Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 4 September 2014

WASPADA PEMBELIAN ONLINE




Trend pembelian sekarang lebih terjurus kepada pembelian online. Betapa mudah dan senangnya melakukan pembelian secara alam maya ini yang hanya memerlukan sama ada komputer ataupun telefon pintar. Selagi ada talian Internet sama ada di langgan ataupun melalui WIFI percuma yang ada cukup memadai untuk melakukan transaksi yang dimahukan. Tidak kiralah sama ada pembayaran dilakukan melalui pembelian secara penggunaan kad kredit, kad debit ataupun pemindahan wang melalui akaun bank yang di nyatakan. Semuanya pasti boleh dilakukan mengikut kemampuan masing-masing. Bila hati dah berkenan bukan di kiranya, habis di rembat apa yang dimahukan.

Banyak tawaran-tawaran yang dikemukakan lebih hebat dari jualan konvensional yang dilakukan. Diskaun-diskaun dan tawaran-tawaran harga rendah pasti mampu untuk memikat mereka-mereka yang memerlukan. Hanya sebagai satu peringatan agar apabila melakukan pembelian online ambillah langkah berhati-hati dan berjaga-jaga agar apa juga yang kita beli ataupun berkehendakkan produk tersebut tidak tertipu dengan tawaran yang dikemukakan. Ambillah tindakan berhati-hati terlebih dahulu sebelum penyesalan boleh diperoleh.

Satu peringatan  yang di ambil dari keratan akhbar:

Pengguna harus memainkan peranan bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan antaranya tidak terburu-buru membuat pembelian dan harus memastikan peniaga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sehingga kini, 616 syarikat dan 19,198 peniaga yang menjalankan aktiviti atau perniagaan melalui Internet berdaftar dengan SSM. Beberapa panduan di sarankan KPDNKK bagi mengelak mangsa penipuan dengan

i.             Buat perbandingan harga dahulu dan peka dengan harga pasaran serta jangan mudah terpedaya dengan penawaran harga murah

ii.           Semak latar belakang syarikat atau perniagaan di Malaysia yang menawarkan produk di Internet dengan membuat pengesahan alamat perniagaan dan lesen perniagaan dengan (SSM) bagi mengesahkan ketulenan perniagaan

iii.          Untuk lebih kepastian, buat kajian dengan membaca maklum balas orang yang pernah membeli barang daripada syarikat atau individu yang sama

iv.          Lakukan transaksi hanya melalui laman web yang selamat dan boleh dipercayai. Seelok-eloknya pastikan pemilik laman web itu memiliki ikon yang menunjukkan ia mengambil pendekatan program keselamatan tertentu.

v.            Sekerinya membeli dari laman web asing atau syarikat luar negara, elok di fikirkan kos dan nilai barangan mengikut mata wang tempatan termasuk kos yang perlu ditanggung untuk proses penghantaran ke rumah kerana kebiasaannya kos penghantaran lebih mahal daripada di sangka

vi.          Dapatkan butiran peribadi penjual dengan menghubungi terlebih dahulu bagi sahkan barangan yang hendak dibeli termasuk tempoh masa barangan akan sampai

vii.        Pastikan kaedah pembayaran dan elak daripada mendepositkan wang ke pemegang akaun selain daripada nama penjual

viii.       Baca dan fahami terma dan syarat pembelian, sekiranya boleh memulangkan barang jika tidak berpuas hati terutama produk berbeza yang di hantar ke rumah

ix.         Cetak resit atau bukti pembayaran untuk di simpan sehingga produk yang di beli sampai ke tangan

(Sumber : BERNAMA. Berita Harian Rabu 9hb julai 2014)


Read more >>

Rabu, 3 September 2014

ELAKKAN 6 TINDAKAN KETIKA BERHUBUNG




Mendapatkan temu janji dari panggilan telefon yang dilakukan adalah salah satu aktiviti jualan yang perlu dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Dari senarai prospek yang diperoleh setelah semakan, tapisan dan saringan dilakukan maka bermulalah episod menghubungi setiap prospek yang dijangka dan dimahukan oleh kita sendiri mengikut apa yang kita mahukan. Semua yang dilakukan semata-mata kerana mahu mendapatkan temu janji bagi memudahkan lagi kita melakukan jualan. 

