Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 4 Februari 2014

INTERPERSONAL YANG BAIK




Interpersonal mengikut pengertian MABBIM (Majlis Bahasa Brunei, Indonesia dan Malaysia) boleh membawa maksud kepada hubungan yang baik dan rapat secara personel atau peribadi. Semuanya berkait rapat dengan sikap yang ada pada kita. Memberikan interpersonal yang baik sudah tentunya akan memberikan impak dan kesan yang baik kepada bakal pembeli atau pelanggan yang kita temui.

Sikap yang baik sudah tentu memberikan pulangan yang baik juga kepada kita. Bakal pembeli atau pelanggan sudah pasti akan merasa cukup selesa dan yakin dengan apa yang telah kita lakukan kepada mereka. Tiada siapa pun di luar sana mahu berhubung dengan wakil penjual yang tidak mempunyai akhlak dan sikap yang tidak senonoh. Semuanya sebagai satu penanda buat diri kita bagaimana untuk menghadapi mereka melakukan jualan hanya dengan penonjolan yang ada pada diri kita sendiri.



Jangan diharap apa yang ada pada diri kita andai kata tidak boleh dipergunakan sama sekali dalam dunia jualan. Pergunakan kesempatan yang ada dengan persembahkan dalaman diri kita yang positif dan baik kepada mereka dalam melakukan jualan. Tonjolkan dan ciptakan segala yang ada pada diri kita sendiri semasa melakukan jualan agar kepercayaan dan keyakinan mereka cukup mudah untuk kita peroleh. Antara sikap-sikap dan skil yang perlu ada dari dalaman diri kita sendiri adalah

i.             Komunikasi yang jelas

ii.           Lontarkan dan berikan senyuman yang terbaik

iii.          Beri perhatian (fokus) dan dengan teliti

iv.          Kerap berikan pujian dalam apa juga keadaan

v.            Jangan mudah bermasam muka dengan raut wajah yang menyedihkan

vi.          Ambil tahu apa yang berlaku dan terjadi keadaan sekeliling

vii.        Terdapat konflik berikan penyelesaiannya dan jangan dibiarkan begitu sahaja

viii.       Galakkan kebersamaan mengikut arus bakal pembeli atau pelanggan

ix.         Cipta keceriaan dengan mode yang menggembirakan orang lain

x.           Sentiasa meletakkan diri dalam situasi orang lain

xi.         Jangan merungut dan bersungut

xii.        Yakin atas segala kejadian adalah datang dari Allah SWT

xiii.      Rajinkan diri menghidu setiap oportuniti dan peluang yang ada

Berikan yang terbaik. Setiap manusia ada kelemahannya tapi itu bukanlah satu pendorong  dan penyebab untuk tidak melakukan yang sepatutnya. Berazam untuk mencapai kejayaan. Hindarilah segala yang negatif yang boleh menjejaskan diri kita melakukan yang hebat dalam jualan. Jangan di hirau apa yang orang lain perkatakan asalkan apa yang kita lakukan tidak bercanggah sama sekali dengan tuntutan Agama. Teruskan sahaja perjuangan yang ada pergunakan segala kelebihan diri yang ada berikan sesuatu yang terbaik kepada bakal pembeli atau penjual yang ditemui.


Read more >>

Isnin, 3 Februari 2014

CIPTA KESERONOKAN MENJUAL





Elakkan rasa boring dan membosankan. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Selagi keseronokan melakukan jualan tetap wujud selagi itu kita pasti boleh melakukannya. Jangan mudah risau atau gubra tak tentu hala. Sentiasa tanamkan keseronokan dan enjoy dengan apa yang kita lakukan. Bila ini dapat kita wujudkan sudah pasti hasil yang datang akan berganda-ganda hadir tanpa kita sedari.

