Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 4 Oktober 2013

9 PERKARA PINTU REZEKI TERBUKA




Tidak dinafikan semua kita amat memerlukan Allah menurunkan rezekinya kepada kita. Amat malang kerana rezeki yang dimahukan tidak di praktik kan bagaimana untuk memperolehnya. Hanya mengharap sahaja. Untung sabut timbul untung batu tenggelam. Semuanya asyik mengharapkan nasib sahaja. Adakah ini kaedah yang betul dalam mendapatkan rezeki? Sebagai peringatan kalau berkehendakkan kemewahan dengan rezeki yang diperoleh jangan sama sekali mengharapkan nasib atau tuah sahaja. Kena berusaha juga ke arah itu agar pintu rezeki sentiasa terbuka untuk kita. Sekali kita berkira dengan Allah dikhuatiri nanti Allah pula akan berkira dengan kita pula.

Dipetik dari Doa Munajat dalam Majalah al-Ustaz isu 11 melalui fb Majalah Al-Ustaz telah menggariskan 9 perkara yang boleh menyebabkan terbukanya pintu rezeki. Kena ketahui agar apa yang kita lakukan adalah betul dan tepat akan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT. Kena serius dan jangan sama sekali dipermainkan. Allah Maha Mengetahui (Ya Alim) akan apa juga yang kita lakukan. Lakukanlah dengan sebaik mungkin agar apa juga rezeki yang kita mahukan dan berkehendakkan sentiasa diperoleh dalam apa juga keadaan sekali pun.

9 perkara tersebut yang boleh menyebabkan terbukanya pintu rezeki ini apabila kita melakukan perkara-perkara seperti berikut :

i.             Bertakwa kepada Allah

ii.           Bertawakal kepada Allah

iii.          Membaca bismillah pada setiap urusan

iv.          Bersyukur kepada Allah

v.            Memperbanyak istighfar dan bertaubat

vi.          Berusaha mencari rezeki menerusi cara yang sepatutnya

vii.        Bersikap mulia dalam mencari rezeki

viii.       Menjauhi pembaziran

ix.         Mengikut sunnah Nabi s.a.w

Perbaiki amalan dan perbuatan kita agar kita semakin hampir dengan Allah. Jangan permain kan sama sekali walaupun kita mengetahui Allah itu Ar Rahman (Maha Pemurah), Ar Rahim(Maha Penyang) dan Al Ghaffar (Maha Pengampun). Sama sekali jangan diambil kesempatan tapi lakukan yang terbaik kerana Allah itu As Somad (Akan dikabulkan hajat). Yakin dan percayalah kerana kita ini semuanya Muslim. Hanya Allah tempat kita menyerahkan segala-galanya dan hanya pada Allah jualah tempat kita bergantung akan segala-galanya. Berikan yang terbaik hanya untuk Allah agar Allah membalasnya jua kepada kita yang paling terbaik buat diri kita sendiri jua.
Read more >>

Khamis, 3 Oktober 2013

FOKUS PADA SASARAN




Memastikan sasaran yang betul dan tepat memang diperlukan agar apa yang kita usahakan mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapatkan penutupan jualan yang diperlukan. Tanpa sasaran yang tepat sudah pasti berapa banyak kita akan kehilangan tenaga, wang dan masa hanya semata-mata sasaran yang ada tidak betul dan tidak mengena dengan apa yang kita mahukan. Kerana itu pilihan yang betul perlu sama sekali kita lakukan. Biarlah mengambil masa sedikit asalkan keputusan akhir nanti memuaskan hati kita. Tiada siapa mahukan kekecewaan melainkan itu yang kita mahukan.

Fokus dengan apa yang dilakukan agar segala tapisan dan saringan yang dilakukan adalah tepat sama sekali. Dengan sasaran yang ada sudah pasti semuanya mempunyai peluang yang tinggi bagi mendapatkan temu janji, presentasi, perundingan dan seterusnya penutupan jualan. Kena ketahui apa bentuk sasaran yang betul yang dirasakan boleh menerima produk yang ditawarkan. Antara fokus yang perlu ada adalah

i.         Siapa bakal pengguna
Ketahui segera dengan cepat siapa bakal pengguna produk yang ditawarkan. Kenal pasti siapa pengguna sebenarnya. Jangan main hentam sesuka hati tapi tapisan dan saringan kena betul dan tepat. Setiap produk pasti mempunyai sasaran pengguna yang bagaimana diperlukan. Tidak kiralah sama ada mengikut darjat, lokasi, tahap umur, kesihatan dan sebagainya. Semuanya kena ditentukan dengan baik dan tepat. Peruntukkan sedikit masa lakukan kajian yang sewajarnya agar penapisan dan tapisan dapat dilakukan dengan baik sama sekali.

