Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 5 Mei 2013

BILA BERSAING




Jangan mudah mengalah dan merasa kecewa apabila menjual terpaksa bersaing dengan pesaing-pesaing yang berada di pasaran. Lainlah kalau sistem monopoli dilakukan dalam pasaran pasti tiada masalah kerana kita sahaja yang menawarkan produk tersebut. Inilah yang perlu kita hadapi dengan sebaik yang mungkin dengan ketabahan, kesabaran dan ketenangan yang ada di pasaran untuk kita bersaing bersama-sama dengan pesaing memberikan yang perkhidmatan yang terbaik mengikut apa yang diperlukan dalam pasaran. Bila wujud persaingan yang sihat sudah pasti akan memberikan satu kelebihan pada pengguna untuk memilih dan menentukan mana satu yang dimahukan dan diperlukan oleh mereka.

Kerana itu jangan terlalu gusar dan bersedih hati. Hadapi dengan hati yang terbuka. Dalam menghadapi persaingan yang sihat dan sengit ini pastikan

i.             Jangan berdengki
Tidak berdengki pasti tiada berdendam. Bila tiada berdendam sudah pasti dengan hati yang terbuka segala jalinan persahabatan, interaksi dan perhubungan boleh dijalinkan walaupun dengan pesaing yang rapat dengan jualan kita. Bila dah rapat semuanya akan memudahkan kita melakukan jualan kerana semua informasi, maklumat dan apa sahaja yang kita perlukan sudah pasti akan dibantu dengan hati yang terbuka oleh sesiapapun juga walaupun pesaing terdekat.

ii.           Jangan hentam menghentam
Sekali kita memburukkan seseorang sudah pasti lagi banyak orang akan memburukkan keadaan diri kita di pasaran. Jangan sama sekali mudah sangat menghentam orang lain terutama pesaing. Berikan  yang terbaik. Berkata benar dan jujur dalam memberikan perbezaan produk antara kita dan pesaing di mata prospek/pelanggan. Biar mereka yang menilainya bukannya kita. Ikhlas dalam apa juga yang kita lakukan.

iii.          Amalkan nilai yang baik dan murni
Terapkan sikap dan sifat yang baik apa yang ada dalam diri kita ditonjolkan pada prospek/pelanggan. Amalkan nilai-nilai yang positif dan yang terbaik. Jangan mengikut nafsu dikhuatiri nanti perkara yang tidak baik dan elok berpatah semula kepada kita. Bila prospek/pelanggan sudah tidak percaya akan keupayaan diri kita bagaimana kita hendak menjual?

iv.          Pelihara perpaduan
Perpaduan bukan setakat dalam keluarga dan sahabat handai kenalan kita sahaja. Semua yang kita temui dan sekeliling kita perlu dijaga dengan baik dan sempurna sama sekali. Hanya melalui perpaduan keharmonian boleh dijalin bersama. Jagalah sebaik mungkin dan jangan sama sekali menjadikan kemarahan dan kebencian dalam diri kita mengawal diri kita mementingkan hawa nafsu sehingga perpaduan yang wujud dalam pasaran sama sekali tidak kita hiraukan sama sekali.

v.            Elakkan penipuan
Sekali kita menipu sampai bila-bila prospek/pelanggan pasti tidak akan percaya pada kita sampai bila-bila. Elakkan sama sekali agar kepentingan diri sendiri boleh kita hindarkan sama sekali. Selagi kita menipu selagi itu segala rezeki yang kita peroleh sudah tentu tiada keberkatannya dan hidup penuh dengan dosa yang amat sangat. Bila semua ini dilakukan sampai bila-bila pun keseronokan kehidupan kita di dunia ini sudah pasti menjadi sia-sia sahaja. Adakah ini yang kita cari sebenarnya? 

Bersahabatlah dengan mereka. Ketahui kelebihan dan kekurangan yang ada baik pada produk kita dan mereka. Bandingkan dengan sebaik yang mungkin agar mudah kita berikan apa yang diperlukan oleh prospek/pelanggan yang mahukan. Bukan setakat pandai bercakap sahaja tapi buktikan apa yang kita tawarkan benar-benar dapat selesaikan permasalahan mereka. Hulurkan bantuan dan pertolongan dengan keikhlasan yang ada agar keyakinan mereka pada kita boleh diyakini dengan sebaik yang mungkin.



