Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 5 Ogos 2014

TERHENTINYA PENAWARAN




Mendebarkan bila proses melakukan penawaran sedang berlaku dan terjadi. Amat mengharapkan agar setiap penawaran yang ditawarkan boleh diterima setiap kali oleh bakal pembeli atau pelanggan. Melakukan jualan bukan semudah logik akal dalam mengira matematik. Ada kalanya menyeronokkan kerana boleh diterima oleh mereka tapi masalahnya amat menyedihkan jika penawaran langsung tidak mahu diterima pula oleh mereka.

Perlu kepada tindakan berhati-hati dan berwaspada sentiasa. Bukan semua penawaran boleh diterima dengan semudah apa yang kita sangka kan. Mungkin tindakan-tindakan berikut boleh menggagalkan tindakan kita dalam melakukan penawaran tidak mahu diterima oleh mereka hanya disebabkan

i.             Tidak memberikan nilai tambahan pada produk yang ditawarkan. Segala kelebihan dan perkara-perkara lain telah gagal kita nyatakan kepada mereka. Bukan setakat produk tersebut sahaja tetapi apa nilai-nilai tambahan yang lain yang boleh mereka peroleh hanya dengan bersetuju menerima produk yang ditawarkan.

ii.           Masih tidak berupaya untuk mendapatkan kepercayaan mereka terhadap kita yang melakukan penawaran. Mungkin keyakinan diri kita belum terserlah atau gaya pertuturan kita yang masih tidak mampu untuk kita lontarkan dengan baik

iii.          Kit jualan yang kita gunakan mungkin tidak mencukupi seperti mana seperti biasa kita lakukan. Ada sahaja yang tertinggal atau tidak kita tambah kepada maklumat-maklumat yang terkini.

iv.          Tidak sedari mood mereka dalam keadaan yang tidak mengizinkan kita melakukan penawaran

v.            Mungkin salah sasaran bakal pembeli atau pelanggan yang kita temui yang membuatkan mereka langsung tidak menghiraukan kehadiran diri kita

Memang mudah terhenti atau terputus dengan apa yang kita lakukan tidak disambut baik oleh bakal pembeli atau pelanggan yang kita temui. Kena bermuhasabah sentiasa kenal pasti di mana terletaknya kegagalan mahu pun kesilapan yang telah kita lakukan. Elakkan mudah merasa putus asa dan menanggung kecewa tetapi setiap kegagalan yang kita lalui bangun semula untuk kita perbetulkan mana-mana yang tidak berjaya dan mengena dengan apa yang telah kita lakukan. Setiap pembetulan itu sudah pasti ada wujud kesempurnaan dalam apa yang kita lakukan.



Read more >>

Ahad, 3 Ogos 2014

BISU SEKEJAP SAHAJA




Elok kalau di amalkan ketika berinteraksi atau ketika memberikan persembahan. Tiba-tiba membisu seketika ketika menjual. Bukan kerana tersentak atau panik tapi sekurang-kurangnya memberi banyak ruang kepada kita dan mereka memberikan satu keputusan yang di mahukan. Per banyakkan bersabar dan tenang dalam melakukannya. Jangan gopoh dan tergesa-gesa tapi beri tumpuan sewajarnya.

Bukan di tuntut buat bodoh sahaja tapi kena membisu seketika dan sekejap sahaja bagi tujuan

i.             Beri peluang mereka berfikir sama ada mereka faham atau tidak apa yang kita sampaikan. Sekurang-kurangnya kita turut memahami di peringkat mana yang masih belum difahami mereka dan untuk kita ulang semula beri kefahaman sewajarnya.

ii.           Beri ruang pada mereka untuk mula berinteraksi secara dua hala. Ada sesi mencelah dibenarkan agar memudahkan mereka kemukakan persoalan-persoalan yang sepatutnya. Lagi banyak soalan yang di kemukakan lagi banyak yang boleh di fahami oleh mereka dan kita.

iii.          Sekurang-kurangnya kita boleh fikirkan apa tindakan selanjutnya. Tidaklah nanti kita terlalu merapu atau panik yang bukan-bukan. Susun strategi yang memberi keyakinan dan kefahaman kepada mereka mendapatkan kepercayaan dan minat mereka pada produk yang ditawarkan.

iv.          Sememangnya keadaan dan situasi yang dihadapi boleh memberikan satu ruang dan peluang yang melegakan pada kedua-dua pihak. Sudah tentu keharmonian ketika berinteraksi dapat di kekalkan sehingga penghujung pertemuan nanti.

v.            Elakkan kepentingan diri sendiri bagi memberikan banyak peluang kepada mereka untuk mengetahui lebih mendalam lagi. Sekurang-kurangnya kita akan lebih memahami apa yang mereka cari dan mahukan untuk disesuaikan dengan produk yang ditawarkan.

Jangan gopoh dan jangan melatah yang bukan-bukan. Tindakan yang wajar perlu dilakukan oleh memberikan kesan dan impak yang baik pada ketika kita melakukan jualan kepada mereka. Penawaran yang baik dan memuaskan hati mereka sudah pasti memberikan yang terbaik buat mereka untuk lebih terpesona, yakin dan kepuasan terhadap apa yang ditawarkan. Sekurang-kurangnya tidaklah kita panik yang bukan-bukan ketika kita menjual.


