Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 5 Ogos 2013

Apabila berada di Rumah Allah




Ramai yang berpendapat bahawa masjid adalah satu tempat untuk kita melakukan ibadah. Ada yang beranggapan bahawa jangan sama sekali di campurkan dengan perkara-perkara yang melibatkan dunia. Inilah yang perlu kita perbetulkan semula agar institusi Masjid yang ada tidak berlaku lagi pengasingan pandangan dan tanggapan kita lagi. Sedang Rasulullah SAW menjadikan masjid sebagai satu pusat atau tempat bagi segala-galanya mengurus kehidupan dunia menuju akhirat yang kekal. Sebelum melangkah kaki ke masjid eloklah di ambil wuduk terlebih dahulu. Selepas itu solat sunat dan wajib beriktikaf berzikir atau membaca Al-Quran. Semuanya dilakukan mengikut pilihan berdasarkan kepada kesenangan, keinginan atau kemampuan masing-masing.

Tidak dinafikan bahawa masjid adalah satu tempat dan lokasi untuk kita beramal ibadat di situ. Tapi fungsi atau tujuan yang lain yang perlu kita lihat bersama adalah

i.             Hanya yang beraga Islam sahaja yang layak memakmurkan masjid
Firman Allah bermaksud ‘Hanya sanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk’ (Surah At-Taubah Ayat 18).

ii.           Jalinan silaturahim mudah dilakukan
Banyak hikmah nya melakukan solat secara berjemaah di Masjid. Di samping mendapat kekhusyukan ketika bersolat ganjaran berjemaah cukup tinggi nilainya jika dibandingkan dengan solat secara bersendirian. Cukup mudah mengenali ahli jemaah masjid hanya dengan bersalam-salaman setiap hari. Mudah mengenali dengan pelbagai latar belakang yang memudahkan lagi tugasan jualan kita mencari sasaran pelanggan dan mendapatkan referral daripada jemaah masjid.

iii.         Tempat pertemuan yang penuh dengan keberkatan
Tidak digalakkan sama sekali duduk di masjid menceritakan tentang perkara-perkara di dunia yang tiada faedahnya. Melakukan jualan tentang produk yang sudah tentu halal dari segi syariah kenapa perlu dirisaukan untuk tidak melakukan jualan di masjid? Tak perlu nak buat seperti kita berceramah atau tazkirah seperti mana ustaz-ustaz yang di jemput oleh pihak pengurusan masjid lakukan. Cukuplah sekadar kita memaklumkan dan memberi penerangan seringkas mungkin dalam kumpulan tiga atau empat orang sahaja itu sudah dikira cukup memadai. Jangan ada perasaan malu, takut dan segan. Buka sahaja mulut teruskan berinteraksi dan berkomunikasi dengan sebaik yang mungkin.

iv.         Mudah melakukan promosi
Majoriti masjid-masjid di Malaysia ini tiada mempunyai halangan dan tentangan dalam pengedaran risalah-risalah produk jualan asalkan tidak mengotorkan, berteraburan dan menyusahkan jemaah masjid. Kalau nak buka kaunter sementara sekalipun mohonlah keizinan pengurusan masjid mungkin dengan bayaran caj yang kecil dan berpatutan dikenakan oleh  pihak pengurusan masjid. Kebanyakan masjid juga ada menyediakan papan-papan kenyataan yang boleh sama sekali digunakan untuk meletakkan poster atau risalah bagi memudahkan jemaah membacanya. Gunakan kreativiti lihat sekeliling apa yang patut kita lakukan promosi yang berpatutan kepada ahli jemaah masjid supaya mereka tahu, sedar dan prihatin kewujudan diri dan produk kita di pasaran.

v.           Berehat dan beriktikaf
Di samping menghilangkan penat di badan dan duduk seketika berehat dan beriktikaf di masjid mungkin boleh digunakan untuk memikirkan semula mencari ilham dan idea apa yang terbaik untuk dilakukan tidak kira mencari prospek, memberikan persembahan terbaik dalam presentasi atau muhasabah memikirkan apa juga tindakan yang mungkin terdapat kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan. Berfikirlah dengan sebaik yang mungkin agar sesuatu keputusan dapat diberikan dengan sebaik yang termampu.