ii.        Soal kewangan
Kewangan sememangnya memainkan faktor utama dalam penawaran sesuatu produk yang disyorkan. Kena tahu taraf kehidupan dan jawatan yang dipegang di samping lokasi kehidupannya amat penting untuk diketahui. Biar kenal pasti dahulu dari main hentam sesuka hati kerana kalau tidak betul sasarannya sudah pasti yang merana itu nanti adalah kita. Ketahui produk yang ditawarkan dalam lingkungan pendapatan berapa banyak yang mampu untuk memiliki produk yang ditawarkan. Ambil tahu dan kena sensitif dengan keadaan sekeliling. Bukan kaki menyibuk tapi ambil berat keadaannya.

iii.       Bagaimana pasaran
Apa yang berlaku pada pasaran kena ambil berat dan prihatin dengan apa yang berlaku sekelilingnya. Menyasarkan produk yang ditawarkan amat memerlukan bagaimana produk boleh mendapat sambutan dengan apa yang kita kehendaki. Pasaran yang baik pasti produk kita akan mendapat sambutan. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Itu lah perumpamaan yang perlu sentiasa kita fikirkan. Peluang yang ada jangan disangka dan dijangka hanya ada pada satu-satu tempat sahaja. Ketahuilah bahawa kalau tiada kajian dan pengetahuan sudah pasti kita merasakan cukup sukar untuk mendapat sambutan dan menembusi pasaran yang ada.

iv.       Ketahui kesesuaian produk
Setiap produk yang dikeluarkan pasti mempunyai kelebihan, kehebatan, keuntungan dan nilai tambah yang tiada pada pesaing dalam pasaran. Ketahui dengan lebih mendalam termasuk sekali ciri-cirinya agar lebih mudah kita sasarkan pelanggan yang bagaimana boleh menerima tawaran yang dikemukakan. Selagi kesesuaian produk tidak di ketahui selagi itulah kita akan gagal menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada siapa pun yang memerlukannya. Fikirkan jalan yang sepatutnya kita tempuhi dan bukan main redah sahaja.

Semakin kita melakukan tapisan dan saringan semakin luas lagi pengalaman kita mengetahui pelanggan yang bersesuaian dengan penggunaan produk yang ditawarkan. Jangan mudah merasakan bahawa produk yang ada boleh digunakan oleh semua orang. Mesti ada orang-orang yang tertentu yang dikhaskan dan dikhususkan untuk produk tersebut. Inilah tugasan kita sebelum menjual di mana usaha untuk mengenal pasti siapa yang sepatutnya perlu ada dan dilakukan dengan sebaik mungkin. Bak kata pepatah tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata. Berikanlah sebaik yang mungkin agar sambutan orang ramai kepada produk kita sentiasa mendapat sambutan.


Read more >>

Rabu, 2 Oktober 2013

PEMBUKA KATA PEMULA BICARA




Bertemu dengan bakal pembeli atau pelanggan kena dilakukan untuk menjual. Kalau tak mahu untuk bertemu dan bersua macam mana nak menjual? Kerana itu kena hilangkan perasaan sikap malu dan segan bagi menghadapi mereka yang berhadapan dengan kita. Bukan mudah untuk berinteraksi tapi tidak mustahil untuk dilakukan. Semuanya bergantung kepada kesanggupan dan keupayaan kita untuk bercakap sama ada berani ataupun tidak untuk melakukannya.

Bagi menarik perhatian seseorang apabila interaksi berlaku, ayat-ayat pembuka kata yang baik dan elok perlu dilakukan dengan sebijak-bijaknya. Hanya dengan pembuka bicara komunikasi awal boleh untuk mempengaruhi interaksi kita kepada mereka sampai ke penghujungnya. Semuanya bergantung kepada permulaan bicara apa yang perlu dilakukan. Sentiasa ingat untuk melakukan pembuka kata pemula bicara seperti berikut

i.             Berikan salam wajib dilakukan dan selamat sejahtera pada yang bukan Muslim

ii.           Tonjolkan dan berikan kelainan dari kebiasaan terutama apa yang pesaing tunjukkan. Biar nampak perbezaannya.

iii.          Tunjukkan keyakinan bukannya malu atau segan untuk berinteraksi

iv.          Latih diri sentiasa menyebut sesuatu yang ringkas , jelas dan padat. 

v.            Elakkan dari meleret-leret memaklumkan yang tidak ada kaitannya dengan kita

vi.          Tentang pengenalan diri kita sebaik-baiknya biarlah ringkas dan mudah diingati

vii.        Elakkan berdiri tercegat terlalu lama men diam diri seribu bahasa tanpa didengari

viii.       Akhiri dengan persoalan agar mereka pula bertutur dan berinteraksi dengan kita pula

ix.         Mainkan peranan agar tidak tenggelam pada pertengahan perbicaraan nanti

x.           Elakkan kedua-dua belah pihak menunggu siapa dulu yang perlu berbicara.

