Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 13 Mei 2014

APABILA DI PUJI




Tidak dinafikan orang yang melakukan jualan sememangnya suka dipuji. Kadang-kadang pujian itu hanyalah sekadar memaklumkan betapa disiplinnya kita hadir awal dalam mesyuarat dalaman setiap hari itu pun dirasakan amat seronok yang amat sangat mendengarnya. Begitulah orang jualan, pantang dipuji habis lupa diri dibuatnya. Tinggi diri tak tentu hala jadinya. Inilah yang dikhuatiri, pujiannya sedikit namun lupa dirinya dan bangga dirinya masya-Allah hanya Allah yang Maha Mengetahuinya. Seolah-olah dunia ini bagai kita yang punya. Nak kena puji dulu baru kerja boleh dilakukan.

Pernah kah lagi kita di puji seperti berikut :

i.             Memuji akan kehebatan dalam melakukan jualan sehingga bertemu dan berjumpa dengan siapa pun juga pasti penutupan jualan diperoleh

ii.           Kita paling hebat setiap bulan mencapai sasaran yang diberikan

iii.          Keutamaan mendapatkan pelanggan sehingga orang lain tidak berkemampuan seperti kita melakukannya

iv.          Menerima imbuhan dan komisen tertinggi dari orang lain

v.            Setiap kali mendapat tawaran lawatan percuma ke luar negara asyik muka kita sahaja yang pergi

vi.          Mendapatkan penutupan jualan perkara paling mudah dirasakan

vii.        Mudah bangga diri apabila ada sahaja orang memuji kerja dan tugasan kita

viii.       Kita seorang sahaja yang mampu melakukan gerak kerja yang paling efektif jika dibandingkan dengan orang lain.

Orang nak puji kita terimalah dengan sebaik yang mungkin. Jangan ditengking atau bermasam muka pula. Lemparkan senyuman tunjukkan kegembiraan kita. Cukuplah sekadar itu. Jangan berlebih-lebihan pula takut kita mudah lupa diri, sombong, berlagak, ego dan tinggi diri. Seolah-olah kita hebat sangat sehingga kita terlupa sebenarnya ada orang yang lebih hebat dari kita. Jangan nak nafikan kerana Allah jadikan manusia ini kalau kita ok lakukan tugasan bermakna masih ada orang lain lagi yang terlalu ok jika dibandingkan dengan kita. 

Beristighfar sentiasa agar kita sentiasa merendah diri dan malu dengan menerima pujian dari orang sama ada dari pelanggan, majikan atau pun pengeluar produk. Nak seronok dan bergembira sekalipun biarlah berpada-pada dan kena pada tempatnya. Bukankah ini hidup umpama roda, sekejap di atas tidak mustahil pula satu hari nanti kita akan di bawah pula. Bersedia menghadapi keadaan dan situasi dalam apa juga keadaan sekalipun tanpa perlu di puji dan di hambur dengan beribu-ribu kata manis kepada kita.


Read more >>

Isnin, 12 Mei 2014

ANTARA KENALAN DAN KENALKAN




Mengambil kesempatan atas kenalan atau diperkenalkan perlu bijak untuk diambil peluang. Melepaskan setiap oportuniti yang ada pasti akan menyekat kan aktiviti kita dalam melakukan jualan. Jangan mudah mendabik dada setiap kenalan dan orang perkenalkan kepada kita begitu mudah untuk memperolehnya. Semua bermula dari diri kita juga sama ada kita mampu atau tidak untuk sentiasa membuka mulut melakukan jualan bertanyakan kepada siapa pun juga kepada mereka-mereka yang memerlukannya tanpa kita ketahui.

Terdapat perbezaan antara kenalan dan diperkenalkan harus kita ketahui. Bila dah ketahui bermakna semakin mudah dan senang untuk kita bertindak pada cara dan kaedah yang betul lagi tepat. Sama sekali kena pastikan setiap yang ada jangan di rugikan begitu sahaja. Pergunakan sebaik mungkin setiap peluang yang ada. Peluang terbaik buat kita bagi mendapatkan penutupan jualan dengan mudah dan senang kalau kena dengan caranya.

Apa yang dimaksudkan dengan kenalan dan kenalkan kepada kita adalah seperti berikut :

KENALAN
KENALKAN
Sememangnya telah kita kenali dan ketahui

Diperkenalkan oleh networking/ pelanggan
Situasi agak santai dan bersahaja

Dalam premis pelanggan
Mudah terhenti kerana perkara-perkara agak peribadi di bincangkan sama

Sentiasa berusaha memikat dan mengambil perhatian
Kita susah payah terangkan

Pelanggan membantu untuk kita
Tiada testimoni
Testimoni dari orang yang perkenalkan

Mudah yakin dan percaya

Mengambil masa sedikit
Biasanya ambil mudah sahaja

Ada kesungguhan melakukan jualan

Tidak kiralah sama ada di perkenalkan atau pun kenalan. Selagi ia nya satu oportuniti pergunakan sebaik mungkin jangan dilepaskan peluang yang ada. Selagi kita terlepas selagi itulah kejayaan yang di idamkan akan berkubur begitu sahaja. Ambil peluang yang terbaik asalkan kita sama sekali tidak mengira siapa pun di hadapan kita. Selagi boleh rembat, lakukan yang terbaik dan digemari oleh mereka yang kita temui.


