Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 11 September 2014

Pelbagaikan IDEA




Tak kira dengan siapa pun kita berinteraksi dan bersembang paling tidak pun kita tahu apa yang kita sembang kan. Jangan main cakap bualkan sehingga orang tak faham pula apa yang kita sampaikan. Kadang-kadang kita akan bertemu dengan seseorang yang boleh kita lakukan jualan begitu sahaja tanpa perlu bertanyakan minat atau hobinya terlebih dahulu. Tapi ada juga orang yang kita temui memerlukan pembukaannya menyentuh tentang isu-isu semasa atau apa yang berlaku sekelilingnya.

Semuanya memerlukan cetusan idea yang pelbagai memerlukan sedikit sebanyak pengetahuan untuk kita memulakan percakapan bila berinteraksi. Kita yang memerlukan mereka sudah pasti dalam perbualan pun kita perlu memulakan ia dahulu. Selagi kita tidak bersedia tidak mampu untuk memulakannya sudah pasti menjadi satu kebuntuan pula untuk kita melakukan jualan.

Pengajaran untuk kita agar mendapatkan ilmu bukan sahaja tentang jualan tetapi juga pelbagai topik yang sedikit sebanyak perlu juga untuk kita ketahui seperti berita-berita semasa, sukan, ekonomi dan sebagainya mengikut minat bakal pembeli yang kita temui. Bukan nak jadi Prof serba tahu tapi cukuplah sekadar mengetahui apa yang berlaku pada sekeliling kita. Semakin banyak yang kita tahu menjadikan satu kelebihan buat kita sebagai modal terbaik untuk bersembang dan pembuka bicara. Modal bukan setakat duit sahaja tetapi modal idea juga perlu untuk kita cari dan pergunakan dengan sebaik mungkin.

Ambil langkah berhati-hati agar apa yang kita tahu itu kena pada tempat dan situasinya. Sebarang ulasan dan buah fikiran itu biarlah yang kita benar-benar tahu. Cari jalan mudah tak tahu katakan tak tahu tapi bila sesuatu itu kita ketahui jangan berlebih-lebih pula. Patut padan sudahlah. Penting melakukannya untuk mendapatkan komunikasi dua hala dari kita bercakap seorang-seorang seperti bercakap di hadapan cermin. Bila dah mula berinteraksi dan merasa selesa barulah boleh dihujani pula dengan pelbagai soalan yang kita perlukan jawapannya bagi memudahkan lagi kita ketahui apa produk yang bersesuaian dengan apa yang mereka mahukan.


Read more >>

Rabu, 10 September 2014

KEGAGALAN YANG DICARI?




Tak pernah lagi kedengaran mahu mendapat kegagalan dalam apa juga bidang yang diceburi. Semuanya berkehendakkan dan mahukan kejayaan dalam kehidupan masing-masing. Tidak dikiralah apa niat sekalipun sama ada untuk mengejar kehidupan, pujian, kesenangan, menunjuk-nunjuk ataupun menjadikan diri itu hebat semuanya mahu mencapai kejayaan. Apa pun pasti bergantung kepada niat yang kita tetapkan. Begitulah hebatnya yang dinamakan kejayaan sehingga begitu berebut-rebut orang mahu memilikinya.

Inilah bukti kenapa kegagalan sudah pasti orang tidak mahukan sama sekali. Bagai berlari untuk menangkap bayang sudah pasti tiada siapa pun yang mahukan kegagalan. Bila disebut sahaja gagal sudah pasti akan memberikan kesan dan impak yang tidak baik pada sesiapapun. Dengan kegagalan seseorang akan menjadi seorang yang putus asa, kecewa, begitu merendah diri, kebingungan dan mula hilang minat untuk melakukan jualan.

Bagi mengelakkan kegagalan dalam melakukan jualan terdapat 3 perkara penting yang perlu disemai dan dilakukan sentiasa iaitu

i.             Sentiasa berfikiran positif boleh melakukannya. Kalau orang lain boleh dan mampu untuk melakukannya kenapa kita masih tidak mampu lagi. Mesti ada salah dan silapnya kita gagal seperti mereka yang berjaya. Bukan kerana semangat tidak kuat tetapi semangat yang kuat kena ada pendirian yang kukuh untuk melakukannya walaupun terdapat pelbagai rintangan, cabaran dan dugaan yang menimpa. Selagi kita berfikiran negatif selagi itulah kita tidak ke mana. Berubah kepada sangkaan yang baik agar apa juga tugasan yang kita lakukan sudah pasti dapat dilakukan dengan sebaik yang mungkin.

