Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 4 Oktober 2014

BERKORBAN MELAKUKAN JUALAN




Berkorban apa sahaja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia. Lirik yang di petik dari lagu Berkorban Apa Sahaja dendangan dan ciptaan Tan Sri P Ramlee yang membuktikan bahawa manusia sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa berkorban harta dan nyawa demi mahu mencapai apa yang di inginkan. Tidak kira walaupun terdapat rintangan dan halangan yang terpaksa ditempuh namun kerana inginkan sesuatu sudah pasti memerlukan pengorbanan.

Renungkanlah semula kisah Nabi Ismail yang sanggup menyerahkan diri sendiri demi perintah Allah yang diterima melalui bapanya Nabi Ibrahim melakukan korban atas dirinya sendiri. Tidak mengeluh, tidak memberikan alasan mahupun tidak melawan Nabi Ismail tetap menerimanya secara total atas perintah Allah walaupun ketika itu Nabi Ibrahim hanya meminta pendapat dan pandangan daripadanya. Besar sungguh pengorbanan Nabi Ismail yang begitu sabar dan taat pada suruhan Allah dan ayahnya. 

Ini di buktikan dalam surah As-saffat ayat 102, Firman Allah bermaksud “Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayangan ku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelih mu; maka fikirkanlah apa pendapat mu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepada mu; insyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar". Besar sungguh pengorbanan Nabi Ismail sanggup menyerahkan nyawa dan dirinya sendiri.

Berkorban pada jalan yang betul sudah pasti Allah akan memberkatinya dan membantu akan apa yang dikorbankan. Demi melakukan tugasan jualan kita sanggup melakukan apa sahaja asalkan produk yang dijual mampu diterima ramai dan mendapat sambutan. Sanggup bersengkang mata, bergerak ke sana dan ke sini, makan dan minum tidak menentu apatah lagi masa yang ada terus-terusan digunakan demi melakukan jualan demi jualan. Berkorban apa saja asalkan dapat memenuhi apa yang diidamkan dan dimahukan. Semuanya ditolak ke tepi asalkan apa yang dimahukan dapat dipenuhi dan dicapai sebaik mungkin.

Berkorban apa sahaja asalkan niat yang telus dan ikhlas dapat disemaikan dalam jiwa dan sanubari kita melakukannya. Selagi hayat di kandung badan selagi pernafasan masih berterusan berkorbanlah demi mencapai cita-cita dan impian. Selagi kita masih mampu untuk menolong dan membantu di samping selesaikan masalah mereka selagi itulah kita di landasan yang benar dan betul melakukan jualan. Berkorbanlah ketepikan dahulu kepentingan diri sendiri dan kepuasan mendapatkan pendapatan semewah yang mungkin. Kita tolong orang sudah pasti mereka dan Allah akan membantu kita. 

Hayatilah sebaik mungkin konsep korban yang dianjurkan dalam Islam sempena kehadiran Aidil Adha ini. Ada pelajaran dan pengajarannya di sebalik kehadiran Aidil Adha ini untuk kita pelajari dan hayati. Kalau kita mampu korbankan diri kita bergerak aktif dalam melakukan jualan, tidak boleh juga kah kita berkorban demi bakal pembeli, pelanggan, majikan, bisnes yang telah dibina dan produk yang ditawarkan semata-mata memastikan pengorbanan kita masih mampu memuaskan hati dan perasaan mereka juga. Selagi apa yang kita lakukan mengikut syariat selagi itulah pengorbanan yang kita berikan akan mendapat keredaan Allah sentiasa. Ingatlah setiap rezeki yang kita peroleh ini semuanya hadir dan menjelma dari kurniaan Allah semata-mata, hanya usaha sahaja yang menentukan sama ada rezeki yang diperoleh tersebut sedikit atau banyak sahaja. Berkorbanlah demi Agama, karier, pendapatan dan kepuasan dalam kita melakukannya.
Read more >>

Jumaat, 3 Oktober 2014

PERGUNAKAN PENGALAMAN MEREKA




Segala pengetahuan dan pengalaman bakal pelanggan jangan diabaikan. Apa yang mereka tahu dan alami pada penggunaan produk kita mahupun pesaing kita perlu diambil berat sama. Mungkin boleh memedihkan telinga kita disebabkan komplen itu dan komplen ini tapi untuk mengetahui kelemahan produk dan servis kita mahu tak mahu kena ambil tahu. Pekakkan sahaja telinga kita tahan sabar dan elakkan mudah menjadi marah yang bukan-bukan. Yang penting apa yang mereka perkatakan boleh dijadikan pengajaran dan iktibar buat kita perbaiki semula mana-mana bahagian jualan kita yang didapati ada kelemahan dan kekurangannya pula.

