Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 2 Januari 2014

HENTIKAN AZAM PENYEDAP HATI




Tiap kali tahun baru pasti azam baru menjelma lagi. Kedengaran pelbagai azam yang di luahkan dalam memastikan kejayaan melakukan jualan. Mungkin azam-azam seperti ini telah pun kita dengari seperti

        Azam tahun ini pastikan sasaran di capai 100% hingga hujung tahun

        Azam kali ini memastikan setiap orang yang di jumpa pasti terima tawaran dikemukakan

        Azam 2014 sekurang-kurang komisen sebanyak RM10,000 setiap bulan

        Azam saya setiap hari mesti bertemu dengan 5 orang pelanggan tanpa gagal

Kesemuanya azam dan terus berazam demi memastikan sempena kehadiran tahun baru ini tidak ketinggalan sama menzahirkan azam seperti mana yang lain. Semuanya berebut-rebut melakukan azam yang terbaik demi memastikan 2014 menemui titik kejayaan yang diharap-harapkan. Tapi bukanlah satu yang mustahil jika azam yang telah direncanakan akan berakhir dengan azam sahaja walaupun tahun 2014 akan berakhir begitu sahaja. Masa tidak mengenal azam. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri sama ada mahu atau tidak untuk melakukannya. Kejayaan dalam memastikan apa juga azam yang ditetapkan bukannya terletak pada orang lain. Mahu tidak mahu kita juga yang perlu melakukannya.

Tukarkan apa juga keazaman kita untuk menjadi satu yang realiti bukan fantasi dengan memastikan

i.             Jangan sama sekali melakar alasan demi alasan mencari sebab jika keazaman yang ditetapkan gagal diperoleh. Semua alasan sebenarnya datang dari diri kita sendiri merasakan apa juga tindakan yang kita lakukan adalah betul dan benar. Pada hakikatnya alasan yang diberikan hanyalah kerana sebagai pencari sebab yang kita gagal untuk serlahkan lagi keazaman kita menjadi realiti.

ii.           Elakkan sama sekali menyalahkan sesuatu keadaan dan situasi. Kita salahkan sekeliling kita penyebab kegagalan dari diri kita sendiri juga. Kita yang cipta keazaman untuk diri kita masih gagal untuk terima kegagalan dari diri kita juga. Hanya pandai mencari sebab luaran sahaja seolah-olah apa yang berada di luar dari diri kita adalah penyebab kegagalan azam kita.

iii.          Berani untuk berubah demi kejayaan. Selagi kita dalam Zon Selesa selagi itulah kita tidak dapat per tingkatkan lagi keazaman kita menjadi satu realiti. Jangan menjadi seperti katak duduk di bawah tempurung. Kena berani untuk mencuba dan keluar dari Zon Selesa kita.

iv.          Masalah kita bukan masalah orang lain. Perlu kah kita mengadu domba kepada orang lain. Kalau kita ada masalah bermakna orang lain juga turut mempunyai masalah untuk mereka hadapi. Belajar untuk selesaikan masalah kita dari kita mengadu kepada orang lain.

v.            Jangan mengharapkan pujian atau perhatian dari orang lain. Selagi kita mengamalkan perkara begini selagi itulah kita tetap merasakan betapa hebat dan terbaiknya diri kita. Kerja bukan kerana Allah tetapi hari-hari mahukan orang memuji dan mendapat perhatian dari manusia akan tugasan jualan yang dilakukan.

vi.          Kerja sedikit hasil yang setompok malangnya mudah sangat merasa puas yang bukan-bukan. Sepatutnya boleh dipertingkatkan lagi dan bukannya hasil yang sedikit merasa cukup besar impaknya. Selagi kita mudah merasa puas dengan apa yang kita lakukan walaupun tidak ke mana hasilnya selagi itulah azam yang kita bentuk sampai kiamat pun tidak akan berhasil kita peroleh.

vii.        Selagi tak habis tahun jangan mudah menjadi hakim mengatakan apa yang kita lakukan telah pun mencapai apa yang kita azamkan. Berusah terus berusaha sentiasa lakukan secara konsisten dan berterusan agar azam yang dimahukan dapat digenggam secara mutlak walaupun mungkin terdapat lebihan pada keazaman kita tetapkan

viii.       Akui kita bukan manusia yang sempurna. Bukan mencari alasan untuk tidak boleh melakukannya tetapi satu ayat sebagai perangsang untuk terus melakukannya walaupun apa juga rintangan, masalah, cabaran dan dugaan yang menimpa.

ix.       Teruskan sahaja untuk melakukannya dan jangan sama sekali-kali teragak-agak. Belajar untuk yakin dalam apa juga kita lakukan. Selagi kita teragak-agak selagi itulah kita akan takut-takut untuk melakukannya.

x.          Orang lain nak kata apa biarkan saja. Jangan di hiraukan dan jangan juga di ambil peduli. Yang positif syukur alhamdulillah sebagai pendorong dan pencetus semangat untuk melakukannya. Bagi yang negatif bagaimana? Sudah pasti akan melenturkan setiap tindakan kita juga akhirnya.

