Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 3 Januari 2013

Bila Terdesak



Apabila dalam keadaan terdesak semuanya akan dilakukan tidak kiralah sama ada matlamat menghalalkan cara atau cara menghalalkan matlamat. Asalkan dapat melakukan penutupan jualan itu sudah dikira amat memadai. Bila dah terdesak fikiran akan menjadi buntu dan panik memandangkan masa yang ada tidak berapa lama lagi akan habis begitu sahaja tanpa adanya sebarang penutupan jualan yang diperoleh. Mungkin keadaan yang terdesak ini berlaku apabila
 
i.             Sasaran yang diberikan masih gagal lagi dicapai dan diperoleh

ii.           Orang lain sudah pun mendapatkannya tapi bagi kita tetap gagal seperti awal lagi

iii.          Rakan setugas kelihatan cukup mudah mendapatkan penutupan jualan tidak seperti kita yang melakukan jualan pada hal produk yang ditawarkan adalah sama

iv.          Masa  yang diperuntukkan di rasakan tidak memadai dan mencukupi walaupun begitu lama mencubanya

v.            Terlalu memikirkan tindakan terbaik dan kaedah terhebat dalam mendapatkan penutupan jualan

Terlalu banyak persoalannya sehingga kepenatan dalam memikirkannya berlaku dan terjadi. Keadaan akan lebih menjadi memeningkan dan menyerabutkan kepala ketika kita menghadapi situasi yang amat terdesak. Apabila terdesak mulalah kita akan melakukan perkara-perkara yang sebegini

i.             Merayu
Dah mula rasa sukar untuk mendapatkan penutupan jualan mulalah kita bertindak dengan lebih agresif lagi iaitu dengan cara merayu dan merayu habis-habisan. Tidak kira siapa pun yang kita temui dan bertemu kita akan merayu agar produk yang kita tawarkan ini diterima oleh mereka tanpa memikirkan produk ini dapat membantu menyelesaikan masalah mereka ataupun tidak. Selagi mulut tidak penat selagi itu rayuan akan dikemukakan. Biarlah buat muka se kupang sekalipun asalkan penutupan jualan boleh diperoleh dengan berjayanya.

ii.           Memohon simpati
Pohon simpati minta kasihan pada diri kita ini yang masih gagal dapatkan penutupan jualan mengatasi presentasi dan sesi penerangan yang sewajarnya. Kerana takutkan tidak mencapai sasaran atau sengaja dilakukan asalkan jualan dapat tercipta seboleh-bolehnya kita akan merayu kepada mereka. Pendekatan menggunakan emosional amat diperlukan agar prospek/pelanggan yang ditemui pada akhirnya pasti menerima produk yang ditawarkan. Ini kah yang kita mahukan dan perlukan bukannya prospek/pelanggan mahukan dan perlukan sewajarnya pada produk kita.

iii.          Memohon pertolongan yang amat sangat
Depan siapa pun juga habis kita minta tolong minta bantuan agar mereka dapat menghulurkan bantuan yang sepatutnya dengan hanya menerima penutupan jualan yang dilakukan. Bukan kita tidak boleh melakukannya dengan tenang , sabar dan tabah tetapi kerana desakan apa cara dan kaedah sekalipun akan tetap dilaksanakan. Biarlah orang lain nak kata asalkan penutupan jualan berjaya diperoleh itu sudah di kira cukup baik dan memadai.

iv.          Memaksa
Lagi ganas cara yang sebegini. Terus memaksa untuk prospek/pelanggan menerima produk yang ditawarkan. Selalunya prospek/pelanggan yang sebegini mempunyai tingkah laku dan akhlak yang baik dan terpuji lalu kita pun akan tetap mengambil kesempatan yang ada di atas kelemahan prospek/pelanggan. Tanpa perlu rasa sedih dan kasihan kepada mereka habis kita paksa mereka untuk terima tawaran yang dikemukakan walaupun kita tahu setakat ini sahajalah transaksi jualan dapat dilakukan.

v.            Mengungkit
Kerana kita merasakan kita pernah berbakti kepada pelanggan kita atau mungkin kenalan baik kita, lalu kita akan sering mengungkit akan jasa-jasa yang telah kita taburkan kepada mereka selama ini. Menimbulkan keadaan serba salah ke atas mereka agar dapat membalas semula jasa-jasa baik mereka terhadap kita itu yang kita harapkan dari mereka. Jangan kira hati dan perasaan orang lain yang penting kita dapat penutupan jualan itu sudah dikira amat memadai. 

