Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 7 November 2012

Atasi segera Salah Sasaran



Atasilah segera salah sasaran ini secepat mungkin kerana masa yang ada sudah pasti tidak akan berputar ke belakang semula. Jangan biarkan ia nya sentiasa berlaku kepada kita tanpa adanya sebarang usaha untuk membetulkannya semula. Kalau ia nya pernah berlaku jadikanlah ia sebagai satu pengajaran yang berguna buat kita agar tidak berlaku lagi dan diulangi sama sekali. Fikirkan betapa banyaknya masa,tenaga dan wang ringgit telah habis kita gunakan semata-mata melayan salah sasaran ini berlaku dan terjadi kepada kita.

 

Muhasabah segera perbetulkan apa yang boleh kita lakukan agar ia nya tidak berlaku lagi. Fikirkan tindakan yang sewajarnya agar apa yang kita buat dan lakukan adalah mengikut apa yang telah disarankan. Kebarangkalian untuk berjaya adalah lebih tinggi mendapatkan penutupan jualan jika sasaran prospek/pelanggan yang kita temui tersebut adalah betul sama sekali.


Pemilihan sasaran yang sewajarnya perlu untuk kita ketahui cara dan kaedah yang betul bersesuaian dengan apa yang kita kehendaki. Mungkin perkara-perkara yang sebegini perlu kita lakukan bagi mengelakkan lagi salah sasaran lagi iaitu

i.                    Kenal pasti pemilihan prospek yang dikehendaki
Demografi perlu juga di kenal pasti dan diberikan penekanan sewajarnya. Kena tahu tentang pekerjaan seseorang, industri yang terlibat, anggaran pendapatan, umur, kenderaan yang digunakan dan semuanya perlu ada untuk diketahui sebelum saringan dan tapisan dapat dilakukan dengan lebih tepat lagi. Agar sukar nanti apabila kita melakukan penawaran ke atas prospek/pelanggan tapi beliau sebenarnya bukan sasaran yang sebenarnya bersesuaian dengan produk yang kita tawarkan. Bersikap terbuka dan lebih berhati-hati pemilihan prospek/pelanggan yang mana satu patut diberi pilihan. Baik kita membuang masa melakukan saringan dan tapisan terlebih dahulu dari melakukan temu janji yang pada akhirnya tawaran kita tidak diterima dan membuang masa hilang begitu sahaja.

ii.                  Produk yang ditawarkan untuk siapa sebenarnya
Melalui kelebihan dan manfaat yang dikemukakan sudah pasti dengan sendirinya kita boleh mengetahui dan kenal pasti prospek/pelanggan yang bagaimana paling bersesuaian dan sepatutnya kita cari dan kesan dengan sepatutnya. Melakukan jualan kena pastikan setiap produk yang ditawarkan kena bersesuaian dengan keadaan dan kondisi prospek/pelanggan terlebih dahulu dan bukan main suka-suka hati menjual pada sesiapa sahaja. Lainlah kalau produk yang kita tawarkan ini adalah produk keperluan harian seperti gula,garam,tepung dan sebagainya yang mahu tidak mahu prospek/pelanggan tersebut terpaksa membeli juga. Kena fikirkan jalan dan kaedah yang terbaik prospek/pelanggan yang macam mana boleh menerima produk yang kita tawarkan kepadanya.

iii.                Pesaing dalam pasaran
Jualan berasaskan permintaan pasaran sememangnya akan mempunyai pesaing-pesaing yang turut sama menawarkan produk seperti kita. Kenal pasti dengan segera apa kelebihan, kekuatan dan kelemahan yang ada pada produk mereka. Jangan buat tidak tahu pula susah jadinya nanti kerana selain dari presentasi yang diberikan kepada prospek/pelanggan, bangkangan jualan atau mungkin juga bantahan jika berlaku sedikit sebanyak dapat juga kita terangkan segala kelebihan produk kita jika dibandingkan dengan pesaing yang ada. Kerana itu apa juga perkembangan terbaru dan terkini dari pesaing-pesaing yang ada kita kena perlu tahu juga apa yang berlaku. Elakkan sama sekali dari menjadi seperti katak di bawah tempurung.

