Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 3 Oktober 2012

786



Perasan tak kita apabila kita mengunjungi kedai-kedai makanan India Muslim? Dengan menawarkan perkhidmatan yang segera tanpa perlunya menunggu lama telah memberikan satu impak yang besar dan berkesan kepada penggemar-penggemar makanan mereka. Walaupun perniagaan dijalankan 24 jam namun sambutannya tidak putus sama sekali bilangan ramainya pengunjung yang mengunjungi premis mereka.

Selain daripada perkataan Assalamualaikum, tulisan khat Allah dan Muhammad ada di gantung didinding premis mereka namun apa yang paling menarik adalah nombor 786. Nombor yang cukup keramat bagi mereka sama ada di papan tanda di kedai-kedai perniagaan mereka dipaparkan ataupun di dinding pintu masuk dan kaunter pembayaran. Pasti ada. Adalah difahamkan bahawa nombor 786 menjadi ingatan kepada peniaga agar memulakan perniagaan dengan bacaan ungkapan bismillah. Ia melambangkan proses pendidikan perniagaan bermatlamat ibadah. Penggunaan nombor 786 sangat ketara digunakan oleh peniaga-peniaga India Muslim di mana juga. Walaupun bilangan bismillah tidaklah sampai kepada 786  tetapi adalah bilangan yang berdasarkan ini adalah dipercayai dari pengiraan yang telah dilakukan semenjak zaman abasiyah lagi mengikut gaya penulisan tulisan Arab.

Adalah dipercayai juga ia nya adalah melambangkan proses penciptaan keuntungan dalam perniagaan dan pengurusan modal pusingan bagi sebarang perniagaan yang diceburi. Formulanya ialah jika modal berjumlah tujuh ringgit, jual pada nilai lapan ringgit. Pusingkan modal semula sebanyak enam ringgit. Ia memberi gambaran peniaga mesti mendapatkan harga bahan mentah lebih murah daripada pembekal selepas berlaku transaksi dan pembelian bahan mentah kali kedua bagi terus bertahan dalam pasaran.

Dilihat dari kaca mata ibadah, nombor 786 menjadi ingatan kepada peniaga mengikut mazhab mereka agar memulakan perniagaan dengan bacaan bismillah. Ia melambangkan proses pendidikan perniagaan bermatlamat ibadah. Kerana kekuatan ibadahlah menjadi tunjang kuat kepada mereka bagi memastikan perniagaan India Muslim kekal relevan dalam industri di dalam negara kita. Ia menjadi kekuatan dan stabiliti perniagaan meskipun dihimpit krisis kenaikan harga yang semakin meruncing di masa kini.
 
Begitulah hebatnya penggunaan ayat Bismillah. Ringkas, mudah dan senang untuk diingati dan dibaca. Bukan disuruh menghafal dan percaya akan kewujudan nombor 786 tapi penggunaan kalimah Bismillah perlu ada diri kita apabila kita melakukan jualan sebaik-baiknya sebelum kita melakukannya lagi. Bacalah Bismillah terlebih dahulu sebelum melakukan apa juga pekerjaan yang hendak dilakukan. Dapat pahala, di kira satu ibadah dan yang paling penting sentiasa kita mengingati Allah SWT. Begitulah hebatnya penggunaan kalimah Bismillah jika kita dapat mengamalkannya sentiasa bukan sahaja ketika melakukan jualan tetapi dijadikan satu tabiat dalam diri kita dalam melakukan apa juga tindakan dan perbuatan kita yang dimulai terlebih dahulu dengan kalimah Bismillah ini.


Read more >>

Selasa, 2 Oktober 2012

Pecutan kuarter Terakhir



Sembilan bulan telah berlalu, hanya tiga bulan lagi yang ditempuh bagi tahun 2012 sebagai penamat bagi tahun ini. Adakah kita semua telah berpuas hati dengan pencapaian selama ini? Memadai kah pengorbanan dan kesungguhan kita melakukan tugasan yang diminta sepanjang sembilan bulan yang telah kita lakukan selama ini? Adakah kita benar-benar merealisasikan tanggungjawab sebenar kita melakukan jualan? Inilah persoalan yang perlu kita pikul untuk tiga bulan ini bermula dari bulan Oktober ini.