Ada petuanya kalau nak selamat dalam menjual pastikan terlebih dahulu jangan sama sekali 

i.             Mudah memandang rendah keupayaan dan pengetahuan mereka. Pengalaman mereka mungkin mampu menjana untuk kita jadikan satu pengalaman baru buat kita. Jangan mudah berlagak merasakan mereka serba tak tahu walaupun mereka asyik berdiam diri membisu seribu bahasa. Berhati-hati dalam memberi penerangan dan keterangan produk dan servis kita. Sekali mereka mengeluarkan suara dikhuatiri nanti tak terjawab pula.

ii.           Jangan mudah membuat dan melakukan andaian dan tanggapan yang bukan-bukan terhadap mereka. Mudah sangat memandang rendah keupayaan mereka nanti kita yang terjebak balik tak tahu nak jawab apa pula untuk pertahankan dan membalas apa yang mereka persoalkan pula nanti. Jangan sukarkan keadaan kerana andaian dan tanggapan kita itu.

iii.          Siapa pun di hadapan kita jangan bersangka buruk merasakan mereka tidak mahu untuk menerima, tidak mampu dan tidak berminat langsung. Selagi tidak diberikan penerangan dan kefahaman terhadap mereka tentu terlalu sukar nanti untuk menjual pula. Jangan terlalu memilih dan cerewet. Selagi kita ikhlas dan mahu membantu siapa pun juga sudah pasti ada yang akan terkulai dengan tawaran yang akan kita kemukakan nanti.

iv.          Jangan sama sekali menipu dan kelentong yang bukan-bukan. Sentiasa jujurlah dalam apa juga tindakan kita melakukan jualan. Sekali orang tahu kita kaki menipu sampai bila-bila sudah pasti mereka tidak akan mahu mempercayainya lagi.

Berikan yang terbaik. Kejayaan bukan datang kalau empat perkara di atas kita amalkan. Jujur dan ikhlas dalam menjual. Berkata benar walaupun mungkin ada kepahitannya dikhuatiri ada yang tidak mampu kita sorokkan. Selagi segala kebaikan, kelebihan dan kehebatan produk dan servis kita jual pada produk yang kita tawarkan nanti sebagai satu nilai tambahan buat mereka sudah pasti pada akhirnya akan diterima juga pada akhirnya. Asalkan dapat selesaikan masalah mereka itu lebih diutamakan. Bersusah-susah dahulu tapi di kemudian hari nanti bersenang-lenang pula mampu untuk  kita peroleh.
Read more >>

Khamis, 2 Oktober 2014

TIDAK SEMUANYA MUDAH DI TERIMA




Dengan segala usaha dan kudrat yang ada telah kita curahkan segala-galanya memberikan penerangan dan penjelasan yang dimahukan. Berbuih-buih mulut tanpa mengira siapa pun di hadapan kita bersabar dan tetap bersabar asalkan mereka faham dan mahu berurusan dengan kita. Semua yang dilakukan terasa betul dan benar sama sekali tanpa adanya sebarang kecacatan dan kekurangan. Begitulah kita dalam menjual sentiasa memberikan yang terbaik buat mereka di luar sana.

Kita betul dah tapi malangnya mereka masih merasakan kita masih tidak betul dan tidak mahu untuk menerimanya. Terasa penat dibuatnya apa yang kita tawarkan sama sekali tidak diterima oleh mereka si bakal pembeli. Hebat macam mana pun kita lakukan jualan tetap berkeras untuk mereka masih tidak mahu menerimanya. Alangkah malangnya nasib kita rasakan ketika itu. Dalam hati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya betapa kecewa dan luluhnya hati dan perasaan kita atas kegagalan jualan yang dilakukan. 

Jangan mudah mengeluh dan merungut. Tetap pertahankan kesabaran kita. Jangan sampai menjadi putus asa dan kecewa yang bukan-bukan. Bukankah segala yang berlaku itu ada hikmah. Sekali gagal bukan gagal seterusnya. Hadapi dengan berlapang dada dengan hati yang terbuka. Bersangka baik kerana mereka juga ada hak untuk menentukannya. Mungkin ada kesilapan atau kekurangan yang telah kita lakukan. Muhasabah semula lakukan penilaian semula mengesan segala kekurangan dan kesilapan yang telah kita lakukan untuk diperbetulkan semula secepat mungkin. Bak kata Sayidina Umar Al-Khattab ‘Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung nanti’.

