Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 9 Jun 2012

Kaedah mendapatkan temu janji


Dalam mendapatkan temu janji seperti mana yang di ingini antara perkara yang harus kita elakkan adalah dengan melakukan

i.                     Sebaik-baiknya semasa perkenalkan diri kita nyatakan nama kita yang mudah diingati oleh si penerima panggilan tersebut. Jangan sama sekali berikan nama penuh kita terutama sekali jika nama kita ini terlalu berjela panjangnya.

ii.                   Sebaik-baiknya jangan nyatakan jawatan kita tetapi paling baik maklumkan kita adalah seorang konsultan jualan.

iii.                  Bentuk ayat-ayat yang pendek dan mudah untuk difahami dan jangan terlalu pajang berjela. Sebaik-baiknya sediakan skrip didepan mata supaya tidak mudah lupa.

iv.                 Tarik minat dan perhatian si penerima terlebih dahulu.

v.                   Sebaik-baiknya gunakan pendekatan yang boleh memberikan jalan penyelesaian kepada masalah beliau.

vi.                 Jangan sama sekali ceritakan produk yang ingin ditawarkan semasa perbualan telefon. Elakkan ia nya berlaku.

vii.                Biar kita yang tetapkan temu janji terlebih dahulu dan bukan membiarkan sahaja prospek/pelanggan yang berikan temu janji. Melainkan temu janji yang kita tetapkan tidak dipersetujui barulah kita berikan kelonggaran kepada prospek/pelanggan tersebut menetapkannya pula.

viii.              Jangan biarkan perbualan terlalu lama, ringkaskan secepat yang mungkin.

ix.                 Sediakan kertas nota untuk catatan tarikh temu janji dan bukan biarkan kita nyatakan tunggu sekejap untuk mencatatkan tarikh dan masa yang dimahukan.




Read more >>

Jumaat, 8 Jun 2012

KAEDAH MUDAH PEROLEHI TEMU JANJI


Dalam mendapatkan temu janji yang segera boleh di perolehi adalah disarankan agar kita dapat melakukan satu teknik atau kaedah yang mudah dan senang untuk kita lakukan. Sememangnya bila kita ingin menghubungi seseorang apatah lagi seseorang yang sama-sama tidak mengenali antara satu sama yang lain cukup sukar untuk dilakukan. Apa yang penting adalah bagaimana kaedah yang sepatutnya boleh kita lakukan bagi menarik minat prospek/pelanggan yang kita hubungi.

Menurut Gary Hankins seorang pakar komunikasi dalam video pendeknya bertajuk “3 steps of a killer cold call” telah menyarankan agar kita semua dapat melakukan tiga langkah yang mudah untuk kita dapatkan satu temu janji dengan cepat dan segera. Tiga langkah tersebut adalah



Pertama               -              Id benefit (Menyatakan pengenalan diri)
Bermakna apabila kita melakukan panggilan telefon pastikan kita kena perkenalkan diri kita terlebih dahulu kepada prospek/pelanggan tersebut. Tidak perlu mengambil masa yang lama untuk perkenalkan diri kita tetapi cukuplah si penerima telefon berkenaan tahu dan faham siapa dan dari mana si pemanggil tu menelefonnya.

Kedua                   -              Reason benefit (Menyatakan sebab utama)
Habis sahaja perkenalkan diri terus menerus nyatakan sebabnya kenapa kita melakukan panggilan kepadanya. Nyatakan sebabnya dengan ringkas, padat dan mudah difahami. Pastikan sebab utama kita adalah untuk menarik perhatiannya terlebih dahulu bagi mendapatkan temu janji.  Jangan sama sekali meleret-leret, memberitahu tentang penawaran produk apatah lagi ingin mengambil tahu latar belakangnya terlebih dahulu. Sentiasa ingat tujuan utama adalah menarik minat beliau dan dapatkan persetujuan satu temu janji. 

Ketiga                   -              Ask for appointment (Dapatkan temu janji)
Prospek/pelanggan berminat terus menerus kita tetapkan temu janji dengan segera. Jangan ditanya bila prospek/pelanggan tersebut masa percumanya tapi kita yang tetapkan dahulu. Andai kata prospek/pelanggan tersebut tdak bersetuju dengan tarikh dan masa yang kita tetapkan barulah kita bertanya kepadanya bila temu janji tersebut dapat diadakan.