Pergunakan sebaik yang mungkin kemudahan yang ada. Jangan hanya jadikan masjid tempat untuk bersolat berjemaah sahaja. Terdapat banyak lagi yang boleh dipergunakan dengan sebaik yang termampu. Banyak keberkatannya jika masjid mampu kita manfaatkan dari kita memanfaatkan dekat kedai-kedai makan mencari sasaran pelanggan.  Dengan suasana yang tenteram, tenang dan damai akan memberikan satu kelebihan pada diri kita untuk menambahkan lagi kempen dan promosi yang berterusan semasa kita berada di masjid.
Read more >>

Ahad, 4 Ogos 2013

Kad Raya




Teringat saya di tahun 70an dan 80an di mana setiap kali menjelangnya Ramadhan salah satu tugasan yang tidak dilupakan sehingga hari ini adalah penghantaran Kad Ucapan Aidil Fitri. Sememangnya agak melecehkan kerana terpaksa ke kedai yang berdekatan mencari kad-kad ucapan yang cantik dan menarik pada penglihatan mata termasuk kata-kata yang tertulis yang boleh menusuk jiwa bila membaca di dalamnya. Membeli setem dan menampalnya untuk dihantar ke destinasi tempat yang dimahukan untuk menghantarnya. Paling menjadi ingatan apabila setiap kad yang dihantar memerlukan balasan semula dari penerima kad raya tersebut. Seperti mana dalam pantun yang di nyatakan ‘Kad Raya Sudah diterima, Sudah dibaca Balas Semula’. Itulah nostalgia yang masih tidak dapat di lupakan sama sekali.

Walaupun kini telah pun memasuki zaman millenium dengan kemudahan menghantar e-card atau mesej sms dan e-mel sahaja namun penggunaan kad Raya masih lagi boleh dipraktikkan dan  dengan sebaik yang mungkin. Walaupun kini harga pengiriman setem telah dinaikkan kepada enam puluh sen tapi sebenarnya masih relevan lagi untuk dihantar kepada kenalan atau sahabat handai mahupun pelanggan-pelanggan sedia ada. Apa yang dimaksudkan masih relevan lagi adalah kerana

i.             Merapatkan lagi silaturahim terutamanya dengan para-para pelanggan setia kita

ii.           Penerimaan yang tidak disangka-sangka oleh penerima kad akan memberikan satu kesan baik tanpa kita dan mereka sedari

iii.          Boleh melakukan promosi  sama ada dengan mencetak reka bentuk kad raya khas dan/atau menyertakan sekali risalah yang berkaitan

iv.          Sekurang-kurangnya kita tahu siapa pelanggan sebenarnya kita

v.            Jangan harapkan balasan kad dari mereka tapi sentiasa harapkan agar mereka sentiasa mahu berurusan lagi dan lagi di masa hadapan

vi.          Selagi mereka terasa diingati sudah pasti ingatan mereka terhadap kita tidak akan mudah luntur sama sekali

vii.        Hebahan mulut daripada mereka kepada kenalan mereka amat kita perlukan sama sekali. 

viii.       Ada kalanya kad yang dihantar dijadikan satu hiasan dinding pula kepada mereka yang boleh kita pergunakan agar promosi berterusan mungkin tanpa kita sedari

ix.         Kos terlibat masih dikira cukup rendah dan berbaloi untuk melakukannya

x.           Masa yang diperuntukkan tidaklah terlalu lama bergantung kepada berapa ramai pelanggan yang ingin kita hantarkan kad tersebut.

Jangan berputus harap. Gunakan dengan sebaik yang mungkin agar kita boleh manfaatkan apa yang kita mahukan. Memang ada keluar modal sedikit tapi cukup berbaloi dan menyeronokkan kalau perkara sebegini dapat dilakukan. Kena pandai ambil kesempatan dengan kehadiran Aidil Fitri yang tidak lama lagi akan kita sambut. Dahlah nak dapatkan pelanggan cukup susah kita peroleh takkan pelanggan yang sedia ada pun begitu mudah pula untuk kita lepaskan. Berikan sebaik yang mungkin agar keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap kita semakin utuh dan kuat sampai bila-bila.
Read more >>