iv.                 Produk mendapat sambutan ataupun tidak
Bagi mencapai kejayaan sebelum menjual kita kena yakin bahawa produk yang kita tawarkan kepada prospek/pelanggan adalah satu produk yang terbaik dan boleh mendapat sambutan asalkan kita bekerja keras melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Biar di pasaran bukan produk kita sahaja yang dikenali tetapi diri kita juga dikenali sama dalam pasaran. Bila orang dah kenal dan tahu pada kita, akan semakin senang dan mudahlah pula untuk melakukan jualan demi jualan seperti mana yang dimahukan.

v.                   Belajar dan terus belajar
Tiga perkara utama dalam pembelajaran iaitu
·         Mengetahui daripada pengalaman yang ditempuh
·         Belajar daripada orang lain yang telah berjaya menempuhnya
·         Menelaah buku-buku berkaitan, majalah, artikel dan sebagainya yang membolehkan kita lebih pandai dan tahu akan keadaan sekeliling dan menambah skil kemahiran yang sedia ada
Paling baik kalau dapat berguru. Sekurang-kurangnya bukan sahaja ilmu boleh didapati tetapi juga ada seorang yang akan mengambil berat kepada kita memberi teguran kepada perkara yang mungkin salah kita lakukan untuk diperbetulkan semula. Manusia mudah lupa kerana itulah pencarian ilmu amat dititik beratkan sama. Bila ilmu sudah penuh di dada masalah tersalah sasaran mungkin tidak akan timbul lagi memandangkan kita sudah pasti boleh mengetahuinya prospek/pelanggan tersebut berminat ataupun tidak.

vi.                 Sikap
Sentiasa bersikap positif, berdaya saing dan dahagakan kejayaan. Sikap yang positif memberi kesan yang positif pada karier kita untuk mencapainya. Sikap yang baik macam mana sibuk kita melakukan jualan, sekurang-kurangnya kita tahu bagaimana dan caranya yang terbaik untuk mendapat prospek/pelanggan yang kita ingini. Sikap yang baik melambang akhlak yang terpuji. Ini amat dituntut dalam Islam untuk kita melakukannya sampai bila-bila pun.

Senangnya sesuatu perkara pekerjaan yang dilakukan bergantung kepada senang atau susahnya kita untuk menerima perubahan ataupun tidak. Mudah untuk berubah diri untuk bekerja dengan lebih keras dan bersungguh pasti akan membuahkan hasil seperti mana yang dimahukan. Rezeki tidak akan datang bergolek begitu sahaja melainkan kita sendiri yang berusaha untuk mencarinya. Kena rajin dan sanggup berusaha. Jangan dengar apa yang orang lain perkatakan, yang penting kalau hendak berjaya kena tabah dan tetap pendirian agar apa juga anasir negatif yang kita hadapi boleh diatasi dengan baik sama sekali.


Read more >>

Selasa, 6 November 2012

SALAH SASARAN



Satu sebab yang jualan tidak berjaya dilakukan untuk mendapatkan penutupan jualan adalah apabila tindakan kita sebenarnya salah dalam memilih sasaran prospek/pelanggan. Kenapa ianya berlaku dan terjadi? Pada hal telah banyak kali diperkatakan agar saringan yang sewajarnya perlu dilakukan secara konsisten dan setiap hari tanpa gagal. Tapi malangnya masih lagi berlaku dan terjadi. Adakah kita masih mengingatkan bahawa kerja jualan boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya sesuka hati sama sekali?

Kena berubah. Kalau nak berjaya dalam karier jualan mesti ada perubahan yang dilakukan. Kalau tidak tak kan ada orang nak katakan dalam mutiara kata “tindakan hari ini adalah lebih baik dari semalam dan esok pula adalah lebih baik dari hari ini”. Semuanya itu memerlukan sikap sanggup untuk berubah demi memastikan kejayaan boleh diperoleh. Jangan mudah mendabik dada atau melakukan andaian dan tanggapan yang kita sebenarnya telah benar-benar melakukannya dengan betul sama sekali. Lebih baik kita sentiasa merasakan tidak cukup dengan prospek/pelanggan daripada begitu mudah main rasa-rasa yang stok kita ini masih banyak lagi boleh dipergunakan.

