Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 8 Jun 2014

KENA ADA UMPAN



Satu istilah yang sering digunakan dalam menjual. Umpama memancing, nak dapatkan ikan pasti akan gunakan umpan. Nak mudah mendapat ikan kena pastikan umpan yang diberikan adalah umpan yang terbaik bukan main letak umpan yang bukan-bukan. Begitulah dalam menjual kena pandai dan kena pada tempatnya untuk mengumpan. Semuanya dilakukan untuk hanya semata-mata untuk menarik perhatian dan pandangan bakal pembeli atau pelanggan yang dimahukan.

Apa yang dimaksudkan dalam umpan ini agar perangkap yang digunakan boleh mengena dan menjerat bakal pembeli atau pelanggan ini adalah

i.             Menampilkan penampilan yang menarik dan mempesonakan. Tak perlu seksi-seksi yang boleh menyeksa pandangan orang. Cukup lah sekadar kemas tidak selekeh di hadapan mata bakal pembeli atau pelanggan. Penampilan yang menarik pasti sesiapapun mahu untuk berdampingan.

ii.           Menyediakan cenderamata-cenderamata walaupun kosnya tidaklah seberapa mahal nilainya. Hanya sekadar mampu dan boleh disediakan sebagai kenang-kenangan mereka berurusan dengan kita untuk dikira sudah cukup memadai.

iii.          Berinteraksi sebagai seorang konsultan yang mampu selesaikan masalah mereka mengetahui apa masalah sebenar yang ditanggung oleh mereka. Jangan malu-malau banyakkan bertanya dari memberikan penerangan untuk ketahui apa masalah sebenar mereka

iv.          Bantu mereka tolong sedaya upaya kita berikan nilai perkhidmatan yang terbaik buat mereka.

v.            Per mudahkan jangan disukarkan. Orang akan lebih mudah terpesona pada tindakan kita kalau mereka melihat kita menjual rupanya lebih banyak memudahkan mereka dari menyukarkan sama sekali apa yang mereka mahukan

vi.          Berhemah dan hormat kepada siapa pun kita menjual. Jangan mudah mendabik dada yang kita lakukan adalah semuanya betul dan benar sahaja. Beri peluang kepada mereka memaklumkan apa sahaja yang mereka mahukan agar kita tahu sesuaikan apa produk yang sepatutnya mereka terima dari kita

Pergunakan sebaik mungkin. Jangan mengeluh dan merasa sukar. Berikan yang terbaik kerana manusia akan lebih mudah terpesona dan terpikat dengan kelembutan dan keramahan kita dalam berinteraksi dengan mereka. Umpan kepada perkara-perkara yang sepatutnya dan bukan mengumpan atas perkara-perkara yang kita rasakan betul sahaja. Kita hendak memikat mereka dan bukannya kita hendak memikat diri kita sendiri. Setiap yang baik pasti hasilnya akan baik juga kepada kita. Jangan nafikan kerana itu buktinya kita perlu lakukan yang dikehendaki oleh mereka agar keyakinan dan kepercayaan mereka pada akhirnya dapat juga kita peroleh.



Read more >>

Sabtu, 7 Jun 2014

MENGHARAP SESUATU




Berhempas pulas mendapatkan penutupan jualan sememangnya amat memeritkan apatah lagi jika bangkangan dan bantahan jualan terpaksa pula dihadapi. Semuanya terpaksa dilakukan dengan lebih berhati-hati dan berwaspada agar apa juga percakapan yang dikeluarkan tidak sama sekali menampakkan kemarahan  atau kekecewaan kita mendapatkan penutupan jualan. Semuanya perlu dilakukan dengan sebaik yang mungkin.

Ini lah dilema yang perlu ditanggung oleh mereka yang menjual. Sebelah pihak mengharap dan sebelah pihak lagi buat-buat tak kisah. Sememangnya ada pertentangan pendapat dan kemahuan.  Bagi kita yang mengharap sememangnya harapan tinggi menggunung. Semua yang dilakukan pasti terdorong dengan harapan yang ada agar pada akhirnya penutupan jualan boleh diperoleh sama sekali.

Inilah harapan dalam menjual. Harapan sahaja kalau tiada usaha yang betul sudah pasti seperti debu yang berkeliaran begitu sahaja. Harapan bukan satu perancangan tetapi harapan adalah sesuatu yang perlukan tindakan yang betul untuk menjadi satu realisasi yang dimahukan. Semuanya bergantung kepada perancangan, tindakan dan susulan sama ada boleh atau tidak untuk melakukannya.