Cukup mudah dan boleh dipraktikkan dengan segera. Tidak sampai tiga minit, kita sudah mampu mendapatkan satu temu janji dengan segera dan pantas. Jimatkan masa dari berbual terlalu lama dengan prospek/pelanggan. Habiskan masa kita lebih banyak dengan melakukan temu janji dari menghabiskan banyak masa kita dari berbual-bual di talian telefon. Ingat matlamat utama kita adalah mendapatkan minat dan perhatiannya mereka bagi mendapatkan penutupan jualan.



Read more >>

Khamis, 7 Jun 2012

LAKUKAN ISTIQAMAH SENTIASA


Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud “Amalan-amalan yang paling disukai Allah ialah yang berterusan (konsisten)  meskipun sedikit” (Hadis Riwayat Bukhari).


Istiqamah atau konsisten mengikut Kamus Dewan bermakna terus berpegang pada pendirian yang sama, tekal, sejajar dan keselarasan. Ini bermakna melalui satu usaha yang konsisten adalah satu tabiat dan sikap yang perlu dilakukan secara berterusan bagi memastikan hasil seperti mana yang dikehendaki. Umpama seperti setitik air yang mampu dan boleh membelah batu bukan kerana derasnya titisan air tersebut  tetapi dengan seringnya ia menitik.

Begitulah dengan tugasan kita dalam melakukan bidang jualan ini yang berkehendakkan satu keputusan yang baik bagi mendapatkan bukan sahaja sasaran yang diberikan dapat dicapai tetapi juga jumlah pendapatan dan perolehan yang diidam-idamkan pasti boleh di perolehi dengan sewenang-wenangnya tanpa perlu diragukan. Asalkan ia dilakukan dengan betul dan kena gayanya pasti akan membuahkan hasil seperti mana yang dikehendaki.

Sememangnya kita sering diingatkan untuk melakukan secara konsisten, tapi bagaimana untuk melakukannya? Sebenarnya sesiapa sahaja pasti boleh melakukannya secara konsisten sedangkan Rasulullah SAW jua menyuruh kita melakukannya walaupun bermula dengan sedikit dahulu. Antara langkah-langkah yang diperlukan agar tugasan jualan dapat dilakukan secara konsisten dan tanpa ada pengurangannya adalah

i.                    Berazam untuk melakukannya
Jangan tangguh lagi untuk melakukannya, berazam dahulu untuk lakukan yang terbaik kerana dengan melakukan jualan kita bukan sahaja dapat membantu orang seramai yang boleh tetapi juga dapat menyelesaikan segala permasalahan yang prospek/pelanggan hadapi selama ini. Berazam bukan setakat melepas batuk ditangga tetapi berazam untuk melakukannya secara bersungguh-sungguh tidak kira apa juga perkara-perkara negatif terjadi dan berlaku. Yang penting adalah bagaimana kita melakukan jualan tersebut supaya ia nya boleh menjadi satu realiti bagi mencapai kejayaan seperti mana yang dikehendaki.

ii.                  Fokus apabila melakukannya
Apa juga yang kita lakukan, kita disarankan untuk fokus dan beri tumpuan sepenuhnya. Seperti kita bersolat, nak dapatkan khusyuk dalam solat pastikan kita fokus melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Samalah juga halnya apabila kita melakukan jualan ke atas prospek/pelanggan kita. Kena fokus apa yang kita lakukan supaya setiap apa yang kita lakukan nanti akan melahirkan satu konsistensi ke atas diri kita dengan sendirinya. Jangan diabaikan sama sekali dikhuatiri nanti kita hanya akan menjadi seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja.

iii.                Fikirkan kejayaan mengatasi halangan yang ada
Kalau kita asyik merasa kecewa, putus asa dan terlalu sukar untuk melakukan jualan, sudah pasti ia nya akan membawa kesan negatif yang akan dirasakan jualan yang kita lakukan sebagai satu bebanan hidup yang cukup merimaskan dan melecehkan. Berubah demi mencapai kejayaan dengan memikirkan jualan ini mampu untuk kita lakukan walaupun pelbagai halangan dan dugaan yang kita hadapi. Berusaha untuk pertingkat kan dengan segera skil dan pengetahuan dalam bidang jualan dengan secepat mungkin agar kita tidak sering berada dalam kekecewaan.

