Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 6 Disember 2012

DARI PELANGGAN KEPADA KESETIAAN



Nak mudah melakukan jualan adalah dengan mendapatkan kesetiaan seseorang untuk menerima tawaran yang ditawarkan. Bila seseorang pelanggan yang telah bertukar statusnya kepada setia pada produk dan jenama yang ditawarkan, ceritalah apa pun padanya pasti beliau akan lebih mudah percaya dan menerimanya tanpa perlu banyak soal dan pertanyaan. Kerja mudah bukan. Mudah apabila seseorang yang benar-benar memberikan kepercayaannya kepada kita dengan sepenuh hatinya.

Begitulah lah mudahnya apabila kesetiaan pelanggan boleh diperoleh. Tapi satu tugasan yang agak memeningkan kepala kita adalah bagaimana untuk mendapatkan kesetiaan pelanggan untuk menjadi setia. Inilah yang perlu kita lakukan terhadap pelanggan kita. Banyak perkara yang perlu kita lakukan umpama bak kata pepatah Melayu ’bersakit-sakit dahulu bersenang lenang di hari kemudian’ perlu diingati sentiasa. Yang penting jangan berputus asa dan mudah merasa kecewa. Selagi pelanggan itu manusia selagi itulah segala layanan dan karenah beliau perlu kita jaga dan ketahui dengan sebaik yang mungkin.

Berikut antara langkah-langkah yang perlu kita ketahui dan ambil perhatian dalam menukarkan pelanggan-pelanggan yang sedia ada kepada pelanggan-pelanggan yang setia iaitu dengan cara

i.                     Tanamkan dan kekalkan minatnya dengan cara yang berhemah dan mudah mereka terima. Wujudkan produk kita agar menjadi kesukaan mereka tanpa perlu rasa berbelah bagi. Produk yang baik di pandangan mereka pasti akan memberikan pulangan yang baik buat kita.

ii.                   Apa yang kita lakukan, berikan perkhidmatan yang terbaik dan jangan sama sekali mengambil mudah dan senang sahaja. Penawaran yang bersungguh memberikan segala maklumat yang dikehendaki sudah pasti pelanggan tidak akan lari ke mana walaupun mungkin pesaing adalah rakan baik kepada beliau. Ambil perhatian yang serius dan bersungguh apabila melakukan jualan.

iii.                  Layan dengan mesra dan betul menjaga hati dan perasaannya setiap kali melakukan pertemuan atau menghubungi di talian telefon. Jangan berkasar apatah lagi meninggi suara kepadanya. Umpama kita berhadapan dengan kedua ibu bapa kita jangan sama sekali meninggi suara dan bersikap kurang agar kepada mereka. Itulah yang perlu kita lakukan kepada mereka agar pelanggan sentiasa menyedari kehadiran kita walaupun berada jauh di mata sekalipun.

iv.                Apabila bertemu pastikan diri kita menjadi pendengar yang baik. Apa cerita sekalipun ambil sedikit masa kita untuk mendengar apa yang ingin mereka sampaikan dan rintihan kepada kita. Pendengar yang baik bukan setakat hendak mendengar tentang masalah jualan sahaja tetapi apa juga masalah yang ditanggung oleh pelanggan tersebut apabila disampaikan tolonglah dengar dengan baik dan beri tumpuan sepenuhnya. Walaupun kita tidak memberikan sebarang solusi atau alternatif dalam menyelesaikan masalah mereka walaupun hanya berdiam diri sahaja sudah dikira cukup memadai. Yang penting dengar sahaja dan jangan pula bertindak seperti seorang kaunselor profesional sudahlah.

v.                  Jangan rasa malu dan segan jika disedari kita ada melakukan kesilapan. Kena akui dengan segera kepada mereka tentang kesilapan kita dan berjanji untuk perbetulkan semula dan tidak mengulanginya sama sekali. Tunjukkan apa yang kita perkatakan dilakukan dengan lebih baik lagi agar kepercayaan mereka dapat kita semai semula dari mereka. Kejujuran dan keikhlasan adalah segala-galanya.

vi.                Apabila pelanggan menegur, terima dengan seadanya. Jangan pula mudah melenting, menafikan dan meninggikan suara mengatakan apa yang di perkatakan adalah dusta semata-mata. Lebih baik terima dahulu, berdiam diri dan berfikir sama ada apa yang diperkatakan oleh pelanggan tersebut ada kebenarannya ataupun tidak. Kalau betul ucapkan terima kasih padanya, kalau salah apa yang diperkatakan mohon kemaafan terlebih dahulu dan berkata baik dan berhemah tunjukkan apa yang kita lakukan adalah betul sama sekali dalam satu situasi yang harmoni dan ceria.

