Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 9 Mei 2014

BILA WASWAS MENGUASAI DIRI




Kadang-kadang sering kali juga kita merasakan cukup cuak dan waswas dalam melakukan jualan. Segala keyakinan diri dan persiapan rapi telah dilakukan namun begitu mudah pula merasakan curiga dengan diri kita sendiri sama ada apa yang kita lakukan adalah betul ataupun tidak. Kalau ini yang berlaku sudah pasti membawa kesusahan dan kesukaran pula dalam melakukan jualan. Penyakit waswas ini kalau tidak diubati pasti sedikit sebanyak akan mencacat kan lagi tugasan kita dalam melakukan jualan.

Waswas adalah satu penyakit yang perlu dibendung, diubati dan diperbetulkan dengan segera. Jangan dibiarkan berlarutan dan menguasai diri kita. Sekali dibiarkan pasti kita yang akan menanggung derita dan kekecewaan. Tidak mudah untuk melakukan jualan andai kata perasaan waswas mula menular begitu kuat dalam diri kita. Bagaimana hendak berinteraksi menawarkan jualan jika kita asyik waswas sahaja melakukannya. Ini lah yang perlu diperbetulkan dan diperbaiki secepat yang mungkin jika penyakit ini masih wujud dalam diri kita.

Antara penyebabnya yang perlu diperbaiki adalah

i.             Kelemahan pemahaman dan pemikiran
Masih bertarung untuk memahami pengetahuan produk yang perlu difahamkan. Lemah dalam menguasai pengetahuan produk dan berat rasanya untuk memikirkan bagaimana untuk melakukannya. Pelajari segera fahami cepat agar tindakan kita akan berlaku lebih mudah lagi jika pengetahuan produk dapat dikuasai dengan secepat mungkin.

ii.           Tidak belajar apa yang telah berlaku
Pengalaman adalah guru yang terbaik. Tanpa menempuh sesi tawaran dan jualan yang dilakukan sudah pasti pengalaman kita dalam jualan masih tidak ke mana. Pelajari apa yang berlaku sebagai satu iktibar dan pengajaran. Semakin kita dapat mengutip setiap pengalaman yang dilalui berserta dengan pengalaman kenalan yang lain sudah pasti penyakit waswas yang dialami boleh diatasi dengan lebih berkesan lagi.

iii.          Yakin diri belum lagi menjelma
Buat apa sekalipun, yakin diri amat diperlukan. Tak yakin macam mana nak menjual. Tentu sukar dan payah jadinya. Tiada keyakinan diri sudah pasti nak berinteraksi pun jadi tak yakin apatah lagi nak bersembang atau bercakap dengan mereka. Sentiasa lakukan ‘role-play’ bersama rakan niaga atau kenalan rapat agar latihan demi latihan boleh di praktikan dengan sempurna apabila bertemu dengan bakal pembeli atau pelanggan.

iv.          Mengabaikan Allah
Jangan abaikan Allah. Mintalah segala bantuan dan pertolongan dari Allah dengan hati yang penuh tawaduk dan khusyuk terhadap Nya. Per mudahkan segala tugasan dan gerak kerja kita. Dibukakan hijab di hati bakal pembeli atau pelanggan mudah menerima tawaran yang di kemukakan. Hanya Allah tempat kita bergantung dan hanya Allahlah tempat kita mengadu dan meminta-minta.

Terdapat satu kisah di mana sahabat Rasulullah SAW Utsman Bin Abil Ash. Beliau datang menemui Rasulullah SAW dan mengadu kepada baginda katanya ‘Wahai Rasulullah sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solat ku dan membuat bacaan ku terganggu. Rasulullah bersabda : ‘Itulah syaitan yang disebut Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah’. Aku pun melakukan hal itu dan Allah menghilangkan gangguan itu dari. (Hadis Riwayat Muslim). Semoga mengambil iktibar dan pengajaran.


Read more >>

Khamis, 8 Mei 2014

Mudah Mengesan Kedai Guna Pelaris




Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagi mu (Syaitan) terhadap hamba-hamba Ku, kecuali ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat”( Al-Hijr: 42).

Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan ber tawakal kepada Tuhannya” ( An-Nahl : 99).

Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW ” ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285).

Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud. Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh.

Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan,bahkan ada juga dari kalangan artis dan ahli politik yang mendapatkan khidmat tukang-tukang sihir ini.

Ada juga yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini.

Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan penggunaan pelaris kedai. Di sangka kan dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid ,surau-surau dan forom-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih rancak di negara kita Malaysia.

Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini hanya popular di Indonesia dan Sabah Sarawak sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke semenanjung. Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan. Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang disyaki itu benar-benar mengamalkan pelaris atau tidak.

Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam.

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. 

Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan .he he

Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(macam ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :- 

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadis :

Baginda S.A.W telah berkata kepada ku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu”. ( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 )

Sumber: AnakMuaalaf


Read more >>

Rabu, 7 Mei 2014

TUAH YANG DI CARI




Sememang amat menggembirakan andai kata melakukan jualan tuah sememangnya menyebelahi kita sentiasa. Sememangnya amat mengharapkan keajaiban tuah sentiasa berada menyebelahi diri kita tidak kira akan apa juga keadaan yang berlaku dan terjadi. Kononnya dengan tuahlah seseorang akan lebih bersemangat dan bersungguh dalam melakukan tugasan jualan kerana mengetahui tuah sentiasa menyebelahi diri kita. Adakah benar atau hanya satu kebetulan sahaja?

Inilah saranan yang sepatutnya kita lakukan. Mengharapkan tuah sahaja mana boleh hadir begitu sahaja melainkan secara kebetulan sahaja. Semuanya atas usaha kita sendiri dalam melakukannya. Jangan ingat apa yang Allah jadikan diri kita sentiasa hebat dan bertuah sepanjang hayat. Hayatilah erti TUAH ini agar sepanjang hayat kita melakukan jualan sentiasa ada TUAH juga menjelma. Apa yang di maksudkan dengan TUAH ini adalah

T- Tetap

Lakukan secara konsisten dan bersungguh. Tetapkan dalam pemikiran kita agar kita fokus dengan apa yang mahu kita lakukan. Setiap manusia itu ada kelemahannya untuk kita perbaiki setiap masa. Berikan yang terbaik dan terelok bukan sahaja diri kita tetapi juga kepada bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui dan berinteraksi bersama kita. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Istiqamahlah sentiasa agar apa yang kita lakukan benar-benar mengikut apa yang disukai oleh mereka dan Allah. Hubungan Allah kena jaga begitu juga hubungan sesama manusia juga perlu di jaga sama.

U – Usaha
Nak tuah sahaja bermakna kena usaha dengan bersungguh dan gigih. Bukan setakat ‘Work Smart’ sahaja tetapi ‘Work Hard’ pun kena ada. Duduk di atas kerusi mengharapkan tuah sahaja mana nak datang jualan yang diharapkan. Semuanya kena berusaha selari dengan perancangan yang dilakukan. Nak usaha tapi tanpa sebarang perancangan dan pelan macam mana nak kita usahakan. Setiap tindakan kena bijak dan cermat agar apa yang kita lakukan tidak menghasilkan sebarang kerugian di masa hadapan.

A – Amanah
Salah satu sikap Rasulullah SAW yang perlu kita contohi yang amat sangat. Tiada amanah macam mana nak tarik kepercayaan dan minat orang terhadap diri kita yang menjual. Amanah yang dilakukan boleh dibuktikan dengan cara

i.             Ikhlas dengan apa yang dilakukan. Tak ada yang melencong sana dan sini. Tiada yang mengambil kesempatan atas mereka. Tidak sama sekali menipu dan berbohong begitu sahaja. Semuanya dilakukan dengan ikhlas seikhlasnya walaupun mungkin ada yang akan menyusahkan kita dalam melakukan jualan terhadap mereka.