Bagi mewujudkan perasaan seronok ini sentiasa ada dalam diri kita ini adalah dengan cara

i.             Tanamkan minat
Nak buat apa sekalipun kena ada minat. Tanpa adanya minat pasti apa yang dilakukan tidak ke mana juga hasilnya. Nak ceburi jualan kena ada minat yang mendalam dan bersungguh. Bukan main-main atau suka-suka sahaja apatah lagi mengikut kawan-kawan. Fikirlah baik-baik agar untuk mencapai kejayaan kena ada kesungguhan dan kegigihan. Tidak ada wujudnya nasib baik atau rezeki datang bergolek melainkan kena lakukan dengan usaha yang ada minat untuk melakukannya. Ada minat pasti kita akan merasa seronok untuk melakukannya.

ii.           Fikirkan ganjaran
Berapa imbuhan dan keuntungan yang bakal diperoleh kalau kita dapat melakukannya. Kira sebaik-baiknya agar kita boleh menjangka dan menduga berapa banyak yang bakal kita peroleh. Bila kita ada sasaran peribadi sudah tentu kita akan cuba sedaya upaya untuk mencapainya. Ada ganjarannya pasti semangat kita untuk melakukannya akan meruap-raup semakin seronok untuk mencapai apa yang diinginkan.

iii.          Cabaran bukan halangan
Seronok melakukannya walaupun terdapat halangan,cabaran dan rintangan yang datang dan timbul. Setiap masalah yang timbul pasti merasakan sebagai satu cabaran yang perlu ditempuh dengan sebaik yang mungkin. Bila dah seronok melakukan jualan pasti kita boleh melakukannya.

iv.          Perbetulkan niat
Nak dapatkan keseronokan kena perbetulkan niat dalam melakukan jualan. Hulurkan bantuan dan pertolongan kepada orang yang memerlukannya menerusi produk yang ditawarkan. Selesaikan permasalahan mereka agar mereka tahu hanya produk kita sahaja yang mampu memberikan penyelesaiannya. Niat betul pasti tindakannya betul juga. Selagi niat tidak menyeleweng selagi itulah tindakan kita sentiasa berada di landasan yang betul dan benar. Yakinilah dengan apa yang kita lakukan.

v.            Orang lain boleh buat memburu kejayaan
Alahai kalau orang lain boleh melakukannya kenapa tidak pada kita. Belajar dari orang yang berjaya dan berkawan dengan sekumpulan orang yang telah berjaya melakukannya. Jangan salah pilih kawan. Selagi kita mahu untuk belajar selagi itulah kita akan didorongkan untuk melakukannya dengan sebaik yang mungkin. Tidak salah untuk meniru mencapai kejayaan asalkan kita sanggup membuang ego dan rasa tinggi diri kita kepada mereka.

vi.          Berikan yang terbaik
Buat apa sekalipun lakukan yang terbaik. Kerana dengan melakukan yang terbaik sudah pasti hasilnya juga akan menjadi yang terbaik. Jangan mudah mendabik dada merasakan apa yang telah kita lakukan adalah yang terbaik tetapi hasil tidak ke mana pun. Bukankah itu dinamakan membuang masa sahaja. Ini kah keseronokan kita melakukan jualan? Orang semua menuju ke hadapan tapi kita sebenarnya semakin menuju ke belakang pula. Berikan yang terbaik bukanlah satu usaha yang sia-sia tapi adalah satu usaha yang perlu kita lakukan secara konsisten dan berterusan.

Cipta sebanyak yang boleh menjana keseronokan dalam melakukan jualan. Melakukan jualan ini memang banyak cabarannya. Kena sabar, tabah dan tenang agar kita tahu apa juga cabarannya boleh kita atasi dengan sebaik yang mungkin. Per mudahkanlah dan sangat disukarkan agar keseronokan yang kita cari dan mahukan sentiasa ada dan wujud sampai bila-bila pun.



Read more >>

Sabtu, 1 Februari 2014

AWASI PERUNDINGAN YANG DI LAKUKAN




Proses perundingan adalah satu proses hidup mati sama ada kita mampu untuk menawan dan menarik keputusan untuk menerima serta berpihak kepada kita ataupun tidak. Kemampuan menawan bakal pembeli atau pelanggan mengatakan  ya untuk bersetuju menerima tawaran yang dikemukakan kepada mereka amat-amat diharapkan. Apa jadi sekalipun kita akan tetap mahukan kejayaan setelah memikirkan betapa penat dan peritnya kita bertemu dengan mereka memberikan presentasi yang terbaik kepada mereka. Begitulah pentingnya kenapa penutupan jualan amat utama buat kita kenapa persetujuan mereka amat diperlukan sama sekali dalam melakukan jualan.

