Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 9 Julai 2013

PERSEDIAAN KEHADIRAN RAMADHAN



Ramadhan muncul tidak lama lagi. Hanya mengira detik bila akan munculnya bulan Ramadhan ini. Sudah kah kita bersedia dari segi mental dan fizikalnya? Hanya kita seorang sahaja yang mampu memberikan jawapannya. Agak mencabar kerana tugasan seorang yang melakukan jualan tidak seperti tugasan orang lain yang mungkin bekerja dan bertugas dalam keadaan yang setempat tidak seperti kita yang perlu keluar masuk pejabat mencari bakal pembeli atau pelanggan. Semuanya itu perlukan persediaan yang rapi dan jitu.

Jadi sudah kah kita bersedia? Lakukan persediaan awal sebelum Ramadhan hadir nanti. Antara yang perlu dilakukan adalah

I.           Set kan fikiran
Tetapkan dalam fikiran kita bahawa berpuasa bukan satu halangan dalam melakukan jualan. Satu cabaran yang perlu ditempuh menguji keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah. Lagi kita berpuasa semakin kuat semangat kita untuk menempuhnya walaupun tekak terasa kering perut semakin lapar dibuatnya. Beriltizamlah agar apa yang kita lakukan ini sentiasa di redhai Allah jua sepanjang masa.

II.        Bersedia bukan masa memberi alasan
Berpuasa bukannya satu alasan terbaik malas dalam melakukan jualan. Lagi kita malas lagi mengecil dan mungkin tiada pula pendapatan yang boleh diterima. Anggap satu cabaran dan bukannya masalah yang besar. Berpuasa bukan mengajar seseorang menjadi pemalas tapi mengajar kesabaran dan ketabahan dalam melakukan amal ibadat kepada Allah.

III.     Ingat tanggungjawab
Sebagai seorang Muslim ini merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul dan dilaksanakan dengan hati yang terbuka. Satu perkara yang wajib kita kena patuhi kerana terkandung dalam salah satu Rukun Islam yang lima. Bukan satu perkara yang boleh dipermainkan tapi merupakan satu perkara yang mesti kita lakukan walaupun sedikit sebanyak akan menjejaskan pergerakan kita dalam melakukan jualan.

IV.       Bukan kesukaran tapi satu ibadah
Selagi kita anggap ia nya satu kesukaran hanya kerana berpuasa selagi itulah kita tidak akan mendapat apa-apa ganjaran dari Allah sebagai satu ibadat. Kena rela hati dan terbuka hati menerima dan melakukannya dengan sebaik yang mungkin tanpa menjejaskan prestasi kita dalam melakukan jualan. Ingatlah setiap kesukaran yang kita lalui hanya kerana Allah sudah pasti akan Allah balas balik dengan sesuatu kebaikan pula kepada kita. Yakinlah pada Allah keran Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya.

V.           Orang lain boleh melakukannya kenapa kita tidak
Pelik dan aneh. Kalau orang lain begitu hebat melakukannya walaupun berpuasa kenapa kita boleh tumbang dan tidak larat begitu cepat mengalah? Bukankah kita ini juga manusia yang beragama Islam yang sama seperti mereka? Fikirlah dengan sebaik yang mungkin agar kita juga sama seperti mereka sentiasa bertenaga dan larat dalam melakukan tugasan jualan walaupun berpuasa.

VI.       Ganjaran Allah ada di mana-mana
Selagi ia nya baik tidak bercanggah dengan Agama sudah pasti ganjaran Allah berikan cukup besar. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita melakukan amal kebajikan dari pekerjaan yang kita lakukan dengan diberi satu ganjaran yang amat besar di sisi Allah kemudian hari nanti. Yang penting niat kena betul agar jualan yang kita lakukan di samping mencari rezeki yang halal kita juga perlu menolong dan membantu mereka-mereka yang memerlukannya menerusi produk yang kita tawarkan.