Tapi malangnya ia nya masih lagi berlaku dan terjadi hingga ke saat ini. Seolah-olah masih wujud tiada perubahan langsung untuk memperoleh kejayaan yang diminta. Mungkin perkara-perkara ini berlaku disebabkan oleh

i.                    Tindakan membabi buta tiada perancangan
Tanpa perancangan yang sepatutnya, apa juga yang kita lakukan pasti menemui kegagalan. Jangan main hentam sahaja membabi buta tidak tentu fasal. Bertindak mengikut apa yang dirancang kan. Bukan buat apa yang sesuka hati kita main belasah begitu sahaja, janji ada prospek/pelanggan. Kena ada tapisannya kena ada saringannya untuk dapatkan prospek/pelanggan yang berkualiti dari senarai leads yang ada. Peruntukkan sedikit masa untuk melakukan saringan ke atas senarai tersebut agar kita mampu dan boleh mendapat prospek/pelanggan yang amat kita kehendaki dengan senang dan mudah apabila melakukan jualan.

ii.                  Tidak mengikut arahan
Apa juga arahan yang diberikan tolong akur. Kalau berniaga sendiri tak apa lah dalam menentukan corak jualan yang macam mana kita nak lakukan. Tapi masalahnya kita makan gaji, ada bos di atas kita yang kena perlu dipatuhi. Jangan melawan atau nak tunjuk handal tapi kena hormat dengan arahan yang telah disampaikan. Adat orang makan gaji, mahu tak mahu kena ikut dan pastikan dilakukan sama ada kita suka ataupun tidak. Tanpa penyeliaan dari bos kita tak kan kita sendiri yang nak selia pada diri kita sendiri pula. Berubah segera agar sentiasa mengikut arahan dalam melakukan jualan.

iii.                Ambil hati bos
Takut kena sembur takut kena marah, janji kita lakukan sahaja temu janji seperti mana yang dikehendaki walaupun kita ketahui sebenarnya prospek/pelanggan yang ditemui mungkin kenalan kita ataupun yang tiada berkualiti langsung yang tiada kaitannya untuk menerima tawaran yang kita tawarkan. Kalau nak relak ada masanya. Di waktu bertugas lakukan kerja menjual dengan bersungguh-sungguh dan bukan lagi nak bermain-main atau bergurau senda. Lakukan yang terbaik bukan lakukan mengikut kuota yang diberikan janji temu janji ada pada hal penutupan jualan langsung tiada. Jangan tipu fakta kerana pada suatu hari nanti kita pasti akan dapat dikesan juga akhirnya.

iv.                 Mencuba nasib
Bidang jualan ini bukannya satu bidang yang boleh main bidan terjun ikut nasib sama ada bertuah ataupun tidak. Kena usaha kena cuba secara bersungguh-sungguh. Rezeki pasti tidak akan datang bergolek andai kata kita tidak melakukannya dengan sebaik yang mungkin. Bukan berserah pada nasib tapi tawakal kepada Allah selepas segala daya usaha kita berikan untuk mendapatkan kejayaan.

v.                   Stok dah habis
Sampai bila-bila pun tidak boleh berjaya andai kata rupanya stok kita sebenarnya tiada kerana asyik menggunakan stok leads yang sama sahaja setiap hari. Bila ditanya ada tapi malangnya hasil langsung tiada. Jadi buta mata buta hati dibuatnya hanya kerana menyalahkan nasib dan takdir betapa sukarnya melakukan jualan seperti mana yang dikehendaki. Sepatutnya mudah, terus menjadi sukar pula. Dapatkan senarai leads yang baru secara konsisten supaya dari leads yang berkenaan mudah pula tetapkan temu janji dan seterusnya penutupan jualan boleh diperoleh.

vi.                 Tiada pengawasan sewajarnya
Gagal hanya disebabkan tiada siapa pun melakukan pengawasan yang sewajarnya. Semuanya main tangkap percaya sahaja apa yang orang jualan lakukan. Kena sensitif dan kena ambil tahu apa yang mereka lakukan. Bagi orang jualan hanya mereka yang malas sahaja akan sanggup menipu dan berbohong kepada ketuanya asalkan dirinya dirasakan boleh relak sepanjang masa asalkan gaji cukup bulan boleh dapat. Yang penting bos percaya itu sudah dikira cukup memadai. Sebagai ketua tim jualan pengawasan yang rapi kena lakukan agar prestasi anak buah bukan di bawah paras bahaya atau pandai memberikan alasan yang sebenarnya tidak kukuh mana pun ia.

