Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 7 Mac 2013

TIM JUALAN : PEMIMPIN ADALAH PENENTUNYA



Tim jualan adalah merupakan satu tim yang perlu ada jalinan ukhuwahnya antara sesama ahli yang baik, rapat dan mesra antara kakitangan jualan dengan ketuanya. Tanpa adanya jalinan dan ikatan yang kuat dalam tim jualan tersebut sudah pasti tim tersebut tidak akan ke mana. Pasti prestasi menjadi hambar dan bercelaru. Masing-masing membawa haluan sendiri tanpa ada nakhodanya. Dengan adanya tim jualan bermakna bukannya kita semua menaiki sampan seorang satu tetapi sebenarnya kita sedang menaiki sebuah kapal besar yang satu yang ada nakhodanya untuk mengemudi kapal tersebut.

Menyentuh tentang nakhoda kapal yang dibicarakan ini, dalam tim jualan ketua memainkan peranan yang paling penting dan teristimewa sekali. Beliaulah orangnya yang akan membawa sama ada tim jualan tersebut menjadi baik prestasinya ataupun tidak. Beliaulah yang akan menentukan sama ada tim jualan yang diwujudkan ini boleh pergi jauh atau tidak. Semuanya bergantung kepada ketua tim tersebut. Perhubungan secara personal amat diperlukan dengan kakitangan di bawah kendalian dirinya. Inilah amanah dan tanggungjawab yang perlu dilakukan dan dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin. 

Antara perkara-perkara yang perlu dilakukan adalah 

i.             Menjadi yang disegani bukan ditakuti
Jangan sama sekali dibiarkan orang menjadi takut kepada kita hanya kerana kita seorang pemimpin atau penyelia di tempat bekerja. Bersahabatlah dan berkawanlah dengan mereka kerana mereka semua turut membantu sasaran tugasan kita. Tanpa mereka kita tidak akan ke mana. Dengan kewujudan mereka sudah pasti bantuan dan pertolongan mereka amat diperlukan sama sekali. Wujudkan suasana kerja yang harmoni dan saling hormat menghormati agar mereka menjadi segan kepada kita dan bukannya mereka cukup risau, takut dan gerun atas kehadiran diri kita.

ii.           Dalaman menjadi baik luaran pun akan ikut sama sekali
Pembentukan rohani yang baik sudah semestinya memberikan pembentukan jasmani yang baik juga. Apa yang ada dalam dalaman kita sudah semestinya itu yang keluar untuk luaran diri kita. Nak menjadi seorang pemimpin yang baik kena pastikan dalaman kita diperbetulkan dahulu sebelum kita boleh perbetulkan orang yang di luar diri kita pula. Semuanya perlu dilakukan dari diri kita dahulu sebelum kita boleh memberi teguran atau nasihat kepada orang lain. Apa yang kita lakukan semuanya diperhatikan dan dijadikan contoh yang baik kepada diri mereka pula.

iii.          Role model dan mentor
Bina diri kita agar menjadi seorang yang boleh diikuti dan dicontohi oleh semua kakitangan di bawah kendalian kita. Jadikan diri kita sebagai seorang yang Role Model bagi mereka dalam melakukan jualan. Menjadi seorang mentor pula dalam memberikan segala nasihat, pandangan dan teguran yang membina bagi memastikan apa juga tindakan mereka berada pada landasan yang betul dan dikehendaki. Jangan ikutkan perasaan hati kelak nanti memakan diri sendiri.

Bekerjalah dengan sebaik yang mungkin dan semampu yang boleh. Masing-masing memainkan peranan agar tahu posisi masing-masing. Jangan dibiarkan seperti si sudu lebih daripada kuahnya. Semua kena ingat bahawa bekerja bukan kerana tugas tetapi kerana matlamat yang ditetapkan. Berusaha bersungguh-sungguh dan seterusnya bertawakal kepada Allah kerana usaha tanpa tawakal adalah sia-sia manakala tawakal tanpa usaha adalah angan-angan sahaja. Berbakti kepada semua bukan sahaja kepada prospek/pelanggan tetapi kepada kakitangan di bawah kendalian juga jangan sama sekali diabaikan begitu sahaja.


Read more >>

Rabu, 6 Mac 2013

MEREKA TAHU KITA GUGUP



Salah satu cabaran dan dugaan dalam melakukan jualan adalah ketika melakukan presentasi kepada sekumpulan prospek/pelanggan yang berada di hadapan kita. Mengadakan taklimat kepada prospek/pelanggan adalah amat dituntut kerana semakin ramai kita berikan presentasi semakin memudahkan lagi tugasan kita memandangkan presentasi tersebut tidak perlu dilakukan seorang demi seorang tetapi cukuplah sekadar ramai orang yang menghadirinya tapi hanya sekali bercakap sahaja kita berikan. Sememangnya ia menjimatkan masa dan tenaga. Umpama menangkap ikan, menjala lebih baik dari memancing. Hasilnya sedikit masa sahaja yang dipergunakan pasti boleh menjimatkan masa kita melakukan perkara lain pula.

