Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 5 Ogos 2012

MENJUAL BUKAN MENGAJAR


Setiap kali apabila melakukan jualan, presentasi dan penerangan yang betul dan difahami amat di perlukan agar prospek/pelanggan yang mendengarnya dan mengikutinya dapat memahami dengan baik dan berkesan sama sekali. Gunakan ayat-ayat yang menarik, jelas dan mudah difahami agar apa yang kita sampaikan benar-benar difahami dan cukup mengerti oleh prospek/pelanggan.

Kerana itu kita amat di saran agar apabila melakukan jualan jangan sama sekali mengajar. Bagai seorang guru yang mengajar anak muridnya di sekolah. Seorang guru akan pasti memberikan penerangan yang jelas walaupun terpaksa melalui penerangan yang berjela-jela panjangnya semata-mata memastikan anak muridnya benar-benar fahami dan tahu apa yang ingin di sampaikan. Adakah menjual juga seperti mana mengajar?

Memberikan penerangan bukan bermakna kita memberikan pengajaran kepada prospek/pelanggan. Menjual perlu lebih banyak berikan apa manfaat dan kelebihan produk yang kita tawarkan untuk prospek/pelanggan tahu dan fahami bagi selesaikan masalah yang dialaminya. Walaupun secara berfakta namun matlamat utama kita adalah bagi mendapatkan persetujuan prospek/pelanggan menerima produk yang ditawarkan.
Fahami tugasan jualan agar kefahaman sentiasa dapat disampaikan dengan baik, jelas, ringkas dan mudah difahami iaitu dengan

i.                     Sebab utama
Kenapa kita tawarkan produk padanya. Apa yang perlu diketahuinya. Fahamkan dia dengan segala yang kita ketahui tentang produk yang ditawarkan secara mudah difahaminya bukannya kita yang mudah fahami. Bila prospek/pelanggan sudah mengerti bahawa tujuan sebenar dan sebab kenapa produk kita amat beliau perlukan barulah dia dengan hati yang terbuka dan senang hati dapat menerima dia dengan amat baik sama sekali.

ii.                   Apa manfaatnya
Bila berjumpa pastikan segala manfaat dan kelebihan produk disampaikan terlebih dahulu. Jangan cerita sama sekali tentang ciri-ciri ataupun secara teknikalnya terlebih dahulu. Tarik minatnya. Tanyakan soalan-soalan kreatif agar kita lebih fahami apa yang dia mahukan. Sesuaikan produk yang ditawarkan degan apa yang dicarikan selama ini supaya dia tahu kita hadir untuk temui penyelesaian kepada masalah yang di alaminya.

iii.                  Selesaikan masalahnya
Kerana itu kita amat di saran untuk membantu orang seramai yang termampu. Selesaikan apa yang masalah selama ini yang ditanggungnya. Bila di merasakan dia dihargai melihat produk yang kita tawarkan dapat selesaikan masalahnya sudah pasti dia akan dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.

Elakkan semasa memberikan presentasi dan penerangan kepada prospek/pelanggan seolah-olah kita mengajar kepada anak murid tetapi berusaha berikan penerangan yang sewajarnya tentang segala kelebihan dan manfaat yang bakal diterimanya. Tarik minatnya. Jangan sama sekali sekadar beri pengetahuan kepada mereka. Selagi mereka tidak berminat selagi itulah produk kita tidak akan sampai ke mana. Buat penat bercakap sahaja. Buang masa dan tenaga tak tentu hala. Pastikan minat mereka dapat ditarik terlebih dahulu sebelum perkara-perkara yang lebih terperinci dapat disampaikan dengan sebaik yang mungkin.




Read more >>

Sabtu, 4 Ogos 2012

Awasi dan Perbaiki sikap yang over sesangat itu


Awasilah dengan sebaik mungkin. Tanpa kita sedari walaupun kita suka dan mengemarinya tapi mungkin orang lain tak suka pula. Berhati-hati umpama menarik benang dalam tepung jangan sama sekali dibiarkan tepung berterabur sekelilingnya manakala benang yang di tarik jangan terputus pula. Kena jaga kedua-duanya. Begitulah kita, kena jaga dengan sebaik yang mungkin. Agak-agak ada yang tak berkenan awasilah dengan sebaik yang mungkin. Tak jaga nanti sukar pula untuk melakukan jualan.




