Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 5 Februari 2013

Bila dah mula dipercayai



Kepercayaan dari prospek/pelanggan ke atas kita sememangnya diperlukan oleh mereka. Tanpa adanya kepercayaan, jualan akan menjadi lebih sukar untuk dilakukan. Kerana itu apabila kita telah berjaya mendapatkan kepercayaan jangan sama sekali diabaikan dan dipersiakan begitu sahaja. Hanya dengan perhubungan yang baik dan terjalin sahaja kepercayaan boleh didapati dengan mudah dan senang. Juallah apa sahaja hanya kerana kepercayaan telah di dapati penutupan jualan sudah pasti boleh diperoleh dengan apa yang kita mahukan dan perlukan.

Tapi perlu diingat jangan mudah pula untuk mendabik dada merasakan yang pelanggan benar-benar telah memberi kan kepercayaannya kepada kita seratus peratus. Bila-bila masa pelanggan tersebut boleh mengubah pendiriannya. Maklumlah manusia, sedang pasir pantai boleh berubah inikan pula manusia. Oleh itu dalam mengekalkan kepercayaan yang diberikan oleh mereka ke atas kita adalah disarankan beberapa perkara ini kita perkembangkan lagi kepada mereka agar kepercayaan mereka tetap utuh seperti mana mula-mula kita mendapat kepercayaannya ke atas kita iaitu

i.             Kepakaran
Tonjolkan dan tunjukkan yang kita ini serba tahu dan serba boleh demi melayani kehendak dan kepercayaan mereka ke atas mereka. Produk yang kita tawarkan bukan setakat kita tahu bagaimana untuk menjualnya sahaja tetapi juga perlu kepada masalah-masalah teknikal yang ada, kebaikan dan keburukan pasaran, segala kelebihan yang ada pada pesaing dan juga bagaimana tahap perkhidmatan yang benar-benar boleh kita berikan kepada mereka selepas mereka menerima tawaran yang ditawarkan kepada mereka. Jangan beri mereka hilang kepercayaan terhadap kita begitu mudah dan berlalu cepat sama sekali. Ambillah tindakan sewajarnya mempertahankan kepercayaan yang telah diberi kepada kita agar kita jaga dengan sebaik yang mungkin. biarlah mereka merujuk kepada kita sebanyak yang boleh asalkan kita tidak sama sekali mengabaikan kehadiran mereka terhadap kita.

ii.           Komitmen
Tanpa komitmen bagaimana pelanggan nak percaya apa yang kita perkatakan. Terlajak perahu boleh undur tapi kalau dah terlajak kata, kena jaga sebaik mungkin. Setiap apa yang kita perkatakan kepada mereka adalah satu ikrar kita kepada mereka untuk di tunaikan sebaik mungkin dan bukannya untuk melepaskannya seperti batuk di tangga. Berhati-hati dengan ikrar kita kepada mereka. Buktikan dan tunjukkan yang kita benar-benar komited dengan apa yang telah kita luahkan selama ini. Bukan cakap-cakap kosong atau syok sendiri. Berilah apa yang kita mampu hulurkan asalkan bukan dari perkara yang di luar dari keupayaan dan kebolehan dari diri kita sendiri.

iii.          Keikhlasan
Tolong jangan menipu dan jangan berbohong apatah lagi mengambil kesempatan demi kepentingan diri kita sendiri atas kepercayaan yang telah diberikan. Ikhlas sesungguh-sungguhnya agar apa yang kita lakukan bukan sahaja disenangi oleh pelanggan tersebut tetapi juga keberkatan yang bakal kita peroleh dari Allah SWT. Teruskan tindakan kita lakukan dengan kejujuran dan keikhlasan yang diharapkan oleh mereka agar kepercayaan yang ada tidak sama sekali dimungkiri pula oleh kita sendiri.

Tiga faktor ini kalau dijaga dengan baik dan bersungguh mana-mana pelanggan yang telah memberikan kepercayaannya kepada kita sudah semestinya akan begitu utuh dan tetap akan sampai bila-bila mempercayai kita. Sekali kita kelentong sudah pasti sampai bila-bila orang tidak akan mudah semula untuk mempercayainya balik kepada kita. Fikirkan apa yang sepatutnya kita lakukan agar kita tidak mudah sekali hilang seorang pelanggan atau lebih dengan begitu senang atas kesilapan dan kealpaan dari diri kita sendiri.