Masalah akan timbul apabila prospek/pelanggan menyedari bahawa kita sebenarnya gugup dan serba tak kena semasa kita melakukan presentasi. Amat memalukan dan mendukacitakan bagi mereka yang mendengar taklimat yang kita sampaikan. Seolah-olah kita seperti budak yang baru belajar bertatih seperti orang bodoh dibuatnya. Hanya kerana kita agak panik dan menggelabah mereka cukup menyedari akan kelemahan tersebut. Keadaan yang menyebabkan prospek/pelanggan menyedari yang kita berada dalam keadaan kegugupan adalah apabila kita
       
i.             Melihat telatah dengan cara kita berdiri
Kebiasaannya kita tidak akan berdiri tegak. Kalau boleh nak cari dinding untuk kita bersandar memberikan ucapan. Teras bagai kedua kaki kita yang lembik dan tidak kukuh dibuatnya lagi membuatkan kita merasa cukup bercelaru dan bertambah kekok dibuatnya. Pada ketika inilah kita akan lebih merasa tidak berapa selesa dan berpeluh-peluh dibuatnya seolah-olah seperti ada hantu yang mengganggu di hadapan kita. Bawalah bertenang dan bersabar. Tabah dalam melakukan apa juga tugasan yang dilakukan. Yang penting jangan menggelabah dan panik. Sepatutnya kita yang kawal suasana dan bukan sama sekali mereka. Teruskan sahaja berdiri betul dan teruskan sahaja bercakap kerana apa yang kita perkatakan tersebut hanya kita seorang sahaja yang mengetahui dan bukannya mereka kerana mereka hadir adalah untuk mengetahui apa yang kita tahu.

ii.           Pergerakan mata
Jangan sama sekali memandang bawah atau di luar tingkap sahaja. Elakkan dari melihat nota-nota presentasi. Sepatutnya ada pergerakan mata melihat pada sekeliling prospek/pelanggan dan bukannya melihat sekeliling dinding yang ada. Jangan dilayan perasaan rasa gerun dan takut yang ada pada diri kita ini kerana mereka yang hadir bukan untuk memarahi kehadiran diri kita tetapi hanya semata-mata ingin mengetahui akan apa yang ingin kita tawarkan. Janganlah mula mata asyik di pejam seolah-olah para pendengar sedang menyaksikan si buta pula yang berkata-kata. Sedarilah segera agar mata kita berlegar-legar melihat kesemua yang hadir seolah-olah kita sedang mengambil berat akan apa yang mereka mahukan.

iii.          Pergerakan tangan
Jangan seperti patung hidup tanpa tangan digerakkan sama ada tangan berada di belakang badan, berpeluk tubuh, berdiri tegak ataupun menggenggam kedua belah tangan kita. Lakukan pergerakan tangan sebebas yang kita mahukan kecuali kalau tangan sebelah kita memegang mikrofon. Kalau kita gugup atau menggelabah jangan pegang apa-apa dikhuatiri nanti prospek/pelanggan akan perasan pula tangan kita dalam keadaan menggeletar. Kawal lah sebaik yang mungkin agar apabila kita sedang melakukan presentasi kita tidak mudah sama sekali menjadi kaku begitu sahaja.

iv.          Intonasi
Alunan suara tidak semestinya lunak dan merdu ataupun perlahan yang amat sangat. Kena ada tinggi rendahnya agar orang yang mendengarnya tidak mudah lena dan merasa boring dengan apa yang kita sampaikan. Intonasi yang baik adalah seorang yang tahu bila ketikanya suara perlu dikuatkan dan bila masa yang sesuai untuk diperlahankan supaya ada unsur-unsur suspens, gembira, ceria, ketegasan, humor  ataupun pengharapan boleh dilakukan. Semuanya bergantung kepada isi kandungan presentasi tersebut dan pengalaman seseorang ketika memberikan presentasi kepada orang lain.

Berhati-hatilah dalam melakukan presentasi terutamanya pada sekumpulan prospek/pelanggan yang berada di hadapan kita. Kalau kita dah biasa dengan seorang sahaja prospek/pelanggan, jangan mudah merasa kekok apatah lagi merasa panik, berpeluh-peluh di dahi walaupun di tempat berhawa dingin. Atasilah dengan baik sama sekali agar prospek/pelanggan tidak mudah mentertawakan diri kita apatah lagi memandang rendah keupayaan diri kita. Berhati-hati dalam melakukan presentasi kerana itu adalah jalan yang terbaik dari main hentam tak tentu hala. Semakin banyak kita berikan presentasi kepada orang ramai selagi memberikan lagi keyakinan diri yang tinggi apabila berhadapan dengan mereka.