vii.               Masih tidak tahu berapa jumlah sasaran sebenarnya
Nak lakukan jualan kena ketahui berapa sasaran yang perlu dilakukan untuk kita dapatkan. Bukan suka-suka hati main hentam begitu sahaja. Dah nasib badan hari ini tak dapat menjual, esok ada masa boleh cuba lain pula. Dalam jualan tiada nasib-nasib ataupun takdir, kena berusaha kena lakukan secara bersungguh. Prospek/pelanggan yang ada di luar sana bukannya akan datang kepada kita tapi kita sebenarnya yang kena pergi mencari mereka. Bila dah tahu berapa sasaran tahunan baru boleh tahu sasaran bulanan dan seterusnya dari sasaran bulanan boleh kita dapatkan sasaran harian pula. Bila amaunnya semakin mengecil jadi semakin mudahlah kita lakukan tugasan jualan mengikut sasaran harian yang telah ditetapkan.

Elakkan dari melakukan salah sasaran lagi. Bertindak bagaikan seorang yang profesional pada tugasan jualan kita dan bukannya menyerahkan nasib dan takdir sahaja menentukan kejayaan. Lakukan saringan yang sewajarnya agar kita dapat peroleh satu keputusan yang sepatutnya. Kalau dari mula kita tak lakukan saringan ini sampai bila-bila kita akan melakukan salah sasaran lagi sampai bila-bila. Bertindak mengikut perancangan dan bukannya bertindak mengikut apa yang kita fikirkan sahaja dalam kepala otak kita ini tanpa adanya perancangan yang sewajarnya. Semakin banyak salah sasaran bermakna semakin banyak masa kita akan dibuang begitu sahaja. Bukan orang lain yang menanggung kerugian tersebut melainkan diri kita sendiri juga.


Read more >>

Isnin, 5 November 2012

Sukarnya mendapat prospek/pelanggan



Tiada siapa pun yang melakukan jualan mahukan kegagalan. Sudah pasti semuanya nak kejayaan. Semuanya nak mudah melakukan jualan tapi malangnya kalau dari peringkat awal lagi kita sudah gagal bagaimana kita nak dapatkan keputusan jualan kita di peringkat penutupan jualan? Semua peringkat kena lakukan dengan cara yang terbaik agar hasilnya di kemudian nanti berhasil juga. Kena ambil tahu dan ambil berat dari mula lagi agar apa yang kita mahukan tidak sama sekali memberikan kesan kegagalan kepada kita nanti.

Antara yang perlu kita elakkan adalah dalam kita memilih prospek/pelanggan di peringkat awal lagi. Kena betul dan lakukan perancangan yang sepatutnya. Bukan seperti membaling buah dadu untuk dapatkan nombornya tapi kena usaha kenal pasti ketahui dahulu prospek/pelanggan yang bagaimana boleh kita peroleh. Mungkin kegagalan-kegagalan ini boleh dikenal pasti supaya ia nya tidak berulang lagi iaitu

i.                    Tergesa-gesa mahu melakukan jualan
Mentang-mentang dah cekap, pandai dan serba tahu dengan produk yang hendak ditawarkan terus main hentam kromo sesuka hati bertemu dan berjumpa dengan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakangnya, pekerjaannya dan sebagainya yang boleh kita sesuaikan dengan produk yang hendak ditawarkan. Jangan terlalu gopoh ditakuti nanti badan tidak tertahan pula kepenatannya. Terjah tu boleh tapi biar bertempat. Jangan main hayun sesuka hati. Sedangkan dalam permainan golf pun nak kayu golf tersebut pun kena cukup berhati-hati walaupun bola golf tersebut telah hampir dengan lubangnya. Kena tahu gaya dan kaedahnya terlebih dahulu.

ii.                  Tiada masa menghubungi prospek/pelanggan
Jangan fikirkan kita terlalu sibuk hendak lakukan jualan sehingga merasakan menghubungi prospek/pelanggan langsung tiada masa. Kena belajar peruntukkan masa. Kena tahu bahagikan masa yang bersesuaian untuk hubungi mereka. Jangan pandang ringan tugasan ini kerana ini adalah satu-satunya cara yang mudah untuk dapatkan prospek/pelanggan melalui temu janji. Apa dia yang buatkan kita sibuk sangat sehinggakan tiada masa untuk lakukan amalan menghubungi mereka sehingga tiada masa? Kena periksa balik apa aktiviti kita sebenarnya dan cari masa yang bersesuaian dan memudahkan kita untuk menghubungi prospek/pelanggan yang disasarkan.