Kepentingan diri sendiri wajar diketepikan dahulu. Jangan diharapkan cara dan kaedah di atas ini perlu dilakukan ketika penutupan jualan dilakukan. Sepatutnya kita yang melakukan jualan tidak sama sekali kita sanggup lakukan perkara sebegini berlaku dan terjadi. Kena jauhkan dan awasi agar kepentingan peribadi tidak sewenang-wenangnya dilakukan walaupun terdesak. Berusaha dengan cara yang betul dan benar. Bantu mereka selesaikan masalah dengan produk yang kita tawarkan. Yang penting jangan putus asa dan mudah kecewa. Berusaha dan terus berusaha dengan cara dan kaedah yang sebetulnya agar masalah mereka kita tolong selesaikan dan mereka yang terima tawaran kita sudah pasti membantu kita per tingkatkan lagi perolehan yang didapati.


Read more >>

Rabu, 2 Januari 2013

SEMPENA KEHADIRAN 2013




Tidak dinafikan setiap kali kedatangan tahun baru kemeriahan sambutannya amat meriah sama sekali. Dengan jeritan dan pekikan pengiraan waktu kedatangan jam 12 tengah malam memberikan satu harapan dan sinar kebahagiaan dan harapan baru kepada kita semua. Kita lupakan buat seketika memberi tumpuan betapa hebatnya kehadiran tahun baru kepada kita. Bila kita menonton televisyen ataupun mendengar radio sudah pasti DJ-DJ akan memutarkan pertanyaan yang berulang kali tentang azam tahun baru dan bagaimana dengan azam pada tahun lepas sama ada telah dicapai ataupun belum.
Dari kajian yang telah dilakukan oleh sebuah Universiti di Amerika, mereka mendapati hanya 39% sahaja mereka yang berusia 20an berjaya mencapai matlamat dan keazaman mereka setiap tahun. Peratusan ini malangnya semakin menurun mengikut peningkatan umur. Bagi mereka yang berada dalam lingkungan 50an peratusan mereka yang berjaya mencapai apa yang diazamkan hanyalah setakat 14% setiap tahun. Satu angka peratusan yang semakin menurun. Cukup bijak dan mahir memberikan keazaman tapi malangnya tidak pandai untuk melaksanakannya. Adakah kita yang melakukan jualan juga bersikap begini?

Terlalu ramai yang gagal dengan keazaman yang diberikan jika dibandingkan dengan mereka yang telah berjaya melaksanakannya. Mungkin kegagalan-kegagalan ini berlaku disebabkan oleh
  • Azam yang terlalu besar sehingga langsung tiada realistiknya. Pada asasnya, hanya merasakan untuk melakukannya apa-apa untuk mengatakan sudah pasti akan melakukan segala-galanya.
  • Memberikan satu komitmen yang berdasarkan jangkaan orang lain. Bimbang terlalu banyak tentang apa yang orang lain berfikir dan bukannya bertanya kepada diri sendiri, apa yang akan membuat membuatkan diri sendiri merasa gembira?
  • Tiada  mempunyai pemikiran yang betul dan waras. Ketika dilakukan langsung tidak dibuat selari dengan apa yang ada dalam yang difikirkan.
  • Jika orang lain ada kita pun kena sibuk ada pada hal telah diketahui ia nya pasti tidak akan ke mana perginya.
  • Fokus untuk melakukannya semakin lama semakin hilang dari ingatan mengikut masa yang berlalu sehinggalah muncul semula tahun baru untuk kita ingat kembali
Ambil kesempatan dari kehadiran awal tahun 2013 ini. Lakukan segala-galanya dengan yang serba baru dengan kelainan yang amat berbeza sama sekali yang pernah kita tempuhi. Bukan mengikut keadaan, mengikut apa yang orang lain perkatakan tetapi ikut apa naluri dan kehendak kita sendiri mahukan. Buang jauh-jauh azam-azam yang gagal dilaksanakan tapi fikirkan semula apa keazaman sebenar yang mahu dilaksanakan. Sasaran matlamat bukannya perlu bermula pada setiap awal tahun baru sahaja tetapi ia nya tetap bersama dengan kita untuk membentuknya setiap hari. Kita bina semula kuatkan semangat dan iltizam dengan cara