ii.           Kemahiran perlu dilatih dan dipelajari setiap masa. Tiada siapa pun lahir-lahir sahaja di dunia ini terus menerus pandai dan cekap di dunia ini. Kena belajar dari seseorang baik dari segi pengalamannya atau pemerhatian kita kepadanya. Sebaik-baik mendalami kemahiran setiap apa yang dipelajari dilakukan tindakan dengan segera agar setiap kesilapan dan kesalahan yang dilakukan boleh diperbetulkan dengan cepat. Kerana itu kehadiran seorang mentor amat diperlukan agar lebih mampu mengawal, menyelia dan menasihati akan segala pergerakan diri kita apabila melakukan jualan

iii.          Sentiasa mohon bantuan dan pertolongan dari Allah SWT. Hanya Allah tempat kita bergantung dan kepada Allah jua tempat kita berlindung. Segala cabaran dan dugaan yang kita hadapi dan tanggungi adalah ujian dari Allah yang perlu untuk kita tempuhi dengan kecekalan, ketabahan dan kesabaran. Mohon lah pada Allah minta apa yang kita mahukan kerana Allah bukannya mahu apa-apa pun daripada kita tapi sebenarnya kitalah yang amat-amat memerlukan Allah dalam kehidupan sehari-hari kita.

Yakin dengan apa yang kita lakukan. Dalam apa juga kesukaran dan kepayahan menghadapi jualan yang kita lakukan sudah pasti ada kesenangannya pula Allah akan berikan kepada kita. Selagi kita berusaha dengan cara dan kaedah yang betul kenapa perlu risau dan bimbang dibuatnya. Melakukan jualan semuanya berpunca dari usaha sendiri dan bukannya berpeluk tubuh mengharapkan simpati orang. Tiada istilah kegagalan andai kata apa yang kita lakukan bertindak menurut apa yang kita rancang kan. Selagi kita percaya pada diri sendiri boleh melakukannya berilah fokus sewajarnya agar apa yang kita mahukan boleh dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin.


Read more >>

Selasa, 9 September 2014

PHP




Ada kalanya dalam melakukan jualan terdapat beberapa perkara yang kita lakukan telah memberikan satu pengharapan yang besar kepada pelanggan dengan cara

i.             Menetapkan waktu temu janji tapi pada akhirnya sampai ke sudah tidak juga bertemu

ii.           Pelanggan telah membayar wangnya menerima tawaran tapi malangnya seminggu telah berlalu namun produk tidak kunjung tiba

iii.          Mengatakan ada promosi terbaru dengan diskaun yang hebat namun bila tawaran diterima tiba-tiba promosi yang dinyatakan tersilap kata atau maklumkan

iv.          Berjanji memberikan perkhidmatan yang terbaik tapi bila telah menjadi pelanggan telefon mereka pun tidak dijawab

v.            Mulut manis sentiasa merendah diri tapi secara realitinya seorang pembelit dan penipu besar rupanya.

Inilah yang ditakuti oleh kita semua. Di kenali sebagai PHP (Pemberi Harapan Palsu) perlu dijauhi. Jangan sampai orang ramai mengelar kan PHP dalam kehidupan kita nanti  hingga kiamat nanti orang pasti tidak akan percaya kepada kita. Lebih banyak orang akan bersangka buruk terhadap kita sampai bila kita boleh melakukan jualan? Kita yang melakukan jualan sudah pasti amat mengharapkan sokongan dan maklum balas yang positif dari mereka bagi memajukan karier dalam bidan jualan ini. Tapi oleh kerana terlalu mementingkan diri kita sehingga sanggup menjadi PHP amat-amatlah dikesali.

Biar lambat asalkan selamat lebih baik kita lakukan dari kita melakukan asal lambat biar selamat. Lambat kerana lebih berhati-hati bukan sengaja lakukan yang lambat memuaskan hati dan perasaan kita sahaja. Memang di yakini bahawa takkan lari gunung di kejar namun menghargai dan menghormati perasaan orang lain adalah menjadi keutamaan kita melakukan jualan. Tindakan segera dan pantas perlu dilakukan asalkan jangan lakukan PHP cukuplah.

Jika inilah ada pada diri kita berubahlah segera. Jangan bijak memberikan harapan palsu kepada siapa pun juga. Akibatnya diri sendiri juga yang menanggung ke tidak baik kan perangai yang kita tonjolkan ini. Orang akan mula mengata yang bukan-bukan terhadap segala tindakan kita, mudah bersangka buruk dan yang paling mendukacitakan kita nanti adalah orang akan mula tidak percaya dan yakin akan apa yang kita lakukan selama ini. Berhati-hati dengan apa juga tindakan kita selama ini.


Read more >>

Isnin, 8 September 2014

HARGA BUKAN SEGALA-GALANYA




Yakin dalam melakukan jualan amat dituntut. Keyakinan semakin tinggi bermakna semakin memudahkan lagi tugasan dalam melakukan jualan. Pasti tergagap-gagap dalam percakapan, perasaan risau dan bimbang dapat diatasi dengan sebaik yang mungkin hanya disebabkan kedudukan yang terbaik pada produk yang ditawarkan. Sememangnya bila yakin telah diperoleh melakukan jualan terasa amat mudah untuk dilakukan. Binalah keyakinan berlandaskan pada keikhlasan dan kesungguhan kita melakukan jualan dan bukan sama sekali yakin bila dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk yang kita ini amat terror dalam melakukannya di hadapan orang ramai.