Read more >>

Selasa, 5 Mac 2013

18 KESILAPAN YANG TIDAK DISEDARI



Tiada siapa yang melakukan jualan suka melakukan kesilapan ataupun kesalahan. Tanyalah pada sesiapapun, sudah pasti jawapannya sama iaitu tidak mahu melakukan sama sekali apa juga perkara-perkara yang boleh mencacat kan lagi dalam usaha melakukan kesilapan. Biarlah kesempurnaan berlaku dan terjadi ketika melakukan jualan agar pada presentasi mahupun selepas penutupan jualan berlaku setiap pelanggan yang berurusan dengan kita sudah pasti akan memberikan pujian dan penghargaan yang positif terhadap diri kita di kemudian hari. Kerana itu kita akan cukup mengelak dalam melakukan sebarang kesilapan mahupun kesalahan apabila melakukan jualan.

Walaupun begitu kadang-kadang kita pasti tidak menyedari bahawa tindakan kita kadang-kadang tanpa kita sedari sebenarnya telah melakukan juga kesilapan dan kesalahan. Walaupun ia nya kecil dan tidak serius mana namun imej kita sebagai orang yang melakukan jualan perlu dijaga dengan sebaik yang mungkin. Jangan sampai ada orang yang mencemuh dan mengata di belakang kita pula. Natijahnya tidak baik sama sekali dalam kita menjaga karier kita dalam bidan jualan ini. Kerana itu lebih baik kita mengambil langkah yang berhati-hati agar kita sewenang-wenangnya melakukan perkara yang sekecil-kecilnya pada sebarang kesilapan dan kesalahan.

Antara perkara-perkara yang dilakukan tanpa kita sedari adalah

i.             Permulaan bicara dengan ‘Hai, Apa khabar!’

ii.           Bazirkan masa mencuba beberapa kali untuk menjalinkan perhubungan dengan seseorang dengan harapan mendapatkan jualan darinya

iii.          Semasa presentasi lebih ghairah bercerita tentang produk pesaing dari produk yang kita tawarkan

iv.          Latar belakang syarikat atau organisasi tidak disentuh sama sekali

v.            Pemburuan leads yang pastinya bukan sasaran pelanggan kita

vi.          Penampilan diri yang selekeh dan yang tidak dijaga penampilannya

vii.        Mulut yang berbau busuk apatah lagi terlalu celopar bila bercakap

viii.       Tidak berjabat tangan (sesama sejenis)

ix.         Sibuk melihat atau menjeling nota semasa presentasi dilakukan

x.           Tergagap-gagap semasa memberikan penerangan atau presentasi

xi.         Adanya darah gemuruh atau mudah panik sehingga teraba-raba tidak tahu apa yang hendak dilakukan tindakan seterusnya

xii.        Tidak memberi peluang langsung kepada prospek/pelanggan yang ditemui bercakap atau memberi pendapat sepatutnya

xiii.      Soalan-soalan yang dikemukakan banyak pertindihan atau berulang-ulang sama maksudnya

xiv.      Mudah bangga diri apabila dipuji oleh prospek/pelanggan atau apabila berjaya mendapat penutupan jualan

xv.        Mudah merasa malu yang amat sangat apabila bertemu dan berhadapan dengan prospek/pelanggan

xvi.      Ketepatan masa yang tidak di jaga sepatutnya hanya 15 minit sahaja yang dibenarkan rupa-rupanya terlajak sehingga 30 minit. Hargai masa orang yang memberi peluang kepada kita juga.

xvii.     Elakkan sama sekali apabila lain yang ditanya lain pula kita memberi jawapannya

xviii.   Jangan mudah tersengeh-sengeh terutama pada peringkat penutupan jualan, bila disahkan lagi untuk menerima tawaran tapi kita merasakan macam dah terima tawaran tersebut

Nampak kecil tapi kalau tidak dijaga dengan sebaik yang mungkin akan mengakibatkan ia nya menjadi satu tabiat yang sukar untuk dikikis dengan sebaik yang mungkin. Bukan juga tanpa kita sedari yang boleh men cacat kan kegiatan kita dalam melakukan jualan. Ubah segera agar tidak berlarutan dan menjadi tegar. Kerana setiap apa juga kesilapan dan kesalahan yang dilakukan pasti ada jalan penyelesaian yang terbaik sebagai satu solusi yang berguna kepada kita. Yang penting jangan sama sekali mudah kecewa dan berputus asa untuk tidak sama sekali berubah daripada sering melakukan kesalahan dan kesilapan kepada perbuatan yang disukai dan dipuji oleh orang lain. Demi karier tidak salahkan untuk berubah yang penting bila dah tahu perkara tersebut ada salah dan silapnya jangan sama sekali diulangi lagi dan lagi di masa hadapan.