i.             Ketahui keperluan sebenar
Kenapa kita melakukan jualan? Di samping mendapat kepuasan dalam bertugas melakukan jualan, karier kita dalam jualan dan perhubungan yang baik ketika bersama prospek/pelanggan perlu dijaga dan disemai dengan baik sama sekali. Kebenaran melakukan jualan adalah kehendak sebenar kita dan bukan kata-kata palsu sebagai penyedap cita rasa sahaja. Bila kita ketahui apa yang kita kehendaki sudah semestinya kita akan melakukannya dengan sebaik yang mungkin secara bersungguh-sungguh bermulanya dengan membantu dan menolong orang selesaikan masalah mereka sebaik yang mungkin dan termampu.

ii.           Apa yang kita inginkan
Tiada siapa yang inginkan pendapatan yang sedikit. Semuanya berazam untuk mendapatkan semaksimum yang boleh pendapatan dan perolehan setiap bulan secara konsisten menaik setiap masa. Bukan omongan kosong tapi keazaman yang perlu di kecapi.  Bila Islam menggalakkan umatnya membayar zakat ini bermakna kita perlu menjadi kaya untuk memudahkan kita membayar mengeluarkan zakat sebanyak yang boleh dan bukannya menjadi kedekut dan tamak haloba. Semakin banyak kita berikan kepada jalan Allah semakin banyak Allah akan berikan semula kepada kita. Allah berfirman maksudnya “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah Maha Luas (kurniaan Nya) lagi Maha Mengetahui” (Surah Al Baqarah 2: 261).

iii.          Lakukan catatan
Catatan kena ada akan apa yang telah kita lakukan. Kerana itu wujudnya jualan diari-diari di kedai-kedai. Meminta kita mencatatkan apa juga yang kita suka untuk dicatatkan ke dalamnya terutama tentang pengalaman-pengalaman yang tempuhi sehari-hari sebagai satu tanda ingatan diri sendiri. Ambil kesempatan catatkan apa kejayaan dan kegagalan yang telah kita tempuhi dari hari-hari yang telah kita lalui. Kaji coraknya dan hasilnya sama ada kejayaan atau kegagalan yang banyak kita tempuhi. Bila kita ketahui di mana silapnya dan salahnya sekurang-kurang kita tahu bagaimana untuk perbetulkan semula dan jangan diulangi sama sekali. Jadilah seorang manusia yang sentiasa sedar dan bukannya lali setiap masa dan ketika. Bila dah ada catatan semakin mudah untuk kita mengenal pasti di mana kelemahannya.

Bermulalah dari sedikit dari tidak melakukannya apa-apa. Sentiasa beri komitmen akan setiap tindakan dan usaha yang kita lakukan. Belajar jangan sama sekali memberi alasan jika apa yang kita lakukan gagal kita lakukan. Bertanggungjawab sepenuhnya, kenal pasti apa dan kenapa kegagalan kita agar kita tahu untuk perbetulkan semula bergerak semula dengan bagi mencapai apa yang kita azamkan. Kejayaan yang bermula dengan yang kecil, kejayaan yang besar akan menuruti pula. Berusahalah cara yang sebegini dahulu sebelum kita boleh mendabik dada apa yang kita lakukan selama ini betul kesemuanya.

Kita lebih bersedia untuk mencuba lagi.
Kita lebih bersedia untuk mencuba sesuatu yang baru.
Kita lebih bersedia untuk menghadapi pengembaraan esok hari.
Kita lebih bersedia melakukannya abai segala masalah, rintangan dan dugaan.
Dan kita lebih bersedia untuk mengelak kegagalan dan lakukan yang terbaik.

Read more >>

Selasa, 1 Januari 2013

Lecehnya apabila di tegur



Tiada siapa yang suka ditegur apatah lagi ketika sedang melakukan tugasan menjual. Boleh hilang mode dibuatnya. Tengah asyik melakukan jualan tiba-tiba sahaja ada orang yang menegur itu tak kena, ini buat tak betul dan pelbagai kesilapan lagi di mata prospek/pelanggan yang ditemui. Rasanya inilah yang cukup melecehkan dan membosankan ketika kita melakukan jualan.