Alangkah baiknya dalam setiap perundingan yang berlaku terdapat beberapa tindakan yang perlu untuk kita elakkan sama sekali. Kena awasi dan berwaspada sentiasa kerana hanya kerana terdapat kesilapan yang sedikit sahaja sudah pasti tanda persetujuan yang kita harapkan pasti terkubur dengan mudah begitu sahaja. Antara tindakan-tindakan yang perlu kita jaga dan awasi sentiasa adalah

i.             Terlalu banyak kita bercakap
Ini bukan masa presentasi. Masa untuk presentasi telah pun tamat. Ini masanya untuk kita merundingkan sesuatu tawaran yang kita kemukakan bersetuju ataupun tidak mereka menerimanya. Elakkan bercakap banyak tapi beri peluang secukupnya buat mereka kemukakan pendapatnya apa lagi masalah yang perlu diselesaikan lagi sebelum boleh mereka membuat keputusan.

ii.           Tak tahu masa yang bersesuaian untuk di tamatkan
Ketahui bila masa yang bersesuaian untuk dapatkan persetujuan sama ada untuk menerima tawaran yang dikemukakan ataupun tidak. Semuanya bergantung pada pengalaman dan situasi yang ada. Jangan terlalu memaksa tapi pujuklah secara profesional. Tak perlu merayu-rayu atau berunding sehingga menguap pula jadinya.

iii.          Hilang sabar
Melayan kerenah orang bukannya senang apatah lagi untuk mendapatkan pengesahan persetujuan mereka menerima tawaran yang dikemukakan. Jangan mudah naik angin atau mudah meninggi suara. Bersabarlah agar apa juga yang berlaku kita terima dengan sebaik yang mungkin. Bila kita bersabar dengan bersungguh-sungguh sudah pasti Allah akan berikan lebih banyak kebaikan kepada kita tanpa kita sedari dan ketahui.

iv.          Terlalu banyak yang nak ditawarkan
Andai kata terlalu banyak produk yang nak ditawarkan. Tumpukan dahulu kepada satu produk terlebih dahulu. Ketahui apa produk apa yang paling bersesuaian dengan yang mereka cari sebenarnya. Jangan terlalu ghairah pelbagai produk yang nak kita tawarkan. Beri peluang kepada mereka untuk menerimanya satu per satu walaupun mungkin kita terpaksa mengambil masa yang lama sedikit untuk mendapatkannya.

v.            Masih tidak memahami apa yang dirundingkan sebenarnya
Jangan jadi seperti budak tadika yang baru nak belajar ABC. Di masa inilah kanak-kanak pasti akan merasa celaru apa benda yang dipelajarinya dalam kelas. Begitulah juga dalam jualan, jangan sampai masa perundingan sedang berjalan rupanya-rupanya yang faham itu adalah kita yang menjualnya bukannya mereka. Ini yang patut dielakkan sama sekali agar apa juga yang berlaku biarlah ada kefahamannya antara satu sama yang lain.

Berhemah dan bersopan sentiasa. Beri peluang kepada mereka kemukakan pendapat mereka agar dapat kita ketahui dengan lebih mendalam kehendaknya. Jangan pentingkan diri kita semasa proses perundingan dijalankan tapi hidupkan suasana menang-menang dapat diwujudkan. Cipta sebaik mungkin perkara-perkara yang memberikan keuntungan dan kelebihan produk yang ada untuk mereka agar sikap ketidaksabaran benar-benar dapat mempengaruhi keputusan mereka menerima pada akhirnya. Bersabar sentiasa dalam melayani kerenah mereka kerana semua yang berlaku itu adalah satu ujian dari Allah jua. Bertindaklah dengan sebaik yang mungkin.


Read more >>