Read more >>

Isnin, 4 Mac 2013

Maruah diri



Ia sesuatu yang tidak boleh pastinya dapat disentuh. Namun ia sangat memberi pengaruh yang amat besar kepada perasaan kita. Kita pasti tidak dapat melihatnya tetapi apabila kita memandang imej kita dalam cermin, kita akan dapati ia ada di situ. Kita tidak boleh mendengarnya tetapi ia sebenarnya berada di mana-mana semasa kita bercakap tentang diri sendiri. Apakah benda yang misteri ini? Itulah yang dinamakan maruah. Apa dia maruah yang diperkatakan ini?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Maruah bermaksud kehormatan (diri), harga diri, keberanian, kegagahan. Dari buku ‘Padanya Ada Hikmah’ tulisan Prof Dr Muhaya Mohamad dan Bahruddin Bekri mengatakan ‘Maruah itu adalah harga diri kita dengan Allah. Bagaimana kita menjaga diri daripada terjebak dengan maksiat, bagaimana kita mempertahankan agama Allah, bagaimana kita menjadi hamba Nya yang baik. Sekiranya kita menjaga diri kita di hadapan Allah, tidak timbul isu maruah lagi sesama manusia kerana Allah sudah menjaga maruah kita. Walaupun kita dihina, dicaci, kita tetap tidak terasa hati dengan segala hinaan. Malah, kita tetap sedaya upaya berbuat baik dengan orang yang menghina kita. Bukan kerana kita lemah, tetapi kerana kita  menjaga maruah kita dengan Allah dengan berbuat baik sesama dengan orang yang menghina agama Allah. Apabila mereka menghina agama Allah, sepatutnya kita berasa maruah kita jatuh dan pada ketika itulah sekiranya kita mahu marah, kita marahlah betul-betul.’

Begitulah maruah kita dalam melakukan jualan. Kena berpegang teguh dengan apa yang kita lakukan dan perkatakan. Jangan ada bila masanya prospek/pelanggan memberikan hanya sedikit bangkangan, mengejek, persendaan dan merendahkan keupayaan dan kewibawaan kita melakukan jualan, tanpa memikirkan maruah, kita cepat melenting dan hilang kesabaran dibuatnya. Tiada kawalan diri dan merasa setiap bangkangan dan cemuhan itu benar-benar menyakitkan hati seolah-olah apa yang kita lakukan ini adalah satu perkara yang salah dan betul sama sekali di hadapan mata mereka.

Kenapa maruah dirasakan amat-amat penting? Semua orang tidak mengira dewasa, remaja atau kanak-kanak perlu memiliki harga diri yang sewajarnya terutama kita yang melakukan jualan agar tidak mudah sama sekali terjerumus dengan perkara-perkara yang tidak dibenarkan sama sekali kita terjebak. Ini adalah kerana

1. Ia memberikan kita keberanian mencuba sesuatu perkara baru.

2. Ia juga membuatkan kita lebih yakin dan percaya kepada diri sendiri.

3. Apabila kita menghormati akan diri sendiri kita sendiri, orang lain juga akan turut sama menghormati kita

4. Ia juga memudahkan kita membuat keputusan dan memberikan penilaian yang terbaik menghasilkan keputusan.

5. Harga diri yang tinggi membantu kita memahami yang setiap bahagian diri kita berbaloi untuk dihargai dan disayangi.

6. Membentuk keupayaan melakukan setiap tugasan dengan baik

7. Pembentukan pendirian yang kukuh dan jitu akan setiap apa yang kita lakukan terutamanya di hadapan prospek/pelanggan

Lakukanlah sebaik mungkin dalam melakukan jualan. Maruah diri, pekerjaan dan agama perlu dijaga dan dibelai dengan sebaik mungkin. Jangan dibiarkan layu setengah jalan dipermainkan diperkotak-katikkan oleh prospek/pelanggan begitu senang. Bukan semua pandangan mereka betul dan benar sahaja kerana mereka juga adalah manusia biasa sama seperti kita. Prospek/pelanggan bukannya maksum. Kerana itu kena amat dituntut agar sentiasa berhemah dan bersopan serta merendah diri sentiasa biar dengan sesiapapun juga tidak kira prospek/pelanggan ataupun tidak.



Read more >>