Read more >>

Isnin, 4 Februari 2013

APABILA DI ADILI



Sememangnya kita yang melakukan jualan mudah diadili dengan seadil-adilnya. Tidak perlu ada peguam, tidak perlu menghadiri mahkamah dan sebagainya. Semuanya perlu diadili hanya dengan prestasi yang telah kita tunjukkan dan berikan apa yang telah kita lakukan setiap kali berakhirnya sesuatu hari, berakhirnya bulan mahupun tahun. Semuanya perlu diadili dan di ketahui sehingga mana tahap prestasi kita pada sebenar dan hakikatnya. Semuanya perlu diukur dan diberi kesedaran tentang pentingnya prestasi dalam melakukan jualan.

Kerana itu kita perlu ada sasaran dalam melakukan jualan. Berapa banyak yang perlu dilakukan jualan perlu ditetapkan sebagai satu kayu ukuran dalam kita melakukan jualan. Kalau tiada sasaran bagaimana kita hendak tahu apa yang telah kita capai dan lakukan selama ini. Kerana itu prestasi diri adalah penting untuk diadili dan diketahui sebagai satu hasil usaha yang boleh dan telah dicapai dari segala usaha yang telah dikerjakan. Ini merupakan puncak dari pengembangan potensi diri karena hasil dari mendalami ilmu, cara bekerja, skil menjual ataupun berlatih menampilkan keterampilan dalam bidang jualan. Berprestasi juga dapat dilakukan pada berbagai aspek tingkatan jualan bagi menambahkan lagi kemahiran.

Tapi kalau tiada kesungguhan dan kemahuan yang tinggi bagaimana hendak mendapatkan prestasi yang dikehendaki. Kena serius dalam melakukan jualan bagi menghasilkan keputusan akhir seperti mana yang dikehendaki. Bukan untuk bermain-main atau ikut sesuka hati untuk melakukannya. Kerana itu kita perlu diadili dengan sewajarnya bagaimana prestasi sebenar kita. Sampai manakah tahap prestasi kita melakukan jualan, adakah apa yang kita lakukan selama ini telah dicapai ataupun tidak. Berjaya atau gagal semuanya boleh terjawab sama sekali.

Sama ada kita sendiri yang mengadilinya ataupun orang lain yang mengadilinya semuanya bertujuan bagi memastikan kita mencapai apa yang diperlukan dan dimahukan semasa melakukan jualan. Jangan sampai sudah dijatuhkan hukuman baru hendak terhegeh-hegeh mencapai prestasi yang sepatutnya, lakukan dengan segera dan secepat yang mungkin bagi mencapai prestasi yang dikehendaki dengan cepat dan segera agar sasaran yang diberi boleh dicapai pada akhirnya. Jangan di tangguh dan melengah-lengahkan lagi tindakan. Seperti biasa kalau kemahuan hendak melakukan jualan lakukan dengan kesungguhan dan kemahuan yang kuat agar segala sasaran dan tugasan dalam melakukan jualan boleh dijelmakan dengan sebaik yang mungkin dengan sejarah sering tercipta dan terhasil seperti mana yang diharapkan dan diidamkan selama ini.




Read more >>

Ahad, 3 Februari 2013

Ketahui dari Raut Wajah Mereka

Raut wajah sebenarnya satu situasi yang tidak boleh lagi disorok-sorok. Penting dalam melakukan jualan bagaimana untuk mengetahui lima cara atau kaedah untuk kenal pasti sama ada tawaran yang kita lakukan telah di terima atau belum sebelum penutupan jualan boleh dilaksanakan.

Satu kaedah dalam membantu diri kita apabila melakukan jualan. Sekurang-kurangnya dapat membantu kita mengetahui dengan lebih awal lagi sama ada mereka berminat atau pun. Tips yang mudah untuk di fahami dan mengetahui keadaan prospek/pelanggan yang berada di hadapan kita.




Dari laman sesawang : http://mashable.com/2013/01/12/how-to-know-telling-the-truth/?utm_medium=linkedin&utm_source=twitterfeed&utm_campaign=Feed%3A+mashable%2Fbusiness+%28Mashable+%C2%BB+Business+and+Marketing%29&goback=.gde_167493_member_210252163


Read more >>

Sabtu, 2 Februari 2013

ELAKKAN MEMARAHI ORANG DI TEMPAT AWAM



Gambar hanya hiasan sahaja

Baru-baru semasa sedang menikmati makanan di salah sebuah restoran di sini bersama rakan-rakan setugas tiba-tiba sahaja kedengaran suara yang kuat sedang menjerit kemarahan. Apabila di toleh sahaja ke belakang alangkah terkejutnya bahawa yang kedengaran suara yang memekik kemarahan tersebut adalah tuan punya kedai makan tersebut sedang memarahi pekerjanya. Alangkah sedih melihat tingkah laku tersebut berlaku dan terjadi di tengah-tengah orang ramai yang sedang menikmati juadah mereka di situ. 