ii.           Kena ada tanggungjawab sepenuhnya. Jangan lepaskan bebanan batu di bahu kita diserahkan pula kepada orang lain atau lari meninggalkan mereka begitu sahaja. Kena ada rasa dan menjiwai tanggungjawab yang diberikan dan diamanahkan. Pikul dengan sebaik-baiknya agar mereka tahu apa yang kita lakukan adalah telus dan tulus.

iii.          Kotakan apa yang telah dijanjikan. Bukan dongengan atau ciptaan mainan penyedap  rasa tetapi penuhi apa yang telah diperkatakan. Selagi kita telah berjanji selagi itulah kita terikat dengan janji-janji kita. Berikan yang terbaik dan tunjukkan setiap apa yang kita perkatakan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Sentiasa ingat jangan mungkir janji dan jangan janji palsu. Semuanya itu akan memusnahkan karier kita dalam menjual. Pepatah ada menyebut kerbau berpegang pada talinya tapi manusia berpegang pada janjinya. Tunaikanlah walaupun mungkin berat untuk dilaksanakan.

H – Hadapi dan hulurkan

Hadapi dengan sebaik mungkin. Kena ada ketabahan, ketenangan dan kesabaran. Unsur 3K ini akan memberikan lebih kecekalan dalam menghadapi apa juga cabaran, rintangan, dugaan dan masalah yang timbul. Walaupun tak kan lari gunung di kejar namun kalau usaha yang dilakukan tidak digemari sudah pasti tawaran kita pasti tidak ke mana. Hadapi segala bangkangan dan bantahan jualan dengan unsur 3K ini sebaik yang termampu.

Setiap apa yang kita lakukan dalam jualan pastikan kita telah sanggup untuk menghulurkan bantuan dan pertolongan kita kepada sesiapapun yang kita temui dengan sebaik yang mungkin. Selesaikan permasalahan mereka dengan produk yang kita tawarkan mengikut kemampuan dan keupayaan mereka untuk menerimanya. Semuanya dilakukan dengan cara memastikan terlebih dahulu apa yang mereka cari dan mahukan terlebih dahulu. Selagi kita tidak membantu dan menolong selagi itulah kita akan gagal dalam melaksanakan jualan kita terhadap mereka.

Rumusan

Inilah TUAH yang di maksudkan untuk mendapat tuah yang sebenarnya. Bukan setakat kata-kata kosong sahaja tetapi tuah yang memerlukan pengorbanan usaha yang bersungguh-sungguh dan gigih untuk melakukannya. Janganlah jadi seperti sekali air bah sekali pantai berubah. Kerana itu kita di saran untuk berusaha secara bersungguh-sungguh dengan kegigihan yang ada bagi memastikan segala usaha yang dilakukan memberikan tindakan terbaik mendapatkan hasil seperti mana yang diinginkan. Bila usaha telah dilakukan sudah pasti tuah yang diharapkan pasti akan menjelma juga akhirnya. Yakinlah dengan apa yang telah kita lakukan selama ini.


Read more >>

Selasa, 6 Mei 2014

Menunaikan hajat di hati melakukan Umrah


Keratan akhbar Berita Harian muka depan bertarikh 5hb Mei 2014

Tertarik dengan berita yang disiarkan di muka hadapan akhbar Berita Harian bertarikh 5hb Mei 2014 berkenaan ramai yang tertipu dengan beberapa pakej umrah yang ditawarkan. Pelbagai cara dan kaedah telah ditawarkan dengan promosi menarik hati mencuri dan mencuit hati dan sanubari mereka yang mempunyai sedikit wang ringgit untuk menunaikan umrah. Terdapat pelbagai pakej yang disediakan mengikut kemampuan seseorang. Di sinilah terletaknya kreativiti syarikat-syarikat pelancongan bagi menarik seberapa ramai yang termampu untuk menjadi tetamu Allah mengerjakan umrah.

Tidak dinafikan ke banyakkan mereka yang pergi untuk menunaikan umrah mengikut niat masing-masing kenapa perlunya menunaikan umrah. Menjadi harapan agar pergi sebagai tetamu Allah adalah semata-mata untuk melakukan amal ibadat seratus peratus tanpa ada sebarang gangguan dan ini masanya untuk berdoa lagi dan lagi agar apa juga yang diminta dan dipohon mudah untuk diperkenankan oleh Allah SWT.

