Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 3 Disember 2012

AMBIL TAHU



Dalam sesebuah organisasi sudah pasti akan wujud tim jualan yang akan memastikan setiap produk yang dikeluarkan dapat dijual mengikut sasaran yang diberi dan ditetapkan oleh pihak pengurusan. Apabila kita berkhidmat dalam tim jualan tersebut ini bermakna kita telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab sepenuhnya untuk menjalankan tugasan yang diamanahkan. Masalahnya timbul apabila kita beria-ia mengambil berat tentang jualan dan penjualan produk tersebut tapi malangnya pada rakan sekerja kita yang turut sama dalam tim jualan tersebut buat endah tak endah sahaja. Amat mengecewakan kalau perkara sebegini berlaku dan terjadi.

Bila berada dalam tim jualan sikap dan sifat mengambil berat kena ada dalam setiap kakitangan yang berada dalam tim tersebut. Tidak terkecuali seorang pun. Semua kena ambil tahu dan ambil berat akan apa yang berlaku dan terjadi. Kerja berpasukan tidak sama sekali akan tertanggung oleh seorang sahaja melainkan bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Kerana itu kena wujudkan sikap ambil berat bukan setakat tentang prestasi sendiri tetapi juga tentang prestasi rakan setugas, prestasi tim jualan yang dianggotai dan prestasi keseluruhan organisasi yang kita wakili. 

Antara penerapan ambil berat ini yang perlu diwujudkan adalah dengan cara

i.                     Kenali dengan lebih mesra rakan-rakan dalam tim jualan
Jangan setakat tahu nama sahaja. Ambil tahu serba sedikit tentang latar belakang rakan-rakan sekerja dan setugas dengan kita. Ambil tahu apa yang dia suka dan tidak digemarinya. Jangan main hentam suka bergurau  dan berlawak tak tentu hala. Kenal hati budi dan perasaannya terlebih dahulu. Ajak berkawan jadikan sahabat dalam masa berduka dan bergembira secara bersama-sama.

ii.                   Terapkan budaya bantu-membantu
Peluang sentiasa terbuka kepada sesiapa yang rajin dan mahukan kejayaan secara bersendirian dalam melakukan jualan. Sebaik-baiknya bergerak secara bersama memandangkan kita bekerja secara berkumpulan. Bila ada kesusahan semua ahli tim membantu dan begitu juga bila kejayaan diraih juga secara bersama. Jangan dibiarkan seperti katak di bawah tempurung, hidup keseorangan walaupun dikelilingi oleh rakan setugas. Buang segala ego dan tinggi diri kita bagi menghormati rakan setugas yang lain  kerana pergerakan kita adalah secara bersama, berjemaah dan berkumpulan.

iii.                  Paha kiri dicubit paha kanan terasa
Seorang terasa sakit habis semua terasa sakitnya juga. Kena ada sensitiviti dilakukan demi memastikan kerja berpasukan diamalkan dan diterapkan. Andai kata seorang jatuh sakit dan dimasukkan ke dalam wad, berziarah tim kumpulan semua tanpa ada tertinggal seorang pun di samping memberikan doa agar rakan kita yang menderita kesakitan tersebut diberikan kekuatan semangat dan semoga sembuh dengan segeranya seperti sedia kala. Semangat ukhuwah dan silaturahim perlu dijaga dengan baik dan saksamanya

iv.                 Elakkan kepentingan diri sendiri
Jangan tamak dan pentingkan diri sendiri. Fikirkan juga ahli-ahli dalam tim jualan sama. Bergerak seperti satu pasukan barulah tim jualan tersebut akan hebat prestasinya. Rezeki masing-masing atas usaha sendiri. Yang penting bergerak secara bersama lakukan aktiviti yang diperlukan dan dimahukan cipta jualan sebanyak yang termampu agar satu kek yang terdapat di pasaran boleh dikongsi secara bersama dan bukannya untuk dikongsi dengan pesaing yang ada.