Read more >>

Rabu, 1 Oktober 2014

HADIRKAN KEPERCAYAAN MEREKA





Nak jual cara mudah kena usahakan cari jalan dapatkan kepercayaan bakal pembeli. Bukan jerit ‘lelong lelong’, ‘harga murah’ atau ‘siapa tak beli rugi’. Semuanya hanya satu tarikan sahaja. Adat orang nak menjual semuanya dijadikan satu sumber tarikan untuk menarik minat untuk pembeli merapatkan diri mereka sahaja kepada orang yang menjual. Nak dapatkan kepercayaan belum lagi selagi produk tersebut belum dilihat, di pegang atau tawar menawar belum dilaksanakan lagi.

Semuanya memerlukan kepercayaan. Percaya pada produk, percaya pada harga dan yang paling penting sekali percaya pada si penjualnya. Semuanya memainkan peranannya untuk mudah memikat dan mem pesona kan hati bakal pembeli. Nampak macam susah sahaja tapi kalau tidak dilakukan mana nak tahu susah atau tidaknya. Lalui dengan sebaik mungkin agar apa yang dilakukan cukup berbaloi dengan apa yang kita usahakan.

Dalam mendapatkan kepercayaan bakal pembeli akan apa yang kita lakukan pastikan kita lakukan perkara berikut terutamanya dalam kita menawarkan sesuatu produk kepada mereka. Tindakan tersebut adalah

i.                    Yakin diri
Bukan over confident tapi memadailah yang kita yakin boleh dan mampu untuk melakukannya. Tahu pengetahuan produk dan mampu jelaskan jika terdapat sebarang permasalahan atau bangkangan dalam kita menjual. Berkata benar apa yang kita perkatakan di samping menampilkan penampilan diri yang terbaik. Sentiasa mengukir senyuman, berhemah dan bersopan. Jangan sama sekali merasa riak setiap kali kita bertemu bakal pembeli kita merasa mereka cukup mudah untuk menerima tawaran. Lakukan sebaik mungkin dengan keupayaan diri yang ada.

ii.                  Tunjukkan kita membantu
Wang segala-galanya. Dapat untung baru rasa syok nak jual. Naik semangat untuk melakukannya. Relak dulu jangan gopoh sangat. Tindakan awal kena bantu mereka dulu senangkan mereka dengan memahamkan kepada mereka apa produk yang ditawarkan ini boleh membantu mereka. Kita bantu mereka sudah pasti mereka akan bantu kita pula dengan cara menerima tawaran yang dikemukakan. Barulah wujud win-win situation. Bantu dulu lepas dulu sudah pasti wang akan mengalir kepada kita.

iii.                Bersabar melayan kerenah
Dapat bakal pembeli yang cerewet dan berlagak memang tension. Inilah kerenah yang perlu kita hadapi dengan muka yang manis. Sentiasa berikan penerangan yang memuaskan walaupun terpaksa memakan masa yang panjang sedikit. Setiap kali kita bersabar sudah tentu Allah membalasnya dengan ganjaran tanpa kita sedari. Selagi kita bercakap betul dan benar secara berhemah dan bersopan kenapa perlu dirisaukan. Bersabarlah dan ingatlah Firman Allah ini yang bermaksud “Sungguh berbahagialah orang yang sabar dan mahu memaafkan, karena perbuatan seperti itu termasuk perbuatan-perbuatan yang sangat utama.” (Surah As Syura Ayat 43).

iv.               Jujur dan ikhlas
Sikap yang mudah diperhatikan oleh bakal pembeli atas penjual yang menawarkan produk. Kalau dilakukan dengan jujur dan ikhlas sudah pasti hati mereka akan lebih mudah terpaut dengan apa yang kita perkatakan. Jangan sama sekali menipu mahupun kelentong cerita yang bukan-bukan. Bakal pembeli bukannya bodoh dan mudah menerima apa yang diuar-uarkan. Tunjukkan akhlak yang baik bukan lakonan kerana lambat laun sudah pasti mereka akan ketahui juga nanti sama ada apa yang kita lakukan betul ataupun tidak. Berhati-hatilah.

Lakukan sebaik mungkin. Sahabat-sahabat Rasulullah pernah bertanya “Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?” lalu Rasulullah SAW menjawab: Orang yang paling baik akhlaknya.” (Hadis Riwayat At-Thabarani). Amat terpuji kalau akhlak kita cukup kita jaga dan pelihara dengan begitu baik sekali. Akhlak yang baik sudah semestinya akan lebih memudahkan lagi mendapatkan kepercayaan dan keyakinan mereka atas apa yang kita lakukan. Bertindak sebijak-bijaknya.

Read more >>