Antara sikap ‘terlalu’ yang kita perlu awasi dan lakukan adalah

i.                     Manja – mengada-gada

Nak bermanja sekalipun biarlah bertempat. Jangan main suka hati sahaja jumpa sesiapa main manja yang amat sangat. Tengok keadaan dahulu. Terlalu manja pada orang yang kita sayangi tidak mengapa. Pada prospek/pelanggan jangan pula jadi begitu nanti lain pula anggapan orang kepada kita. Kena lebih berhati-hati dan jangan turutkan hati atas gelagat kita sendiri walaupun kita sendiri sedari yang kita ini adalah seorang yang manja.

ii.                   Terbuka

Apa yang di maksudkan dengan terbuka ini adalah sikap dan cara kita yang mudah sangat menjadi peramah yang amat sangat. Habis kita sembangkan pelbagai cerita dan berita. Ini belum masuk lagi bab gosip dan sensasi. Apa juga yang kita dengar dan ketahui habis semua kita mahu sampaikan dan ceritakan kepada orang. Dah terlalu ramah begini agak-agaknya bagaimanalah pula karenah kita pada prospek/pelanggan nanti? Terlalu terbuka kata-kata kita juga amat bahaya juga kerana di khuatiri segala rahsia prospek/pelanggan nanti habis kita sampaikan dan ceritakan pula kepada orang lain. Macamana orang nak percaya kepada kita? Terlalu ramah juga ada bahayanya. Maklumlah ditakuti nanti terlepas cakap habis sampai bila-bilapun orang jadi tak percayalah pula kepada kita.

iii.                  Tertutup

Macam ada batu geligalah pula bila nak bercakap. Macamana nak menjual kalau itu rahsia ini tak boleh nak beritahu dan sebagainya. Agak-agak kalau susah sangat nak bercakap baik tukar profesion terlebih dahulu. Mengutum senyuman pun sukar takut orang tafsir lainpun susah juga. Semuanya asyik negatif sahaja. Terlalu tertutup sehinggakan menyusahkan prospek/pelanggan juga amat-amat tidak di galakkan. Jangan sayangkan mulut kita untuk berbicara tapi sayangkan profesion kita yang memerlukan mulut mengeluarkan kata-kata yang sepatutnya.

iv.                 Cerewet

Itu tak boleh ini tak boleh lagi haru. Cerewet tak bertempat. Terlalu cerewet sehinggakan prospek/pelanggan nak berurusanpun amat sukar dirasakan. Mesti satu hari nanti kena pulaukan oleh orang lain pula kerana hanya dirasakan terlalu sukar terlalu cerewet apabila hendak berurusan. Bila dah terlalu cerewet sehingga apa nak buat dan lakukan semuanya jadi sukar jadi bagaimana hendak hasilkan yang terbaik. Pasti ada jalan penyelesaiannya.

v.                   Sensitif

Terlalu sensitif. Bukan setakat orang bercinta sahaja. Nak lakukan jualan berhadapan dengan prospek/pelanggan yang mulutnya agar celupar sedikit sudah tentu memberikan satu sensitiviti yang keterlaluan buat kita sendiri. Bila kita terlalu sensitif dengan apa yang telah berlaku dan terjadi mulalah kita hilang mod, kondem yang bukan-bukan pada prospek/pelanggan tersebut mahupun organisasi tempat kita bernaung. Macam-macam akan kita perkatakan. Semuanya nampak salah orang lain tapi dekat kesalahan kita langsung kita tidak mahu sentuhinya pula. Macamlah diri kita ini sempurna sesangat. Cermin diri kita terlebih dahulu sama ada apa tindakan kita yang telah dilakukan adakah betul atau tidak sebelum kita menjadi terlalu sensitif. Berfikir dahulu adalah lebih baik dari kita menurut hati yang panas.

vi.                 Perlekeh

Memang memburukkan. Cukup mudah terlalu perlekehkan orang lain terutaman sekali kita perlekehkan prospek/pelanggan kita. Jangan terlalu perlekehkan orang kalau buat pertama kalinya kita baru bertemu dan berkenalan prospek/pelanggan yang di temui dari gayanya, penampilannya ataupun perbualannya. Kita bukannya manusia yang sempurna. Lihat dari pandangan hati dan bukan sama sekali lihat dari pandangan mata. Bila kita terlalu suka perlekehkan orang di khuatiri nanti kita akan mudah menjadi seorang yang cukup suka bercakap besar, ego, berlagak dan tinggi diri. Nauzubillah.

vii.                Risau

Terlalu risau yang amat sangat. Buat yang ini di kuatiri salah, buat yang itu di kuatiri tak betul, habis tu buat yang macam mana nak bagi betul? Lagi susah. Umpama orang yang hendak sembahyang, cukup sekadar sekali kita bertakbir jangan pula bertakbir dah 10 kali baru nak sah takbir kita itu. Kena ada keyakinan. Kena tahu apa yang kita lakukan. Buang perasaan risau kerana kita bukannya berada ditengah-tengah hutan belantara, hidup sendirian menanggung perasaan yang risau mendatangkan ketakutan. Atasinya dengan baik untuk bina keyakinan diri sebaik yang termampu.



