Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 5 Julai 2013

SATU KELEBIHAN DAN FAEDAH DALAM MENDENGAR



Selalu merasakan bahawa dalam melakukan jualan terlalu banyak mendengar akan menyebabkan jualan tidak ke mana. Sudah pasti membuang masa dan ketika. Seolah-olah bukan untuk menjual tapi asyik mendengar leteran dan masalah orang sahaja. Padahal kita yang melakukan jualan bukanlah seorang pakar kaunseling yang sanggup untuk mendengar dan menghabiskan masa untuk menadah telinga terus mendengar keluhan dan rintihan tentang permasalahan yang ditanggungnya.

Inilah orang jualan, kena sanggup mendengar peruntukkan masa apa yang diluahkan oleh bakal pembeli atau pelanggan perkatakan. Banyak hikmah nya seseorang yang sanggup meluangkan sedikit masa kepada mereka mendengar apa yang diperkatakan dan utarakan tentang apa juga yang mereka mahukan, carikan, permasalahan mereka atau mengadu tentang apa yang mereka tanggung selama ini. Semuanya perlu didengar secara teliti dan cermat tanpa ada keraguan. Itulah kelebihan yang perlu kita ketahui bersama. Antara kelebihan-kelebihan tersebut kenapa perlu ada diperuntukkan masa untuk mendengar adalah kerana

i.                     Menunjukkan keprihatinan

Sudah pasti apa yang bakal pembeli atau pelanggan lihat dan alami merasakan kita benar-benar mengambil berat akan apa yang mereka perkatakan. Seolah-olah kita tidak membuang masa dan ketika tapi memberikan keyakinan kepada mereka yang kita benar-benar ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang apa yang mereka tanggung selama ini.

ii.                   Mengurangkan kesalahan dan kesilapan

Ambil tindakan berhati-hati dan berwaspada setiap masa. Kawal diri untuk bersabar dan bertenang. Jangan buang masa mereka tapi berikan kesanggupan pada diri kita mendengar segala rintihan dan permasalahan mereka agar apa juga produk yang ditawarkan kepada mereka sememangnya amat bersesuaian dengan apa juga masalah mereka untuk diselesaikan. Sudah pasti selepas itu akan kita kemukakan solusi terbaik elakkan kesilapan dan kesalahan yang sepatutnya berlaku.

iii.                  Melahirkan oportuniti dan peluang

Bila kita mendengar dengan baik sudah semestinya lagi banyak peluang dan oportuniti yang boleh kita peroleh antara sedar ataupun tidak. Kebiasaannya apabila kita mendengar dengan baik sudah tentu segala isi hati dan luahannya akan diketahui dengan lebih mendalam lagi. Pasti akan memberikan berapa alternatif dan peluang kepada kita untuk mendapatkan lagi apa yang mereka mahukan. Oleh itu dengar dengan baik dan fahami apa yang diperkatakan agar sudah pasti ada lagi rahsia yang tersembunyi yang boleh kita selongkar kan lagi lebih mendalam.

iv.                 Komunikasi lebih baik dan jelas

Apa kita dengar kita fahami dengan baik memberikan pertuturan dan komunikasi berikan yang terbaik mengikut apa yang mereka mahukan dan carikan selama ini. Pertuturan akan menjadi lebih teratur dan lebih baik dengan apa yang kita dengari terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya apa yang kita perkatakan sudah tentu mengikut apa yang mereka mahukan. Bukan omongan kosong tapi satu keputusan dan tindakan terbaik buat mereka memberikan apa yang mereka mahukan.

v.                   Mengujudkan kepercayaan

Makin kita mendengarnya makin kita dipercayai. Seolah-olah mereka telah melepaskan apa yang tersembunyi dan tersirat selama ini. Apa yang mereka tanggung mereka lepaskan untuk kita mendengarnya dengan lebih baik. Semakin banyak mereka perkatakan semakin mereka percayai kepada kita. Bukankah itu satu kelebihan kepada kita. Berikan pendengaran yang terbaik agar mereka lebih banyak menceritakan kepada kita apa yang terbuku dalam fikiran mereka selama ini untuk kita selesaikan melalui produk yang kita tawarkan.

vi.                 Per tingkatkan perkhidmatan yang ditawarkan

Berikan yang terbaik sebagai satu tanda kita memberikan tahap kelas satu perkhidmatan terbaik kita tawarkan. Bukan mengambil kesempatan tapi berikan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Sewajarnya untuklah tindakan yang sepatutnya kita lakukan demi memastikan apa yang kita jual pada akhirnya diterima dengan hati yang terbuka oleh mereka.