Tiada penangguhan. Jangan pandang belakang lagi. Tapi berikan tumpuan sepenuh tenaga dan kudrat yang ada bagi memastikan kita benar-benar layak sebagai pemenang di Akhir garisan nanti pada 31hb Disember 2012. Jangan mudah mendabik dada, tapi muhasabahlah semula di mana kegagalan kita apa penyebabnya agar perkara yang salah dan silap tidak berlaku lagi di masa hadapan.

Bagi memastikan PECUTAN SUKU BULAN TERAKHIR memperoleh hasil yang dimahukan beberapa perkara seperti berikut mesti dilaksanakan iaitu

i.                    Sasaran tahunan dipenuhi


Tinggal 3 bulan lagi untuk bertindak. Lakukan pengiraan semula dan dapatkan jumlah sebenar yang hendak di capai dibahagi tiga bagi ketahui sasaran bulanan baru untuk dilakukan. Tak buat mesti tak tahu. Bila dah lakukan senang sedikit akan apa yang ingin kita pikul dan lakukan pula.

ii.                  Lakukan tindakan yang sememangnya telah berhasil


Sepatutnya dah melalui fasa telah mengetahui apa tindakan sewajarnya yang boleh memberikan pulangan yang paling cukup berkesan kepada diri kita mendapatkan penutupan-penutupan yang kita boleh dapat hasilnya. Jangan buat yang pelik-pelik tapi lakukan langkah-langkah sepatutnya yang membolehkan kita mencapai kejayaan. Belajar dari pengalaman dan dari orang yang telah berjaya melakukannya. Tak salah mencedok dari orang lain kerana kejayaan mereka tiada akta hak cipta untuk diambil dan dipergunakan oleh kita pula. Teruskan usaha secara konsisten dan bersungguh.

iii.                Tindakan perlu segera dan patuhi prosedur yang ditetapkan




Bertindak segera dan dalam masa yang sama segala peraturan dan prosidur tempat kita bernaung jangan sama sekali kita abaikan. Bertindak segera dan cepat agar pesaing tidak mengambil hak kita larinya prospek/pelanggan kepada mereka pula. Demi mencapai kejayaan pastikan jangan pula segala peraturan dan prosidur kita abaikan sahaja dan habis kita redah begitu sahaja ikut suka hati kita sahaja. Dah bertahan lama kena ikut disiplin peraturan yang ditetapkan. Macam kita memandu kenderaan bila masa lampu merah pastikan berhenti dan bukannya tekan minyak terus menerus pecut lagi.

iv.                 Jangan abaikan aktiviti-aktiviti jualan


Kembali kepada asal. Jangan diabaikan. Edaran flyers, pembukaan kaunter, taklimat dan mempamerkan kain rentang perlu diadakan secara konsisten dan jangan sama sekali diabaikan. Tiada aktiviti sudah pasti hasil tidak ke mana kerana mengharapkan pelanggan-pelanggan ‘walk-in’ sahaja sudah pasti tidak memadai dan mencukupi. Bila aktiviti dilakukan dan hebahan mulut terjadi di pasaran sudah pasti aktiviti yang dijalankan menandakan satu kejayaan buat kita semua.

v.                   Kembali semula lakukan tele-marketing




Penting untuk dilakukan semula. Jangan buat tak kisah sahaja. Dapatkan temu janji dan bukannya menjual bila lakukan tele-marketing. Kenapa perlu dilakukan? Kerana

·         Data-data pelanggan bukannya sukar untuk dicari dan didapati

·         Beri tumpuan pada pelanggan sedia ada yang sememangnya telah bersama dengan kita lagi

·         Lebih menjimatkan masa dari mencari prospek/pelanggan yang tidak diketahui latar belakangnya

Bila dah dapat pastikan dilakukan tele-marketing. Jangan disimpan dan dipendam pula.

vi.                 Tampal prestasi di tempat duduk masing-masing


Menampalkan templat tugasan sasaran kita di hadapan meja tempat kita bekerja lebih memudahkan kita untuk mengingati dan ketahui prestasi semasa. Catatkan ia setiap kali kita nak balik ke rumah akan pencapaian kita. Bila esok kita datang semula bekerja sudah pasti kita dah tahu berapa amaun kita dan setakat mana pencapaian kita selama ini. Sampai bila-bila walaupun pergi kemana sudah pasti kita akan mengingatinya lagi. Set terus dalam minda kita.