Ambil tindakan sentiasa berwaspada dan beringat sentiasa agar di penghujung bicara nanti tidak akan gagal memperoleh temu janji yang dimahukan. Sudahlah penat melakukan semakan, tapisan dan saringan atas senarai nama-nama bakal pembeli yang ada, bila dihubungi pula langsung tiada maklum balas menyatakan persetujuan untuk menerima seperti mana yang dihajatkan. Alangkah sia-sia sahaja tindakan kita ini.

Antara tindakan-tindakan yang perlu berhati-hati apabila menghubungi mereka adalah

i.             Jangan terlalu yakin yang mereka pasti telah bersetuju apabila kita menyatakan mahu bertemu dan bersua dengan mereka

ii.           Jangan terlalu selesa merasakan apa yang kita lakukan pasti diterima bulat-bulat dan dipercayai sepenuh hati

iii.          Jangan merasa diri terlalu hebat yang mereka mentah-mentah begitu senang menerima kehadiran diri kita

iv.          Jangan bercakap laju dan pantas seperti serangan menggunakan mesin gun langsung tidak memberi peluang orang lain untuk bercakap dan menyapa

v.            Jangan pula bila bercakap asyik terputus-putus dan tergagap-gagap dibuatnya. Sampai ke sudah orang akan bosan dan meluat dengan apa yang kita perkatakan

vi.          Jangan berterabur tanpa adanya susunan yang baik secara ringkas, jelas dan padat

Jaga lah dengan sebaik yang mungkin 6 perkara yang dinyatakan di atas apabila kita sudah mula berhubung dan berinteraksi dengan siapa pun yang kita hubungi. Minimum kan tindakan yang boleh membawa kesilapan dan kesalahan agar hasil yang dimahukan boleh dijelmakan. Sentiasa memastikan dan bermuhasabah setiap masa agar kesempurnaan tugas bagi mendapatkan temu janji sudah pasti boleh diperoleh dengan sebaik yang mungkin.


Read more >>

Selasa, 2 September 2014

KEGAGALAN DALAM TIM JUALAN




Memeningkan kepala bila kakitangan jualan yang diambil dan dilatih mengikut acuan yang kita mahukan masih gagal bertindak melakukan jualan seperti mana yang telah berjaya melakukannya. Seolah-olah ada batu penghalang dan pendinding untuk mereka melakukannya yang terbaik buat dirinya. Mulalah kita sebagai ketua atau peneraju tim jualan merasakan serba tidak kena dan timbul satu penyesalan mengapa kita perlu mengambil dirinya pula.

Perlulah diingat mereka sebenarnya bukanlah seorang yang kalah tetapi hanyalah tidak berprestasi seperti mana yang kita harapkan. Mungkin terdapat banyak faktor yang mungkin kita kena ketahui kenapa ia nya terjadi di mana antaranya adalah

i.             Salah tugasan. Kena ketahui di mana kekuatan dan kelemahan mereka. Pergunakan kekuatan mereka tapi jangan sesekali menyerang kelemahan mereka. Selagi kita menyerang kelemahan mereka sudah pasti kekuatan diri mereka langsung tidak kita sedari.

ii.           Kekurangan latihan dan memberikan latihan. Selagi latihan tidak diberikan selagi itulah pengetahuan tentang tugasan menjadi kabur dan terpinga-pinga dibuatnya. Jangan kerana kita dah tahu segala-galanya kita mudah merasakan orang lain turut sama seperti kita. Elakkan berfikiran sebegini kerana ia nya boleh menghancurkan harapan orang lain pula. Lain orang tidak sama tahap kepandaiannya. Adunkan sebaik mungkin agar segala masalah yang timbul boleh diselesaikan dengan sebaik yang termampu.