Bersiap sedialah. Jangan sama sekali menganggap satu bebanan atau meletihkan apa juga tindakan kita melakukan jualan. Terima kehadiran Ramadhan ini satu kegembiraan buat diri kita menabung seberapa banyak ganjaran dan pahala yang Allah akan berikan kepada kita. Berniatlah dengan betul agar tidak terbabas dari landasan yang di redhai. Sesungguhnya setiap kesukaran yang Allah berikan sudah pasti akan ada kesenangan pula di kemudian hari. Percaya dan yakinlah lah janji Allah.
Read more >>

Isnin, 8 Julai 2013

Menjual di bulan Ramadhan



Nampak semuanya sudah bersedia. Bukan setakat hendak berpuasa di bulan Ramadhan tetapi juga persiapan mental dan fizikal juga agak tersedia menanti kehadiran Ramadhan pada tahun ini. Paling tidak sabar menantikan kehadiran bulan Ramadhan ini adalah peniaga-peniaga baik bagi Pasar Ramadhan, Tapak Ekspo dan jualan sepanjang bulan Ramadhan dan gerai-gerai yang disediakan bagi tujuan kedatangan bulan Ramadhan ini.

Segala persiapan seperti mana yang di rancang kan sudah semestinya dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Tapak perniagaan telah ditetapkan hanya menunggu stok baru dan terkini dimasukkan bagi tujuan promosi dan penjualan. Bagi peniaga-peniaga pasar Ramadhan sudah semestinya persiapan awal juga akan dilakukan agar setiap masakan yang dimasak mendapat sambutan setiap hari sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

Ramadhan adalah satu-satunya bulan yang penuh dengan keberkatan dan bulan untuk kita pulun habis-habisan mendekatkan diri kita kepada Allah, beramal ibadat dan melakukan yang terbaik mengambil kesempatan kehadiran Ramadhan ini. Walau sesibuk mana sekalipun dalam kita melakukan jualan dan perniagaan mengaut keuntungan setinggi dan semaksimum yang termampu lakukanlah dengan sebaik yang mungkin. Jujur pada Allah jujur juga kepada pelanggan. Berniagalah pada produk-produk yang halal mengikut syariah tetapkan. Amanah dan bertanggungjawab pada produk yang dijual agar setiap jualan dan perniagaan yang kita lakukan diberkati Allah sentiasa.

Jangan kerana sibuk berniaga sehingga ibadah puasa pun sanggup kita tinggalkan apatah lagi dalam melakukan solat. Jaga lah dengan sebaik yang mungkin agar setiap perolehan dan pendapatan yang diterima mendapat keberkatan dan halal di sisi Agama. Jangan sama sekali leka dari mengingati Allah walau sesibuk mana kita melakukan jualan. Rugi rasanya kalau dunia sahaja yang kita kejar tapi akhirat tidak ke mana. Ambillah tindakan bijak agar kedua-duanya boleh kita peroleh sama hebatnya baik di dunia mahupun di akhirat.
 
Lakukan yang terbaik. Jangan ditunggu-tunggu dan ditangguhkan lagi. Berikan yang terbaik buat karier dan harapan dalam melakukan jualan dan perniagaan. Inilah masanya untuk mengaut keuntungan dan perolehan setinggi yang termampu agar pendapatan yang diperoleh sekurang-kurangnya mampu untuk menampung setahun pendapatan kita menunggu Ramadhan yang baru pula muncul sekali lagi. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Cuma pastikan agar ibadah puasa, solat dan zikir kita terhadap Allah jangan sama sekali diabaikan dan lakukan sebaik mungkin sebagaimana tumpuan kita dalam melakukan jualan dan perniagaan pada pelanggan kita nanti. Berjaya di dunia berjaya di akhirat.

Read more >>

Ahad, 7 Julai 2013

TUGASAN YANG MEMENATKAN



Apa juga yang kita lakukan pasti akan memenatkan. Tindakan yang betul atau tidak sudah pasti akan memberikan kenyataan yang sama sahaja iaitu memenatkan. Kerana itu dalam Islam memperuntukkan diri seseorang untuk berehat dalam jumlah masa yang sepatutnya. Masalahnya adakah apa yang kita lakukan adakah penat hanya kerana tindakan kita yang betul tapi keputusannya tidak ke mana dari tindakan yang betul tapi keputusannya amat menguntungkan diri kita sendiri.