Jagailah diri kita. Jangan mudah merasakan sama sekali segala tindakan kita lakukan semuanya benar sahaja sehinggakan ada orang menegurnyapun masih di katakan tidak betul lagi. Elakkan diri kita terlalu takabbur dan tinggi diri. Takkan kemanapun. Hilang kawan dan saudara mara lagi ada. Bina keyakinan diri dan jangan sama sekali sentiasa membuat andaian yang kita ini sentiasa benar dan betul. Kalau begitu tidaklah Rasulullah SAW menyuruh kita umatnya sering tegur menegur antara satu sama yang lain. Perbetulkan diri kita segera kerana tangga kejayaan yang perlu dicapai perlu diusahakan sebaik yang mungkin.







Read more >>

Jumaat, 3 Ogos 2012

BERHATI-HATI DENGAN SIKAP YANG OVER....


Apabila kita melakukan jualan, bukan kita sahaja yang melihat pelbagai karenah dan gaya yang di tunjukkan oleh prospek/pelanggan yang kita temui. Umpama melihat cermin, begitulah dengan prospek/pelanggan akan melihat pelbagai karenah dan gaya sesiapa sahaja yang ditemuinya dalam melakukan jualan terhadap dirinya. Satu sikap yang perlu kita jagai dengan lebih berhati-hati apatah lagi jika kita mempunyai pula satu sikap yang ‘terlalu’ yang amat sangat. Extrem sungguh diri ini dirasakan. Sehingga apa yang orang lain perkatakan tidak benar sama sekali.

Apabila kita terlalu mengamalkan sikap yang ‘terlalu’ ini di dalam diri kita maka ini boleh membawa diri kita kepada

i.                     Membolehkan wujud situasi bahaya kepada kita

ii.                   Sensitiviti pada diri kita akan menjadi lebih tinggi dan mudah percaya kepada diri kita sahaja

iii.                  Hanya diri kita sahaja yang berkepentingan tidak pada orang lain walaupun rakan baik kita sendiri

iv.                 Perhubungan tidak mudah berlarutan lama dan terjejas segera

v.                   Amat mudah berlaku pertengkaran dan perselisihan faham

vi.                 Perkara yang baikpun akan mudah menjadi buruk sangka yang keterlaluan.

Semuanya mengakibatkan perkara-perkara yang negatif terjadi dan berlaku. Perlu awasi dan elakkan. Terlalu ekstrem dengan ‘terlalu’ ini lebih banyak membawa kepada keburukkan dari kebaikkan. Menjadi orang yang menjual kena jaga semua sudut hal-hal yang berkaitan dengan peribadi kita sendiri. Jangan mudah tunjukkan apa yang tidak baik pada diri kita terlalu mudah terdedah kepada orang lain. Kalau kita mudah sangat tunjukkan dan tonjolkan apa yang tidak baik pada diri kita sendiri sudah pasti prospek/pelanggan tidak akan yakin untuk berurusan dengan kita.



Read more >>

Khamis, 2 Ogos 2012

KAMERA YANG TERSEDIA ADA JANGAN DI SIAKAN


Tidak dinafikan kemajuan masa kini telefon bimbit digunakan dengan amat meluas sekali. Bukan setakat berhubung dan di hubungi tetapi juga penghantaran secara teks juga dapat dilakukan melalui mesej. Ada yang lagi canggih lagi penggunaan Internet boleh dilayari di mana sahaja asalkan sahaja telefon bimbit dibawa bersama. Cukup canggih dan menyenangkan penggunaannya.

Begitulah dengan kita yang melakukan jualan. Telefon bimbit yang ada di tangan perlu dilakukan dengan sebaik-baiknya. Kena pandai ambil kesempatan. Kena bijak dipergunakan. Rugi rasanya beli mahal-mahal tapi setakat telefon dan hantar SMS sahaja perlu di per luaskan lagi penggunaannya. Majoriti telefon bimbit kini sudah pasti ada kamera di dalamnya sekali. Pergunakan kamera yang ada untuk memudahkan lagi tugasan jualan kita. Tak perlu beli kamera yang berasingan cukup sekadar kamera yang sedia ada pada telefon bimbit kita. Tak perlu megapixel yang tinggi-tinggi tapi cukuplah sekadar boleh menghasilkan gambar yang jelas, terang dan mudah untuk di lihat semula. Yang penting telefon bimbit yang ada serba guna dan benar-benar membantu serta menyenangkan lagi melakukan tugasan.