iv.                 Jadikan sebagai satu rutin kehidupan
Nak dapatkan konsistensi perlu pengorbanan dari diri kita sendiri. Bersedia untuk sanggup lakukan sebagai satu amalan dan tabiat dalam diri kita sendiri. Jangan sama sekali diabaikan apatah lagi untuk ditinggalkan dan dicicirkan begitu sahaja. Dah tahu cara dan kaedah yang kita lakukan sudah mula membuahkan hasilnya, jangan ditangguhkan lagi, berusaha berterusan supaya kejayaan yang dinanti-nanti akan muncul juga akhirnya.

v.                   Jangan mengeluh untuk melakukannya
Orang yang malas tabiatnya suka mengeluh dan memberikan alasan. Elakkan dari konsisten memberi alasan demi alasan tapi konsisten menunjukkan kesungguhan melakukan jualan dengan penuh tanggung jawab dengan amanah yang dipikul. Jangan sama sekali mengikut orang yang gagal melakukan jualan kerana ia nya sama sekali tidak sampai ke mana pun. Lakukan dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh dan biarkan sahaja kejayaan melakukan jualan ditunjukkan dengan berapa banyak amaun yang boleh kita dapati. Elakkan sama sekali kita terlalu ghairah dengan menunjuk-nunjuk masalah yang kita hadapi.

 

Segeralah perbaiki skil kita dalam mendapatkan prospek dari tele marketing, temu janji, penutupan jualan dan perkhidmatan selepas jualan kita agar pelanggan tahu yang kita melakukannya secara bersungguh-sungguh dan kewibawaan yang tersendiri dan boleh dipercayai. Fikirkan berapa banyak perolehan pendapatan yang boleh kita dapati hasil dari produk yang ditawarkan boleh diterima oleh orang lain. semakin konsisten kita lakukan penutupan jualan semakin konsisten kita akan perolehi pendapatan yang idamkan. Kita juga yang akan menikmati keuntungannya nanti dan tidak sama sekali orang lain.





Read more >>

Rabu, 6 Jun 2012

JANGAN BODEK TAPI PERLU DIPUJI SECARA IKHLAS


Bertemu dengan prospek/pelanggan memang mendebarkan apatah lagi untuk mendapatkan penutupan jualan seperti mana yang dikehendaki. Dahlah tak berapa nak kenal orangnya entah macam mana pula layanan beliau kepada kita. Kerana itu kita di saran agar pada tempat yang pertama kali kita dibenarkan masuk ke premisnya mata perlu liar sedikit mencari info dan maklumat untuk diguna pakai bagi tujuan pembuka kata ataupun memuji apa yang diminatinya pendorong sebab mempermudahkan lagi komunikasi antara prospek/pelanggan.

Mungkin contoh-contoh di bawah ini boleh memberi idea kepada kita dalam memberi pujian yang ikhlas terlebih dahulu bagi memastikan satu tarikan komunikasi dan interaksi kita kepada prospek/pelanggan untuk terus berhubung dengan kita iaitu antaranya adalah

Mungkin kata-kata sebegini boleh dimanfaatkan secara bersama.....

Susun atur pejabat Encik ini sungguh kemas dan teratur, pasti ramai yang menghargainya

Pemandangan di luar tingkap Encik ini begitu cantik pemandangannya

Di mana Encik dapat lukisan dinding ini, sungguh menarik dan mempesonakan

Comel anak-anak Encik di dalam gambar ini. Berapa ramai semuanya?”

Tahniah Encik dikurniakan darjat kebesaran, pingat apa yang Encik dapat ini?

Cantik piala ini, pertandingan apa yang Encik menangi ini?

