sememangnya telah mengetahui kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan itu.

iii.          Jangan lari tapi bertanggungjawablah sepenuhnya walaupun begitu pahit untuk kita menanggungnya.

iv.          Elakkan dari memberi sebarang alasan dan ulasan dengan lebih lanjut lagi.

v.            Tarik kepercayaan mereka semula dengan cara berjanji untuk buktikan semula perbetulkan semula akan apa juga kesalahan dan kesilapan yang dilakukan.

vi.          Lakukan secara berhemah dan bersopan merendah diri menyesal akan apa yang berlaku dan dilakukan.

vii.        Pastikan apa yang diperkatakan dilakukan bukan setakat janji kosong sahaja.

Jangan malu dan mudah merasa bimbang, gentar, risau dan takut akan apa yang dilakukan. Berlapang dada memaklumkan kemaafan kita sudah pasti mereka juga akan berlapang dada terhadap kita. Mungkin akan ada juga melenting marah dan kecewa namun kita yang mengalah dulu kena ambil risiko demi menjaga maruah dan tugasan kita melakukan jualan. Dah kita yang lakukan kesilapan dan kesalahan kena redha lah jawabnya demi menjaga masa depan dan periuk nasi kita sendiri.


Read more >>

Selasa, 7 Oktober 2014

MENANTI BAJET 2015



Sumber gambar : www.bharian.com.my


Tak lama lagi pembentangan bajet akan diadakan. Setiap tahun Perdana Menteri sudah pasti akan membentangkan apa rancangan dan perancangan pihak Kerajaan demi memastikan negara masih di tahap yang dimahukan. Rakyat pasti ternanti-nanti apa bajet kali ini akan apa yang mahu dibentangkan dan diperkatakan. Apakah hala tuju dan kehendak Kerajaan Malaysia lakukan dan mahukan terutamanya kehadiran tahun 2015.

BRIM (Bantuan Rakyat Satu Malaysia), GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) mahupun kesan kenaikan petrol baru-baru ini sudah pasti akan di bincangkan lagi. Apa rakyat akan peroleh dan apa yang kerajaan akan dapati dan belanjakan semua menjadi perhatian rakyat. Maka akan jadilah terlalu ramai pakar-pakar akan memberi hujah dan pendapat di media-media utama sama ada media penyiaran dan media cetak menyokong 100% apa juga yang di perkatakan oleh Dato Seri Perdana Menteri nanti sebagai seorang Menteri Kewangan 1 Negara walaupun mungkin ada majoriti rakyat tidak menyetujuinya.

Nampaknya kos kehidupan naik sehebat kenaikan harga petrol baru-baru. Ramai yang bersungut dan merungut bagaimana untuk mengurus perbelanjaan kehidupan dipadankan dengan pendapat yang diterima. Semuanya kena diseimbangkan agar apa juga perbelanjaan yang dibelanjakan tidak sama sekali melebihi apa yang diperoleh. Mungkin yang menjual sudah pasti antara menaikkan harga yang dijual ataupun terpaksa menambah jam menjual hanya semata-mata untuk menampung kos kehidupan yang semakin meningkat. Itulah yang mampu dilakukan dari berterusan mengeluh dan mengkritik kerajaan seolah-olah pemimpin negara hanya mendengar di telinga kiri dan terus terusan keluar pula di telinga kanan.

Mampu kah kita melakukan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang dalam kehidupan kita? Di mana tabungan kita dan bagaimana pula pelaburan jika untuk harta dan anak-anak kita. Semuanya perlu difikirkan dengan bijaksana dan berhemah. Dah biasa makan ayam tak kan setiap masa nak makan telur ayam sahaja. Selera makan perlu di jaga sedangkan Rasulullah pun melarang kita berpuasa setiap hari melainkan bulan Ramadhan. Inilah harapan rakyat pada bajet kali ini mengharapkan sesuatu yang positif akan diberikan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan menengah. 

Sememangnya kesan kenaikan petrol baru-baru ini cukup mencengkam dan dirasai oleh semua rakyat Malaysia. Bagi yang menjual terpaksa memikirkan sama kos pengangkutan untuk bertemu bakal pembeli dan pelanggan ke hulu ke hilir walaupun hanya bermotosikal sahaja. Semuanya terpaksa dihadapi dengan berlapang dada dengan hati yang terbuka. Menghadapi sebarang kemungkinan walaupun di luar jangkaan perlu disemadikan dalam hati walaupun terpaksa dan dipaksa. Berdoalah ke hadrat Allah agar apa juga tugasan yang kita lakukan dipermudahkan sentiasa melakukannya walaupun masing-masing akan cuba pertahankan dengan bajet sendiri yang serba ada. Panjatkan doa juga agar Allah sentiasa membuka hati dan perasaan pemimpin-pemimpin kita sentiasa memikirkan tindakan terbaik buat kepentingan rakyat jelata semua. Nantikan pembentangan Belanjawan Bajet Baru Negara tidak lama lagi nanti agar akan ada berita-berita gembira dalam mengharungi kehidupan sehari-harian kita di masa akan datang. 


Read more >>