Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 7 Februari 2014

KENAPA PERLU BOROS





Bila hidup dah mula senang dan mewah awasilah sentiasa agar sikap dan sifat boros dan suka berbelanja ke arah yang bukan keperluan dan tidak mematuhi syariah perlu dielakkan sama sekali.  Bukan untuk berdengki atau bebusuk hati tapi sekadar memberi peringatan sesama kita agar setiap wang yang di peroleh berbelanjalah dengan sebaik yang mungkin. Ingat akan masa depan kita, di waktu kecemasan ataupun membeli aset apa yang kita idamkan selama ini. Semuanya perlu dibelanjakan dengan penuh hikmah dengan kesedaran yang tinggi walaupun mungkin pada tanggapan kita memerlukan sedikit perbelanjaan bagi merayakan keupayaan diri kita mencapai kejayaan dalam melakukan jualan.

Yang pasti jangan mudah boros dalam berbelanja. Ingatkan apa yang telah Allah perkatakan seperti berikut :

Firman Allah bermaksud ‘dan berikanlah kepada kerabat mu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah Engkau membelanjakan harta mu Dengan boros Yang melampau’ (Surah Al-Israk Ayat 26)

Firman Allah bermaksud ‘Sesungguhnya orang-orang Yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya’ (Surah Al-Israk Ayat 27)

Firman Allah bermaksud ‘dan jika Engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhan mu Yang Engkau harapkan, maka Katakanlah kepada mereka kata-kata Yang menyenangkan hati’ (Surah Al-Israk Ayat 28). 

Lakukanlah sebaik mungkin segala wang ganjaran, perolehan dan pendapatan yang di peroleh hasil dari wang keuntungan dan komisen yang di peroleh dalam aktiviti jualan yang kita lakukan. Setiap apa yang kita belanjakan Allah tahu apa yang kita keluarkan. Tidak sama sekali Allah tidak mengetahuinya. Lakukan lebih banyak ke arah yang lebih baik segala kurniaan rezeki yang di peroleh. Per banyakkan lagi aktiviti bersedekah, membayar zakat dan membantu kepada siapa pun juga memerlukan ke arah kebajikan sebagai satu bentuk simpanan saham kita di akhirat nanti. Sebagaimana Firman Allah bermaksud

Wahai orang-orang Yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan Nya dan meninggalkan larangan Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan’ (Surah Al-Hasyr Ayat 18)

Satu lagi tindakan terbaik adalah sentiasa beringat untuk menabung semaksimum yang termampu. Menabunglah demi kegunaan masa depan atau untuk kecemasan kita sendiri. Jangan jadikan diri hamba kepada hawa nafsu tapi jadikan diri kita sentiasa mengikut apa yang syariah mahukan. Bukan nak suruh kedekut atau berzuhud tetapi menjadikan diri kita menjadi seorang yang cukup berwaspada mengambil tindakan yang berhati-hati dengan wang ringgit yang ada di dunia ini. 

Sabda Rasulullah ‘Simpanlah sebahagian dari harta kamu untuk kebaikan masa depan kamu kerana itu jauh lebih baik bagi mu’ (Hadis Riwayat Ahmad).


Read more >>

Khamis, 6 Februari 2014

PENJUAL IDAMAN




Bakal pembeli atau pelanggan pasti amat gembira andai kata si penjual yang hadir di depan mereka adalah seorang makhluk Allah yang benar-benar telus dan ikhlas dalam melakukan jualan. Tiada siapa pun di dunia ini sanggup untuk di tipu atau di kelentong begitu sahaja. Dan tiada siapa pun juga sanggup perabiskan masa emas mereka hanya mendengar presentasi dari kita membuang masa begitu sahaja. Semuanya bergantung kepada bagaimana kita melakukan jualan dan dapat mempengaruhi mereka sebaik yang termampu.

Menjual dengan akhlak yang terpuji dan di ingini amat-amat diperlukan. Menjual dengan akhlak yang terpuji sudah pasti akan memberikan impak yang cukup besar dan mudah pula berkomunikasi dengan mereka yang berada di hadapan kita. Bukan untuk mendabik dada tapi sentiasa merendah diri itu yang menjadi keutamaan. Terdapat banyak sebabnya jika seseorang yang menjual dengan akhlaknya pasti jualannya cukup mudah digemari oleh mereka. 