Read more >>

Ahad, 11 Mei 2014

BILA DI PERLUKAN




Di saat kita di perlukan jangan sama sekali di tangguh dan di leka sama sekali. Peluang yang datang bukannya selalu apabila diperlukan. Gunakan sebaik mungkin agar oportuniti tidak terlepas begitu sahaja. Tidak salah kita ambil berat sedikit berikan keutamaan kepada mereka yang memerlukan diri kita. Ini lah tahap perkhidmatan yang perlu kita tunjukkan dan tonjolkan kepada mereka betapa kita amat menjaga tahap perkhidmatan kita di mata mereka.

Terlalu rugi rasanya kalau kita melakukan penangguhan. Melambat-lambatkan dan merasakan tidak penting pada peluang yang datang bukannya selalu boleh di peroleh. Apabila mereka telah mempercayai kita selagi tidak kita pergi kepada mereka akan memberikan satu impak dan kesan yang buruk dan tidak elok terhadap diri kita sendiri. Sudah tentu ini boleh memberikan mereka peluang pula menghebahkan kepada kenalan dan rakan-rakannya betapa teruknya kita memberikan perkhidmatan tidak seperti yang mereka jangkakan.

Berilah yang terbaik. Utamakan dahulu walaupun mungkin ada urusan lain yang perlu kita selesaikan. Bila sudah ada bakal pembeli atau pelanggan mencari kita, tuah yang datang bergolek jangan sama sekali dibiarkan begitu sahaja. Ambil peluang dan kesempatan yang ada dengan sebaik mungkin. Siapa tahu selepas ini mungkin dari hebahan mulutnya akan hadir pula rakan-rakan dan kenalannya pula berurusan lagi dengan kita. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang mengetahuinya. Jagalah sebaik yang mungkin tahap layanan dan perkhidmatan kita kepada mereka. Berikan yang A1 sahaja agar selepas ini lebih ramai lagi yang akan suka dan gemar menggunakan diri kita menerima tawaran yang di kemukakan.


Read more >>

Sabtu, 10 Mei 2014

7S DALAM JUALAN DAN PERNIAGAAN




Prinsip yang perlu ada dalam melakukan jualan atau perniagaan yang Islam amat-amat perlukan. Semuanya bermula dengan ‘S’ supaya mudah untuk mengingatkannya. Lakukan dengan sebaik mungkin mengikut apa yang diperlukan. Bukan setakat untung di dunia tapi di akhirat sama perlu untuk di kejar dan di kecapi. Bersungguh dalam melakukannya dengan disiplinkan diri bukan sekadar ikut suka-suka hati sahaja.

1.    Solat
Jangan tinggalkan solat. Sebaik-baiknya lakukan di awal waktu secara berjemaah. Paling baik di rumah-rumah Allah yang berdekatan dan berhampiran dengan tempat kita melakukan tugasan.

2.   Sabar
Setiap cabaran, rintangan dan dugaan hadapi dengan tabah dan tenang. Bukan semua ujian yang Allah berikan merupakan kebahagiaan dan keseronokan sahaja. Berdukacita dan berputus asa juga satu ujian yang perlu kita tempuhi sama. Tidak kira apa juga keadaan dan situasi hadapilah dengan hati yang terbuka meminta sentiasa bantuan dan pertolongan dari Allah.

3.   Senyum
Bertemu dengan siapa pun tidak mengira darjat, pangkat, jawatan, kedudukan dan keturunan layanan kena bagi sama. Layanlah mereka seolah-olah mereka tetamu kita di rumah dan janganlah kita terlalu pilih kasih dengan siapa pun. Mentang-mentang tengok selekeh dan tidak teratur langsung kita buat tak tahu sahaja ke tepi kan mereka begitu sahaja. Berhati-hatilah jangan terlalu hipokrit dalam memilih sahabat, teman dan pelanggan.

4.   Sopan
Adab yang baik sampai bila pun akan dikenang orang. Bersopan dan berhemah sentiasa agar mereka tahu inilah trademark kita apabila mereka bersua dengan kita sampai bila-bila. Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa. Lakukanlah dengan ikhlas agar keikhlasan kita dibalas juga dengan keikhlasan dari mereka pula.

5.   Sungguh-sungguh
Nak menjual atau berniaga kena lakukan secara bersungguh-sungguh. Melakukan sambil lewa dan secara suka-suka sahaja nescaya sampai bila pun orang pasti tidak akan mudah percaya dan yakin kepada kita. Jangan sama sekali melecehkan tindakan kita pada pelanggan yang berada di hadapan kita kerana itu menunjukkan keperibadian diri kita kepada mereka.

6.   Syukur
Tiada sama sekali rasa penyesalan. Semuanya bersyukur walaupun dalam keadaan berdukacita tidak mahu menghadapinya. Sentiasa mengingati apa yang berlaku semuanya adalah dari Allah SWT semata-mata.

7.   Sedekah
Yakin dan percaya hebatnya bersedekah. Beri sesuatu mendapat pulangan yang berlipat kali ganda pula kepada kita. Keyakinan menjadi teras utama dalam melakukannya tanpa perlu merasa berbelah bagi atau meraguinya sama sekali.

Nak hebat nak berjaya kena amalkan 7’S’ ini. Rugi kalau tidak diamalkan tambahan pula jika dah tahu. Kuasa Allah sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahuinya. Tak untung di dunia tidak mengapa asalkan tidak fakir di akhirat kelak. Pergunakan sebaik mungkin agar kejayaan sentiasa mengiringi kita. Yang penting kena usaha tengok kejayaan yang boleh dinikmati dan bukannya melihat orang lain sahaja yang berjaya.


Read more >>