Apa yang kamera pada telefon bimbit tersebut boleh membantu kita dalam melakukan jualan adalah

i.                    Ambil direktori-direktori

Apabila ke jabatan-jabatan kerajaan yang tinggi seperti Wisma Darul Aman atau Wisma Persekutuan sudah pasti di tingkat bawah akan tersedia direktori-direktori yang disediakan bagi memudahkan pengunjung mencari dan mengenal pasti arah tujuan mereka. Tak perlu di salin atau diingati hanya gunakan sahaja kamera pada telefon bimbit kita untuk di ambil gambar pada direktori tersebut sebagai memudahkan kita membuat rujukan dan susulan di kemudian hari.

ii.                  Carta organisasi

Ambil gambar segera jika terdapat carta organisasi di pejabat-pejabat atau di premis-premis jabatan kerajaan. Ada carta organisasi lagi mudah kenal orang, tahu jawatannya dan bagaimana untuk mencarinya. Sasaran pelanggan lebih teratur dan mudah untuk dikenal pasti.

iii.                Iklan-iklan tapak pembinaan

Tak perlu cari kertas dahulu, berhentikan sekejap  kenderaan di tepi jalan dan ambil sahaja gambar pada iklan yang di paparkan bagi memudahkan lagi menghubungi pemaju dan tahu nama projek yang dilakukan. Tidak akan salah pada catatan kalau dilakukan. Gambar yang diambil adalah bukti kukuh dan memudahkan tugasan.

iv.                 Penghargaan dari pelanggan-pelanggan

Tukarkan pada mod video sebaik-baiknya minta kebenaran darinya untuk kita rakamkan penghargaannya kepada kita. Bukan untuk membanggakan diri dan berlagak sombong kerana ada pelanggan memuji cara tugasan kita tapi sebenarnya ia adalah satu testimonial terbaik untuk ditunjukkan pula kepada prospek/pelanggan kita yang lain membuktikan tahap perkhidmatan cemerlang kita kepada pelanggan-pelanggan sedia ada bagi menambahkan lagi keyakinan prospek/pelanggan tersebut kepada kita.

v.                   Pengganti mesin fotokopi

Nak cepat dan sukar pula mendapatkan mesin fotokopi, ambil sahaja gambar melalui kamera telefon bimbit kita untuk ambil gambar mungkin dokumen-dokumen yang tertinggal seperti kad pengenalan, slip gajinya dan sebagainya untuk kita perbetulkan semula apabila kita sampai ke pejabat. Yang penting hasilnya segera kita dapati dan mudah untuk kita per lengkapkan tugasan kita mengikut peraturan polisi yang telah ditetapkan.

Mudah sahaja kan. Tunggu apa lagi. Pergunakan sebaik mungkin bagi membantu tugasan kita. Tak perlu bazirkan wang ringgit membeli kamera yang canggih-canggih untuk ambil gambar pada apa yang diperlukan. Yang penting jelas, terang, mudah di lihat dan benar-benar membantu tugasan kita. Bukan nak tunjukkan telefon bimbit kita paling hebat kepada orang tapi tunjukkan telefon bimbit yang ada pada kita bagi pergunakan bagi kepentingan diri kita sendiri. Itu lebih baik. Elakkan pembaziran kerana kamera tersebut berada hanya di tangan kita sahaja.
Read more >>

Rabu, 1 Ogos 2012

Berwaspada dengan apa yang di pertuturkan


Setiap hari dalam melakukan jualan sudah pasti antara sedar atau tidak kadang-kadang apa yang kita perkatakan adalah sesuatu yang berpandangan negatif tanpa kita sedari. Kita merasakan bahawa hasil penat lelah tugasan seharian dalam mengharungi dunia jualan ini amat memenatkan. Bila badan dah penat di campur pula dengan masalah karenah pelanggan dan mungkin tekanan dari bos kita sendiri, punyalah marah habis pelbagai bahasa dan perkataan yang kita keluarkan sesedap mulut tanpa berfikir dahulu.  