Jangan biarkan pengharapan yang ada menjadi sesuatu yang mustahil untuk dilakukan hanya kerana kesilapan dan kegelojohan kita melakukan jualan. Tidak sama sekali mengharapkan keajaiban dalam melakukan jualan. Semuanya tertumpu dan terletak pada usaha yang diusahakan. Tiada tindakan sudah pasti keputusan yang diinginkan akan hilang begitu sahaja. Bukankah rezeki telah Allah berikan hanya tinggal usaha sahaja untuk mendapatkannya. Bertindak mengikut perancangan dan bukannya membabi buta melakukan jualan. Keputusan akhir pasti ada semuanya bergantung pada tindakan dan usaha kita juga akhirnya.


Read more >>

Jumaat, 6 Jun 2014

SENTIASA BERSYUKUR




Sesiapapun juga yang sering lalai atas perintah Allah sememangnya mudah dipermainkan syaitan melakukan perbuatan keji dan tidak disukai oleh Allah. Sering kali menjadikan nafsu berjaya mengawal diri sendiri dari Iman dan takwa yang ada sepatutnya mengawal diri kita. Semakin kita leka semakin mudah kita akan tergelincir dari landasan yang sepatutnya. Ini boleh menjadikan diri kita semakin lupa dan alpa pada kehebatan dan keagungan Allah SWT. Marilah kita sentiasa menghubungkan diri dengan Allah Yang Maha Pencipta sekalian alam dengan cara mengingati kebesaran Nya, mengingati segala rahmat Nya dan nikmat kurniaan Nya yang sentiasa dicurahkan kepada kita.

Fikirlah sejenak, hanya dalam keadaan tidur pun, Allah mengirimkan rahmat Nya ke dalam tubuh kita untuk menggerakkan jantung dan paru-paru. Oksigen kita hirup melalui udara adalah rahmat Allah yang diperlukan oleh badan supaya kita boleh hidup. Mampu untuk berfikir dan bergerak ke sana ke sini juga di kira satu rahmat juga dari Allah. Bukankah besarnya pemberian dan penganugerahan Allah terhadap diri kita? Bukan itu saja, banyak lagi rahmat yang dikurniakan Allah kepada kita. Wajar kah manusia lupa terhadap Allah? Tidak pernah mengingati dan menyebut nama Allah, tidak pernah bersyukur dan memuji Allah, bahkan tidak pernah beribadah menyembah Allah?

Allah menyeru manusia supaya selalu ingat dan jangan lupa terhadap Nya dalam firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan sebanyak-banyaknya.” (Surah Al-Ahzab, ayat 41).

Bersyukurlah sebanyak yang mungkin tentang apa yang telah kita lalui dalam melakukan jualan. Bersyukur sebagai tanda terima kasih dan kasih sayang kita terhadap Allah yang telah banyak membantu diri kita melakukan jualan dengan senang, mudah dan boleh dilakukan. Setiap penutupan jualan sudah pasti mampu memberikan kegembiraan kepada kita seolah-olah kita telah memenangi satu piala pertandingan pula. Semua kegembiraan itu sudah pasti datang dan hadir dari pertolongan dan bantuan dari Allah SWT juga.

Ingatlah Allah yang sentiasa memberikan pengaruh hebat dan besar kepada manusia dari segi rohani dan jasmani. Seorang pemimpin yang diamanahkan yang banyak mengingati Allah, sudah tentu akan memberi pengaruh dan kesan besar terhadap corak pemerintahan serta kepemimpinannya. Apa juga cabaran sudah pasti dianggapkan sebagai satu ujian dari Allah SWT menguji tentang kesabaran, ketenangan dan kecekalannya untuk dihadapi. Manakala pekerja dan kakitangan di bawah seliaannya yang banyak mengingati Allah akan memberi kesan mendalam untuk melaksanakan tugas, amanah, tanggungjawab dan kewajipannya. Semuanya bergerak seiring dan saksama kalau ini dapat diamalkan dan dilakukan secara bersama dan sekata. Allah berfirman yang bermaksud: “Oleh itu ingatlah kamu kepada Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan, dan bersyukurlah kamu kepada Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat Ku).” (Surah Al-Baqarah, ayat 152)

Orang yang sentiasa mengingati Allah, Allah akan sentiasa mengingatinya, jiwanya menjadi tenang, hatinya tenteram, jauh dari perasaan gelisah. Hasilnya, lahirlah budaya pekerti dan tutur kata mulia. Semua orang merasa senang dan bahagia bersamanya, walaupun kehidupannya serba kekurangan. Firman Allah yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah hanya dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Ar-Rad, ayat 28).

Hanya jiwa yang tenang pasti akan membolehkan seseorang untuk melakukan tugasan seperti yang di mahukan. Mana bisa seseorang yang kepalanya berserabut dan penuh dengan masalah boleh dan mampu untuk melakukan tugasan yang diberikan. Kepada yang berserabut sudah tentu menyukarkan kita melakukan jualan. Macam mana untuk berinteraksi dan memberikan presentasi yang terbaik. Semua fokus akan lari tenggelam begitu sahaja. Tidak ini akan memberikan kesan yang cukup negatif kepada segala tindakan kita?