v.                   Ikut arahan
Satu yang mesti diketahui apabila bertugas dalam tim jualan arahan perlu diikuti dan dipatuhi. Jangan sama sekali main suka-suka hati lakukannya secara bersendirian. Lakukan arahan tersebut dan jangan sama sekali membantah dahulu melainkan arahan tersebut adalah bercanggah dengan Agama dan prosedur organisasi. Kena buat dahulu segala arahan yang diberikan melainkan telah dicuba didapati gagal nyatakan sebab-sebabnya secara berhemah dan merendah diri. Barulah si ketua tersebut faham dengan lebih baik dan senang menerimanya sama sekali. Tiada istilah hero atau heroin dalam tim jualan kerana arahan yang diberi adalah demi memastikan bukan setakat prestasi kita sahaja yang meningkat tetapi juga prestasi keseluruhan dalam tim jualan tersebut dapat dipertingkatkan sama.

vi.                 Jangan belajar beri banyak alasan
Ingat kita bukan kerja secara berseorangan, ada rakan sekerja kita yang lain turut sama melakukan jualan. Perkara yang negatif jangan berpakat kerana ini akan menjahanamkan keupayaan tim jualan dan prestasi kita sendiri. Makin banyak alasan yang diberikan bermakna semakin malas rupanya kita dalam melakukan jualan. Elakkan sama sekali dan beri alasan jika perkara yang dituntut untuk dilakukan sememangnya benar-benar tidak dapat dilakukan dan di luar dari keupayaan dan kebolehan kita melakukannya. Kalau orang lain boleh melakukannya kenapa kita tidak?

Adat kita bekerja secara berkumpulan dan bersama-sama, kena ada timbang rasa dan berhemah sesama rakan setugas kita demi memastikan pencapaian tim jualan kita dapat dicapai secara bergerak secara muafakat. Apa juga yang diperkatakan terutama kepada prospek/pelanggan yang ditemui biarlah sama jalan ceritanya tanpa ada perbezaan walaupun sedikit. Pertimbangkan baik buruknya sebelum memberi pendapat dan pengetahuan kepada orang lain. Biarlah selari tugasan kita dengan rakan sekerja kita agar tidak akan timbul suatu hari nanti perasaan berdendam, sakit hati, ketidakpuasan hati dan marah terjadi dengan begitu mudah dan senangnya. Elakkan ia nya berlaku dalam tim jualan kita. Kalau adalah perkara ini, ini bermakna ada sesuatu yang tidak elok dan baik telah ada dalam diri kita masing-masing yang pasti akan menyebabkan tim jualan tersebut akan tumbang bila-bila masa terdekat ini.


Read more >>

Ahad, 2 Disember 2012

Kesetiaan di wujudkan dalam Tim Jualan




Bagi membentuk tim jualan yang mantap dan disegani ramai, kesetiaan dikalangan tim jualan amat diperlukan. Jikalau tim jualan tersebut terlalu kerap bertukar ganti ahli-ahli dalam tim tersebut maka usaha untuk pembentukkan tim yang baik di hormati lawan tentu sukar sama sekali untuk dibina. Masa akan lebih terbuang dan hilang begitu sahaja. Bukan kerana hilangnya masa melakukan jualan tetapi hilangnya masa dalam pembentukan melatih dan mengajar tim jualan yang baru untuk diserapkan dalam tim jualan tersebut. Baru nak dikira pandai larilah pula ke organisasi yang lain pula mencari tawaran yang lebih baik dan mempersonakan. Bagi ketua atau pengurus tim jualan tersebut langkah awal terpaksa bermula sekali lagi apabila ahli baru dalam tim jualan tersebut terpaksa dilatih dan diajar pula.

Amat memenatkan dan mengecewakan jika kita setiap kali berlaku sebegini. Pandai nya belum lagi tapi terpaksa pula mencari yang baru lagi gara-gara kesetiaan pada ahli jualan yang ada hilang meninggalkan begitu sahaja. Oleh itu sebgai seorang ketua atau pengurus kena pastikan perkara-perkara berikut dapat dilakukan agar kesetiaan mereka kepada tugasan yang dilakukan, organisasi tempat mereka bernaung dan produk yang akan ditawarkan dapat dilakukan dengan sesempurna yang mungkin.