Read more >>

Sabtu, 4 Mei 2013

MINAT, KEHENDAK DAN SEMANGAT



Dalam melakukan sesuatu perkara, bukan setakat minat sahaja perlu ada pada diri kita tetapi semangat untuk melakukan tugasan perlu dilaksanakan sekali. Semangat yang jitu dan bersungguh sudah pasti akan menghasilkan keputusan seperti mana yang dimahukan. Tidak boleh memberi pelbagai alasan tetapi memberi pelbagai cubaan demi memastikan setiap apa yang kita mahukan boleh dicapai. Tidak guna bercakap sahaja tapi usaha entah ke mana. Tidak bersemangat akan menjadikan diri kita mudah dilambung ke kiri ke kanan hanya disebabkan usaha yang tidak bersungguh. Kena ada semangat perlu ditanamkan sedalam-dalamnya di dalam hati dan sanubari kita agar apa juga halangan, rintangan, musibah dan masalah yang timbul boleh dihadapi dengan tenang, sabar dan tabah setiap masa.

Lihatlah orang yang meminati fesyen dan penampilan diri. Perlu ada minat yang mendalam tentang berfesyen dan mengikuti perkembangan semasa akan apa yang berlaku dan terjadi di sekelilingnya. Kerana minat yang mendalam tentang penampilan diri seseorang yang akan lebih bersemangat untuk mendapatkannya apa yang dimahukan. Dari rekaan pakaian, sanggup menghabiskan wang ringgit membeli majalah-majalah dan buku-buku, berkawan dengan orang yang sama minatnya dan melayari Internet bagi mengetahui perkembangan semasa. Semuanya dilakukan dengan penuh semangat. Sememangnya orang yang bersemangat sudah pasti bermula dengan minat yang mendalam.

Lihat pula di masa kini. Baik lelaki mahupun perempuan masing-masing berlumba-lumba pula untuk memahirkan diri dalam bidang masakan. Kalau dahulu kita hanya mendengar orang perempuan sahaja yang cekap memasak tapi kini sudah tidak ada lagi. Tidak kira apa jantinanya yang penting mahir memasak dan kemukakan masakan yang sedap-sedap kepada penggemar makanan. Minat sahaja tidak memadai andai kata semangatnya entah ke mana. Kerana itu bersemangat dalam mencari resipi-resipi yang baru di majalah-majalah, buku-buku masakan, laman-laman di Internet, bertanyakan kepada pakar masakan atau memasuki kelas-kelas masakan yang diadakan sememangnya dilakukan. Walaupun terpaksa mengeluarkan wang yang banyak demi minat pasti tidak mengapa. Hanya kerana apa? Disebabkan minat terus bersemangat untuk melakukannya.

Ahli sukan profesional tidak terkecuali juga. Bermula dengan minat berterusan dengan kehendak pasti  mendatangkan semangat untuk mengetahui selok-beloknya bagaimana untuk mencapai kejayaan yang sepatutnya. Tidak kira bidang sukan apa pun yang diceburi semuanya perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan disiplin yang mesti ditetapkan dari segi latihan, pemakanan, perlawanan dan seterusnya mengejar impian yang dimahukan. Tanpa semangat yang kental bagaimana untuk ditempuh bagi merealisasikan impian yang telah tersemat.

Begitulah dalam melakukan jualan, kena ada minat dan kehendak untuk melakukannya. Bila ada minat dan kehendak semangat yang membara perlu ada dan diwujudkan agar terus-menerus tindakan selari dengan apa yang di rancang kan dan direncanakan. Jangan melatah tapi usaha sehingga berjaya. Bila terdapat sekali dua kegagalan habis punah harapan untuk melakukan jualan. Adakah ini yang kita cari selama ini? Bangunlah dan bersemangatlah untuk kita lebih berusaha demi mencapai kejayaan seperti mana yang dimahukan. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Teruskan minat yang ada jangan di persiakan agar apa juga jualan yang kita lakukan sentiasa bersemangat hingga akhir hayat kita.



Read more >>

Jumaat, 3 Mei 2013

AMARAN TIDAK MAHU



Sememangnya dalam melakukan jualan terutama di peringkat penutupan jualan terdapat tanda-tanda amaran yang bakal pembeli atau pelanggan tidak mahu dengan apa yang kita tawarkan. Sedar atau tidak kita perlu peka dengan apa yang ditunjukkan oleh mereka. Jangan main anggap mudah apa sahaja yang kita tawarkan menjadi penerimaan baik kepada mereka. Baik kita ambil langkah awal yang mereka tidak mahu menerimanya dari kita merasa kecewa pada penghujungnya.