Memang tidak dinafikan memang hak sebagai tuan punya kedai untuk memarahi pekerja yang telah melakukan silap dan salahnya ketika dia nya bertugas hanya kerana kesilapan beliau menghantar makanan yang berbeza pesanan yang telah diberikan. Alangkah aibnya pekerja tersebut di waktu ini di hadapan semua mata terpandang kepada diri nya sahaja. Sebagai ketua, adakah ini tabiat yang perlu ditonjolkan dan diberikan kepada pekerja mereka? Boleh kita sesuka hati boleh memarahi seseorang dalam masa yang sama kita sedang melakukan urusan perniagaan di premis tempat kita melakukan jualan di hadapan pelanggan-pelanggan kita?

Sesuatu yang menyedihkan. Kenapa perkara yang sebegini boleh berlaku di hadapan ramai orang. Amat menyedihkan walaupun kita memahami pekerja bawahan tersebut melakukan kesilapan manakala tuan punya kedai pula mempunyai hak untuk memarahi siapa pun juga pekerjanya kerana dia yang membayar gaji tersebut kepada orang tersebut dan juga untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan sememangnya boleh diharapkan oleh pelanggan-pelanggan yang hadir.

Walaupun ia nya menjadi hak mutlak kepada tuan punya kedai namun hak orang lain juga kena fikirkan juga iaitu

i.             Hati dan perasaan orang yang hendak dimarahi tambahan pula di hadapan ramai orang. Sebaik-baiknya carilah tempat yang agak tersembunyi sedikit agar orang lain tidak mengetahuinya

ii.           Jangan sama sekali mengaibkan seseorang untuk di marahi kerana maruah seseorang perlu dijaga dengan baik sama sekali

iii.          Suasana perniagaan perlu dikekalkan dengan suasana yang segar dan ceria. Tidak perlu ada meninggi suara atau terjerit-jerit di tempat perniagaan

iv.          Hati dan perasaan pelanggan juga perlu di jaga kerana walaupun mereka sekadar melihat tapi hebahan mulut perkara yang negatif begitu cepat tersebar yang akan memberikan impak yang tidak baik pula kepada perniagaan

v.            Boleh melemahkan mood pekerja-pekerja yang ada

vi.          Sifat marah adalah cermin untuk diri kita sendiri di hadapan pelanggan-pelanggan. Orang lebih cepat nampak perkara-perkara yang tidak elok daripada perkara-perkara yang elok kita lakukan sepanjang hari. Oleh itu lebih baik berhati-hati dari melakukannya sesedap rasa dan sesuka hati terutamanya apabila berhadapan dengan prospek/pelanggan.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda ‘Bukanlah orang yang gagah itu, orang yang kuat bertarung. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah’ Sebaik-baiknya kalau nak marah sekalipun jaga tingkah laku kita dahulu. Tunjukkan kemesraan dan keikhlasan kita dalam melakukan jualan. Biar prospek/pelanggan yang ada merasa cukup terpesona dengan pembawaan dari diri kita sendiri. Kita yang menentukan sama ada apa yang kita lakukan ini adakah betul ataupun tidak.



Read more >>

Jumaat, 1 Februari 2013

TETAPKAN PENDIRIAN



Ingatlah, setiap apa yang kita perkatakan perlu di kotakan. Pendirian kena tetap dan yakin apa yang telah diperkatakan dan disampaikan. Jangan sama sekali bila jumpa seseorang kita perkatakan sesuatu perkara untuk kita tawarkan produk tapi apabila bertemu dengan orang lain perkhabaran yang lain pula kita maklumkan. Kena bagi sama, dan pastikan apa juga yang kita janjikan kepada prospek/pelanggan kita baik semasa menghubungi telefon, temu janji dan mendapatkan penutupan jualan ia nya benar-benar dilakukan. Elakkan sama sekali memberikan sebarang alasan dan masalah kepada mereka. Kerana ini semuanya adalah kredibiliti dan komitmen kita kepada mereka.

Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a berkata, Rasulullah bersabda ‘ Ketika malam di israk kan aku mencium satu bau-bauan yang sangat wangi baunya, lalu aku bertanya’ Wahai Jibrail, bau apakah ini? Lalu Jibrail menjawab ‘ini adalah bau wangi tukang sikat anak Firaun dan anak laki-laki tukang sikat tersebut’ Rasulullah bertanya lagi ‘ bagaimana boleh berlaku demikian? ‘ Jibrail menjawab ‘Ketika dia menyikat rambut puteri Firaun tiba-tiba penyikatnya terjatuh dan ketika beliau mengambilnya kembali sikat tersebut dengan membaca Bismillah (dengan nama Allah).’