vii.               Tumpuan pada produk yang diberi sambutan

Beri tumpuan pada produk yang mendapat sambutan pengguna. Jual yang mudah laku dipasaran dan bukan yang mudah untuk kita menjual. Orang ramai pasti mencarinya kalau produk tersebut sememangnya mendapat sambutan dipasaran. Nak ceritapun senang nak jual lagi lah senang. Teruskan penawaran dari produk yang laris dipasaran.

viii.             Lakukan ‘CROSS SALE’




Pada produk ang kurang mendapat sambutan lakukan secara Cross Sale sahaja. Yang penting dapatkan kesetiaan dan kepercayaan dari pelanggan kita dahulu terhadap produk sensasi kita terlebih dahulu. Jangan juala satu produk kepada seorang pelanggan sahaja. Letih kalau macam ini. Seorang pelanggan perlu dilakukan penawaran produk kepada beberapa produk yang kita tawarkan. Dah ikat kena ikat lagi melalui penerimaan mereka terhadap produk yang ditawarkan.

ix.                 Semak semula tugasan jualan




Muhasabah sentiasa agar kita tahu apa yang kita lakukan selama ini adakah betul ataupun tidak. Mana yang salah jangan kita ulangi dan tinggalkan sahaja dan mana yang betul kita teruskan sahaja apa yang perlu kita lakukan tanpa perlu menoleh belakang lagi. Yang penting segala pengalaman dalam skil dan kemahiran yang ada jika ia nya mendatangkan kejayaan milik kita maka diteruskan sahaja tanpa perlu difikirkan ada cari lagi atau tidak skil-skil baru. Selagi boleh menikmati pendapatan yang tinggi maka teruskan sahaja apa yang telah kita lakukan selama ini.

Lakukan perkara-perkara ini bagi memastikan perolehan 100% SASARAN dapat dicapai sehingga Akhir tahun ini. Tepuk dahi tanya otak bukannya tepuk hati tanya selera adakah kita benar-benar melakukannya ataupun tidak. Selagi kita tidak Berjaya peroleh sasaran yang telah ditetapkan bermakna kita masih lagi gagal dalam melakukan bidang jualan yang kita ceburi ini. Buktikan kepada mereka yang kita masih relevan dan cukup bertenaga untuk melakukannya.


Read more >>

Isnin, 1 Oktober 2012

5S MENANGANI KESILAPAN



Setiap manusia sudah pasti melakukan kesilapan dan kesalahan sama ada sedar ataupun tidak. Tiada sesiapapun yang ingin sentiasa melakukan kesilapan dan kesalahan ini. Terutama bagi kita yang melakukan jualan berdampingan dan berhadapan dengan prospek/pelanggan semuanya perlu dijaga dengan baik dan teliti. Balik dari tugasan luaran dan berada di pejabat pula semua prosedur, tata cara kerja secara praktisnya, manual dan peraturan tugasan dan pejabat perlu diikuti dengan sepenuh hati.

Kerana itu kita di saran agar jangan melakukan kesilapan dan kesalahan yang tidak sepatutnya. Belajar, menjadikan diri kita ini seorang yang sempurna demi memikul tanggungjawab dan amanah yang telah ditetapkan kepada kita. Kalau kita berani mengambil tawaran pekerjaan yang ditawarkan kepada kita di waktu pembabitan awal kita bekerja bermakna kita secara sukarela telah bersetuju untuk menerima akan apa juga peraturan, prosedur dan tata cara kerja yang perlu kita ikutkan. Bukan untuk mengajar menjadi ‘Pak Turut’ dalam organisasi ini tetapi akan menjadikan diri kita ini lebih kepada didikan mendidik dan belajar mentaati supaya berdisiplin mematuhi apa juga peraturan yang telah ditetapkan.