Antara perkara yang di luar dari apa yang kita sedari adalah samada tentang apa yang kita telah ucapkan kepada seseorang  atau yang didengari dari orang lain dengan berkata seperti berikut :

“Ambil mudah jer, buat cara senang.”

Berapa ramai yang ambil cara, kaedah dan pendekatan dengan melakukan tugasan secara bekerja kuat dan bersungguh tapi pada akhirnya semua itu mengambil jalan mudah sahaja? Biarkan orang yang malas sahaja yang suka melakukan perkara yang mudah-mudah sahaja tapi malangnya hasil berkesan beliau tidak ke mana. Cukup pandai berkata-kata tapi hasilnya bagaimana? Tidak mahu membuang masa tapi asyik duduk dimeja pejabat mengadap komputer atau asyik hilang sahaja katanya bertemu dengan pelanggan tapi sebelah petang langsung tiada hasil seperti yang di mahukan. Cukup pandai bermain kata-kata.

“jangan kerja kuat/teruk sangat”

Fikirkanlah adakah ayat di atas menunjukkan satu nasihat yang baik kepada rakan sekerja kita? Mungkin akan ada yang menerimannya tapi bagaimana keputusan akhir nanti? Siapa yang lebih gemilang dan cemerlang, adakah orang yang menyampaikan kata-kata begitu atau orang yang hanya suka menunjukkan keputusan akhir sahaja yang betul tindakannya? Nak percaya dan terima kena periksa dahulu prestasinya sama ada prestasinya bagus ataupun tidak. Hanya orang-orang yang gagal sahaja akan suka berkata pada ayat seperti di atas.





“tak percaya tak apa, inipun aku cakap atas pandangan peribadi aku sahaja”

Yang penting jangan terlalu memaksa pada orang yang mendengarnya. Berikan satu ruang bagi mereka yang mendengarnya melakukan penilaian buat dirinya. Kadang-kadang ada perkara yang positif akan menjadi sebailknya dan begitu seterusnya jika ada yang negatif tidak mustahil pula akan menjadi yang positif.






“issshhh jangan risau, aku ok jer, tak ada apa-apa pun”

Situasi yang kononnya tidak mahu menyusahkan orang lain tapi sebenarnya akan lebih memberikan kesan kepada si pendengar tersebut. Tak tolong salah, nak berikan pertolongan tak di beri pula. Sememangnya orang yang menerima semestinya berada dalam dilema terutama rakan sekerja yang sama-sama bekerja di satu tempat bertugas. Kena fikirkan dahulu, kalau soal kesihatan pada yang mengatakan itu berilah pertolongan kepadanya sebaik yang mungkin, tapi kalau soal mod seseorang itu sebaik-baiknya jauhkan daripada dirinya takut di jangkiti pula perkara yang negatif tersebut kepada kita. Biarkanlah dia selesaikannya sendiri dari kita menyibuk selesaikan bagi pihak dia.

“nak buat macamana dah, nasib aku.....”

Kadang-kadang apa yang kita perkatakan kita terlupa tentang Qada & Qadar Allah SWT. Sentiasa kena ingat sesuatu yang berlaku itu sudah pasti akan ada hikmahnya yang pada mulanya pasti kita tidak tahu dan dapat mengesannya begitu sahaja. Apa yang kita pandai adalah merungut, merungut dan terus merungut seolah-olah diri kita sahaja yang betul dan yang berlaku itu tidak sama sekali salah dan silap dari diri kita sendiri. Mungkin Allah hendak menguji sejuah mana kesabaran dan ketabahan diri kita sama ada kita boleh menghadapi atau sebaliknya. Ingatlah sentiasa semua ini adalah satu ujian dari Allah SWT dan pastikan apa yang berlaku perlu di pandang dari sudut yang positif sentiasa. 


Apa yang kita perkatakan itu adalah doa. Jadi jagalah ia dan berhati-hatilah dengan apa yang ingin kita perkatakan. Jangan main sesedap mulut habis laser yang di keluarkan pula. Jaga hati jaga perasaan jaga tingkahlaku itu yang sepatutnya kita amalkan. Tunjukkan budi pekerti yang baik dan berhemah sentiasa. Sekali kita berbuat baik sepuluh ganjaran akan Allah berikan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Siapa nanti yang rugi? Kita juga kalau perkara ini masih dan tetap kita lakukan jua.

Firman Allah SWT bermaksud “Memohonlah (mendoalah) kepada-Ku, Aku pasti perkenankan permohonan (doa) mu itu” (Surah Al-Mukmin Ayat 60).

Read more >>