Mungkin perkara-perkara ini dapat diwujudkan demi menjaga kesetiaan mereka kepada tim jualan yang serba ada ini iaitu

i.                     Pendapatan dan imbuhan
Perkara paling utama yang tidak boleh dipisahkan. Memainkan peranan paling penting untuk menarik minat orang bekerja dan bertugas melakukan jualan. Lagi tinggi pendapatan, komisen, insentif dan ganjaran yang diterima lagi bersemangat seseorang itu untuk bekerja walaupun 24 jam sehari 7 hari seminggupun boleh dilakukan. Sememangnya wang merupakan satu faktor yang penting bagi menggalakkan lagi seseorang untuk melakukan tugasan bersungguh-sungguh. Kerana itu dalam menjaga kesetiaan mereka segala pendapatan dan imbuhan kena diberi penjagaan yang sewajarnya dan jangan sama sekali dilengah-lengahkan pembayaran pendapatan dan segala imbuhan kepada ahli tim jualan tersebut.

ii.                   Rakan setugas
Rakan setugas yang baik adalah saling memberikan pertolongan, bantuan dan kata-kata semangat kepada rakan setugasnya yang lain. Walaupun mereka sama-sama berjuang untuk menambah pendapatan di poket masing-masing tetapi semangat untuk menjaga nama dan maruah tim jualan tetap bersemadi dalam hati dan sanubari sesama meraka. Tidak sama sekali menjatuhkan maruah sama sendiri, mengata dibelakang rakan sekerja mereka dan memburuk-burukkan sesama mereka itu yang mereka jaga sama sekali. Semangat ukhwah sangat kental dan sukar untuk dipecah belahkan. Bila keadaan seperti ini berlaku sudah tentu kesetiaan di dalam tim jualan semestinya menjadi tinggi dan tidak mudah rapuh sama sekali.

iii.                  Organisasi
Organisasi yang menjaga kebajikan tim jualan pasti diberi keutamaan dalam kesetiaan seseorang terhadap organisasi yang diwakili. Bukan setakat imbuhan gaji dan pendapatan sahaja tetapi dari segi kemudahan perubatan, berehat, bersolat dan bercuti pasti akan menarik minat ahli-ahli dalam tim jualan tersebut setia kepada organisasi.

iv.                Ketuanya
Ketua yang ambil berat tentang anak buahnya pasti akan lebih dihormati dan disegani dan bukannya mencipta ketakutan dan kegusaran dikalangan ahli tim jualan. Apabila ketua mengambil berat apa yang berlaku sudah pasti anak buahnya akan mengambil berat tentang prestasinya. Ada masalah cuba selesaikan, ada yang capai sasaran raikan bersama dan ada berita yang mengembiran penghargaan terus diberikan. Itulah amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan agar apa juga yang berlaku dan terjadi dapat ditempuhi secara bersama dalam semangat berkumpulan yang utuh dan kuat sama sekali.

v.                  Produk yang ditawarkan
Produk yang mudah dijual dan memberi kefahaman yang memudahkan pasti akan meyenangkan seseorang untuk melakukan jualan. Bila dah senang untuk menjual dengan pelbagai bantuan jualan yang diberikan seperti kits jualan, katalog dan sebagainya sudah pasti akan memudahkan tugasan. Bila semuanya dah nampak mudah dan senang untuk melakukan jualan sudah pasti kesetiaan terhadap kerja juga boleh dibentuk dan dijaga tanpa perlu merasa risau.

vi.                Penghargaan
Perbanyakkan penghargaan seperti ucapan terima kasih, tahniah dan cuba lagi sering diucap dan disampaikan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan. Jangan mudah melatah tapi berilah teguran yang paling rasional dan lembut tanpa mengguriskan hati seseorang. Lagi banyak penghargaan diberikan walaupun hanya dengan ucapan mulut sahaja itupun sudah dikira amat memadai kerana orang-orang jualan sememangnya suka sangat dipuji. Biarkan mereka sentiasa merasakan tim jualan yang mereka sertai ini adalah satu pasukan yang paling menyeronokkan dan gembira untuk melakukan jualan demi jualan tapa merasakan tekanan tugasan yang mendatang.