Jangan panik atau gemuruh. Bila panik semuanya jadi serba tak kena tambahan pula di awal pertemuan. Elakkan sama sekali. Banyakkan berzikir mengingati Allah dan mohon bantuan dari Nya. Bertenang dan bersabar lebih baik dari melakukannya dengan terburu-buru. Mereka di hadapan kita juga adalah manusia yang pastinya ada kelemahan yang perlu kita kenal pasti untuk digunakan demi kelebihan buat kita ketika menjual. Perbaiki segera mana yang lemah sekurang-kurangnya kita hadir di hadapan mereka membawa satu keyakinan untuk selesaikan masalah mereka yang ditanggung selama ini.



Read more >>

Selasa, 1 Oktober 2013

ADA SEBABNYA GAGAL PENUTUPAN JUALAN




Termenung dibuatnya kenapa penutupan jualan yang dilakukan masih banyak lagi kegagalan ditemui. Dirasakan apakah yang dilakukan telah diberikan dengan sepenuh perhatian sewajarnya tapi masih gagal lagi untuk menempa kejayaan seperti mana yang dimahukan. Tanpa ada usul periksa terlalu mudah merasakan bahawa sememangnya kita tidak mahir dan handal dalam melakukan jualan. Seolah-olah apa yang berlaku ini sememangnya sudah suratan takdir dari Ilahi. Bila gagal sahaja suratan takdir tapi bila kejayaan diperoleh merasakan dari usaha dan kegigihan kita sendiri pula.

Adakah ini yang kita cari selama ini? Mesti ada sebabnya kenapa kegagalan penutupan jualan diperoleh. Pertimbangkan agar apa juga tindakan kita kena ada bedah siasatnya yang perlu dilakukan kenapa kegagalan lebih terserlah dari kejayaan yang sepatutnya. Tanpa usul periksa kita amat mudah merasa jatuh melayan diri kekecewaan dan mudah putus asa terjadi. Mungkin perkara-perkara berikut perlu diberi penekanan adakah apa yang kita lakukan betul ataupun tidak. Antaranya adalah

i.             Kita lebih banyak bersembang yang bukan-bukan dari bersembang ke arah melakukan jualan bila bertemu dengan bakal pembeli atau pelanggan

ii.           Mudah leka apabila berinteraksi semata-mata menjaga hati dan perasaan bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui

iii.          Apa yang mereka perkatakan tidak kiralah pandangan, cadangan ataupun teguran langsung tidak diambil berat atau dihiraukan.

iv.          Jawapan yang kita berikan terlalu samar-samar dan bukan mengesahkan sama ada betul ataupun tidak.

v.            Terlalu banyak keraguan pada mereka dari terlalu banyak meyakinkan atas apa yang telah kita maklumkan

vi.          Walaupun masa berlalu lama namun masih gagal mengesan apa sebenarnya yang mereka mahukan dana carikan selama ini.

vii.        Enggan dan tidak sanggup untuk hadapi bangkangan dan bantahan apabila berlaku dan terjadi.

viii.       Masih merasa cuak dan risau apakah yang kita lakukan betul ataupun tidak. Keyakinan diri langsung tidak dapat disemai sama sekali.

ix.         Kegagalan kita mengawal situasi ketika jualan dilakukan dan sanggup membiarkan mereka yang mengawal situasi kita sebenarnya.

Lakukan muhasabah sebaik mungkin agar diketahui mana betulnya dan mana salahnya. Kesan dari awal agar kekecewaan tidak mempengaruhi diri kita melakukan tugasan. Jangan dibiarkan segala yang negatif mempengaruhi tabiat dan tugasan. Berubah segera agar mana yang silap dan salah kita lakukan diperbetulkan segera tidak diulangi sama sekali. Sekali air berubah sekali pantai berubah. Tidak salah untuk berubah kepada yang betul melainkan kita sendiri yang tidak mahu untuk berubah-ubah. Sekali kita gagal bukan bermakna kita gagal selama-lamanya. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan.

Read more >>