Yakin dengan apa yang kita lakukan agar bakal pembeli atau pelanggan yang berada di hadapan kita seboleh-bolehnya mempercayai apa yang kita lakukan. Dengar dengan baik dan tekun. Jangan dipermainkan agar mereka sudah tentu tidak merasa tertipu dengan segala tindak tanduk kita. Ambil langkah berhati-hati dan berwaspada agar selepas itu kita boleh memberikan satu solusi atau penyelesaian terbaik kepada mereka. Dengarlah dan fokus akan apa yang kita lakukan di hadapan mereka agar boleh dan pasti memberikan keputusan terbaik kepada mereka dan diri kita sendiri juga.
Read more >>

Rabu, 3 Julai 2013

Kopi Kapal Api di Jakarta




Antara perkara yang diperhatikan di Jakarta ini adalah terdapat terlalu banyak gerai-gerai ataupun kios-kios yang menjual rokok dan minuman panas atau sejuk ditawarkan. Memerlukan ruang yang kecil sahaja dengan penjagaan oleh seorang sahaja penjualnya. Kebiasaannya diletakkan di tempat-tempat yang agak strategi dan mudah dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di tempat tersebut.

Bukan sahaja mudah bagi mendapatkan sekotak rokok atau kretek yang di jual tetapi menikmati kopi kapal api (Nama kopi yang diberikan) juga amat menyelerakan. Cukup murah, mampu beli dan boleh melepak sahaja menikmati aroma dan ke enakkan minuman panas di situ sambil melihat panorama di Jakarta dan kesesakan lalu lintas yang terlalu hebat di sini. Inilah Jakarta, cukup unik dan hebat.

Menurut peniaga di situ, bagi mendirikan perniagaan yang di jalankan ini ia memerlukan

i.             Tempat yang strategik dan menjadi tumpuan

ii.           Modal permulaannya adalah sekitar RM1,500

iii.          Memastikan setiap produk yang ditawarkan mempunyai stok yang mencukupi sentiasa dan jangan dibiarkan kehabisan

iv.          Membayar lesen kepada Majlis Tempatan mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Rupa-rupanya peniaga tersebut juga bukanlah seorang usahawan tetapi turut sama menerima gaji dari tuan punya gerai tersebut. Menurut beliau bagi satu hari perniagaan, hasilnya agak lumayan juga antara perolehan antara RM300 hingga RM600 sehari. Wang perniagaan kebiasaannya akan dikutip oleh tuan punya gerai sama ada semasa penutupan gerai ataupun pada ke esok kan harinya. Semuanya bergantung pada kepercayaan antara majikan dan pekerjanya.

Begitulah yang terdapat di sekitar Kota Jakarta ini. Bermodalkan amaun yang kecil tapi mampu menghasilkan pendapatan dan perolehan yang besar. Di samping membuka beberapa lagi gerai atau kios yang banyak di serata tempat, kepercayaan kepada penjaga gerainya amat-amat dititik beratkan agar setiap orang yang menjaga gerai tersebut amanah dalam kewangan dan stok perniagaan di samping mempunyai skil jualan yang baik. Tidakkah ini juga amat diperlukan dalam melakukan jualan?   
Read more >>

Selasa, 2 Julai 2013

Jualan Air Liur di Jakarta



Bakat yang ada pergunakan dengan sebaik yang termampu. Jangan sama sekali dibiarkan sahaja tanpa boleh menjana sesuatu pendapatan yang berguna buat diri kita sendiri. Satu anugerah terbaik dari Allah SWT yang pastinya jangan dirasakan begitu merugikan buat diri kita sendiri dan di sia-siakan. Jangan sama sekali disalah gunakan. Gunakan ke arah kebaikan agar rezeki yang diperoleh bertambah keberkatannya. Apa yang penting pada bakat yang ada ini jangan pula jadi pemalu atau segan diri mempamerkan yang terbaik untuk melakukan jualan yang sepatutnya.

Satu lagi pengalaman yang dilalui ketika berada di Kota Jakarta ini. Sedang melepak minum air bersama teman-teman turut mengalami nyanyian secara ‘Live’ di gerai sate Pak Heri, Jakarta ini. Mempesonakan dengan alunan suara yang menghiburkan dan mengasyikkan. Mohonlah apa juga lagu sudah pasti akan didendangkan asalkan wang sagu hati diberikan tanpa mengira berapa banyak yang diberikan. Yang penting lagu yang diminta itu sudah diketahui bagaimana lagunya untuk dinyanyikan pula kepada pendengarnya.