Jumaat, 2 Ogos 2013

GANGGUAN EMOSI DI BULAN RAMADHAN




Bulan yang paling hebat dugaannya sudah semestinya bulan Ramadhan. Bukan setakat menjadi tumpuan bagi melakukan amal ibadat tetapi juga merasakan betapa perit dan sukarnya dalam bulan Ramadhan ini untuk mengawal emosi bagi menghadapi kehadiran Ramadhan. Sesuatu perkara kalau dirasakan terlalu membebankan sudah tentu akan memberikan satu tekanan emosi kepada seseorang merasakan ke tidak selesanya dirinya untuk melakukan yang menjadi kebiasaan beliau melakukannya. Bila emosi terganggu mulalah merasakan mudah penat, marah, murung, sedih dan sebagainya yang boleh turut rasa terganggu tugasan jualan harian kita.

Sebagai orang Muslim kena anggap bahawa ini adalah satu pengorbanan dan perjuangan kita memberikan kesungguhan dalam diri melakukan amal ibadat yang lebih hanya kepada Allah sahaja. Kena ada niat sebegitu barulah setiap cabaran dan dugaan yang dihadapi akan dihadapi dengan ketabahan, ketenangan dan kecekalan yang sepatutnya. Perkara-perkara yang terlalu mudah akan mengganggu emosi seseorang terutamanya dalam keadaan berpuasa adalah

i.             Bila perut telah berbunyi
Tidak dinafikan perut memang terasa yang amat sangat laparnya. Bagi yang tidak bersahur lagilah teruk rasanya. Memang lapar sangat-sangat dibuatnya. Inilah satu latihan diri yang perlu dilakukan. Sememangnya perut kosong akan memudahkan seseorang menjadi mudah marah dan panas baran dibuatnya. Kena bersabar banyak kawal emosi yang ada agar jangan terbawa-bawa sentiasa sikap emosi yang buruk ini.

ii.           Kering tekak
Makin banyak bercakap sudah pasti makin kering tekak dibuatnya. Punyalah dahaga sampai melihat air di longkang pun nak disedut untuk diminum. Bila tekak dah menjadi kering sudah pasti pertuturan selepas ini akan di jaga maklumlah tekak semakin kering sudah pasti akan menyakitkan. Ini yang akan membuatkan seseorang akan cukup malas untuk bercakap walaupun demi kepentingan tugasan jualannya. Kerana itu pada bulan Ramadhan ini kurangkan bergurau dengan sesiapapun yang kita temui dan kawal pertuturan kita kepada yang perlu sahaja selepas ini.

iii.          Terkuap-kuap mengantuk
Mungkin lewat tidur bertadarus bangun awal untuk bersahur. Timing tidur pasti terjejas kalau tidak dikawal dan dijaga dengan teliti. Sudah tentu tak cukup tidur akan memberikan impak yang tidak baik di siang hari hanya dengan mata yang terkebil-kebil mengantuk, menahan dari tidur akan menyebabkan rasa pening dan berair air mata menahannya dan sering menguap tak tentu hala dan fasal. Mungkin kerana kita menjual terlelap tu mungkin tidak tapi kalau tidak dikawal tidak mustahil boleh berlaku. Carilah jalan terbaik selesaikan untuk dilakukan penyusunan semula waktu tidur kita di bulan Ramadhan ini.

iv.          Teringat-teringat MENU nak berbuka
Sememangnya akan mengganggu apa yang nak kita makan sebagai juadah untuk berbuka nanti. Sibuk memikirkan sehingga terganggu tugasan jualan seharian kita. Ini belum lagi Aidil Fitri nanti dah sibuk fikirkan pula kuih-muih apa pula yang hendak ditempah dan dibeli. Semuanya memerlukan fokus yang tepat dan betul agar apa yang kita fikirkan tidak sama sekali mengganggu tugasan kita dalam bulan Ramadhan ini.

Per banyakkan bersabar. Kena tempuh. Sedangkan pada zaman Rasulullah dulu bulan puasa bulan pergi berperang lagi. Inikan pula kita. Kena hadapi dengan sebaik yang mungkin. Anggaplah sebagai satu ibadah, perjuangan diri kita menguji ketahanan diri dan mental kita kepada Allah dan bukannya satu bebanan sebagai satu keluhan dan alasan dalam melakukan tugasan menjual.  




Read more >>