Memang akan dilalui dengan pelbagai halangan,cabaran dan dugaan dengan penuh kesabaran dan ketabahan yang tinggi. Ajarilah dengan sebaik yang mungkin dengan cara didikan dan latihan yang betul dan wajar. Terapkan disiplin yang tinggi tanpa perlu merasa berbelah bagi. Keikhlasan dan kejujuran melakukannya perlu ada ahli semua ahli-ahli dalam tim jualan tidak merasa dianak tirikan dan diambil perhatian berat sebelah sahaja. Elakkan dari diskriminasi dan provokasi dalam tim jualan tetapi terapkan keharmonian dan semangat tolong menolong sesama mereka. Tunjukkan kegembiraan mereka dengan memudahkan segala tugasan jualan mereka dan jauhinya sama sekali dari perkara-perkara yang menyukarkan tindakan mereka. Selagi boleh berkompromi dan berinteraksi selagi itulah kekuatan ukhwah dalam tim jualan tersebut dapat dibina dengan baik sama sekali.
Read more >>

Sabtu, 1 Disember 2012

Persaingan sesama sendiri



Menyemarakkan lagi semangat ahli-ahli dalam tim jualan amat digalakkan sama sekali. Bila ahli-ahli dalam tim jualan bersemangat dan sanggup bersaing bukan setakat pesaing diluar tetapi juga sesama tim jualan secara automatiknya prestasi tim jualan tersebut akan meningkat sama. Bagi memastikan ia nya menjadi satu realiti dan bukannya fantasi maka pertandingan dalam persaingan melakukan jualan sesama ahli tim jualan perlu diwujudkan. 

Apa yang dimaksudkan pertandingan jualan adalah satu pertandingan secara dalaman bagi mengalakkan lagi ahli-ahli dalam tim jualan tersebut mampu lebih banyak lagi mencipta kejayaan dalam mendapatkan lagi penutupan jualan dengan sebanyak yang mungkin. Mengujudkan pertandingan dan persaingan antara tim jualan kita ini adalah dengan cara


i.                    Permudahkan untuk menarik minat menyertai pertandingan tersebut. Jangan terlalu menyusahkan dan diletakkan pelbagai syarat yang memeningkan kepala.

ii.                  Sediakan satu carta prestasi dan kedudukan semasa untuk mereka mengetahui dengan lebih lanjut dan kedudukan semasa

iii.                Dah ada pertandingan kena pastikan kena rajin kemaskini semasa agar masing-masing tidak berbalah mana satu yang terror dan yang mana satu yang bukan.

iv.              Menyediakan hadiah-hadiah yang boleh menarik perhatian mereka untuk bertindak dengan lebih proaktif dan agresif. Tidak semestinya wang ringgit. Cukuplah sekadar memberi hadiah kemenangan berupa baucher makanan, baucher penginapan, baucher pelancungan, baucher perjalanan, buku-buku ilmiah dan sebagainya yang difikirkan boleh memberikan kegembiraan kepada mereka

v.                Pertandingan yang ada boleh atau tidak melakukannya untuk berniat agar dapat merubah cara kerja tim jualan yang lebih positif lagi, tingkah laku dan fokus dalam melakukan jualan

vi.              Jangan terlalu tinggi sangat sasaran yang ditetapkan dikhuatiri nanti masing-masing dalam tim jualan merasa sukar langsung tidak dihiraukannya pula.

vii.            Banyakkan memberi ucapan penghargaan seperti tahniah, syabas, sememangnya hebat apabila pencapaian mula nampak keberhasilannya walaupun baru 20 – 30 peratus pergerakkannya

viii.          Peringatkan sentiasa baik semasa pertemuan mesyuarat, aktiviti jualan dilakukan bersama atau keluar minum secara bersama

ix.               Tampalkan poster tentang pertandingan yang diadakan supaya dapat menaikkan lagi semangat dan mod tim jualan berada dalam suasana bertanding

Manusia perlu dipuji dan begitulah dengan tim jualan, kena sentiasa dipuji dan diberi ransangan yang sebaiknya kepada mereka. Jangan mudah sebagai ketua tim jualan asyik peringatkan sasaran yang perlu dicapai setiap masa tetapi juga bertindak mencari dorongan dan penguat semangat untuk tim jualan dibawah kendalian kita. Tidak salah mencuba kepada perkara-perkara yang positif dan yang salahnya pula adalah apabila kita langsung tidak mencubanya apa-apapun. Itulah tindakan yang memboringkan tim jualan kerana mereka juga amat mengharapkan kreativiti dan sanjungan dari kita kepada mereka juga.


Read more >>