iii.                Sering melakukan andaian dan tanggapan
Satu penyakit yang perlu kita hapuskan segera. Jangan mudah sangat memberikan andaian dan tanggapan kepada prospek/pelanggan baik ketika menghubungi mereka ataupun ketika melakukan pertemuan dengan mereka. Atasi segera dan perbaiki cepat. Kalau dibiarkan penyakit ini, jualan kita tidak ke mana kerana kita asyik dan sering merasakan diri kita ini berada di landasan yang betul sahaja tanpa ketahui apa yang dimahukan dan diperlukan oleh mereka. Dah tahu barulah boleh buat andaian dan tanggapan sama ada boleh atau tidak kita melakukan jualan kepada mereka.

iv.                 Terlalu yakin dengan kelebihan produk
Yakin itu amat diperlukan apabila melakukan jualan tapi jangan terlalu yakin meninggi diri ditakuti nanti prospek/pelanggan yang kita berhubung nanti merasakan cakap tidak serupa bikin pula. Ambil tindakan berhati-hati dan berwaspada sentiasa agar kita ketahui apa tindakan sebenarnya. Ketahui juga kelebihan yang ada pada pesaing, supaya prospek/pelanggan tidak mengatakan pula kita ini syok sendiri. Ambil langkah yang sewajarnya agar kita ketahui apa yang dimahukan oleh mereka.

v.                   Yakin kita sudah terlalu tahu kehendak mereka
Jangan terlalu yakin sangat yang kita ini serba tahu dengan apa yang prospek/pelanggan kehendaki dan mahukan. Jangan meninggi diri dan berlagak yang bukan-bukan. Fikirkan sebaik-baiknya lakukan perancangan sewajarnya agar tindakan kita ini tidak bercanggah dengan kehendak dan kemahuan prospek/pelanggan. Selidikilah latar belakangnya terlebih dahulu dan tahu apa yang memberikan masalah besar buat dirinya agar kita tahu memberikan satu solusi yang terbaik melalui produk yang kita tawarkan.

vi.                 Buang masa bertanya
Makin banyak kita bertanya makin banyak maklumat yang kita terima. Makin banyak maklumat yang diterima makin kita kenal pada prospek/pelanggan tersebut carikan selama ini. Jangan mudah merasa bertanya adalah satu perbuatan membuang masa tapi jadikan luagan masa untuk bertanya menambahkan lagi kesenangan kita untuk melakukan jualan membuka mulut lagi dan lagi tentang produk yang ditawarkan.

vii.               Tidak peka kepada pasaran
Apa juga yang berlaku pada pasaran kena ambil tahu juga paling tidak sedikit. Kena sensitif dan peka akan keadaan sekeliling apa juga perubahan yang terjadi dan berlaku. Bila bagi penerangan atau diajak bersembang sekurang-kurang nya kita boleh menyampaikan maklumat-maklumat terkini kepada prospek/pelanggan yang ditemui atau yang dihubungi. Barulah nampak ‘UP TO DATE’ sedikit jika dibandingkan dengan orang lain. Teruskan berusaha cari maklumat-maklumat yang boleh membantu jualan dan karier kita sendiri supaya tidak mudah prospek/pelanggan memandangkan rendah dan lekeh kepada kita.

Kalau ada apa yang diperkatakan ini elakkan ia nya berlaku lagi dan jangan sama sekali diulangi. Terlajak perahu boleh di undur tapi kalau terlajak kata bagaimana? Bukannya boleh di undur kembali melainkan kita perlu memohon ke maaf an pula kepada mereka. Tidakkah itu dinamakan kerja yang sia-sia? Berhati-hatilah agar ia nya tidak dijadikan satu tabiat dan amalan yang tidak baik kepada kita untuk kita persembahkan kelak di hadapan prospek/pelanggan. Jangan mudah mengeluh dan memberi alasan tapi bekerjalah secara bersungguh dan sedaya upaya agar kejayaan yang dimahukan sememangnya datang dan muncul sentiasa seperti mana yang dimahukan.
Read more >>