Apa tujuan kita perlu memberikan ujian secara ikhlas ini kepada prospek/pelanggan yang kita temui? Banyak hikmah nya kalau kita dapat praktik kan pujian yang ikhlas dan yang benar dari dalam hati kita sendiri. Yang pentingnya mana yang kita tidak berkenan atau tidak kita gemari jangan sama sekali kita perkatakan pula di hadapan prospek/pelanggan tersebut ditakuti jadi lainlah pula jadinya nanti. Antara penyebabnya adalah kerana

i.                     Laluan permulaan bagi memudahkan lagi interaksi kita merapatkan lagi perhubungan dan komunikasi dengan prospek/pelanggan

ii.                   Tunjukkan kepentingan prospek/pelanggan terlebih dahulu

iii.                  Wujudkan suasana harmoni dahulu sebelum jualan dapat dilakukan

iv.                 Kembalikan mod yang baik kepada prospek/pelanggan untuk mereka bersedia mendengar dan melalui proses jualan nanti

v.                   Kita akan lebih berkeyakinan untuk melakukan jualan apabila prospek/pelanggan yang ditemui berada di dalam keadaan ceria dan bersedia menerima kehadiran kita






Sememangnya prospek/pelanggan telah mengetahui yang kita mahu untuk menjual, tetapi jika pujian yang ikhlas tidak disertakan hanya semata-mata hanya ingin menjualnya sahaja maka prospek/pelanggan akan memandang endah tak endah sahaja seperti tidak berminat mana. Ingat sentiasa agar kita sentiasa mampu untuk memenangi hati seseorang dahulu dari mencari kemenangan dipihak kita terlebih dahulu. Ubah persepsi mereka dahulu terhadap kita dengan mencari apa yang mereka sukai, gemari dan seronok untuk mendengarnya terlebih dahulu. Semakin kita membodek semakin prospek/pelanggan merasa rimas, tidak suka dan akan menjauhkan dirinya dari kita.





Read more >>

Selasa, 5 Jun 2012

Betulkah kita sudah berusaha???


Saya dah usaha dah ni, tapi nak buat macam mana tak boleh nak dapat” dengan nada yang sayu.

“kehulu kehilir ke sana ke sini dah saya pergi, penat dah saya ni, pelbagai usaha dah dilakukan”

kalau masih tak dapat keputusan yang dikehendaki bermakna tak cukup lagilah usaha itu” sapa bos

Betul bos, saya cakap betul dan benar, memang saya dah usaha bersungguh-sungguh” (muka monyok jer....)

Dalam hati “ Isssh orang tua ni, tak percayalah pula aku dah berusaha ni, dah tak boleh nak dapat pelanggan nak buat macam mana, agak-agak kalau tak percaya buatlah sendiri”

Ayat yang biasa didengari apabila ditanya kenapa tiada hasil seperti mana yang diperlukan pasti alasan yang dikemukakan adalah sudah berusaha, berusaha dan berusaha tetapi malangnya hasil tiada yang masuk, hendak buat macam mana. Inilah antara alasan terbaik yang sering didengari untuk menunjukkan betapa bersungguhnya seseorang melakukan tugasan jualan baik secara ‘tele marketing’, direct approach ataupun di saat penutupan jualan dilakukan. Semuanya asyik gagal sahaja.

Kenapa ini boleh berlaku? Apa penyebabnya? Apa lagi tindakan yang harus dilakukan. Seolah-olah seperti tidak mampu untuk dilakukan dan merasakan bahawa alasan yang dikemukakan benar-benar kukuh dan cukup berwibawa ditonjolkan. Yang penting berusaha seperti mana yang diminta untuk mendapatkan penutupan jualan. Apa lagi yang hendak diperkatakan lagi, alasan sesiapa sahaja boleh diberikan tetapi hasil yang dikehendaki bagaimana? Fikirkan supaya selepas ini sebarang alasan yang akan dikemukakan dapat diberikan biarlah secara yang sukar untuk diberikan jawapannya.