Antara tanda-tanda yang perlu kita ketahui amaran yang telah diberikan oleh bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui adalah

i.             Bakal pembeli atau pelanggan menyatakan dengan ungkapan seperti ‘nanti saya fikirkan dahulu’ atau ‘biar dahululah’

ii.           Mereka menyatakan cukup dan pastikan di lain kali jangan bertemu lagi dengannya

iii.          Apa yang ditawarkan pelbagai permintaan pula yang diminta dan dipohon oleh mereka dan ada kalanya sehingga tidak masuk akal dibuatnya seperti memohon harga yang murah, diskaun yang berlebihan dan meminta hadiah yang bukan-bukan.

iv.          Makin penjelasan diberikan meminta komitmen dari mereka makin sukar pula untuk mendapatkannya

v.            Setelah penerangan diberikan sikap acuh tak acuh pula dilakukan oleh mereka terhadap kita

vi.          Riak muka dan bahasa badan mereka seolah-olah menunjukkan mereka merasa boring dan tidak berminat sama sekali

vii.        Sibuk menelefon sehingga dirasakan kita tidak diperlukan lagi

Sentiasa bersikap tenang dan sabar. Bukan semua orang suka akan apa yang kita lakukan dan tawarkan kepada mereka. Mungkin belum rezeki kita lagi untuk mendapatkannya. Yang penting jangan ada sikap berputus asa dan mudah kecewa. Bila bakal pembeli atau pelanggan sudah tidak mahu lagi dengan apa yang kita tawarkan baiklah beransur keluar dengan sikap bersopan dan merendah diri tidak sama sekali menyalahkan mereka pula. Rezeki ada di mana-mana yang penting teruskan usaha pasti pada akhirnya akan bertemu juga akan apa yang kita mahukan.


Read more >>

Rabu, 1 Mei 2013

PENTINGNYA PEMBERIAN



Siapa yang tidak mahu dan menolak tiba-tiba sahaja ada orang memberikan hadiah atau cenderamata secara tidak disangka-sangka. Menurut Rasulullah sememangnya kita amat di saran untuk memberi hadiah atau cenderamata. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Berhadiah-hadiahlah antara kamu kerana dengan itu dapat menambahkan kasih sayang antara kamu.” (Hadis Riwayat Tabrani). Tiada muslihat di sebaliknya. Tiada pilih bulu atau siapa sahaja asalkan mereka berurusan dengan kita tidak salahnya sama sekali. Yang penting jangan beri rasuah hanya kerana perlukan sesuatu dari seseorang. Carilah keberkatan dalam kehidupan bukannya kesusahan hanya berkehendakkan sesuatu yang diperlukan oleh hidup kita memuaskan hawa nafsu kepentingan peribadi sahaja.

Antara kehebatan kenapa perlu diberikan hadiah-hadiah atau cenderamata-cenderamata kepada pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan kita adalah kerana

i.             Hati mereka gembira dan seronok dengan apa yang mereka peroleh 

ii.           Sebagai satu penghargaan atas sokongan dan penerimaan produk kita di pasaran

iii.          Menggalakkan lagi mereka untuk berurusan lagi dengan kita di masa hadapan

iv.          Mengekalkan kesetiaan mereka kepada kita

v.            Sebagai satu imbuhan yang memberikan keuntungan tanpa mereka sedari

vi.          Sebagai bahan hebahan mulut kepada kenalan mereka tentang produk yang kita tawarkan

vii.        Memberikan satu kesan yang positif dan impak yang terbaik kepada jualan kita

viii.       Satu sunah Rasulullah yang pastinya mendapat ganjaran apabila dilakukan dengan sebaik-baiknya

Nampak merugikan, tapi kalau kita lihat konsep sedekah dalam Islam betapa akan menyuburkan lagi rezeki kita sudah pasti akan kita lakukan dengan sebaik yang mungkin. rezeki dari Allah sememangnya tidak kita tahu berapa banyak boleh kita nikmati. Yang penting jangan terus berputus asa untuk melakukannya walaupun hanya sebatang pen yang murah harganya di pasaran. Lakukan segera dan elakkan dari bersikap kedekut dan tangkal jering hanya kerana terlalu memikirkan akan mengecilkan pula pendapatan dan perolehan hasil jualan yang kita tawarkan. Daripada Salman bin 'Amir r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim.” (Hadis riwayat al-Tirmizi).
Read more >>