vii.               Sentiasa luangkan masa bertemu atau menelefon pelanggan tanyakan tentang tahap perkhidmatan yang telah kita lakukan selama pelanggan tersebut berurusan dengan kita. Cadangkan kepada mereka adakah ada sebarang komen yang perlu mereka perkatakan atau luahkan demi menjaga tahap perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. Sentiasa bertanya kerana dengan sendirinya kita akan sentiasa perbetulkan juga tahap perkhidmatan kita kepada pelanggan yang lain juga.

viii.             Perkara asas dalam jualan adalah minat. Bukan setakat minat nak menjual tapi kena ada minat nak jaga perhubungan dengan pelanggan yang sedia ada. Bila kita berminat sudah tentu dan sudah pasti pelanggan juga akan berminat dengan produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan tanpa rasa berbelah bagi. Pelanggan juga sudah pasti akan percaya pada kredibiliti dan keikhlasan kita untuk tidak sama sekali mengambil kesempatan atasnya atau merasa ditipu oleh kita. Tunjukkan yang kita benar-benar berminat untuk jadikan mereka pelanggan kepada kita supaya apa juga yang mereka mahukan dan inginkan sudah pasti kita akan sampaikan dan berikan dengan sebaik yang mungkin.

ix.                 Lain orang lain karenah dan perangainya. Antara seorang manusia dengan yang lain sudah semestinya tidak sama dan berbeza sama sekali dari segi tingkah lakunya, peribadinya, pertuturannya dan sikap mereka terhadap kita. Kena tahan, tahu dan sabar sentiasa melayan karenah mereka. Kita bersabar dan merendah diri itu yang perlu kita lakukan sentiasa

Pelanggan berpuas hati sudah pasti tidak akan ke mana. Kesetiaan mereka boleh diwujudkan asalkan kita ikhlas dalam melakukan jualan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. Jangan mudah ambil kesempatan apatah lagi mencari peluang mendapatkan keuntungan dari mereka dengan jalan yang senang dan mudah. Tiada seorang pelanggan pun yang suka dibeli. Kita nak mereka membeli dan menerima tawaran yang ditawarkan kena beri sebaik yang mungkin buat permulaannya dengan memberikan segala bantuan dan pertolongan yang ada. Tunjukkan produk yang ditawarkan sememangnya boleh dan membantu mereka selesaikan masalahnya. Bila mereka telah percaya kepada kita  dengan kesungguhan yang telah kita tunjukkan kepada mereka sudah pasti kesetiaan yang diharapkan menjelma juga seperti mana yang kita mahukan.


Read more >>

Rabu, 5 Disember 2012

FAHAMI DAHULU SEBELUM MENJUAL



Memahami tentang prospek/pelanggan amat diperlukan terlebih dahulu bagi memudahkan lagi tindakan sewajarnya dalam melakukan jualan. Apabila kita telah mengenali prospek/pelanggan tersebut maka penawaran produk akan lebih memudahkan tindakan kita. Kesukaran menjual akan timbul apabila kita dapati prospek/pelanggan yang ditemui akan memberikan pelbagai alasan yang mungkin juga tidak munasabah untuk kita menerimanya hanya kerana keengganan mereka untuk menerima tawaran yang ditawarkan.



Sebagai langkah berjaga-jaga dan berwaspada agar kekecewaan tidak berlaku dan terjadi, kenali dahulu apa yang prospek/pelanggan yang ditemui nanti tentang latar belakangnya terlebih dahulu dan itu adalah lebih baik dari melakukan jualan tanpa tiada diketahui apa-apa pun. Kerana sibuk memikirkan produk kita adalah terbaik di pasaran kita telah abaikan apa yang sepatutnya kita ambil tahu. Empat faktor yang perlu kita ketahui dalam mencapai kejayaan melakukan jualan terhadap prospek/pelanggan yang ditemui adalah 

i.                     Ketakutan yang dialami
Apa yang telah dialaminya ataupun pengalaman dari orang lain akan mengajar dirinya untuk lebih berhati-hati dalam menerima tawaran yang ditawarkan. Tiada siapa mahu dirinya dibeli oleh orang melainkan prospek/pelanggan tersebut cukup merasakan apa yang dimahukan dan diinginkan benar-benar difahami dan mengerti bahawa produk yang ditawarkan kepada dirinya sememangnya dapat membantu dirinya semula. Pengalaman akan mengajar diri mereka terlebih dahulu sebelum boleh mempercayai produk yang ditawarkan. Kita kena bersedia menghadapi situasi seperti begini agar keyakinan mereka dapat dipulihkan semula menerima produk yang ditawarkan dan pengalaman yang telah dilalui boleh dikembalikan semula ke landasan yang sewajarnya.