Bila keyakinan telah diperoleh sejauh mana pula keyakinan kita terhadap harga yang ditawarkan? Majoriti bakal pembeli berkehendakkan harga memainkan satu isu yang paling utama sebelum tawaran boleh dikemukakan. Berapa ramai yang mahukan kualiti jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan. Semuanya tertakluk pada harga yang ditawarkan. Memang harga memainkan peranan utama dalam penawaran tapi tidak mustahil ada perkara lain boleh juga untuk dipengaruhi.

Ambil tindakan sewajarnya ketahui apa logik akal tawarkan harga yang disyorkan agar mudah bagi kita memberikan penerangan dan mengatasi bangkangan jualan jika ada. Jangan kerana harga segala keyakinan kita akan hilang begitu sahaja. Harga bukan penentu segala-galanya dalam diri seseorang menerima tawaran yang dikemukakan. Bagaimana kita menghuraikan memberi kefahaman dan apa kelebihan produk kita jika dibandingkan dengan produk pesaing perlu dilakukan dengan sebaik yang mungkin.

Mahirkan diri kita sebaik yang mungkin agar keyakinan yang ada tidak mudah luntur. Petah bercakap belum bermakna mudah untuk melakukan jualan tapi mahir dan yakin dengan apa yang kita lakukan sudah pasti menjadi satu kelebihan dan keuntungan buat diri kita melakukan jualan. Fokus dengan apa yang kita lakukan dan sentiasa beringat bahawa harga bukan penentu mutlak bagi bakal pembeli untuk menerimanya bulat-bulat.

Read more >>

Sabtu, 6 September 2014

JUALAN DARI RUMAH KE RUMAH




Sudah menjadi satu kebiasaan seseorang yang melakukan jualan sudah pasti akan dipandang serong oleh bakal pembeli. Tahu sahaja kita ini hendak menjual sudah pasti perasaan yang bukan-bukan bersangka buruk pasti akan menjelma. Belum lagi membuka mulut perkenalkan diri sudah difikirkan pelbagai tanggapan dan andaian tentang orang yang melakukan jualan yang bukan-bukan. 

Masalah yang cukup besar yang menimpa bagi orang yang menjual adalah ketika cuba menjual di premis-premis kediaman. Bukan senang untuk melakukannya. Terdapat pelbagai kes-kes yang tidak elok pernah berlaku yang melibatkan kes pecah rumah, rompakan, penipuan, penculikan dan sebagainya yang semuanya boleh disabitkan dengan kes-kes yang melibatkan pihak polis pada akhirnya. Berpunca dari inilah kenapa walaupun terdapat orang di dalamnya namun bila di beri salam atau loceng rumah dibunyikan namun buat endah tak endah sahaja si tuan rumah duduk diam membisu bahasa begitu sahaja.

Ini lah keadaan dan fenomena yang perlu ditempuh oleh mereka yang inginkan melakukan jualan dari rumah ke rumah. Terdapat terlalu banyak sangkaan buruk berlaku hanya disebabkan banyak kes-kes yang bukan-bukan telah berlaku sebelum ini yang banyak menjadi pengajaran dan iktibar kepada mereka-mereka yang tinggal di rumah kediaman tatkala semua jiran tetangga telah keluar pergi mencari rezeki dan bekerja di tempat lain.

Adalah menjadi saranan saya, kalau boleh elakkan menjual di rumah-rumah kediaman terutamanya ketika waktu orang ramai sibuk keluar bekerja. Terdapat banyak lagi cara dan kaedahnya kalau kita ingin menjual seperti pembukaan kaunter di surau atau dewan taman perumahan tersebut di samping pengedaran risalah-risalah produk masih mampu dilakukan. Sejarah telah membuktikan bahawa ramai penjahat yang lebih suka menyamar mencari maklumat bagaimana cara terbaik untuk menceroboh terutamanya ketika sunyi dan orang sekeliling tiada di kawasan tersebut. 

Tiada siapa pun yang ingin menyerah diri kepada penjenayah dan begitu jugalah pada si penjual tidak akan mahu melakukan jualan jika terlalu sukar untuk mendapat sambutan akan tawaran yang dikemukakan. Fikirkanlah cara dan kaedah terbaik dari membuang masa melakukan jualan dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain. Terlalu banyak negatif dari positifnya. Jaga imej dan diri kita dari mendapat sangkaan buruk yang bukan-bukan oleh masyarakat. Cara yang betul sudah pasti akan memberikan kesan yang baik pada jualan kita sendiri.



Read more >>