Apabila usaha yang dilakukan tetapi hasil masih sukar didapati pasti ada jalan penyelesaiannya yang perlu dilakukan. Yang pasti setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya. Yang pentingnya janganlah keputusan dijadikan alasan untuk berhenti berusaha. Antara perkara-perkara yang perlu dilakukan adalah

i.                    Perbaiki lagi usaha yang dilakukan lagi
Jangan mudah berputus asa apatah lagi merasa kecewa. Fikir semula tindakan yang telah dilakukan. Jangan diulang mana tindakan yang telah kita telah silap dan salah melakukannya. Jangan kita tidak sedari apa kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan pasti keputusan akhir yang dikehendaki bermakna masih gagal mendapat keputusan seperti yang dimahukan. Berusaha dan lihat semula bagaimana di masa yang lepas apa tindakan yang pernah kita lakukan telah berjaya mendatangkan hasil. Lakukannya semula mana yang baik boleh mendatangkan hasil di samping bertanya kepada rakan sekerja yang berjaya melakukannya. Sesungguhnya perkongsian ilmu dan pengetahuan amatlah penting bagi memastikan segala usaha dan tindakan yang dilakukan

ii.                  Terdapat halangan yang perlu ditempuhi
Orang yang berjaya sudah semestinya setiap halangan dan cabaran sudah pasti ditempuhinya tanpa merasa sukar dan payah. Bukan semua perkara yang dilakukan boleh dianggap mudah dengan senang begitu sahaja. Setiap pekerjaan mesti ada masalahnya yang perlu ditempuh dengan sabar dan tenang sama sekali. Begitulah tugasan jualan, setiap halangan dan dugaan yang ditempuh perlu yang amat sangat untuk ditempuhi terlebih dahulu sebelum keputusan akhir boleh dijelmakan. Jangan lari dari masalah dan dugaan sebagai halangan yang tidak perlu ditempuh. Hadapilah dan berhadapanlah halangan tersebut. Selagi kita gagal untuk hadapi halangan tersebut sudah pasti sampai bila pun halangan tersebut akan mengatasi diri kita selama-lamanya dan kita sama sekali tiada hak untuk mengatakan ‘saya sudah berusaha dengan bersungguh-sungguh’. Jelas di sini halangan yang adapun kita sukar nak lepaskan diri inikan pula kita boleh mendabik dada yang kita telah berusaha secara bersungguh.

iii.                Tukar cara yang baru
Dah dicuba berusaha dengan cara yang ada tetapi gagal jangan ditunggu dan digunakan lagi kaedah yang ada. Bertukarlah segera kaedah dan caranya dengan cara yang lain pula untuk ia nya boleh diterjemahkan kepada usaha yang telah dilakukan. Jangan sama sekali berputus asa tapi fikirkan apa strategi yang terbaik untuk digunakan asalkan ada pulangan yang terbaik kepada diri kita terutamanya untuk mendapatkan penutupan jualan seperti mana yang dikehendaki. Jangan terasa malu untuk berusaha pula menukar strategi yang lain dan baru pula bagi menggantikan pula usaha kita yang telah gagal selama ini.

iv.                 Jangan disalahkan takdir
Ya memang betul jangan dikaitkan sama sekali kegagalan yang dialami dengan takdir Ilahi hanya disebabkan dengan usaha yang telah dilakukan. Sedarilah bahawa di saat ketika mengatakan bahawa kita telah pun berusaha dengan baik dan bersungguh-sungguh tetapi tiada hasil seperti mana yang dikehendaki hanya disebabkan takdir bermakna di sini kita sebenarnya tidak memperbaiki cara dan kaedah yang telah kita lakukan. Sememangnya apa yang telah berlaku tersebut adalah takdir, tapi kita juga telah ditakdirkan untuk berusaha dengan lebih bersungguh lagi supaya menghasilkan satu kaedah yang terbaik untuk kita guna pakai bagi mencapai kejayaan dalam jualan.

Firman Allah bermaksud “Allah sama sekali tidak mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”(Surah Ar Rad Ayat ke 11). Jangan di tangguh lagi berusaha ke arah yang lebih cemerlang dan bukannya berusaha ke arah  yang telah gagal kita lakukan. Selagi kita kemukakan alasan selagi itu namanya kita belum bersedia untuk berjaya dengan sepenuh hati. Dah tahu segala usaha kita lakukan tidak berhasil jangan ditunggu lagi temui kegagalan tetapi berusahalah lebih giat lagi atau menukar cara baru yang pasti menghasilkan apa yang kita hajati.


Read more >>