Apa yang dimaksudkan dengan teguran adalah satu tindakan di mana satu-satu perkara yang tidak di inginkan oleh seseorang baik dari segi perbuatan, percakapan ataupun tingkah laku yang akan mengakibatkan kesan negatif kepada orang yang ditegur. Kesan negatif yang dimaksudkan ini adalah mungkin akan mengakibatkan sakit hati, ketidakpuasan hati, berdendam, sakit kepala dan bermacam-macam lagi musibah yang akan hadir. Inilah resam manusia yang kadang-kala suka menegur orang tapi diri sendiri tidak suka ditegur baik secara berhemah dan berlembut mahupun secara kasar memalukan di hadapan orang. Semuanya kena hadapi.

Alangkah baiknya jika ketika kita ditegur oleh sesiapapun terutamanya oleh prospek/pelanggan yang ditemui langkah-langkah berikut perlu diambil perhatian iaitu

i.             Satu kesan yang positif
Ambillah ia sebagai sesuatu yang positif tidak kira baik atau buruknya. Fikir dahulu dan bukan pening dan berdukacita dahulu itu perkara yang sewajarnya kita lakukan. Apabila ada orang yang menegurnya bermakna orang tersebut amat prihatin dan mengambil berat tentang kita. Kita fikirkan yang positif bermakna perkara yang positif juga yang akan hadir kepada kita.

ii.           Menuju kesempurnaan
Andai kata kita dah tahu perbuatan kita adalah salah dan silap, perbetulkan segera dan akui kesilapan kita agar tidak berpanjangan jadinya. Buanglah segala ego dan lagak diri yang ada pada kita agar orang akan lebih menghormati diri kita dan tidak mudah membenci pula pada kita. Merendah diri adalah lebih baik dan dihormati sentiasa baik pihak kawan mahupun lawan apatah lagi prospek/pelanggan yang ditemui.

iii.          Masih ada orang yang prihatin
Hidup di dunia hidup bermasyarakat dan bukan kita seseorang sahaja hidup di dunia. Ada terima teguran bermakna ada orang ambil berat terhadap diri kita tentang tugasan atau kerja yang kita lakukan. Terima dengan hati yang terbuka agar segala teguran yang diterima akan membuatkan diri kita lebih sempurna dalam kita melakukan jualan terhadap siapa pun yang kita temui.

iv.          Tahu tindakan selanjutnya
Bila dah kena tegur sekurang-kurangnya kita tahu apa yang betul dan apa yang tidak kena pada kita. Perbetulkan segera dan jangan sama sekali main cincai sahaja hentam begitu sesuka hati. Jadikan apa yang telah berlaku sebagai pengajaran dan iktibar yang perlu kita pelajari perbetulkan semula apa yang telah kita lakukan selama ini. Selagi tiada orang yang menegurnya ditakuti nanti kita hanya syok sendiri sahaja merasakan kita asyik betul sahaja.

v.            Antara kawan atau lawan
Sekurang-kurangnya kita secara sendiri telah ketahui yang mana satu boleh dijadikan kawan dan yang mana satu boleh dijadikan lawan. Hanya kawan sahaja yang suka memberikan teguran yang baik untuk karier kita perbetulkan mana silap dan salahnya yang tidak kita ketahui dan sedari. Sekurang-kurangnya segala tindakan yang kelakuan yang kita lakukan semasa menjual tidak berseorangan dan dibiarkan begitu sahaja.

vi.          Kekuatan semangat dan pendirian
Membina asas jati diri yang sebenarnya memberikan kekuatan pada diri kita sendiri betapa teguran yang diterima kalau diperbetulkan dan tidak diulangi semula akan memberi satu kesan positif kepada diri kita juga. Kesan ini akan menaikkan lagi reputasi dan kredibiliti kita di pasaran. Kesungguhan kita akan terbayar apabila kesungguhan tersebut kita tunjukkan ketika melakukan jualan. Yang untungnya adalah diri kita sendiri dan bukannya orang lain.

Sentiasa berfikiran positif. Tenang, sabar dan tabah dalam menghadapi segala ujian melakukan jualan. Kita bukanlah seorang manusia sesempurna Rasulullah dan sentiasalah bersedia menerima teguran dari siapapun juga. Jangan mudah melenting dan kecewa tapi kajilah semula ambil yang mana baiknya untuk kita perbetulkan dan jangan sama sekali diulangi lagi. Belajar dari kesilapan dari langsung tiada apa yang kita pelajari. Sesungguhnya pengalaman akan mematangkan lagi kita untuk menjadikan diri kita sebagai seorang yang melakukan jualan sehebat mereka-mereka yang ada di luar sana.


Read more >>