Read more >>

Sabtu, 2 Ogos 2014

BERHADAPAN DENGAN PESAING




Adat orang menjual mesti ada persaingannya. Begitulah lumrahnya dalam kita menceburi bidang ini. Jangan mudah mendabik dada merasakan apa yang kita lakukan sudah pasti semudah pengiraan matematik. Fikir logik akal sudah pasti semuanya mudah sahaja untuk dilakukan. Tapi dari segi realitinya sebenarnya terlalu banyak yang perlu untuk kita tempuhi dan salah satu daripadanya adalah persaingan. Tidak kiralah dari pesaing yang menjual produk yang sama ataupun tidak semuanya perlu untuk kita hadapi dengan hati yang terbuka, tabah, tenang dan sabar.

Kerana itu apabila kita bersaing pastikan kita jangan melakukan perkara-perkara berikut

i.             Mudah memandang rendah pesaing yang ada.

ii.           Tidak mudah berdendam, sakit hati dan geram akan apa juga tindakan mereka.

iii.          Tidak memburukkan pesaing di hadapan bakal pembeli atau pelanggan.

iv.          Jangan mengikut gerak jualan seperti mereka seolah-olah kreativiti dalam jualan langsung diketepikan langsung.

v.            Sebaik-baiknya jangan bermusuh dengan mereka tapi berkawan dan bersahabatlah dengan mereka walaupun dalam bidang yang sama. Banyak yang boleh dipelajari dari mereka yang mungkin tidak kita ketahui caranya.

vi.          Tidak mudah percaya dan menerima membabi buta kalau ada orang atau bakal pembeli dan pelanggan yang suka memburukkan pesaing-pesaing kita. Mungkin ada agenda atau provokasi yang pasti tidak kita ketahui di sebaliknya.

vii.        Mudah berputus asa merasakan pesaing adalah lebih baik dan bijak dari tindakan kita.

Fokus dan bersangka baik. Berfikiran positif sentiasa agar kita sentiasa boleh beriltizam dalam melakukan jualan. Mungkin sasaran pelanggan yang sama tapi semuanya dapat dibezakan hanya dari segi bagaimana penerangan yang kita terangkan dan bagaimana gaya perkhidmatan yang mampu kita hulurkan kepada mereka. Kenapa perlu kecewa dan sedih dalam memperjuangkan jualan yang kita lakukan? Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Yakin dan percayalah.
Read more >>

Jumaat, 1 Ogos 2014

BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH




Bekerjalah dengan sebaik-baiknya. Lakukan dengan bersungguh dan gigih memastikan apa yang dilakukan boleh dicapai walaupun terdapat pelbagai rintangan, cabaran dan masalah yang timbul. Biarlah apa yang orang boleh perkatakan namun itu semua adalah perkara biasa yang perlu kita hadapi dengan ketabahan yang ada. Paling utama setiap usaha yang dilakukan adalah dengan cara yang bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat lelah dan keletihan yang perlu kita lalui. 

Bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW bersabda ‘Allah sangat menyukai mana-mana hambanya yang bila melakukan sesuatu kerja dilakukan dengan bersungguh-sungguh’ (Hadis Riwayat Baihaqi). Rasulullah sendiri telah menyatakan bahawa setiap usaha yang dilakukan tidak kira pekerjaan apa sekalipun yang tidak bertentangan dan berlawanan dengan syarak perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Tiada istilah curi tulang atau mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Apatah lagi melakukan secara menipu atau berbohong demi memuaskan nafsu sendiri demi kepentingan peribadi. 

Semuanya dilakukan dengan hati yang terbuka secara bersungguh-sungguh dan gigih melakukan sebaik mungkin demi mencapai apa yang dimahukan. Inilah satu pegangan perlu ada dalam diri kita agar memperlakukan tugasan secara bersungguh-sungguh sudah pasti mendapat ganjaran bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat sama. Bukan mengharapkan atau menyalahkan takdir sahaja tanpa satu usaha yang gigih perlu dilakukan.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda ‘telah berfirman Allah SWT kepada malaikat pembahagi rezeki kepada Bani Adam : manakan hamba Ku yang kamu temui menunjukkan harapannya kepada Aku semata-mata, maka jamin kan rezekinya langit dan bumi. Dan mana satu hamba ku yang kamu temui sedang mencari rezekinya, sesungguhnya dia sedang menuntut keadilan, maka lorongkanlah jalan-jalannya, tetapi jika dia menuntut selain dari itu, maka biarkanlah antara mereka dengan apa yang mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan memperoleh lebih daripada apa yang telah Aku tentukan untuk mereka’ (Hadis Riwayat Abu Naim).

Lakukanlah setiap tugasan secara bersungguh-sungguh. Biarpun penat dan letih sekalipun mencari rezeki dan sesuap nasi sebagai bekalan hidup namun kesungguhan perlu diutamakan. Rezeki takkan datang bergolek andai kata tiada usaha yang dilakukan. Setakat berdoa dan merancang sahaja tapi tiada tindakan sudah pasti tidak ke mana. Semuanya bergantung kepada usaha kita sendiri. Semakin hebat kita berusaha semakin hebatlah juga hasil yang mampu untuk kita kecapi. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh kerana setiap usaha yang dilakukan pasti ada ganjarannya.


Read more >>