ii.                   Kemahuannya
Nak cerita tentang apa yang dimahukan, semua orang sememangnya berkehendakkan. Cuma yang membatasinya adalah sama ada ia nya mampu atau tidak untuk mereka memilikinya. Terdapat batasan dan halangannya terlebih dahulu tentang kemampuannya. Kerana itu apa yang prospek/pelanggan mahukan, kita kena ambil berat dan prihatin sama sekali. Mereka akan dapat bilamana mereka telah layak untuk mendapatkannya. Bila sudah tahu bermakna mereka akan mula tercari-cari sehingga mereka peroleh. Inilah kesempatan yang perlu kita pergunakan agar kemahuan mereka kita ambil berat memahami akan apa yang mereka mahukan.

iii.                  Kehendaknya
Kita berkehendakkan kepada prospek/pelanggan yang ditemui kena pastikan dahulu yang mereka cukup berkehendakkan apa yang ingin kita tawarkan kepada mereka. Berkehendakkan bermakna sememangnya mereka amat mahukan dan memerlukan. Cuma menunggu tawaran yang terbaik sahaja untuk memenuhi apa yang mereka cari selama ini. Apabila kita ketahui apa yang mereka berkehendakkan produk yang ditawarkan boleh menyelesaikan masalah mereka, pergunakan dengan sebaik yang mungkin melalui penerangan yang dipersembahkan yang memberikan kebenaran yang berfakta supaya dapat memikat lagi kefahaman dan kehendak mereka dapat dipenuhi dengan sebaik yang mungkin.

iv.                Keinginannya
Keinginan adalah naluri dalaman yang amat memerlukan. Hanya disebabkan keinginan mungkin disebabkan hebahan mulut atau promosi-promosi yang dilakukan boleh menyebabkan prospek/pelanggan merasakan amat teruja dan pasti mahu memiliki produk yang ditawarkan tanpa kita perlu memberikan penerangan dan penjelasan yang sedalamnya terhadap mereka. Keinginan prospek/pelanggan akan membantu kita dalam mempercepatkan lagi proses penutupan jualan seperti mana yang kita harapkan hanya kerana sifat mereka yang sudah teruja dengan produk yang ditawarkan. Hanya menanti apa solusi dan penyelesaian terbaik yang boleh kita tawarkan kepada mereka mencapai kata sepakat.


Begitulah yang perlu kita amalkan dan terapkan dalam kita melakukan jualan tanpa perlu bersusah payah melakukan jualan, kita ketahui dahulu apa yang mereka risaukan, mahukan, berkehendakkan dan seterusnya keinginan mereka sudah pasti akan lebih menyenangkan kita melakukan tawaran yang sewajarnya. Jangan mudah memberi andaian dan tanggapan semuanya boleh dan senang sahaja untuk dilakukan. Tanpa mengenal pasti lakukan sedikit penyelidikan  dan ketahui permintaan pasaran ke atas prospek/pelanggan sudah semestinya apa yang kita harapkan tidak ke mana juga akhirnya. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian perlu diterapkan dalam diri kita melakukan jualan agar kekecewaan nanti dapat diatasi dahulu di peringkat awal lagi.


Read more >>

Selasa, 4 Disember 2012

PULIHKAN KESILAPAN




Paling ‘best’ dalam melakukan jualan adalah dengan melakukan kesempurnaan sebaik yang mungkin seelok yang memikat pada prospek/pelanggan yang mendengar dan melihat setiap presentasi dan penerangan yang diberikan. Tindakan terbaik adalah mengelakkan sama sekali dari melakukan kesalahan dan kesilapan semasa melakukan jualan. Elakkan ia sama sekali. Jangan kerana terlalu ghairah nak  dapatkan penutupan jualan ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan tanpa kita sedari. Apabila terdapat kesilapan dan kesalahan prospek/pelanggan sudah pasti tidak akan berminat sama sekali untuk menerima tawaran yang ditawarkan.