Itu baru peraturan dan polisi pekerjaan. Bagaimana pula prospek/pelanggan yang bakal dan telah kita temui. Semuanya perlu dilakukan dengan sesempurna dan sebaik yang mungkin. Bukan setakat memastikan tiada kesilapan menghubungi pelanggan, penetapan masa temu janji, melakukan presentasi, perundingan tawaran, penutupan jualan semuanya kena betul serta tepat cara dan kaedahnya. Kerana itu sebelum melakukan jualan atau ingin menambah kemahiran, kaedah ‘ROLE PLAY’ bersama rakan setugas amat-amat digalakkan. 

Terdapat satu kaedah yang di kenali sebagai 5S bagi memastikan diri kita ini mampu menangani kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan iaitu

i.                     SISIH (Buang semua)
Apa yang dimaksudkan dengan sisih adalah kita sanggup membuang semua kesilapan dan kesalah yang telah kita lakukan agar apa yang telah terjadi dan berlaku kepada kita di masa hadapan tidak akan berulang lagi. Pastikan mana yang baik dijadikan iktibar dan pengajaran manakala yang memudaratkan pula hendaklah ditinggalkan sahaja. Lakukan mana yang memberi kesan yang terbaik buat kita semua sebagai satu pengalaman yang tidak mudah untuk dilupakan.

ii.                   SUSUN (beri keutamaan)
Atur satu persatu yang mana mengikut keperluan segera dari kehendak tugasan kerja dan  kemahuan pelanggan. Jangan main semberono sahaja belasah tak tentu hala. Kena tahu yang mana satu menjadi keutamaan dan kemestian yang perlu dilakukan agar kesilapan dapat dihindarkan sama sekali. Bertindak mengikut apa yang kita fikirkan dahulu dan bukannya bertindak tidak perlu difikirkan apa-apa.

iii.                  SAPU (buang yang tidak elok)
Dah tahu kesilapan dan kesalahan kalau itu yang kita lakukan, bermakna kita kena tinggalkan segera abaikan dan pelajari agar ia nya tidak di ulangi sama sekali. Buang terus sama sekali jangan dibiarkan ia nya akan datang semula kepada kita melakukannya sekali lagi. Bila dah berubah kena lakukan yang kesilapan tersebut adalah benar-benar kesilapan dan bukannya untuk dibuat-buat sesuka hati.

iv.                 SERAGAM (jaga standard)
Kualiti tugasan perlu ada. Piawaian tugasan memenuhi standard yang ditetapkan perlu lebih tinggi dari majikan peruntukkan. Kita fahami betul-betul apa yang standard tugasan yang telah kita mahukan dan tetapkan agar diri kita sentiasa mengawai dari melakukan perkara-perkara yang silap dan tidak betul selalu walaupun perkara tersebut di anggap kecil sahaja. Semuanya memerlukan disiplin yang sewajarnya. Bertindak mengikut arahan dan bukannya melakukan sesuka hati sahaja.

v.                   SENTIASA AMAL
Dah tahu yang mana salah dan mana yang kena lakukan, kena pastikan selepas ini di tinggalkan dan jangan sama sekali di ulangi semula. Nekad untuk melakukan yang terbaik terhadap organisasi mahupun kepada pelanggan perlu ditanam dengan segera. Bertindak melakukan dengan kesempurnaan tanpa melakukan sebarang kesilapan mahupun kesalahan yang mungkin satu hari nanti boleh menjejaskan kerjaya dan kredibiliti kita. Teruskan amal mana yang baik dari kita menanggung risiko kegelapan di masa hadapan. Bila dah didapati bersalah apa yang kita lakukan, percayalah tiada siapapun yang akan tampil untuk menolong dan membantu diri kita.

Bertindak dengan kewajaran yang sepatutnya. Jangan sama sekali diturutkan hati yang mudah panas. Kadang-kadang apa yang kita rasakan betul dan benar tapi sebenarnya kemudian hari baru kita sedari tindakan kita itu sebenarnya tidak betul dan benar sama sekali. Berfikir dahulu dan bukannya bertindak dahulu. Terlajak perahu boleh ditarik balik tapi kalau dah terlajak kata dan perbuatan sudah pasti nak gostan balik semestinya kesukaran yang amat sangat untuk dilaksanakan. Berhati-hatilah agar ianya tidak menjejaskan maruah, kredibiliti, kepercayaan orang dan karier kerjaya kita pula.

Read more >>