Inilah yang perlu kita fikirkan sama ada tindakan yang kita lakukan adakah betul ataupun tidak. Biarlah penat kita melakukan tugasan jualan setiap hari asalkan mampu memberikan pulangan perolehan yang terbaik buat diri kita sendiri. Penat tapi tidak memberikan pulangan yang tidak dimahukan buat apa. Buang masa, buang tenaga dan buang wang sahaja jika ini berlaku dan terjadi.
 
Kerana itu sebelum lakukan sesuatu fikirkan terlebih dahulu akan apa yang mahu kita lakukan. Jangan mudah membuang masa dan tenaga lakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan hasil. Berfikirlah sejenak agar apa yang kita lakukan menghasilkan apa yang kita cari dan mahukan. Biarlah penat dalam menghasilkan apa yang kita mahukan dari kita penat tapi langsung tidak menghasilkan apa juga yang kita mahukan. Pilihan di tangan kita, pilihlah sama ada kita penat kerana untung yang kita dapat dari kita penat tapi tak adapun yang kita peroleh.

Read more >>

Sabtu, 6 Julai 2013

BERSAING DENGAN SIHAT



Menghadapi persaingan sememangnya cukup mengah untuk ditentang. Pasaran yang ada sememangnya terbuka luas dan berkongsi sama dengan siapa pun yang menceburinya. Mungkin akan terdapat pelbagai helah dan tipu muslihat kelihatan sama. Tidak terkecuali juga kejujuran dan bertindak sama dalam pasaran mungkin akan berlaku juga. Semuanya ada tidak kira taktik kotor atau bersih dipermainkan dengan senang hati oleh persaingan demi mencapai matlamat jualan boleh diperoleh. 

Siapa kita untuk mengubah pesaing yang ada di pasaran. Kena hadapi dengan tenang dan sabar serta tidak menjadikan sesuatu yang mencelarukan diri kita. Kerana itu tingkah laku yang baik perlu disemai dalam diri kita serta membuka hati dan perasaan menerima dengan baiknya tentang bersaing dengan pesaing-pesaing yang ada. Jangan mudah mengalah tapi hadapilah dengan sebaik mungkin dengan cara

i.             Hormati pesaing yang ada
Setiap orang yang menjadi pesaing jadikan kawan dan hormati kehadiran mereka. Bukan musuh yang dicari tapi perkembangkan mereka menjadi kenalan terbaik kita. Sememangnya merisaukan dan kadangkala menyusahkan tapi kena redha dengan kehadiran mereka. Mungkin masa kini mereka akan berusaha menentang kita tapi mana kan tahu di masa hadapan satu hari nanti akan menolong kita pula. Semuanya kerja Allah asalkan hati dan naluri kita tetap berkawan dengan siapa pun juga pesaing yang kita kenali.

ii.           Jangan mudah percaya apa yang kita dengari
Apa juga berita dan cerita nilai kan dengan sebaik yang mungkin. Mungkin ada kebenarannya mahupun mungkin ada kepalsuannya. Sebaik-baik tindakan dapatkan cerita dan berita yang betul dan sahih terlebih dahulu tidak kira dari mana puncanya. Allah berikan akal fikiran pada kita lakukan dengan sebaik yang mungkin bukan menerimanya dengan membuta tuli. Di mana ada kemahuan pasti di situ ada jalannya. Carilah dengan apa yang ada pada kita dan bukan untuk menerimanya sesuka hati.

iii.          Tetapkan matlamat
Jangan sama sekali mengabaikan matlamat utama kita hanya kerana begitu cepat mengalah dalam pasaran yang ada. Dalam Islam pun amat menggalakkan bersaing secara sihat. Terima kenyataan ini agar kita redha dengan apa yang berlaku dan terjadi. Bersaing secara sihat bukannya berdengki dan berhasad pada pesaing yang lain. Pergunakan dengan sebaik yang mungkin, lakukan perancangan yang terbaik dan hulurkan bantuan membantu dan menolong orang yang kita temui selesaikan permasalahan mereka dengan bersungguh-sungguh.

Terima dengan hakikat dah dinamakan pasaran terbuka. Kena bersaing dengan hati yang penuh ikhlas dan terbuka. Berikan perkhidmatan yang terbaik agar siapa juga yang kita temui cukup merasa senang dan mudah menerima kehadiran kita. Bersaing secara sihat agar jualan yang kita lakukan sentiasa mendapat berkat dan sambutan dari mereka.


Read more >>