Berazam bukan setakat untuk berazam sahaja. Kena lakukan tindakan mengikut apa juga yang kita rancang kan. Pastikan apa juga yang kita azamkan mampu untuk kita capai agar kepuasan dalam mengharungi  kehidupan di dunia ini boleh kita nikmati dengan sebaik yang mungkin. Selagi adanya virus putus asa dan mudah kecewa selagi itulah kita pasti tidak ke mana juga. Jangan jadikan diri kita ini menetapkan sesuatu azam itu hanyalah berdasarkan kepada seronok ikut kawan-kawan sahaja. Kena ada pendirian dan kemahuan yang kukuh untuk melakukannya.


Read more >>

Rabu, 1 Januari 2014

HADAPI SETIAP MUSIBAH DAN CABARAN







Mengharungi akan kehadiran tahun baru 2014 bukan setakat gembira dan seronok dengan kedatangannya tapi lihatlah semula apa segala musibah, masalah dan dugaan yang telah kita tempoh sepanjang 2013. Semuanya perlu untuk kita ketahui dengan sebaik mungkin agar apa juga perkara yang buruk yang berlaku dan terjadi ke atas kita dalam kita mengharungi karier jualan tidak sama sekali boleh berlaku dan terjadi lagi sempena kehadiran tahun 2014.

Muhasabah semula sekurang-kurangnya cari jalan yang terbaik untuk melakukannya dengan sebaik yang mungkin. Tidak di nafikan setiap musibah dan dugaan yang berlaku ke atas kita adalah satu ujian dari Allah juga seperti mana Firman Allah SWT bermaksud ‘Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan (dugaan) kepada mu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar’. (Surah Al-Baqarah ayat 155).

Tindakan terbaik bersabarlah dahulu bukan mengeluh dan kecoh tak fasal-fasal pula. Bersangka baik berfikiran positif agar tiada penyesalan pula di kemudian hari. Firman Allah bermaksud Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran mu dan tetaplah bersiap sedia (di negeri mu) dan bertakwalah kepada Allah kamu beruntung’. (Surah Ali-Imran ayat 200). Ambil tindakan yang sepatutnya berfikir di mana salah dan silapnya kita terlebih dahulu dari mengikut kata hati, kemarahan atau mengikut hawa nafsu yang bukan-bukan. Belajar kawal diri sendiri kita dahulu dengan per banyakkan bersabar terlebih dahulu walaupun ada musibah atau cabaran yang telah membangkitkan kemarahan kita. Hadapi secara baik, berhemah dan jangan sama sekali di ikutkan hati yang panas bukan-bukan. Kerana itu kita amat di tuntut melakukan muhasabah setiap hari agar kita tahu cara terbaik mencari solusi dan jalan penyelesaiannya.

Sempena kehadiran 2014 nanti, ambillah segala iktibar dan pengajaran yang telah kita alami sendiri dan pengalaman buruk dari orang lain agar tidak berulang lagi di tahun 2014. Apa yang telah berlaku hindarilah dengan sebaik mungkin agar sekurang-kurangnya kita tahu bagaimana untuk atasinya pula. Sememangnya pengalaman adalah guru terbaik buat diri kita yang sentiasa melakukan jualan. Selagi niat kita baik untuk membantu dan menolong orang seramai yang termampu mengikut landasan yang telah Allah tetapkan selagi itulah Allah akan sentiasa membantu kita walaupun mungkin sesuatu ujian yang hadir itu cukup berat untuk kita lalui. Firman Allah bermaksud ‘Dan apa juga yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan yang salah dan berdosa) dan dalam pada itu Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa kamu’. (Surah as-Syura ayat 30).

Semoga apa yang telah kita lalui selama ini akan membuatkan kita lebih tabah dan cekal untuk menghadapi hari-hari yang mendatang yang membentuk diri kita lebih mampu untuk mengharungi apa juga cabaran, rintangan dan dugaan yang menimpa. Jangan mudah berputus asa dan kecewa yang bukan-bukan. Selagi melakukan jualan ini kita masih minat untuk melakukannya selagi itulah kejayaan yang kita idamkan sudah pasti akan menjelma juga akhirnya. Tiada yang mustahil untuk melakukannya dengan sebaik yang mungkin. Selamat tinggal 2013 dan selamat datang 2014.

Read more >>