Antara akhlak-akhlak yang perlu ditonjolkan kepada mereka sebagai seorang penjual idaman adalah

i.             Jujur

ii.           Ikhlas

iii.          Berhemah

iv.          Tepati masa

v.            Sikap ingin tahu dan ambil berat

vi.          Proaktif

vii.        Fleksibel

viii.       Bertimbang rasa

ix.         Pemurah

x.           Lakukan dengan penuh minat

xi.         Komited dengan apa yang dilakukan

xii.        Menghormati

xiii.      Kreatif

xiv.      Disenangi

xv.        Positif

xvi.      Ramah

xvii.     Tidak mengambil kesempatan

Mudah sangat akan mendapat kepercayaan dan keyakinan mereka. Bila ini telah diperoleh sudah tentu semakin mudah melakukan jualan. Kesemuanya bergantung kepada keperibadian diri kita. Kadang-kadang mereka yang berada di hadapan kita bukannya hendak sangat melihat produk yang ditawarkan tetapi sebenarnya mereka membeli hanyalah kerana terpesona dengan akhlak yang telah kita tunjukkan kepada mereka selama kita berinteraksi dengan mereka. Tiada apa pun yang rugi atau tercalar maruah kita andai kata apa yang kita lakukan adalah dengan memberikan sesuatu yang terbaik dan menyenangkan hati mereka.

Read more >>

Rabu, 5 Februari 2014

BERJUANG MENEMUI KEJAYAAN



Keupayaan melakukan jualan adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Apa yang dimaksudkan dengan bangga diri di sini bukanlah untuk membawa diri kepada menjadi seorang yang sombong diri, berlagak, lupa daratan atau tinggi diri. Apa yang dimaksudkan dengan boleh dibanggakan adalah bagaimana keupayaan diri kita boleh melakukan dan melepasi segala kesukaran, kepayahan dan cabaran yang ditempuh untuk mencapai penutupan jualan. Lagi banyak yang di peroleh bermakna lagi hebat kita melakukan jualan.

Ambil tindakan sewajarnya. Jangan main suka-suka untuk melakukannya. Bertindak mengikut apa yang dirancang dan dimahukan. Perancangan yang jitu dan bernas sudah tentu akan menghasilkan satu keputusan yang hebat. Bagi memastikan segala perancangan dan tindakan yang betul elok sangatlah kalau dapat dipastikan perkara-perkara seperti berikut ada dalam diri kita iaitu 

i.             Bertindaklah dengan cara dan kaedah yang betul

ii.           Majukan soalan-soalan yang baik dan bermutu tanpa perlu menyakitkan hati seseorang

iii.          Nyatakan secara berhemah dan bersopan jenis jualan yang dilakukan

iv.          Kejar segala impian yang ditetapkan secara agresif 

v.            Bertekad untuk melakukan segala-galanya

vi.          Kena ada proaktif terutama menghidu setiap peluang yang ada

vii.        Jangan disekat tapi benarkan diri untuk berjaya

viii.       Lakukan berfikiran positif setiap masa

ix.         Lakukan jualan secara beretika

x.           Setiap prestasi yang dilakukan sentiasa berkembang dan bertambah baik dari hari ke hari

xi.         Amalkan setiap strategi yang berjaya dan perbaiki strategi tersebut menjadi yang terbaik

xii.        Jangan malu untuk minta bantuan dan pertolongan dari mereka yang pakar

xiii.      Berkawan carilah yang boleh membina karier kita dalam melakukan jualan

xiv.      Lakukan jualan mengikut proses jualan yang ditetapkan

xv.        Menerima  apa juga yang berlaku dengan hati yang terbuka dan tenang

xvi.      Sentiasa menyerahkan diri kepada Allah. Bertawaduk hanya pada Allah sahaja

xvii.     Setiap masalah adalah satu cabaran

xviii.   Melakukan amal kebajikan dengan rajin untuk bersedekah dan menolong orang lain

xix.      Jangan ambil kesempatan atas kelemahan orang lain

Bertindaklah mengikut syariah. Jangan terlalu asyik mengejar kesenangan dan kemewahan dunia kita abaikan sama sekali hak orang lain yang patut kita berikan. Ingat Allah sudah pasti tindakan kita akan lebih terarah melakukan perkara-perkara yang baik dan dibenarkan oleh Agama. Bukan senang untuk menjadi seorang insan yang baik dan terpuji tapi segalanya tidak mustahil untuk dilakukan. Semuanya terserah kepada diri kita sama ada untuk melakukannya ataupun tidak.

Firman Allah bermaksud ‘Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir’ (Surah Al-Baqarah Ayat 286)




Read more >>