Muhasabah dan selidikilah segera jika apa yang kita lalui dan lakukan terdapat kesilapan atau kesalahan walaupun sedikit. Matlamat dalam memberikan presentasi dan penerangan adalah bagi memastikan kesempurnaan telah diberikan dan disampaikan dengan sebaik mungkin. Jangan mudah mendabik dada apatah lagi merasakan apa yang dilakukan semuanya betul belaka. Sekali sekala kena periksa balik betul atau tidak apa yang kita lakukan selama ini. Lebih baik kita berhati-hati daripada main hentam tak tentu hala. Bila dah tahu ada kesilapan dan kesalahan yang dilakukan pastikan kita segera kesan kenal pasti  agar apa yang salah di mana silapnya dapat diperbetulkan segera dan jangan sama sekali dibiarkan berlarutan begitu sahaja. 

Apabila dah diketahui maka tindakan sepatutnya adalah

i.                     Akui segera
Dah tahu mana yang salah dan silapnya akui lah dengan cepat dan segera. Jangan di tangguh lagi melakukannya semula dan seterusnya. Kena hentikan agar tidak menjadi tabiat yang tidak elok pula untuk dibawa sampai mati. Belajar akui kesilapan sendiri dari belajar cari kesalahan orang lain. Selagi tidak kita akui mana yang silap dan mana yang salah sudah pasti sampai bila-bila kita akan tidak sama sekali memperbetulkannya.

ii.                   Dengar nasihat
Carilah seorang mentor dan rakan se jualan kita yang berpengalaman serta boleh dipercayai memberikan pandangan yang bernas dan nasihat yang boleh diterima akal agar segala kesilapan dan kesalahan kita boleh diperbetulkan dan diperkemaskan sebaik yang mungkin. Jangan salah pilih penasihat sudahlah kerana kesannya bukan pada orang yang memberi nasihat tetapi kita sendiri yang menanggungnya. Hanya orang yang kita percaya dan yakin atas keupayaannya sahaja yang boleh kita jadikan penasihat terbaik untuk diri kita.

iii.                  Ingatkan sentiasa
Dah tahu dan dapatkan jalan penyelesaiannya pastikan kita ingat kesalahan dan kesilapan tersebut agar tidak sama sekali diulangi lagi di masa hadapan. Andai kata kita lakukan lagi kesilapan dan kesalahan tersebut maka tak gunalah kita akui dan minta nasihat orang lagi untuk perbetulkan semula. Buat buang masa sahaja. Kena ingat sentiasa jadikan satu pengajaran dalam pengalaman kita melakukan jualan dan berjanji untuk tidak sama sekali dilakukan perkara yang sama pada prospek/pelanggan yang lain pula kita temui.

iv.                Berazam
Berazam yang membawa maksud tujuan yang hendak dicapai dengan sepenuh hati dan jiwa raga memastikan agar segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan tidak sama sekali dilakukan dan diulangi sama sekali. Kena tanamkan sungguh-sungguh dalam fikiran dan kepala otak kita agar mana-mana yang tidak betul dipastikan dibuang jauh-jauh. Belajar dari pengalaman agar semakin lama semakin baik kita melakukan jualan.

v.                  Berdoa pada Allah
Mintalah pada Allah agar setiap perbuatan dan tindakan kita dipermudahkan Allah setiap masa dan ketika. Jangan disukarkan sama sekali. Minta pada Allah agar setiap prospek/pelanggan yang ditemui dibukakan hatinya untuk mudah menerima apa yang kita tawarkan. Kuatlah semangat kita dalam melakukan jualan dan elakkan sama sekali daripada perkara-perkara yang menyukarkan perjalanan tugasan kita apabila melakukan jualan. Sesungguhnya hanya Allah tempat kita berlindung dan tempat kita meminta pertolongan dan tiada tuhan melainkan Allah. Firman Allah bermaksud “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian Nya“ (Surah Ali Imran  Ayat 8).

Jangan mudah susah hati dan merasa kecewa jika ada sebarang kesalahan atau kesilapan yang telah kita lakukan tidak boleh diperbaiki dan diperbetulkan semula. Kesan balik dan selidikilah sebaik yang mungkin agar segala kesalahan dan kesilapan tersebut tidak sama sekali diulangi. Lakukanlah kesempurnaan dalam jualan agar prospek/pelanggan yang ditemui ternyata begitu yakin dan terpesona dengan apa yang kita tawarkan kepada mereka.



Read more >>