Lantas anak puteri Firaun berkata ‘ Kenapa tidak menyebut nama bapa ku?’ Wanita tukang sikat tersebut menjawab ‘Tidak, Allah ialah Tuhan ku dan Tuhan mu demikian juga Tuhan ayah mu’. Puteri Firaun bertanya lagi ‘Kalau begitu kamu beriman dengan kepada Tuhan selain Ayah ku?’ Wanita tukang sikat menjawab ‘ya’. Lantas Puteri Firaun berkata ‘ Kalau begitu akan aku adukan hal ini kepada ayah ku sendiri’ Wanita tukang sikat menjawab ’Silakan’.

Tanpa membuang waktu Puteri Raja Firaun tersebut terus memaklumkan akan apa yang telah berlaku kepada ayahandanya. Mendengar apa yang telah diberitahu oleh anaknya. Firaun dengan segera memanggil tukang sikat tersebut lalu ditanya pula oleh Firaun. Wanita tersebut menjawab ’Ya benar, Tuhan ku adalah tuhan mu juga iaitu Allah’. Marah dengan apa yang diperkatakan oleh wanita tersebut lalu Firaun mengarahkan tentera istana beliau menangkap wanita tersebut untuk menjalani hukuman mati.

Firaun memerintahkan agar disediakan satu periuk yang besar daripada buatan tembaga untuk dipanaskan. Panas sahaja periuk tersebut, seorang demi seorang anak wanita tukang sikat tersebut mula dicampakkan ke dalam periuk yang sedang mendidih tersebut. Kini tibalah giliran wanita tersebut untuk dicampakkan lalu tukang sikat tersebut memohon kepada Firaun sebagai permintaan terakhirnya dapat dikumpulkan semua tulang-tulang dirinya dan anak-anaknya dapat dibungkus di dalam satu kain untuk memudahkan dikuburkan dalam satu tempat sahaja. Firaun bersetuju dengan permintaan wanita tersebut.

Ketika giliran wanita tersebut, tiba-tiba hatinya menjadi gementar dan ragu-ragu namun bayi yang didakapnya ketika itu lantas bersuara kepada nya ‘Wahai ibu ku, campakkanlah diri Ibu ke dalam periuk yang mendidih tersebut kerana sesungguhnya seksa dunia ini jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan seksa akhirat nanti’. Akhirnya wanita tersebut terjun bersama anak yang di kendungnya mati bersama dalam periuk tembaga yang sedang mendidih tersebut. (Hadir Riwayat Ahmad)

Begitulah pengajaran yang perlu kita ambil dan kutip sebagai satu iktibar buat diri kita yang melakukan jualan. Walau apa pun yang terjadi dan berlaku dengan apa yang telah kita perkatakan dan sampaikan dengan maksud untuk memberikan pengetahuan kepada mereka, jangan sama sekali kita menarik balik akan apa yang telah kita perkatakan. Pertahankan dan kukuhkan apa yang telah diberikan kepada mereka. Jangan senang-senang mudah menarik semula dengan apa yang kita telah perkatakan. Kerana itu pendirian kita kena kukuh dan stabil tidak kira apa juga yang mendatang. Tunjukkan apa yang kita cakap adalah betul sama sekali dengan tindakan. Pastikan dan jadikan tabiat bahawa bukan satu perkara yang mudah dan senang untuk di kelentong.

Kalau kita tidak tunjukkan apa yang kita perkatakan adalah benar dan betul sampai bila-bila prospek/pelanggan akan perkatakan bahawa kita ini adalah
i.             Seorang yang kuat kelentong dan menipu

ii.           Suka mengambil kesempatan di atas apa yang mereka tidak tahu dan mengerti

iii.          Prospek/pelanggan tidak mudah percaya andai kata kita menawarkan produk kepada mereka di masa hadapan pula

iv.          Pendirian yang goncang bermakna kita tiada keyakinan dalam melakukan jualan

v.            Keyakinan diri juga akan bergoncang dan tidak selamat untuk menawarkan produk

vi.          Bagaimana kita boleh mempengaruhi orang terutama sekali ketika penutupan jualan boleh berlaku.

Lakukan sebaik mungkin. Tetapkan pendirian. Apa yang dikatakan pasti dikotakan. Ini bukan zaman kanak-kanak yang tiada langsung pendirian untuk diberikan. Tunjukkan komitmen kita agar prospek/pelanggan fahami yang kita benar-benar datang bersua dengan mereka adalah semata-mata untuk menjual dan bukannya memberikan harapan kosong kepada mereka. Per mudahkan jangan disukarkan sama sekali. Jaga pendirian kita semasa kita sedang melakukan jualan kerana ia nya benar-benar menunjukkan imej dan komitmen kita di hadapan prospek/pelanggan yang ditemui.




Read more >>