Jualan berbekalkan air liur berserta gitar ‘kapok’ yang dibawa bersama menjaja suara lunaknya demi mencari pendapatan dan perolehan buat kehidupan dirinya. Masih muda dan bergerak aktif demi menghiburkan pengunjung-pengunjung yang hadir. Apa yang beliau tunjukkan bahawa dengan bakat yang ada di tambah dengan keberanian  dan kesungguhan yang ditunjukkan sudah pasti apa yang di matlamat kan pasti berjaya juga akhirnya. Tabah dan tenang sentiasa agar kerenah dan gelagat orang yang ditemui bersetuju untuk mendengar suaranya. Hafalan lagu-lagu terkini dan popular perlu diingati agar setiap permintaan orang ramai sudah pasti dapat dipenuhi dengan jayanya.

Inilah yang sikap yang perlu ada pada seseorang yang ingin melakukan jualan. Tanpa ada sikap keluh kesah, mudah kecewa dan putus asa pasti akan memberikan kekuatan dalaman untuk melakukan jualan. Jangan di kira dengan cabaran, halangan dan dugaan yang mendatang tapi fikirkan secara positif yang kita juga boleh melakukannya dengan sebaik yang termampu. Mungkin buat pertama kalinya kita akan gagal untuk melakukan tapi kalau dah lima enam kali pasti beransur-ansur akan menampakkan kejayaan seperti yang kita mahukan. Sesungguhnya pengalaman akan mematangkan lagi tindakan kita untuk memberikan persembahan pada diri kita sendiri melakukan jualan. Sentiasa fokus dan bersungguh agar apa juga yang kita lakukan sudah pasti kejayaan mengiringi setiap apa yang kita sendiri lakukan.
Read more >>

Isnin, 1 Julai 2013

Kecekalan 2 orang kanak-kanak melakukan jualan di Jakarta



Selepas menikmati makan malam di Restoran Warung Tekko di Jakarta ketika keluar dari restoran tersebut tiba-tiba di datangi oleh dua orang kanak-kanak berumur 10 dan12 tahun. Kedua-duanya hadir hanyalah semata-mata bagi menjual tisu bagi kegunaan yang berharga lima ribu rupiah. Tidak mengira siapa pun yang hadir dan keluar dari restoran tersebut sudah pasti akan diserbu dan didatanginya. Biarlah apa pun orang perkatakan kedua-dua kanak-kanak tersebut sudah tentu menjualnya dan menawarkan produk tisu untuk dibeli oleh orang yang ditemui.

Modus operandinya mudah sekali, tidak kira siapa pun juga mereka yang datang dan keluar dari restoran tersebut sudah pasti tisu yang dipegangnya akan dijual dengan bersungguh-sungguh dengan muka yang tebal dan bersahaja. Bermatlamatkan tisu yang di jual tanpa meminta sedekah, mainan emosi dan perasaan seseorang akan menjadi permainan utama dalam jualannya. Demi memastikan matlamat utama mereka dapat menjual tisu yang berada di tangan mereka.

Apa yang menarik perhatian gelagat dan kerenah kedua-dua kanak-kanak ini

i.             Bagaimana tabah dan tenangnya mereka menawarkan produk tisu tersebut kepada orang lain walaupun kelihatan ada yang tidak membelinya tapi cukup sekadar memberi sedekah kepada mereka namun jualan tisu tetap ditawarkan.

ii.           Menampakkan kasihan dan simpati kepada mereka supaya orang lebih mudah membeli dan menerima produk yang ditawarkan.

iii.          Tiada penerangan apa-apa pun, memang mudah kerana semua orang sudah tahu akan penggunaan tisu kepada orang ramai. Hanya menawarkan sahaja itu sudah memadai.

iv.          Sama sekali tidak berputus asa dan mudah kecewa dalam menawarkan produk yang ditawarkan 

v.            Konsisten dan fokus dalam melakukannya tanpa perlu merasa malu, segan dan putus asa untuk melakukannya

Sedangkan dua orang kanak-kanak yang kecil cukup berjaya melakukan jualan walaupun tiada kepastian boleh ataupun tidak mendapatkan penutupan jualan seperti mana yang diharapkan. Yang penting terus-terusan berusaha tidak mengira siapa pun yang ditemui asalkan orang tersebut mahu menerima produk yang ditawarkan. Tiada istilah putus asa tapi cuba dan terus mencuba asalkan produk yang ada pada akhirnya berjaya juga dijual.
Read more >>