Pelbagai promosi di jalankan dari memasang individu yang berpengaruh sebagai duta atau agen mencari dan mendapatkan pelanggan sehinggalah kepada edaran risalah, kain rentang, taklimat percuma ibadah umrah, menggunakan segala medium yang ada seperti media dan laman sesawang. Semuanya dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Sememangnya mudah terpengaruh bagi mereka-mereka yang mendengar dan mengetahuinya kenapa perlu beribadah dengan melakukan umrah menjadi tetamu Allah.

Bagi mereka yang telah terkena masih gagal melakukan ibadah umrah ini anggaplah dengan hati yang terbuka bagi apa yang berlaku dan terjadi ini adalah ujian dari Allah SWT menguji kesabaran dan ketenangan kita di dunia ini. Bukan menggalakkan orang ramai untuk sentiasa di tipu tetapi sentiasa lah berwaspada dan berhati-hati dalam memilih syarikat pengendali umrah yang menawarkan pakej-pakej yang menarik dengan mengambil tindakan  

i.             Memilih syarikat-syarikat yang benar-benar boleh dipercayai dan diyakini. Sebaik-baiknya mempunyai rekod pengendalian yang baik dan sejarah telah membuktikannya

ii.           Hebahan mulut mereka yang berpengalaman amat berguna untuk kita ketahui. Pergunakan dengan sebaik yang mungkin

iii.          Sentiasa berlapang dada menerima sebarang kemungkinan agar apa juga yang berlaku dan terjadi boleh kita terima dengan sebaik yang mungkin

iv.          Lakukan sedikit penyelidikan dan mengkaji akan segala kebenaran setiap tawaran yang ditawarkan

v.            Tidak mudah terpengaruh dan lakukan pemilihan secara teliti.

vi.          Jangan kerana harga yang murah kita mudah untuk menerimanya. Fikirkan secara logik akal kenapa kita mudah untuk menerimanya

vii.        Perbanyakan solat istikharah bagi tujuan memilih pakej dan syarikat pengendali umrah yang betul.

Dapat pergi ataupun tidak semuanya ujian Allah. Kebiasaannya sesiapa sahaja yang berpeluang menunaikan umrah sudah pasti akan Allah per mudahkan dari awal-awal lagi. Sememangnya sesiapapun yang hendak menunaikan umrah harga bukan faktor utama tetapi layanan perkhidmatan, lokasi penginapan dan penjagaan diri kita oleh mereka yang menawarkan pakej itu yang paling diutamakan. Pilihlah secara bijak bukannya secara rawak janji boleh pergi. Banyakkan solat hajat kepada Allah agar Allah per mudahkan tindakan kita melakukan umrah menjadi tetamu Allah baik di Mekah mahupun di Madinah kelak dengan tahap kesihatan yang terbaik untuk menunaikannya.

Sentiasa beringat akan hadis ini. Daripada Anas Bin Malik ( ra ) berkata , telah bersabda Baginda Rasulullah s.a.w : “ Akan datang ke atas manusia suatu zaman di mana ketika itu orang kaya mengerjakan ibadat haji untuk makan angin dan orang yang mempunyai pendapatan sederhana untuk berniaga , dan para ulama’ kerana riak dan sum’ah, manakala orang-orang fakir pula mengerjakan haji untuk meminta-meminta “. Hadis diriwayatkan oleh Al-Imam Ibnul Jauzi ( rh ) di dalam “ Mutsirul Gharam “ . Hadis di atas turut termuat di dalam Kitab Kasyful Khafa’ Wa Muzilul Ilbas ‘Amma Ushtuhira Minal Ahadits ‘Ala Alsinatin Nas oleh Al-Imam Ismail asy-Syafi’e al-‘Ajlooni ( rh ) yang diriwayatkan pula oleh Al-Imam ad-Dailami ( rh ) dan Al-Imam al-Khatib al-Baghdadi ( rh ) – Hadis no : 3267.

Read more >>