iii.          Terlalu baik hati dengan kakitangan yang diambil bertugas. Semuanya kita katakan ya walaupun kakitangan tersebut melakukan kesalahan dan kesilapan yang disengajakan. Main tidak apa sahaja asalkan kita sanggup menjaga hati dan perasaan kakitangan tersebut dari menjaga periuk nasi kita sendiri.

iv.          Tiada ketegasan sehingga apa yang berlaku kita main mudah menerimanya. Sepatutnya kita yang merencanakan pergerakan mereka melakukan jualan bukannya mereka yang menentukannya pula. Seolah-olah semua nya ya sahaja bagi kita apa yang mereka perkatakan. 

Jangan berikan perkataan-perkataan yang negatif kepada mereka seperti ‘bodoh’, ‘makan gaji buta’, ‘menyesal aku ambil’ dan sebagainya yang boleh menjejaskan kredibiliti kita kepada mereka. Jangan serang dengan sesuka mulut kita menyatakannya. Hormat mereka akan hilang begitu sahaja kepada kita. Satu jari kita tuding kepada mereka bermakna tiga jari lagi ke arah diri kita menyatakan tidak betulnya kita akan apa yang kita tudingkan. Berfikirlah dengan sebaik mungkin sebelum kita melakukan tindakan.


Read more >>

Isnin, 1 September 2014

BILA HADIRNYA CUTI UMUM




Bagi kakitangan jualan yang bercuti pasti merasakan bila terdapatnya hati cuti umum pasti akan berehat sepenuh hati tidak kira asyik tidur sepanjang hari, pergi berjalan melancung ataupun menonton TV sepuas hati. Semuanya dilakukan asalkan jiwa dan perasaan merasa tenang dan tenteram tanpa adanya gangguan dari pihak atasan. Rehat se rehat-rehatnya seolah-olah tiada siapa yang boleh mengganggu dan memberi arahan sesuka hati.

Bagi peniaga-peniaga yang benar-benar bergantung harap pada perniagaan mereka untuk menampung kehidupan mereka pasti melakukan jualan dengan lebih bersungguh. Pasti segala stok dan persiapan awal dilakukan dengan sebaik mungkin mengharapkan agar setiap jualan yang dilakukan mendapat sambutan yang cukup luar biasa pada hari semua orang sedang bercuti. Ambil kesempatan semaksimum yang termampu agar hasil jualan yang dilakukan sekurang-kurangnya dapat menampung jualannya pada hari-hari kebiasaan yang dilalui.

Itulah perbezaan orang yang melakukan jualan antara yang makan gaji dan bekerja sendiri. Berehat dan relak pada yang makan gaji tapi tidak pada yang berusaha sendiri. Ini lah lumrah alam yang dilalui oleh setiap insan yang hidup di dunia ini. Masing-masing mempunyai cara dan kaedah yang tersendiri bagaimana mereka melakukan jualan asalkan dapat menampung kehidupannya di dunia ini sehari-hari.

Inilah ragam kita yang menjual. Lakukan sebaik mungkin kerana Rasulullah sememangnya menyarankan kita melakukan pekerjaan seperti mana hadis daripada Abdullah bin Mas’ud dan Anas bin Malik Rasulullah bersabda ‘Bekerja mencari rezeki adalah fardu ke atas setiap Muslim’ (Riwayat Tabrani dan Dailami). Menjual mengikut keadaan. Makan gaji atau bekerja sendiri kita yang menentukannya. Asalkan mampu untuk menampung kehidupan selagi itulah lakukan dengan sebaik yang mungkin penuh dengan kejujuran dan keikhlasan yang ada. Jangan di kira hari cuti ataupun tidak selagi kita berusaha untuk mendapatkannya sudah pasti apa yang kita hajati kalau diusahakan pasti akan menjelma juga. Mohonlah pada Allah agar setiap apa yang kita lakukan sentiasa dipermudahkan dan disenangkan setiap masa.

Read more >>