Lakukanlah penyerahan diri terhadap Allah dengan sepenuh hati. Sentiasa berdoa kepada Allah akan mempermudah kan lagi tindakan kita melakukan jualan. Dipermudahkan jangan disukarkan. Minta pada Allah akan sentiasa menghulurkan bantuan dan pertolongan setiap masa dan ketika tidak kira dalam apa juga keadaan dan suasana. Sentiasa mendoakan agar setiap bakal pembeli atau pelanggan mudah menerima tawaran yang di kemukakan oleh kita. Firman Allah yang bermaksud: “Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada kami dengan nada rendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran) dan syaitan pula memperelok kan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.” (Surah Al-An’am, ayat 43).

Rasulullah SAW juga banyak mengingatkan umatnya supaya sentiasa mengingati Allah. Sabda Baginda yang bermaksud: “Mahu kah aku beritahukan kepada mu sebaik-baik amalan kamu dan paling bersih (banyak keberkatan) di sisi Tuhan mu, paling tinggi darjatnya, dan lebih baik bagi kamu menafkahkan emas dan perak, dari (berperang) menghadapi musuh, lalu kamu penggal leher mereka atau mereka memenggal leher kamu? Jawab sahabat: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: Iaitu zikrullah.” (Hadis riwayat Tarmidzi, Ibnu Majah daripada Abu Darda).

Bersyukurlah dengan apa yang ada dan yang telah kita nikmati bersama. Jangan mudah lupa diri apatah lagi bangga diri sewenang-wenangnya. Ingat kekuasaan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Hebat. Tanpa Allah siapalah kita di dunia ini. Nak makan pun minta pada Allah apatah lagi memudahkan kita melakukan ibadat dan tugasan. Elakkan diri kita dari lupa dan alpa mengingati Allah seperti mana yang telah di ajarkan oleh Rasulullah seperti yang telah ajar kepada sahabat baginda Muadz Bin Jabal iaitu: “Ya Allah tolonglah aku, supaya (dapat) sentiasa mengingati Mu dan mensyukuri serta memperbaiki ibadat ku kepada Mu.” (Hadis riwayat Abu Daud). Tidak kira di mana pun kita berada dan lakukan, sentiasa hadirkan Allah dalam diri kita. Sesungguhnya, kita adalah hamba Nya yang hebat di dunia dan berjaya di akhirat kelak. Lakukan sebaik mungkin agar senang di dunia senang juga di akhirat sama.



Read more >>

Khamis, 5 Jun 2014

DENGAR SAJA




Menjual bukan setakat bercakap sahaja. Perlukan kepada mendengar. Kena ada kemahiran belajar untuk mendengar dan fahami apa yang mereka perkatakan. Bukan disuruh untuk membisu sahaja tetapi perlukan interaksi pada mendengar dengan lebih tekun dan beri tumpuan sewajarnya. Selagi kita tidak mendengar selagi itulah segala permasalahan dan kemahuan mereka tidak akan kita fahami dan ertikan sama sekali. Bukan rugi pun cuma yang rugi nya kita masih tidak pergunakan kebolehan kita untuk mendengar.

Dengar sahaja. Mencelah untuk mengetahui lebih lanjut lagi dan ciptakan seberapa banyak soalan yang berkaitan agar mereka bakal pembeli atau pelanggan mahu bercakap dengan apa yang kita mahukan sebenarnya. Pendengaran kena baik dan elok untuk fahami setiap bait-bait percakapan yang diutarakan. Mendengarlah walau apa keadaan sekalipun apabila

i.             Mereka sedang bercakap

ii.           Mereka sedang marah sekalipun

iii.          Mereka sedang mengeluh dan merungut

iv.          Mereka mahu kita mendengarnya

v.            Mereka timbul rasa tidak puas hati kerana apa sahaja

vi.          Mereka mahu kita memihak kepada mereka

vii.        Mereka tidak yakin dan percaya dengan apa yang kita perkatakan

viii.       Mereka merasakan kita tidak jujur dan ikhlas pada mereka

ix.         Mereka meluahkan apa yang tersimpan selama ini

x.           Mereka mula percaya dan yakin kepada kita

Dengar dengan teliti dan cermat. Tidak mudah mengatakan tidak faham atau tidak memahaminya kerana mungkin boleh melukakan hati dan perasaan mereka. Berhemah dan bersopan dalam melontarkan soalan-soalan kepada mereka agar setiap soalan yang diberikan tidak menyentuh tentang keperibadian mereka pula. Tugas utama kita untuk menjual dan bukannya untuk mengorek rahsia kehidupan mereka.


Read more >>